lovvu Dobbu

Monday, March 31, 2025

.: SYAWAL 1446H :.

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salam Syawal.

Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya.
Semoga kita dapat bertemu Ramadan yang akan datang.

Maaf atas salah silap di sebalik tutur kata, komen linda.
Atau apa sahaja yang telah menyebabkan pembaca blog terguris hati.

Semoga kemenangan milik Palestin. 
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Till then, see ya.

Saturday, March 29, 2025

.: PENGUMUMAN RAYA :.

Assalamualaikum 


Malam nie jangan lupa duduk depan TV ye. 

Till tben, see ya. 

 

.: BERBUKA 26 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Last menu berbuka yang dimasak oleh Linda.

Ayam masak sambal pedas pedas manis + tahu
Nugget goreng
Tauge masak lemak putih + lobak merah dan tahu

Bertambah abang Mu'az makan berbuka.
Selalu dia makan tak tambah, risau tak muat baju raya katanya..kikiki
Nie lauk dia request, so kena bertambah la nasinya.

Hari nie tengok anak bulan.
Agak agak, raye Ahad ke Isnin?

Till then. See ya.

Friday, March 28, 2025

.: BERBUKA 25 RAMADAN :.

Assalamualaikum.

Dah hujung-hujung nie makin buntu nak masak apa.
Disebabkan belum pernah masak sup ayam bulan ramadan nie.
Maka terhasil lah menunya.

Sup ayam tumis darat.

Lala tumis air + cili padi sikit

Taugeh goreng + tahu + tomato

Semua menu pun senada je warna nya.
Hihihi.

Hari nie linda dah mula cuti.
Sebab nak kemas baju bajan, nak kemas rumah sebelum pulang bercuti.
Jadi, nanti bila balik sarang tu, takde lah terkejut tengok rumah. Hahaha

Bergantung pada keadaan, balik kampung samada malam nie atau pun esok.
Harap nya balik malam nie lah..
Boleh sahur dan buka dengan family linda.
Sebab tahun nie turn raya rumah mertua.
Ahad kita gerak lah balik Taiping.

Till then, see ya.

.: AMALAN SUNNAH HARI RAYA AIDILFITRI :.

 Assalamualaikum.


1.      Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, kini tibalah hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Islam mengajar kita untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan serta menghidupkan sunnah yang dianjurkan.

 

2.      Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW tiba di Madinah, sedangkan penduduknya mempunyai dua hari yang mereka raikan. Maka Baginda SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha’."
[Riwayat Abu Daud (1134), al-Nasa’i (1556) dan Ahmad (12006)]

 

3.      Merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Manhaji , antara amalan sunnah yang dianjurkan ialah menghidupkan malam raya dengan takbir, mandi sunat Hari Raya, bersarapan sebelum solat sunat Hari Raya, menunaikan solat sunat Hari Raya, memakai pakaian terbaik dan wangian .

 

Marilah kita meraikan Aidilfitri dengan mencontohi sunnah Rasulullah SAW agar mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.


semoga selamat semuanya di hari raya.


till then, see ya.

Thursday, March 27, 2025

.: MENCANTUM LAGI :.

Assalamualaikum

hasil mencandat di Kaison.

kalut kids nak beli nie.
better yang nie, daripada minta teddy bear, patung2 kat ibu.
bertambah semak rumah.
lagi pula, yang nie murah sikit. kikiki

tapinya, kids surrender nak buat.
penyudah nya, ibu yang kena siapkan.

memang berpinau mata nie.
kecik-kecik je haa.
kalau dah salah letak, jenuh nak buka semula.

tapi, bila dah start tu.
tak boleh berhenti.
kena siapkan juga.

hasilnya.

kak M punya

abang Mueez punya

dedek punya.

abang Muáz pun surrender nak tolong buatkan dedek punya.
mula-mula dia nak buat, sebab ibu tengah siapkan abang Mueez punya.
tapi, dia surrender.
sebab kecik sangat bricks nya.
memang kena banyak sabar. kikiki

till then, see ya.



 

Wednesday, March 26, 2025

.: CORNFLAKES MADU :.

Assalamualaikum 

Banyak ke buat kuih raya? 
Ke dah siap collect dari seller? 
Linda macam biasa lah, tiap2 tahun pembekal cornflakes madu. Kikiki. 

Tahun nie, Alhamdulillah selesai 4 box cornflakes. 
First trip buat masa cuti nuzul quran hari tu. 

Nie 1 box. 

Kuning nya. 
Cornflakes madu linda memang togel, anak anak tak makan kekacangnya nanti. 
Jadi, letak sprinkles je lah atas tu. 

Nie lepas siap masak. 

Linda memang akan masuk oven sekejap. 
Dalam 10-15 min, api atas bawah 150°C.
Saje nak hangitkan sikit, lepas tu dia rangup tau. 

Nie masa cairkan butter, gula dan madu. 
Linda lupa nak beli gula perang. 
Guna lah gula putih je. 
Pun boleh lah. 
Lawa betul kejadian masa nie.. 
Buih2 tu.. Cantik betul. 

Nie tambahan lagi 1 box. 
Bekas comel yang bulat 4 bekas tu, linda bagi dekat cleaner asrama. 
Saja suka-suka, sambil bersedekah di bulan Ramadan nie. 

Nanti linda share dalam goodies bag ada apa. 
Tahun nie ada rezeki lebih, share lah dengan diorang. 
Dah banyak tolong linda kan. 

Nanti tinggal nak packing, mana nak bawa rumah MIL, mana nak tinggal rumah mak. 
Mana nak tinggal kat rumah sendiri. 

Till then, see ya. 

.: AKU YANG BERSALAH :.

Assalamualaikum.


linda selalu yang no 1..

kadang2 senang trigger, lepas tu bebel2..setel dah.
tapi, kalau tengah buat kerja sekolah dengan anak-anak.
bila ibu tegur salah, dia pun nak protes..
memang sabar ibu jadi nipis lah.

dalam tahan-tahan, memang terlepas lah apa pun.
Allahuakbar...
baru-baru nie, dah terlepas terbaling henset ke dinding, tapi terkena sipi dahi kak M.
skrin protector retak seribu.
dahi kak M benjol, dan lebam sampai sekarang..😭😭
mesti semua orang akan cakap linda, ibu yang teruk..
orang lain pun ada anak juga, tapi takde sampai macam tu..

dan linda masih lagi rasa bersalah sampai sekarang.
sebab tu dok meluah dalam nie juga.
hari-hari peluk kak M, minta maaf.

minta maaf kak M, ibu bukan macam ibu orang lain yang lemah lembut, baik.
hari-hari pun ibu terasa gagal jadi ibu.
hari-hari pun, ibu terasa apa kesalahan anak ibu, semua berpunca dari ibu.
ibu yang gagal mendidik anak-anak ibu.
ibu takot nak tengok anak-ank ibu membesar.
ibu takot kalau ibu tak boleh terima apa jua yang terjadi.
ibu takot semua kegagalan anak ibu, semua berpunca dari ibu.
ibu yang gagal sebenarnya, bukan anak-anak ibu.

always, perasaan ini tak pernah padam dalam hati ibu.
hari-hari ibu fikir.
hari-hari ibu runsing.
ibu hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anak-anak ibu.
ibu hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa lapangkan hati ibu dengan apa yang berlaku.
ibu sentiasa berdoa supaya Allah ampunkan segala kesalahan ibu dalam gagal mendidik anak-anak ibu.

semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.Aamin.

till then, see ya.

Tuesday, March 25, 2025

.: BERBUKA 19 RAMADAN :.

Assalamualaikum

masuk 10 hari terakhir..
linda tak masak sangat.
tapi, takdelah beli pun.
cuma masak tak beriya.

udah kenapa senget nie??
hahaha

nampak tak, nak share masak apa.
tapi, gambar ntah apa-apa.. hahaha

nie hari tu incikSuami ada beli pucuk paku, ada udang sikit.
jadi kita campur lah, jadi lah masak lemak cili padi pucuk paku + udang (incikSuami request)
lepas tu, daging berlengas.
yeay, jadi gak masak nya.
rasenya berlengas tu sebab macam berlengaih lah... hahaha
Alhamdulillah..
selesai..

petang nie masak daging kicap ke..
ada sikit lagi tu.
peti sejuk pun takde lauk dah.
nak beli, kang nak balik kampung pulak.
sudahnya, minta incikSuami beli sekor ayam je.
boleh la untuk esok, lusa.

till then, see ya.

.: KOYAK PULA :.

Assalamualaikum 

Kisah jumaat lepas. 
Balik dari sekolah, abang Mu'az tunjuk beg dia dah koyak.
Ya Allah, beg sek paling mahey linda beli, koyak.. Hahaha... 

Haaa.. Bolong (orang jawa cakap) 

Abang Mu'az cakap, kawan dia tarik dari belakang. 
Sabar je lah mak pun.
Malam tu, terus p Selayang Mall, sebab ada kedai pakistan buat alteration. 
Bawa lah beg tu, kot2 dia boleh jahit kan. 

Alhamdulillah, pakistan tu kabo boleh. 
Esok nya baru amik. 
So, tersinggah dekat bungkus Kaw kaw, beli air 3 jenis.
Sekali cashier tu hasut kita, dia cakap. 

"kak, cukup kan RM28 ringgit, dapat free sampul raya" 

Terus lah tambah bihun siam, dapat lah free gift sampul raya. 
Eh, memang premium lah. 
Lupa nak snap gambar. 
Nanti lah next entry.. 
Kalau ada.. Hihihi. 

Till then, see ya. 

Monday, March 24, 2025

.: SELESAI BULAN TRANSISI TAHUN 1 :.

Assalamualaikum

minggu lepas, dah selesai bulan transisi bagi murid Tahun 1.
ada macam-macam aktiviti yang cikgu share dalam group.
tapi, linda malas nak edit gambar muka orang lain..hihihi.

jadi, linda up gambar yang ada muka dedek terang terangan.

ada pertandingan menghias sandwich.
murid cuma perlu bawa barang-barang untuk hiasan je.

linda bagi segala macam sayur yang ada dekat rumah.

nie sebelum hias agaknya.

tup-tup, hari penutup tu, dedek bawa balik hadiah.
igtkan persembahan ramai-ramai tu yang menang.

rupanya pertandingan membuat sandwich.
rezeki dedek lah dapat hadiah...
lepas bulan puasa, boleh lah bawa air mcm nie.

sebenarnya, blur dah nie..
tak tau nak menulis apa dekat blog.
tapi, dah macam sunyi je blog nie tanpa celoteh..hihihi.

hari dah 23 Ramadan.
mari lah kita berebut-rebut untuk perbanyakkan lagi amal ibadah kita.

till the, see ya.

Saturday, March 22, 2025

.: GENG BAS UMT :.

Assalammualaikum.

Cerita Sabtu lepas, 15.03.2025.
Linda ke Putrajaya, menziarahi suami Pacha (geng bas UMT).
Setelah 3minggu menetap di hospital Serdang, Alhamdulillah dah boleh discaj.
So, linda ziarah dekat rumah je lah.
Itu pun lepas tanya Pacha, risau lah kalau mereka masih belum ready nak terima tetamu.

Suami Pacha, Aizu, doktor diagnos menghidapi penyakit SLE.
Itu pun setelah 3 minggu kat hospital, baru dapat buat diagnos.
Agak teruk juga lah, rase nya bukan SLE tahap awal-awal lagi dah.
Memang dah tahap teruk.
Pacha cerita simptom-simptom awal tu dah ada, beberapa tahun dulu.
Tapi, lelaki kan. Selagi boleh berjalan, bergerak, boleh melakukan aktiviti seharian tanpa masalah, takdenya nak pegi chek up.
Last-last, Aizu lemah kaki, tak boleh nak berjalan, baru lah refer hosp.
Mcm biasa, diorang pegi hospital panel insurans dulu, doktor suggest ubat yang bernilai hampir seratus ribu.
Tapi, tak tahu penyakit apa, dan tak pasti akan pulih ke tak.
Terus lah Pacha cakap transfer ke hosp serdang je lah, sebab insurans dah guna dan tak boleh cover sebanyak tu dah.
Kena topup pakai duit sendiri.
Sambil berbincang tu, tiba-tiba Aizu collapsed, memang takde heartbeat terus.
Alhamdulillah, Allah nak bagi Pacha lubuk pahala, Aizu masih bernafas sehingga kini.
Tapi, kesan daripada ubat linda rase, memory Aizu bercelaru.
Dia tak ingat kisah-kisah lama.
Dia lemah, macam anak yang baru nak belajar berjalan.
Memang lain lah dari Aizu yang linda kenal.
Speed recovery ya Aizu..Aamin.

Nie lah Pacha.
Semoga ko terus kuat beb, kena banyak2 sabar.
Kalau rase tertekan ke apa...
Kitorang ada, walaupun dalam wassap group je..hihihi

Nie rumah Pacha.
Dulu masa linda keje dekat Alamanda, rase macam takde je lagi rumah APt Tinggi2 gini.

Dah alang-alang dekat Putrajaya.
Kami pilih untuk ke IOI mall, untuk berbuka di sana.

Weyh, first time masuk.
Nak jumpa tempat parking kete pun sesat.
Hahaha.
Masuk mall lagi lah sesat.
Cari foodcourt tak jumpa, lagipun dah nak dekat pukul 6.
Banyak tempat yang dah fully booked.
So, ikot je lah kaki bawa ke mana.
Sekali, nampak MB dekat level berapa ye, atas sekali kot.
Sebelah je dengan tempat ice skating tu.
Tengok meja pun masih ada kosong, padahal dah hampir 6.30 petang masa tu.
Jadi, terus je lah ke situ, sebelum ramai orang.

Berbuka MB lah kita.

Wefie sikit. Linda with dabel chin. Hahaha

Selesai berbuka, g solat.
Itu pun tak jumpa mana hala surau nye.
Jumpa surau yang dekat tempat parkir kereta tu.
Ramai sangat orang.
Selesai solat, ke Lotus dalam tu untuk cari bahan nak buat kuih raya.
Masa nak cari tempat berbuka tadi, ada nampak lotus.

Sebelum masuk Lotus, nampak kedai MBG (jual buahan segar)
Mata nie tertancap dekat buah anggur harga RM6.99
Eh, terus pilih dan masuk dalam plastik.
Beratur untuk timbang dan terus bayar.
Sekali, cashier tu sebut " RM113.50 kak"
Terus linda terkejut.. "eh, tadi dia tulis Rm6.99, kenapa sampai 100 ringgit? "
"Owh yang tu harga per 100g kak"

Aiseymen, terkena guwe.
Nak kata tak jadi, mcm segan juga.
Jadi suruh dia buang sikit. dann

Makan lah kita anggur kayangan nie.
800g RM56.34.
Sorok harga dari incikSuami.
Sampai je rumah, basuh, buang harga.
Hahaha.
Kenangan sungguh lah.
Kenapa lah tak baca betul-betul.
Sebab, ramai orang.
Dasyat dia punya ramai tu.

Nanti lepas raya, kena tenang-tenang repeat p IOI tu lah.
Belek-belek apa yang ada.

Eh, kita g melawat Pacha tadi.
Tapi, linda yang dapat hadiah.

Apa je lah mek nie bagi.
Pacha cikgu sek men.
Masa dok melakq dulu,memang selalu lah dia bg tudung.
Baju tak boleh lah, sebab tak sama saiz.. hahaha

Sampai rumah, tengok handbag C&K.
Pacha cakap dia pakai sekali dua je.
Lepas tu terbiar je.
Dari tak pakai, baik dia bagi linda, kebetulan linda nak datang kan.
Alhamdulillah, rezeki dapat beg lagi.
Semoga murah rezeki pacha, Aamin.

Till then, see ya.

Friday, March 21, 2025

.: SALAM JUMAAT :.

Assalamualaikum 

Salam Jumaat
Pray for Palestin
Pray for Johor dan Sandakan
Pray for ourselves

Pemandangan pagi sebelum pergi sekolah. 
Ibu pun tahan mata juga nie
Nak lelap sat lah 10min.
Sementara tunggu masa nak p opis. 
Alhamdulillah, ofis walking distance je. 
Nikmat yang perlu disyukuri. 
Walaupun, belum menetap di kediaman sendiri. 

Berbaki 10 hari je bulan Ramadan kita. 
Semoga diberi kesihatan untuk meneruskan amal ibadat. Aamin2 

Till then, see ya. 

Thursday, March 20, 2025

.: LEEZO RAWANG :.

Assalamualaikum.

    Cerita ahad, 9.3.2025.
Terpaksa balik selayang awal, tak dapat nak berbuka bersama mak, bapak di kampung.
Sebab anak-anak ada kerja sekolah.
Kalau bawak balik kampung pun, haruslah tak buat.
Solution nya, kena lah balik awal.
Musim-musim ramadan nie, kalau balik lepas berbuka pun, tetaplah tengah malam baru sampai selayang.
Jalan kuala selangor, sekinchan memang banyak kereta.

Jadi, linda google siap-siap nak makan dekat mana.
Nak g Aeon rawang, incikSuami tak nak.
Nak ke kedai, tak tau sangat kedai mana.
Dalam carian, ada nampak Leezo, Rawang.
So, cuba naseb untuk wassap.
Alhamdulillah,masih ada kosong lagi untuk berbuka.
Jadi, terus lah book dan order makanan sekali.

Ingat kan dekat Melaka je ada Leezo.
Dekat Melaka, linda pernah makan yang dekat area Peringgit.
Pun bulan puasa juga..
Puasa PKP, tahun 2020 tak silap.

Sampai-sampai, dah ada resit atas meja.
Dengan nama yang order.

So, menu-menu nya.

Lamb chop - abang Mu'az punya

Chicken chop - dedek, incikSuami, abang Mueez dan kak M

Creamy tomyum spagethi - linda

Bersungguh abang Mu'az haa

Alhamdulillah, so far boleh la.
Kalau kata nak repeat, lepas raya kita cuba lagi.
Sebab linda rase, macam semua makanan masin.
Spagethi linda masin.
Kentang putar tu pun masin.
Lepas tu, kuah blackpaper tu terus tuang atas ayam tu.
Sementara nak tunggu azan, kembang lah juga ayam nye.
Terus tekak pun kembang juga.

Lupa pulak nak snap gambar air.

Jadi, waktu nak bayar tu.
Mebi owner kot, dia tanya, makanan macam mana?
Eh, linda terjujur lah..
Yang linda rase masin sikit.
Tapi, tak tau lah kan..kot kita je rase masin.

Sekali, adik tu bagi diskaun.
Tak tau lah sebab masin atau pun memang tengah ada promosi.
So, total hangus hari tu RM134.35

Leezo nie nampak je kalau dari laluan utama pekan Rawang tu.
Dekat je dengan station bas dan teksi dia.
Lain kali, ada rezeki, kita repeat lagi.
Nak tengok memang masin ataupun termasin.

Till then, see ya.

.: BERBUKA 16 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Hari isnin petang, sebelum nuzul quran tu. 
Sek KAFA dapat cuti peristiwa. 
Jadi anak-anak datang ofis petang tu, ke perpustakaan. 

IncikSuami pun tenang sikit lah petang tu. 
Tinggal nak amik abang Mu'az je. 
BW hari isnin tu, tak igt tengok blog siapa ada masak tauge. 
Eh, macam lama tak makan tauge.
Apa lagi, balik kerja. 
Linda kerah incikSuami beli tauge. 

Jadi menu berbuka kami. 

Ikan goreng. 
Ikan goreng sambal. 
Tauge goreng. 

Alhamdulillah. 
Biar simple, janji habis. 
Owh, esoknya kan cuti. 
Linda OT buat sekut raya kome. 
Nanti lah kita buat entry lain. 

Till then, see ya. 

Wednesday, March 19, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 7/25 :.

Assalamualaikum

cikgu kabo kak M sakit perut.
nanti mai amik dekat sekolah.

incikSuami p jemput.
tersenyum lebo..

akai banyak noh.

till then, see ya.

 

.: BERBUKA 15 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Nie masak masak berbuka untuk hari ahad ritu. 
Sebab hari cuti kan.. 
Rajen lah sikit. 

Sayur lada benggala pecah telur + tomato cherry

Nasi impit. 
Awal raya weyh. Kikiki
Rebus 15biji je. 
Dari buka sampai ke sahur, licin. 

Rendang daging berkuah. 
Alhamdulillah, habis juga.. 
Dari buka bawa ke sahur. 
Tambah telur dadar je sebiji. 

Till then, see ya. 

Tuesday, March 18, 2025

.: PLAYGROUND ISTERI DAH SIAP :.

Assalamualaikum.

Baru nak sambung kisah road trip hari tu
Dah seminggu terperam dekat draft.
Kami balik Tronoh hari tu, sebab PLAYGROUND dah siap. 
Alhamdulillah, patotnya slot untuk pasang memang lepas raya.
Tapi, tukang perabot cakap turn yang sepatutnya pasang hari tu, dia tak respon boleh ke tidak untuk pasang kabinet nya.
So, dia call incikSuami, tanya kalau nak pasang rumah kami boleh ke?

So, here we go.

Sesi memasang kabinet.
Pintu dapur belakang dah berjaya buka.
Tinggal pintu grill belakang tu je, tak berjaya lagi nak buka.

Sebelum pasang kabinet dapur.
Linda ada share yang sesi mengecat tu kat sini.

Selepas pasang kabinet.
Alhamdulillah,..terima kasih incikSuami.
Nampak macam warna merah kan?
Tapi beno nya warna oren
Nie memang dari pintu sliding dah nampak.. hahaha

Bahagian atas. Haa nie nampak sikit warna oren nya.
Ramai yang concern nanti belah atas tu susah nak amik barang.
Linda nak letak barang yang jarang guna.
Alang-alang nak buat kabinet, buat sampai atas.
Kalau ada ruang lagi, satu hal pula nak mengelap habuk.
Tp, dok atas tu, memang tak mengelap lah cerita dia.
Tu yang cakap dengan incikSuami, nak pasang kabinet full sampai atas.

Keseluruhan kabinet.
Besar tu pun dekat 5 ribu.
Pishang weyh. Hahha.
Kabinet dapur rumah MIL panjang sikit dari yang nie.
Dia kabo dia buat dulu 700 ratus je.

How time flies kan.
Semua harga dah naik.
Kedai eco pun nak naik harga jadi RM2.60 / item.

Memang duit tak boleh beli segala galanya, tapi segala galanya boleh dibeli dengan duit.
Eh, macam mana tu?? Kikiki.

Lama juga sesi memasang kabinet nya.
Mula pukul 10pagi, sampai asar baru siap.
Tak sangka lama gitu.
so, cepat-cepat kemas barang, kami pun keluar rumah.
Singgah bazar, beli air dan kuih siap2, kot berbuka dalam kereta kan.
Sebab cadang nak balik kampung sg samak, dah gtaw mak pun.
Alhamdulillah, berkat highway WCE, sempat kami berbuka di rumah.

Till then, see ya.