Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label tazkirahJumaat. Show all posts
Showing posts with label tazkirahJumaat. Show all posts

Friday, August 7, 2026

.: PURDAH BUKAN FESYEN :.

Assalamualaikum.

gara-gara penuh wall cerita pasal niqabis yang meluah perasan/kisah rumahtangga.
rasanya ada yang tahu kot.. linda malas nak ulas panjang2, lagipun linda pun tak kenal, tak pernah nampak post beliau.
tahu2 boom je.

jadi, nak selit juga la, yang mana kategori berpurdah/berfesyen.
linda kalau nampak orang berpurdah, menutup aurat dengan sempurna.
linda selalu selit doa, moga suatu hari nanti linda pun jadi macam tu juga, aamin.

contoh 1

contoh 2

yang no 1 dengan 2 ni, linda rasa biasa je.
rupanya masih belum mencukupi syarat-syarat.
takpelah, kita masing2 sedang belajar.
takkan la sekali berubah, terus drastik. ye dak??

contoh 3

contoh 4

contoh 3 dan 4.
nampak sopan, lembut.
yang no 4 tu siap bawa kamera lagi.
makna kata, berpurdah bukan menghalang kita dari melakukan aktiviti yang kita suka, cuma perlu berlandaskan syariat dan sesuai dengan gaya seorang wanita muslimah.



paling terbaik Burqa.
tapi di Malaysia linda tak pernah nampak lagi.
mungkin bukan circle linda kot.

tak dapat buat semua, kita buat sikit.
untuk diri sendiri. semoga tak terhasut dengan hasutan syaitan yang selalu suruh beli baju fesyen yang fancy2.. hahaha



till then, see ya.

Friday, July 10, 2026

.: HUKUM MENCABUT RUMPUT DI ATAS KUBUR :.

Assalamualaikum.

CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

SOALAN :

Apakah hukumnya mencabut rumput di atas kubur?

JAWAPAN :

Sebelum masuk kepada perbahasan hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur yang dibahaskan oleh ulamak ialah segala yang tumbuh di atas tempat yang di tanam mayat di bawahnya yang dinamakan sebagai kubur.

Ada pun kawasan yang tidak ada ditanam dibawahnya mayat seperti jalan yang ada di keliling kubur dan tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan itu bukan termasuk kubur yang dibahaskan dalam masalah ini.

Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dikalangan ulamak mazhab padanya.

PENDAPAT ULAMAK MAZHAB SYAFIE

Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم

Artinya : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam di atas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi sollallahu alaihi wasallam.”

Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.

HARUS PEMILIKNYA MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ

Artinya : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”

Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.

Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ar-Ramli :

ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه

Artinya : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”

Dan tersebut pada kitab Hasyiah As-Syarwani ‘ala At-Tuhfah :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ

Artinya : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya."

Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه

Artinya : “Dan tidak harus bagi selainnya yakni selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).”

PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.

Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ

Artinya : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)

Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.

MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :

: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها

Artinya : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Al-Mahmudiyyah)

KESIMPULAN

Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.

Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.

Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa di dalamnya.

Semoga bermanfaat pada kita semua..aamin.

Till then, see ya.

Friday, May 29, 2026

.: PERJALANAN KITA :.

Perjalanan Manusia

Perjalanan masih jauh.

Pernah tak terfikir, perjalanan kita ni sebenarnya sangat jauh? Apa yang kita lalui hari ini di dunia, hanyalah satu fasa singkat dari sebuah pengembaraan yang panjang.

Mari kita imbas kembali peta perjalanan kita:

1. Alam Roh (Permulaan Janji).

Di sini segalanya bermula. Roh kita bersaksi di hadapan Tuhan dan mengakui Allah sebagai Pencipta. Kita suci dan bersih.

2. Alam Rahim (Persiapan).

Kemudian, kita ditiupkan ke dalam jasad yang sedang terbentuk. 9 bulan kita 'bertapa' dalam kegelapan yang tenang, dijaga rapi tanpa perlu bekerja. Kita sedang dipersiapkan untuk ujian sebenar.

3. Alam Dunia (Dewan Ujian).

Inilah di mana kita berada sekarang. Tempat singgah sekejap untuk kumpul bekal. Ingat, dunia bukan tempat tinggal, tapi tempat meninggal. Kita di sini untuk diuji, bukan untuk bersenang-lenang semata.

4. Alam Barzah (Ruang Menunggu).

Bila nafas terhenti, pintu dunia tertutup rapat. Kita masuk ke alam transit. Di sini, tiada lagi FB, tiada lagi orang tersayang menemani. Yang menemani kita hanyalah amalan. Jika baik amalan, seperti taman syurga lubang kubur itu. Jika buruk, ia menjadi lubang yang menghimpit dan menyeksakan. Kita menunggu kiamat dengan penuh debaran.

5. Padang Mahsyar (Mahkamah Agung).

Matahari sejengkal di atas kepala. Kita berdiri tanpa seutas benang, hina, dan takut. Tiada peguam bela melainkan syafaat Nabi dan amal soleh. Surat amalan berterbangan. Mulut dikunci, tangan dan kaki menjadi saksi. Saat ini, penyesalan sudah tidak berguna.

6. Titian Sirat (Penentu Akhir).

Jambatan yang lebih halus dari rambut, lebih tajam dari pedang. Di bawahnya api yang menjulang. Ada yang melintas sepantas kilat, ada yang merangkak, dan ada yang... jatuh.

7. Destinasi Abadi: Syurga atau Neraka.

-Syurga (Rehat Abadi), Hadiah buat yang "penat" menahan nafsu di dunia. Di sini tiada sakit, tiada tua, tiada sedih. Segala lelah terbayar saat dapat menatap Wajah Allah. Nikmatnya kekal selamanya.

-Neraka (Tempat Penyesalan), Balasan buat yang sombong dan lalai. Di sini penghuninya tidak hidup dan tidak mati, sentiasa dalam kesakitan. Mereka merayu nak balik ke dunia untuk sujud walau sekali, tapi pintu taubat sudah terkunci rapat.

Sahabat, kita sekarang masih di Fasa 3. Perjalanan masih jauh. Jangan sampai kita tersesat di persinggahan ini sampai terlupa destinasi sebenar.

Jom kita istiqomah dalam berbuat kebaikan. Moga pengakhiran kita nanti indah di sana.

Wallahu A'lam

CnP from FB.

Till then, see ya.


-Firdaus

Friday, May 8, 2026

.: HUKUM BERKAITAN MASALAH DARAH PUTUS-PUTUS :.

 Assalamualaikum.

Banyak lagi nak kena gali ilmu.
Kalau normal je haid nya, tak pening.
Bila tak normal, mula la gelabah.

Jumpa kat FB, tepek sini jap.
Ada salah silap, meh sama² betulkan.

Hukum Berkaitan Masalah Darah Putus-putus.

Kaedah pengiraan darah yang keluar secara putus-putus adalah dengan dikumpulkan kesemua tempoh darah yang keluar sepanjang 15 hari 15 malam ke bawah. Jika tempoh darah itu cukup sehari semalam, maka ia dihukumkan sebagai haid. Sebaliknya, jika tempoh darah itu tidak cukup sehari semalam, maka ia bukanlah haid, tetapi darah fasad atau istihadah.

Di dalam kitab Nihayah al-Matlab,

فَأَمَّا إِذَا كَانَ مَجْمُوْعُ الدِّمَاءِ فِي الْخَمْسَةَ عَشَرَ يَبْلُغُ أَقَلَّ الْحَيْضِ، وَلَكِنْ كُلُّ دَمِ فِي نَفْسِهِ لَا يَبْلُغُ أَقَلَّ الْحَيْضِ، فَالْمَذْهَبُ الصَّحِيحُ أَنَّهَا حَيْضُ.

Terjemahan : "Apabila keseluruhan darah-darah yang dalam tempoh 15 hari 15 malam itu sampai tempoh sekurang-kurang haid (24 jam) sedangkan setiap satu darah itu secara bersendirian tidak sampai sekurang-kurang haid, maka pandangan yang sahihnya adalah darah-darah tersebut dihukumkan sebagai haid."

Di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj,

وَبِمُجَرَّدِ رُؤْيَةِ الدَّمَ أَوْ مِنِ إِمْكَانِ الْخَيْضِ يَجِبُ الْتِزَامُ أَحْكَامِهِ ، ثُمَّ إِنْ انْقَطَعَ قَبْلَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بَانَ أَنْ لَا شَيْءَ فَتَقْفِي صَلَاةَ وَلا ارْمَنِ وَإِلَّا بَانَ أَنَّهُ حَيْضٌ ، وَكَذَا فِي الانْقِطَاعِ بِأَنْ كَانَتْ لَوْ أَدْخَلَتْ الْقُطْنَةَ خَرَجَتْ بَيْضَاءَ نَقِيَّةٌ فَيَلْزَمُهَا الأَحْكَامِ الطُهْرِ ، ثُمَّ إِنْ عَادَ قَبْلَ خَمْسَةَ عَشَرَ كَفَّتْ وَإِنْ انْقَطَعَ فَعَلَتْ وَهَكَذَا حَتَّى تَمْضِيَ خَمْسَةَ عَشَرَ جِيدُودُ كُلْ إِلَى مَرَدَّهَا الْآتِي (التحفة المحتاج ١/ ٩٩٣ - ٠٠٤)

Terjemahan : “Dengan semata-mata melihat darah di dalam masa yang terdapat kemungkinan datangnya darah haid, wajiblah dia melazimkan dirinya dengan hukum-ahkam darah haid. Kemudian sekiranya darah itu terputus sebelum mencapai tempoh sehari semalam, maka nyatalah dia tidak berhaid, justeru hendaklah dia menqadha' solat bagi tempoh masa tersebut. Tetapi jika darahnya berterusan sehari semalam atau lebih, maka jelaslah bahawa dia berhaid.

Jika wanita itu memasukkan kapas ke dalam farajnya, lalu kapas itu dikeluarkan dalam keadaan bersih, maka wajiblah baginya melazimkan dirinya dengan hukum-hakam orang yang suci (hilang maani'). Kemudian sekiranya darahnya kembali sebelum tempoh 15 hari (wujud maani’), maka hendaklah wanita tersebut menahan diri daripada perkara-perkara yang dilarang. Jika darah itu terputus berhenti pula selepas itu, maka wanita itu mesti melakukan seperti yang telah lepas (yakni berhenti darah, lihat tanda-tanda dan lain-lain). Beginilah keadaannya sehingga berlalu tempoh masa 15 hari). Apabila ada darah, maka ada maani` dan tidak boleh solat. Apabila tiada darah, maka hilang maani' dan wajib solat.”

Di dalam kitab Risalah dan Ibanah Wal Ifadhoh,

وَكَمَا أَنَّهَا تُحَيَّضُ بِرُؤْيَةِ الدَّمِ ، تَطْهُرُ أَيضاً بِالقِطَاعِ الدَّم - أَي تَلْتَزِمُ أَحْكَامَ الطَّهَارَةِ مِنْ صَلَاةٍ وَصَوْمٍ وَإِنْ بَلَغَ أَقَلَّهُ - فَتُؤْمَرُ بِالْغُسْلِ(رِسَالَة صـ ٣٥ / الإبانة و الإفاضة ص ٣١)

Terjemahan : “Sebagaimana wanita itu dihukumkan berhaid dengan semata- mata melihat darah (wujud maani'), wanita itu juga akan dihukumkan suci dengan semata-mata melihat terputusnya darah (hilang maani') yakni maksudnya dia wajib melazimkan dirinya dengan hukum-hakam bersuci seperti sembahyang dan puasa. Seandainya telah cukup tempoh sekurang- kurang haid sehari semalam 24 jam, maka diwajibkan mandi juga ke atasnya.”

Wallahua'lam.

Friday, May 1, 2026

.: NASIHAT ULAMA :.

Assalamualaikum 

PERANG TAPI TENANG...

Semalam lepas mawlid, ada kesempatan duduk dengan Habib Ali sambil minum teh. Habib Ali berkongsi kisah beliau semasa belajar di Tarim suatu ketika dahulu..

Habib bercerita, 

"Masa kami belajar di Tarim, Hadramaut, Yaman dahulu, masa tu bangunan Darul Musthofa masih belum ada. Kami iktikaf di masjid sahaja ketika tu. Jumlah pelajar pun tak ramai.. dalam belasan atau dua puluh orang sahaja.

Masa kami berada di Tarim, tiba-tiba berlaku perang (Yaman utara dan selatan).

Di Tarim terputus bekalan makanan.. elektrik pun terputus... minyak kereta pun tak ada bekalan masa tu. Stesen minyak semua tak ada minyak..

Tapi semua tu kami hadap dengan tenang dan gembira bersama Habib Omar... 😃

Masa tu yuran pun tak ada... semua kos perbelanjaan kami Habib Omar tanggung...

Kami nak masak nasi, tapi tak ada bekalan gas. Kami masak guna kayu api sahaja..

Sebab tak biasa masak guna kayu api, sikit-sikit buka tudung periuk dan intai nasi dah masak atau belum..

Akhirnya nasi dah masak.. tapi kerak kat bawah periuk tu banyak... tapi kami makan semuanya sampai habis... kerak tu pun kami makan macam kerepek 😁

Masa tu tak ada bekalan lauk... kami cuma goreng bawang (bulat)... bila dah separuh masak kami lenyekkan bawang tu dengan nasi. Dan minyak goreng bawang tu pun kami tuang sikit dalam nasi dan gaul... sedap rasanya! Makan nasi kosong dengan bawang sahaja... tapi sedap! Kami makan sampai habis! 😃

Bekalan eletrik pun selalu terputus. Kalau elektrik menyala dua jam sehari pun kami bersyukur sangat... apa yang kami buat masa elektrik ada? Kami cepat2 bekukan air batu... 

Masa tu musim panas... ekon tak ada. Mesin penyejuk air pun tak berfungsi... air paip pulak panas sangat.. kalau ambil air dari paip, tak boleh nak minum terus sebab panas sangat! kena biar dia sejuk dulu baru boleh minum...

Jadi kalau elektrik menyala sekejap, cepat2 kami bekukan air batu. Kami nak letak dalam air, boleh la merasa minum air sejuk sikit... dapat sorang sikit pun jadi la..

Mula2 kami tadah air paip... masukkan dalam bekas.. kemudian masukkan separuh air batu tu.. semua duduk keliling bekas tu nak tunggu air tu sejuk. Tapi sebab air paip tu panas sangat, air batu tu cepat cair dan air tak sempat nak sejuk. Air tu masih suam2 lagi...

Jadi separuh lagi air batu tu, kami tak campur dengan air. Kami letak dalam bekas dan biar dia cair sendiri.. air cairan air batu tu kami minum... Seronoknya masa tu dapat minum air sejuk... Walaupun cuma dapat seorang sedikit sahaja! 😃

Masa tu kami biasanya pergi ke Rubat Tarim untuk hadir kelas pengajian... Naik kereta Hilux Habib Omar.. sumbat ramai2 dalam kereta dan di bahagian belakang! Ana yang jadi driver kereta tu, bawa kawan2 pergi Rubat Tarim 😁

Masa perang berlaku, di Tarim terputus bekalan minyak... semua stesen minyak tak ada stok minyak.

Kereta kami tu pun tak ada minyak dan tak dapat bergerak...

Kami jumpa Habib Omar dan bagitau yang kereta tak dapat bergerak sebab tak ada minyak... Kami rasa gembira sebab mesti Habib Omar akan kata tak payah pergi kelas hari tu.. Mesti kami dapat berehat dan tak hadir kelas... 😅

Bila Habib Omar dengar, Habib kata : Sesiapa yang ada semangat, jom kita jalan kaki pergi Rubat Tarim! 

Dan betul2 Habib Omar jalan kaki! Kami pun semua berjalan kaki juga dengan Habib Omar pergi Rubat Tarim... Malu nak ponteng kelas sebab tengok Habib Omar sendiri pun jalan kaki...😅

Walaupun Yaman tengah perang teruk masa tu.. (Tapi di Tarim selamat dan tiada perang) tapi kelas pengajian... Halaqah pengajian... majlis ilmu dan majlis zikir tetap berjalan seperti biasa! 

Kalau tak ada elektrik, kita guna lilin... kalau kereta tak ada minyak, kita jalan kaki!

Sejak itu, selepas ana pulang dari Yaman, apa2 masalah yang berlaku di dunia ni pun ana tak rasa apa2...

Kalau nak dibandingkan keadaan zaman tu dengan zaman sekarang, jauh sangat bezanya..

Sekarang ni, walaupun dunia bergolak, tapi di Tarim masih ada bekalan makanan... ekon dan air sejuk masih ada.. kalau bekalan elektrik terputus pun, boleh guna generator. Minyak pun masih ada, walaupun harganya mahal...tapi masih ada.

Kami dah belajar untuk hidup dalam keadaan yang lebih susah daripada keadaan hari ni... 

Hasilnya, kami tak ada rasa panik dengan apa yang berlaku di dunia ni. Sebab Allah pasti akan jaga kita dengan apa cara sekalipun... "

Itulah antara cerita yang Habib Ali kongsikan.... 

Bila dengar kisah ni... baru saya faham kenapa ulama kita tenang je masa dunia tengah kecoh sekarang...

Dunia tengah panik dengan krisis minyak... dan banyak cerita2 yang mengatakan kemungkinan harga barang mentah dan makanan akan melambung tinggi...

Orang tengah panik dan sibuk buat persiapan simpan bekalan makanan... ada yang saya dengar dah berhenti kerja dan pindah masuk dalam hutan...sebab katanya dunia dah nak kiamat! Nak buat persiapan jadi tentera Imam Mahdi 😅

Tapi para ulama kitai masih sibuk dengan majlis2 ilmu....majlis taklim... majlis zikir dan selawat.. 

Mereka tak peka dengan situasi dunia ke? Mereka tak tau ke apa yang dunia tengah hadap sekarang?

Jawapannya bukan begitu...

Kita tau situasi buruk yang berlaku hari ni... dan berdasarkan hadith2 Nabi SAW, ia akan jadi lebih buruk dari itu !

Tapi kalau kita rujuk hadith Nabi, adakah Nabi suruh kita berhenti kerja dan duduk dalam hutan? Adakah Nabi suruh kita panik dan hentikan semua aktiviti kehidupan kita? 

No...

Dalam sepotong hadith, Nabi SAW kata kalau kiamat berlaku dan di tangan kamu ada anak pokok yang kamu dah rancang nak tanam, teruskan tanam pokok tu!

Kalau kita fikir secara rasional, buat apa nak tanam anak pokok kalau kiamat tengah berlaku depan mata kita? Bukannya pokok tu sempat nak membesar pun...

Maksud hadith ni ialah: Selagi dunia belum kiamat, teruskan hidup anda seperti biasa... 

Jangan kita cepat panik dan stop hidup seperti biasa. Anak pokok yang ditanam masa kiamat sedang berlaku tu, walaupun kita tahu ia tak sempat nak membesar, tapi pahala kita dah dapat sebab niat kita. Allah akan bagi pahala berdasarkan niat kita. Bukan sebab hasilnya semata2. Walaupun usaha kita tak membuahkan hasil, tapi kalau niat kita buat kerja tu ikhlas kerana Allah....ada pahalanya.

Hari ni dunia belum kiamat lagi... Yakjuj Makjuj pun belum keluar lagi... Dajjal pun belum muncul lagi... Nabi Isa masih belum turun lagi... Imam Mahdi pun belum zahir lagi... tapi ramai yang dah kena panic attack.

Di mana keyakinan kita sebagi seorang Muslim? Di mana keyakinan kita kepada Allah? 

Yang sepatutnya kita perlu risau ialah bagaimana kedudukan kita di sisi Allah... Adakah dengan amalan kita yang ada sekarang ni dah cukup untuk Allah redo kepada kita?

Dunia ni memang akan hancur binasa bila sampai masanya. Tujuh petala langit dan bumi semuanya akan tamat tempohnya.. 

Tapi rasanya kita yang akan tamat dahulu sebelum dunia ni. Rasanya kita yang akan kiamat dahulu sebelum dunia ni kiamat.

Yang perlu kita risaukan ialah bekalan amalan yang kita akan bawa bertemu dengan Allah. Andai kata esok ajal kita tiba, dah cukup ke bekalan amalan kita?

Itulah yang cuba disampaikan oleh para ulama kita. 

Sebab tu kita lihat mereka masih sibuk dengan usaha mereka untuk mengajak masyarakat kepada Allah SWT... mengenali Rasulullah SAW...

Majlis2 ilmu masih berjalan seperti biasa.. majis2 zikir berjalan seperti biasa...solat berjemaah di rumah Allah... 

Selagi Imam Mahdi dan Dajjal belum zahir, teruskanlah amalan seperti biasa. Amalan2 ini lah yang akan menarik pertolongan dan perlindungan Allah.

Sesetengah orang sibuk buat persiapan prepping makanan dan lain-lain, tapi masjid pun dia tak datang. Solat pun tak jaga...

Kalau kita sekadar buat persiapan zahir sahaja, dan abaikan amalan2 ini, belum tentu kita akan selamat.

Tapi kalau kita rapat dengan Allah, apa situasi yang berlaku di dunia pun kita akan hadap dengan tenang. 

Kita tak panik sebab kita tau..... Allah sentiasa ada untuk kita ❤️

Wallahua'lam.

(Kredit tulisan Ustaz Ashraff Osman) 

@highlight 
#CeritaKeranaCinta #fiqhtahawwulat #akhirzaman #nasihatulama


 

Friday, April 24, 2026

.: BAPAKU BUKAN BAPAKU :.

Assalamualaikum.


BAPAKU BUKAN BAPAKU

Pada suatu hari, seorang bapa membawa anak perempuannya datang ke pejabat saya untuk memohon wali hakim bagi pernikahan anaknya. Si bapa mengaku tidak boleh mewalikan anaknya kerana anak tersebut lahir sebelum dia bernikah.

Saya minta sijil nikah si bapa dan sijil lahir si anak. Betul apa yang didakwa, tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya.

"Kenapa anak ini berbintikan Ali (bukan nama sebenar)? Biasanya JPN akan cadangkan 99 nama Allah. Siapa Ali?" soal saya.

"Ali ni bekas suami kepada isteri saya. Masa anak ni lahir, isteri saya belum bercerai dengan Ali," jawabnya.

"Macam mana encik boleh yakin yang ini anak encik, bukan anak Ali?" soal saya lagi.

"Ali tu dah tinggalkan isteri hampir setahun, lepas tu baru saya kenal dengan isteri. Saya yakin cuma saya saja yang ada hubungan dengan isteri masa tu. Puan tengok anak ni pun muka sama dengan saya. Abang kakak dia semua kulit putih ikut Ali," jawabnya lagi.

"Ali ada lagi tak?" soal saya.

"Ali dah meninggal 2 tahun lepas," jawabnya.

Saya minta dia hubungi isterinya kerana saya mahu bertanya sendiri. Ini pengakuan zina, saya mahu dengar sendiri daripada mulut isterinya.

"Isteri saya dah terlalu uzur puan. Sakit kanser. Dia yang minta cepatkan urusan kahwin anak sebelum dia pergi," ujarnya.

"Oklah. Ali tahu ke tidak yang ini bukan anaknya?" tanya saya.

"Dia langsung tak tahu. Masa isteri saya failkan cerai taklik pun dia tak datang mahkamah," jawabnya.

Saya memberikan penerangan tentang status anak tersebut yang diiktiraf sebagai anak sah taraf kerana lahir dalam tempoh perkahwinan, sekalipun ia bukan daripada benih Ali. Rasulullah SAW bersabda:

 الولد للفراش وللعاهر الحجر

"Anak itu milik pemilik hamparan dan bagi penzina itu batu."

Memandangkan Ali sudah meninggal dunia dan dia tidak pernah menafikan nasab anak ini semasa hayatnya, maka kekallah anak ini menjadi anak sah taraf Ali.

Tetapi lelaki ini tidak berpuashati dan tetap mahu memohon wali hakim untuk anaknya. Saya tahu dia menanggung rasa bersalah seumur hidup kerana menjadikan Ali pak sanggup tanpa pengetahuan Ali. 

Permintaannya saya turutkan dan seperti yang dijangka permohonan wali hakim ditolak oleh mahkamah. Anak itu diperintahkan bernikah dengan berwalikan abangnya (anak Ali). 

Selepas selesai kes, saya panggil anak itu bersendirian tanpa bapanya. "Sekarang kamu dah tahu kisah silam ibu bapa kamu kan. Kamu jadikan pengajaran. Jangan benci ibu bapa kamu, tapi benci perbuatan mereka. Kamu jangan ulangi dosa mereka. Jadi isteri yang solehah untuk suami kamu," nasihat saya.


Apa pengajaran daripada kes ini?

1) Sesepi dan seteruk mana pun hidup disebabkan perbuatan pasangan, jangan sesekali mencari kebahagiaan dengan berbuat maksiat. Saya tahu Ali bersalah kerana meninggalkan dan mengabaikan isterinya, tetapi itu bukan alasan untuk isterinya berzina dengan lelaki lain. Sama juga suami yang berzina dengan alasan isteri tidak dapat melayani batinnya dengan baik.

2) Perbuatan dosa akan menghambat pelakunya di dunia dan di akhirat. Dosa dengan Allah boleh bertaubat, tetapi dosa dengan manusia (dalam kes ini curang) tidak akan terlerai melainkan dengan kemaafan. Lebih teruk jika tidak selesai di dunia dan dibawa ke Hari Pengadilan hingga menyebabkan muflis akhirat. 

3) Kifarah dosa itu nyata. Hukuman hudud bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sampai mati. Mungkin hudud boleh terlepas, tetapi kifarah dosa pasti ada untuk menebus dosa yang telah dilakukan. Mungkin saja penyakit kanser itu penghapus dosa silamnya. Wallahu a'alam.


CnP dari FB.

Semoga keluarga, anak², adik beradik serta keturunan kita terhindar daripada melakukan perkara² yang haram.aamin.

Till then, see ya.

Friday, April 17, 2026

.: 'SPARK' DALAM PERKAHWINAN :.

Assalamualaikum


Selalu juga dapat soalan "macam mana nak bina semula spark yang hilang dalam rumahtangga?"

Kadang kita selalu fikir benda yang susah nak buat. Contoh macam, kena pergi healing jauh2. Kena pergi bercuti mahal2. Kena jadi romantik extra2. 

Sebenarnya spark hilang dalam rumahtangga bila kita hanya buat benda yang minimum, buat sekadar buat. Kita tak go beyond tanggungjawab basic. Bila kita takda ihsan.

Ihsan = willingness to do more, walaupun tak wajib. 

Spark akan sentiasa ada kalau kita usaha buat extra pada perkara2 yang simple, tak perlukan extra cost pun.

Contoh;
Bukan sekadar buang sampah, tapi terus refill plastik sampah.
Bukan sekadar masak, tapi hidang & layan pasangan nak makan.
Bukan sekadar bagi duit isi minyak, tapi terus isikan.
Bukan sekadar tanya awak ok tak? Tapi terus belikan ubat/bawa ke klinik.

Mengekalkan spark memerlukan kita buat perkara2 kecil tapi sangat memberi kesan pada hati pasangan (small things that matters).

Kredit FB Kaunselor Sarah

Till then, see ya.

Friday, April 10, 2026

.: MIHNAH :.

Assalamualaikum.

Pernah tak kita pakai kain atau jubah… rasa dah cukup tutup aurat.

Tapi tanpa sedar, bentuk kaki masih jelas kelihatan?

Itulah yang dipanggil mihnah memakai seluar di dalam kain, untuk menjaga aurat daripada terlihat bentuknya.

Rasulullah ﷺ pernah mengingatkan supaya wanita memakai pakaian dalam di sebalik kain, kerana dikhuatiri pakaian itu masih menggambarkan bentuk badan. Ini menunjukkan betapa Islam sangat menjaga maruah wanita… bukan sekadar tutup, tapi menutup dengan sempurna.

Kadang-kadang… bukan sengaja kita nak terdedah.

Waktu naik tangga, naik motor atau kereta… kain boleh terselak tanpa kita sedar.

Di sinilah mihnah jadi penyelamat.

Ia bantu lindungi aurat kita saat kita tak mampu kawal keadaan.

Jangan tunggu nampak baru nak risau.

Lebih baik kita berjaga dari awal.

Bukan semua yang “tertutup” itu benar-benar menutup.

Kadang yang kita anggap kecil… itulah yang paling perlu kita perbaiki.

Ini bukan untuk menghukum sesiapa,

tapi sebagai peringatan untuk kita semua… termasuk diri sendiri.

Moga Allah jaga kita dan mudahkan kita istiqamah 🤍



#JagaAurat

#Mihnah

#Muslimah

#HijrahDiri

#PeringatanBersama

#Istiqamah

#AuratsWanita

#SurahAnNur31

#DakwahSantai

#MenujuSyurga

Friday, February 20, 2026

.: 10 PESANAN :.

Assalamualaikum.

Jumaat pertama di bulan Ramadan.
Semoga membawa keberkatan dalam hidup kita.
Jom baca Al Kahfi, semoga kita terhindar daripada fitnah Dajal..aamin.

Untuk anak lelaki

Untuk anak perempuan

"Engkau pelihara lah zuriat kami, berikan hidayah pada mereka, jadikan mereka insan yang beriman, berakhlak mulia dan berjaya dunia akhirat.Ampunilah mereka ya Allah, aamin YRA"

Till then, see ya.

Friday, January 30, 2026

.: AMALAN ZIKIR :.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua.
Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari Jumaat.aamin.

Zikir harian
Semoga sama² menjadi amalan kita..aamin.

Till then, see ya.

 

Friday, November 21, 2025

.: 4 PERTANYAAN DI PADANG MAHSYAR :.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang berkah, hujan mengiringi subuh hari ini.Alhamdulillah.
Kita selesa waktu hujan di sini, tapi di Gaza jauh sekali. Ya Allah, permudahkan segala urusan mereka.aamin.

Pertanyaan di Padang Mashyar
Di Padang Mahsyar nanti, inilah perkara yang Allah akan tanya kan.
uMur,ilmu,harta dan tubuh.
Apa yang kita lakukan dengan mereka?
Salah satu sebab perlu menjaga kesihatan badan, kerna ia kurniaan Allah, harus kita jaga amanah ini.

Moga segala amal kebaikan yang kita lakukan, dipandang oleh Allah walaupun sebesar zarah.
Moga dijauhkan dari segala perkara yang menyimpang dari jalan Allah.
Aamin Ya Rabbal 'Alamin.

Till then, see ya.

Friday, November 14, 2025

.: ZIKIR SELEPAS SOLAT :.

 Assalamualaikum.

Umum tahu, membaca zikir selepas solat adalah amalam sunnah yang dianjurkan, seperti membaca "Subhanallah""Alhamdulillah" dan "Allahuakbar". Masing-masing 33 kali dan diikuti dengan bacaan tahlil terakhir untuk melengkapkan 100 zikir. Amalan ini membantu menghapuskan dosa-dosa kecil dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

sahaja linda kongsikan untuk peringatan diri sendiri juga.
yang selalunya, nak cepat je lepas solat tu.

Zikir utama selepas solat:
  • Bacaan tasbih, tahmid, dan takbir: Baca "Subhanallah" (سُبْحَانَ اللهِ), "Alhamdulillah" (اَلْحـَمْدُ لِلهِ), dan "Allahu Akbar" (اَللهُ أَكْبَرُ) masing-masing sebanyak 33 kali.
  • Bacaan tahlil: Sempurnakan bacaan dengan satu kali tahlil: لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.


Untuk peringatan diri sendiri juga, jangan cepat sangat nak bangun lepas habis solat tu.

till then, see ya. 


Friday, October 17, 2025

.: PUJUK HATI :.

Assalamualaikum.

Peringatan untuk diri sendiri juga.


Sama-sama kita berdoa,

"Ya Allah, jadikan kami serta zuriat keturunan kami orang yang mendirikan solat."

Jom pujuk hati.

#UstazHanafiMalek

 

Till then, see ya.

Friday, September 5, 2025

.: SALAM MAULIDUR RASUL 1447 :.

Assalamualaikum.


HUKUM SAMBUTAN MAULID RASUL

SOALAN :

Apakah hukumnya membuat upacara sambutan Maulidurasul?

JAWAPAN :

Berkata Dr Syauqi Ibrahim ‘Allam Mufti Mesir :

الاحتفال بالمولد النبوي الشريف شاهدٌ على الحب والتعظيم لجناب سيدنا النبي صلى الله عليه وآله وسلم والفرح به، وشكرٌ لله تعالى على هذه المنَّة كما قال تعالى: ﴿قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا﴾ [يونس: 58]. وهو أمرٌ مستحبٌّ مشروعٌ له أصله في الكتاب والسنة، ودرج عليه المسلمون عبر العصور، واتفق علماء الأمة على استحسانه، ولم ينكره أحدٌ يعتدُّ به.

Artinya : “Upacara sambutan maulid Nabi yang mulia adalah merupakan tanda atas rasa kasih dan mengagungkan penghulu kita Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam dan bergembira dengannya.

Dan merupakan tanda syukur kepada Allah Taala atas kurniaan-Nya sebagaimana firman Allah Taala :

قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا

Artinya : “Katakalah dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya maka dengan sebab yang demikian itu maka hendaklah kamu semua bergembira.” (Yunus : 58)

Sambutan ini adalah pekerjaan yang disyariatkan yang ada baginya asal di dalam Quran dan Sunnah yang mana telah mengamalkannya olih sekelian orang Islam sejak berkurun-kurun.
Dan telah sepakat segala umat atas eloknya dan tidak ada seorang pun ulamak yang muktabar yang mengingkarkannya.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Till then, see ya.


 

Friday, August 1, 2025

.: 6 PERISTIWA SEBELUM BERLAKU NYA KIAMAT :.

 Assalamualaikum

semalam, linda dengar ceramah Ustaz Wadi dekat You Tube.
meh lah linda kongsi kan sikit apa yang Linda dengar.


pernah pada zaman Rasulullah, seorang sahabat nabi , Auf bin Malik menemui baginda.

Sabda baginda Rasulullah: Dari 'Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:

1- Kematianku (detik bermulanya hitungan kiamat dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW).

2- pembebasan Baitul Maqdis

3- Kematian berskala besar (kematian yang mengejut tanpa mengira umur)

4- Harta yang makin melimpah (kalau nak dikaitkan dengan zaman sekarang, majoriti semua orang ada rumah, ada kereta, tapi banyak mana pun gaji, tetap lah kita terasa tak cukup)

5- Fitnah berleluasa dan tersebar dengan cepat (lagi-lagi kita di zaman serba canggih,dalam masa seminit, fitnah boleh tersebar ke serata dunia)

6- Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. - [HR al-Bukhari 2940].

untuk lebih lanjut, boleh baca SINI, SINI
link youtube ustaz Wadi di SINI


till then, see ya.

mampu menyampaikan yang umum, nak tulis panjang lebar, risau salah penerangan.
semoga kita terus istiqamah dalam memperbaiki diri dan memperbanyak amal ibadah, aamin

Friday, July 25, 2025

.: GOLONGAN YANG TIDAK DISENTUH NERAKA :.

Assalamualaikum.



Hayyin - adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak suka mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang.

Layyin - adalah orang yang polite, sopan dan baik dalam kata-katanya. Lemah lembut dan tidak suka bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat.

Qarib - adalah orang yang sentiasa dekat dan ada ketika diperlukan, orang yang senang didekati. Seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam.

Sahl - adalah orang yang easy to deal with, tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak suka berbelit-belit, tidak suka mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain

 Semoga kita tergolong dalam salah satu golongan di atas..aamin.

Till then, see ya.

Friday, March 28, 2025

.: AMALAN SUNNAH HARI RAYA AIDILFITRI :.

 Assalamualaikum.


1.      Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, kini tibalah hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Islam mengajar kita untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan serta menghidupkan sunnah yang dianjurkan.

 

2.      Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW tiba di Madinah, sedangkan penduduknya mempunyai dua hari yang mereka raikan. Maka Baginda SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha’."
[Riwayat Abu Daud (1134), al-Nasa’i (1556) dan Ahmad (12006)]

 

3.      Merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Manhaji , antara amalan sunnah yang dianjurkan ialah menghidupkan malam raya dengan takbir, mandi sunat Hari Raya, bersarapan sebelum solat sunat Hari Raya, menunaikan solat sunat Hari Raya, memakai pakaian terbaik dan wangian .

 

Marilah kita meraikan Aidilfitri dengan mencontohi sunnah Rasulullah SAW agar mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.


semoga selamat semuanya di hari raya.


till then, see ya.

Friday, February 28, 2025

.: AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN :.



Penerangan Hadis :-

 

  1. Alhamdulillah, Ramadan al-Mubarak tiba lagi, yang merupakan bulan keampunan, bulan yang dijanjikan ganjaran pahala berganda dengan amal ibadah.
  2. Menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, maksud keimanan adalah beri’tiqad akan hak kefardhuan puasa. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah SWT. Selain itu, Imam al-Khattabi berkata, yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya. [Lihat: Fath al-Bari, 4/115]
  3. Marilah sama-sama kita berazam menjadikan bulan Ramadan al-Mubarak pada tahun ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Semoga kedatangan Ramadan kali ini kita sambut dengan penuh penghayatan dan semoga kita mendapat berkat serta hikmah bulan Ramadan, Aamin.

selamat berpuasa semua !!!

till then, see ya.

Eh, tahun lepas punya Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan pun hari jumaat juga lah.


 

Friday, February 21, 2025

.: MEMBACA DAN MEMPERELOKKAN BACAAN MENDAPAT KEBAIKAN :.

 Assalamualaikum


Penerangan Hadis :-

1)    Hadis ini menekankan kepentingan membaca Al-Quran dengan baik.

2)    Membaca Al-Quran dengan teratur dan tertib, seperti kita memperelokkan urusan di dunia ini, menunjukkan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh dalam ibadah akan mendatangkan hasil yang baik di dunia dan akhirat.

3)    Firman Allah S.W.T:

 وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا 4﴿

Maksudnyadan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". - Surah al-Muzammil (4)

Imam al-Mawardi menafsirkan ayat ini bahawa yang dimaksudkan daripadanya adalah suruhan untuk membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya, jangan merubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal, ibarat aturan gigi yang kemas apabila asasnya sama dan tersusun rapi, ini adalah apa yang dikatakan oleh Ibn Bahr. [Lihat: Tafsir al-Mawardi; 6/126]


till then, see ya.

Friday, February 14, 2025

.: SALAM NISFU SYAABAN 1446H :.

Assalamualaikum.

salam Nisfu Syaaban.

Semoga Allah perkenankan segala doa-doa kita,
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita, Aamin YRA.

tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan.

semoga ada rezeki kita untuk menyambut Ramadhan tahun ini.Aamin

till then, see ya.