Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label mainmasak2. Show all posts
Showing posts with label mainmasak2. Show all posts

Wednesday, August 26, 2026

.: SKILL UNLOCKED :.

Assalamualaikum.

Another achievement unlocked.
Dah macam cerita Kitchen Soldier pula.

IncikSuami hantar gambar ni tengah hari tadi.

Waaa.. kalau camnie, boleh la Linda resign jadi tukang masak..🤭🤭
IncikSuami dah boleh harap ke dapur.

Itulah orang cakap, masak ni tak perlu skill pun.
Kena selalu praktis je, nanti hebat la.
Nak meniaga tu tidak lah, tapis sekurang kurangnya, boleh la jamu keluarga sendiri makan.

Till then, see ya.

Monday, August 3, 2026

.: AKTIVITI WEEKEND :.

Assalamualaikum.

 sabtu, 01.08.2026 - balik Sungai Samak la.
dah sebulan tak balik, nengok abang Mu'az sekali.
dah la baru lepas baik demam, rindu ibu ke tu.. hahhaa

sampai kampung, takde pula abang Mu'az nya dekat rumah.
embah kata kutip udri(biji luruh dari tandan kelapa sawit) dekat belakang rumah.
pandai  weyh, ngutip benda tu, jual dapat habuan dekat abang Mu'az.
tapi, abang Mu'az buat dengan kawan la, dalam 3 orang(termasuk abang Mu'az).

dulu memang kerja linda dengan mak pun.
asal cuti sekolah, cuti sem. memang kerja linda dengan mak la.
tapi, tak dapat habuan macam tu, semua mak simpan @ bagi bapak.
sebab masa tu adik2 semua kecik, sekolah lagi.
ni adik beradik dah takde yang sekolah.
jadi bila buat, masuk poket sendiri lah.
lepas adik beradik semua dah keja pun, mak dah tak buat sendiri.
bagi dekat orang kampung nak sanggup nak kutip je, nanti hasilnya orang yang kutip tu la terus ambik.
kalau tak dikutip, sayang juga.
sebab kalau kumpul-kumpul dari belakang sampai ke tepi rumah tu, boleh dapat 2-300 juga.

dapat la snap gambar abang Mu'az tengah buat kerja ni.
abang Mu'az tak perasan, kalau tak lari dh belakang pokok tu.
buat dengan kawan-kawan dapat hasil kena bahagi lah, dapat la sorang Rm30 lebih, tapi bapak cakap dah 3 trip dah tu.
kalau ikut total 3 trip tu, dapat sorang almost 100 juga.
apa yang dibuat dengan duit tak tau la.
tapi kak mas kata, kadang2 malam minggu p mengopi dekat warung kat kampung ni. hahaha
tahun depan pindah Tronoh, mati akal lah kawan tu.

Ahad, 02.08.2026 - birthday kak M, sibuk la ajak ibu pergi Mr DIY, suruh beli kan hadiah birthday dia katanya. hahaha.
malas ibu nak layan.
dia tak tau dah ada suprise ibu buat.

tiba-tiba kena masak pula dekat kampung. hahaha
mak nak p makan kenduri, jadi mak tak masak.
kita ni, kena la masak untuk orang kat rumah.
jom tengok masak apa.

kangkung tumis pedas + udang kecik2.
cari belacan mak, tak jumpa kat mana.
kangkung mak kutip dekat parit depan rumah.

ikan goreng

ayam masak lemak cili api.
konon nak masak gulai, tapi kak mas kata minggu lepas dia dah masak gulai.
terus la tukar menu.

nenas, mak beli kat orang jual buah.
mak yang kupas.
bab nenas ni, malas linda nak kupas..
nak makan je.
terima kasih mak.

alhamdulillah, dapat balik kampung walaupun sekejap.
petang tu, dah gerak balik Tronoh semula.
semoga abang Mu'az baik2 je.

nampak juga dia rindu nak ngusik adik dia. hahaha.
asyik la dia buat je adik dia.
tahun depan bawa pindah sekali, ada 3 tahun je lagi sebelum umur 17tahun.
lepas tu, tak tau ke mana arahnya pula.
😢😢sekejap je rasanta, my first born dah besar macam tu.
semoga sentiasa dalam lindungan Allah, aamin. 

till then, see ya.

Saturday, August 1, 2026

.: HARI BERTEMU WARIS :.

Assalamualaikum.

tak rugi la ambil cuti, boleh menghadirkan diri untuk hari bertemu waris sek kebangsaan anak-anak.

laki bini ingatkan yang sesi pagi mula 10.50 pagi.
jadi ambil dedek dulu dekat sek kafa 10.45pagi, terus shoot sek kebangsaan.
rupanya tengok semula poster sesi perjumpaan bermula 10 pagi.
takpelah, takde la berebut parking.
sampai je, terus la linda pergi kelas kak M, incikSuami ke kelas abang Mueez.
kak M tu kena pulun nanti tu, E pun ado juga.. 😔
peperiksaan matriks untuk tahun 4 tu, bulan 10 nanti.
semoga ibu cepat2 dapat pindah, Aamin

minta kak M ambilkan gambar kenangan ibu dan ayah.
ini la yang paling elok pun, yang lain aib sungguh. hahaha
takde gambar sesi pagi, sebab sampai2 je terus jumpa cikgu.
terus balik, pukul 11.10 pagi dah selesai.

jom sesi petang pula.
outfit sama je, malas nak tukar-tukar

bila pula dedek bawa songkok pergi sekolah.
waktu dedek, parents baru sampai kot.
ada la menunggu 3,4 turn.
tapi cepat, sebab ada 2 cikgu setiap kelas.
dan cikgu pun takde lah cakap meleret-leret.

lepas maghrib, meh la kita masak kejap.
konon-konon buat ikan rebus, tapi dah siap masak, lupa nak letak garam.

jadilah untuk makan malam.
tapi takde yang pedas pula.
makan nasi panas, ttuang kicap. setel.
alhamdulillah.

til then, see ya.

Monday, June 15, 2026

.: HARI TERAKHIR CUTI :.

Assalamualaikum.

hari terakhir cuti panjang , Ahad,07.06.2026
Linda cuti dari 30Mei-07Jun
pagi tu keluar kejap, nak beli bahan memasak sikit.
dah banyak hari asyik makan daging je..
lepas  raya haji kan.

otw balik, nampak orang jual apam kukus Kuala Kangsar katanya.
minta incikSuami buat U turn.
linda memang hantu apam.
tapi tak reti nak buat.. hahaha
seketul tu RM2.50.
beli 4 ketul.

tengah hari masak kuah lodeh, sebab nasi impit yang semalam masih ada baki.
kalau simpan dalam peti, mau sampai kecut nanti.

lauk lunch untuk hari tersebut

close up sikit, sambal kentang + tempe + ikan bilis.
dedek ambil ikan bilis je ngap dalam mulut.

kuah lodeh, letak udang.
kak M memang suka la udang ni.

dah petang, sibuk nak keropok pula.
haa, goreng sendiri..
Orang nya pun dah nak sama tinggi dengan ibu.
Alahai, ibu sebak pula.

Petang, keluar briswalk keliling taman.
Kak M dengan Dedek teman ibu sambil kayuh basikal.

Pusing sampai depan kedai, teringin nak makan aiskrim pula.
Ini Linda punya.
Kak M, Linda suruh terus balik.
Takut aiskrim cair.
Nasib baik basikal kak M ada bakul.

Alhamdulillah, terasa puas sambung cuti.
Golek² kat rumah.
Sambil kacau Dedek,kacau kak M.

Moga dipermudah urusan pertukaran, dapat tempat yang dimohon..aamin.

Till then, see ya.

Friday, May 8, 2026

.: LEVEL UP :.

Assalamualaikum.

Dah naik rank la incikSuami ni.
Pagi tadi saja video call, rupanya tengah nak masak.
Linda cakap, nanti share masak apa.

Masak sambal udang + sosej + isi ketam.
Katanya, risau tak dapat rasa udang, ada la isi yang lain boleh makan.
Kak M kan hantu udang, dia sorang beg habiskan.

IncikSuami cakap tak pedas.
Tunggu kak M komplen apa pula..hihi.

Lepas tu, incikSuami share gambar dedek.
Berpeluh².. balik sekolah jalan kaki ke apa.. hahaha.

Minggu ni tak balik. 
Next week pula lah.

Esok abang Mueez ada friendly match bola.
Yang last week punya pun. Linda tak up entry lagi.

Till then, see ya.

Tuesday, April 21, 2026

.: SOSEJ SAMBAL :.

Assalamualaikum.

Gara gara terpengaruh dengan blogger Cie.
Nak juga up menu dinner kita.

Sosej sambal + sosej goreng

Yang iye nya, nasi ada lagi separuh, baki dari semalam lagi.
Sambal tu, kuah sambal ayam beli kat kafe hari Khamis lepas tak silap.
Simpan dalam peti sejuk.
Jadi teringat² sambal tu, beli sosej jelah yang paling mudah nak gu kan.
Dengan barang memasak yang limited.

Jadi, dinner hari ni.
Seadanya lah.
Janji takde yang terbazir, Alhamdulillah.
Sosej ada baki lagi(perabih je goreng sebungkus tu).
Esok beli bihun goreng je lah, boleh makan dengan sosej.

Till then, see ya.

Wednesday, March 11, 2026

.: BERBUKA 18 & 19 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Pagi orang up entry menu sahur, Linda up entry menu berbuka pula.. hihi. 

Menu berbuka 18 Ramadan
Sebabkan sakit pinggang, takde mood nak masak.
Jadi Linda buat nasi goreng sardin je.
Goreng sosej, nuget.
Potong buah naga dengan limau Sunkist.
Banyak dedek tambah. IncikSuami pun sama.

Menu berbuka 19 Ramadan.
Hari Isnin, dah kembali ke sarang.
Beli coq udang kat kafe, nampak macam sedap..tapi menghampakan.
Buah naga bawa dari Tronoh.
Rezeki tepung pelita cleaner bagi.

Nasib baik dan terserempak lagi dengan cleaner je, mula² dia bagi Linda sampai 3 pack.
Banyak² siapa nak makan.
Linda ambil 1 pack je.
Itu pun 2 makan berbuka, 2 makan waktu sahur. Tak simpan dalam peti sejuk, nasib baik elok lagi. Alhamdulillah.

Berbaki lagi 9 hari, InsyaAllah untuk kita lalui Ramadan kali ni.
Semoga dapat kita gunakan ruang yang ada sebaik mungkin.

Till then, see ya.

Saturday, February 21, 2026

.: BERBUKA 3 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Dari tengah hari dok terbayang sambal udang petai.
Tapi, dok berkira juga nak berjalan kt bazar ke camne ke.
Lepas asar nak bersiap la keluar, eh dengar bunyi guruh pula.
Kepala ni memang terbayang bayang udang dengan petai.
Sebab nya,petai memang dok tersedia dalam peti sejuk dekat asrama ni.
Dari peti sejuk rumah, nak kemas masa pindah tu,bawa ke peti sejuk  asrama.

Ramadan 1447
Akhirnya ke Mydin kita.
Beli pes sambal, isi udang, beras dan cukup rasa.
Lagipun, dah 2 hari juga tak berbuka dengan nasi ni.

Ramadan 1447
Gini je masak nasi. Hahaha.
Sebab nya, cooker tu tadi dah guna buat masak sambal tu.
Risau tanak nasi dalam tu, nasi berasa sambal pula.
Naya weyhh.
Jadi kita kukus kan la macam tu.

Ramadan 1447
Alhamdulillah, menu berbuka hari ni.
Banyak betul nasinya.
Boleh bawa ke sahur dengan buka esok sekali ni.
Siap beli timun lagi tadi.
Lepas dah la keinginan anak tekak ni nak makan sambal udang petai.
Tapinya, sambal nya tak pedas. Tak umphh lah.

Tapi kan........

Ramadan 1447
Pinggan takdo weyh. Hahaha.
Nasib la ada polisterin ni, guna la buat pinggan. 
Ikhtiar hidup sungguh.
Nasib la tak p cari daun apa-apa nak buat lapik. Kikiki.

Finally, memasak nasi juga daku di dalam bilik.

Till then, see ya.

Thursday, February 19, 2026

.: 1 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bertemu kita dengan bulan Ramadan.

Sahur 1 Ramadan 1447
Menu sahur.
Telur dadar dengan sayur je baru masak.
Yang lain, lauk perangat semalam.

Bangun pukul 3.20 pagi.
Sebab nak siap² p stesen ketapi pula.
Bersiap dan sahur sekali.
Dedek bangun awal, teman Linda sahur dan ikut incikSuami hantar ke stesen KTM

1 Ramadan 1447
Sebagai kenangan.
Kerusi sebelah, lelaki Cina berbadan besar.
Dia tido, risau pula menyenget dekat Linda.
Terus Linda nak tido pun tak senang.hihihi

Stesen KTMB Batu Gajah
Selagi PJJ, ni lah pemandangan nya.
Ramai juga pagi ni dalam ketapi.
Banyak Chinese, baru lepas CNY kan.

Till then, see ya.

P/s - rasanya tahun ni macam tak banyak je entry lauk pauk untuk menu sahur dan berbuka.hihihi

Wednesday, February 4, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 4/26 :.

Assalamualaikum.

IncikSuami hantar gambar cekodok.

Cekodok pisang
 "Maya ckp cekodok ayh laen je😒...x bulat mcm ibu buat... 😤"

No komen la ibu.

Till then, see ya.

Wednesday, January 21, 2026

.: SARAPAN PAGI WRAP TELUR :.

Assalamualaikum.

sarapan hari ni, 20.01.2026.
telur siap rebus malam tadi lagi.

scramble egg
pagi nie, kita kupas terus hancurkan.
siyeslah, takde bawa mangkuk / pinggan rupanya. hahaha
kita guna  jelah apa yang ada.

capsicum hiris
capsicum jangan lupa.
sebenarnya banyak hiris, tapi udah guna, baru teringat nak ambil gambar.

wrap telur
wrap kita jangan lupa.
nasib baik ada polistren ni ha, boleh la buat letak.

penambah rasa
perasa sebagai penyelamat.
sebab memang takde banyak gula ke, garam ke.

wrap telur
tara dah silap wrap dia..
hahaha, ikut suka lah bentuknya ya.
nak makan sendiri je pun.

rebus 2 biji telur malam tadi.
boleh la dapat 2 wrap.
tengah hari malas nak makan, petang balik kerja nak g pasar malam lah.

till then, see ya.

Friday, December 5, 2025

.: SUUN GORENG :.

Assalamualaikum.

Sarapan Noodle Glass atau Suun.

Dah nak masuk lunch hour, baru tayang sarapan apa hari ni.

Dah hampir 2minggu juga beli suun ni.
Sekarang dia ada dalam peket yang peket kuetiau, mee kuning tu.
Senang sikit, tak payah nak rendam² bagai.

Try lah masak.
Campak jelah apa yang ada dalam peti tu, Alhamdulillah. Sedap juga.

Till then, see ya.

Friday, September 26, 2025

.: MAIN MASAK-MASAK :.

Assalamualaikum.

Hari nie Linda ambil cuti.
Menghadirkan diri ke Hari Sukaneka sek anak-anak.
Tahun depan tak tahu boleh hadir ke tak, jadi kita hadir lah mana yang pasti nie.

Tang sukaneka, nanti Linda up entry lain.
Belum 10.30 pagi, dah selesai semua acara sukaneka.
Siap dengan majlis penyampaian hadiah sekali.

Bebudak kalut nak main permainan yang ada..
Masuk rumah hantu la, main paint ball lah.
Last² sampai rumah pukul 11.45am gitu lah.

Jom lah kita bersilat dekat dapur kejap.

Siap goreng ikan kerisi.

Sotong sambal tumis cili padi + petai.

Jumpa petai dengan sotong dekat kedai "Acheh", nak beli ais batu.
Dok terfikir sampai sekarang, kenapa nama kedai tu kedai Acheh ye??
Ada orang boleh rungkaikan tak misteri nie..Kikiki.

Till then, see ya.

Thursday, August 28, 2025

.: LONTONG In THE HOUSE :.

Assalamualaikum.

sejuk pagi nie, rasa macam nak tarik selimut lagi.
pukul 5 pagi hujan lebat dekat Selayang nie.

waktu sekarang pun masih mendung lagi.
sejuk lah hari nie.

nie gambar masak-masak petang semalam, lepas balik kerja.
bukan pagi tadi..hahaha.
pagi tadi panas-panaskan je.

bersusun dah sayur-sayur kita.
nak masak apa nie?

kuah lodeh @ kuah lontong?
mana satu yang betul.
pertama kali masak nie.
Alhamdulillah, boleh la buat makan anak beranak.

jadilah dinner semalam Lontong
nasi impit ada balance dalam peti sejuk.
sebab tu yang terfikir nak buat kuah lontong nie.
nak makan dengan nasi pun boleh juga.

gu kan dengan telur rebus, sambal ikan bilis.
lupa nak beli udang.
dapat sambal udang lagi sedap kan.??

Alhamdulillah, abang Mueez tambah sampai 2 kali.
lepas tu, linda makan. dia pun kecek juga.
abang Muáz makan nasi impit dengan kuah, ayam black pepper lauk lunch.
adik-adik, hurm..susah betul bila suruh makan nie.

till then, see ya.

Wednesday, August 20, 2025

.: MERIAH SARAPAN :.

Assalamualaikum

hari nie, abang Mueez ada koko, jadi dia tak balik lunch.
tapi dah kirim makanan dekat ayah nya.
so, ayah nya kena beli lah, bila ambil adik balik sekolah, hanta sekali makanan.
kantin sekolah tutup 2minggu, sebab ada kes keracunan makanan.
Alhamdulillah, anak-anak linda takde yang kena keracunan makanan.

menu sarapan pagi.
eh, meriah pula.
sebab tak masak lauk lunch hari ni.
balik kerja nanti la masak untuk dinner.

megi goreng tu buat bodo(kosong) je.
sebab tu rajen menggoreng telur mata dengan sosej.

lepas tu, kak M bangun-bangun dah menganga dekat Linda.
ingatkan kenapa, rupanya nak tunjuk ulser dalam mulut.
semalam memang dia ada cakap susah nak telan.
tapi elok je dia makan dan bercakap..hahaha
takde demam apa pun sebelum-sebelum nie.

nampak tak yang dalam bulatan tu.
dekat sebelah anak tekak tu, sampai jadi putih.
tapi kak M cakap, takde lah teruk sangat.
sebab nampak dia makan, bercakap, telan air liur normal je.
tapi, linda lah risau.
jarang anak-anak kena ulser dekat situ, selalu dekat bahgian dalam bibir je.

cutikan kak M hari nie, nak bawa ke klinik staff jap lagi.
moga takde apa-apa yang serius lah.

till then, see ya.

Monday, August 11, 2025

.: PENGARUH KAK SA :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai lagi satu hari puasa ganti.
Ada lagi 2 hari, InsyaAllah.. bulan ni Linda akan habiskan juga..Semangat 
 
Juadah berbuka.
Nasi goreng, cucur tepung dengan teh tarik.

Cucur tepung terpengaruh dengan entry cucur tauhu kak SA.
Malas nak beli tahu,guna tepung gandum je, letak isi ketam juga, carrot, ubi kentang dan bawang.
Potong halus², campak je dalam tepung.
Letak telur sebiji, bancuh dengan air panas sikit, baru campur air biasa.

Biar sebati dulu dalam 15min, baru goreng.
Makan panas² memang sedap.
Alhamdulillah, habis cucur tepung nya.

Tanya abang Mu'az esok nak masak lauk apa.
Dia cakap ayam, memang hari² ayam je lah dekat rumah ni.
Nak ayam masak merah pula, malas betul nak bangun awal buat sambal tu.
Nak masak malam, lagi lah malas.
Tengok lah, esok jadi apa nanti ayam nya.

Till then, see ya.

Saturday, August 9, 2025

.: CERITA HARI SABTU :.

Assalamualaikum.

Hari ni tak nak masak nasi.
Jemu pula hari² nasi.
Linda pun suruh incikSuami beli barang².
Gigih dia call sebab tak jumpa barang, tapi jumpa akhirnya.

Bila dah balik, Linda pun dok tengok lah apa yang dia beli.

Linda pesan isi ayam, dia beli drummet.

Linda pesan beli sekilo, dia beli 400g, tapi sepeket je..
Dia igt Linda sebut sepeket je, tak perasan nak nengok berat.

Tengok mee pun, mesti dah tahu Linda nak masak apa.

Jadi lah bahan yang ada.
Lepas tu, incikSuami tanya takde sayur je.
Eh, dia yang beli. Hahaha..
Makan je lah apa yang ada.

Eh, takde pula gambar mee kari nya.
Sebab Linda tak makan lagi.

Dah siap masak, moh le kita siapkan bunga telur.

Sebahagian yang dah siap.
Kena siapkan seratus batang, lagi halfway kot.. hahaha..
Tak kira pula, ikot sarung bunga telur je.
Kalau habis, 100 batang lah tu.

Have a nice weekend kawan² semua.

Till then, see ya.

Tuesday, August 5, 2025

.: CERITA HARI SELASA :.

Assalamualaikum.

semalam beli makanan tengah hari dekat warung bihun sup luar hospital.
ada vendor letak laksa.
teringat lah sebungkus laksa dekat rumah.
ikan kembung pun ada juga dalam peti ais tu.

maka, terhasillah menu laksa di malam hari.
balik kerja terus rebus ikan, blender semua.
nie style laksa biasa. bukan asam laksa macam selalu tu.

disebabkan timun, salad, telur rebus ada lebih.
bawa lah bekal salad.
konon, nak kurus lah, nak folo kak SA juga.
tapi, bila dah time lapar ko pergi juga kafe.

nescafe ais satu.

nasi separuh dengan ayam masak merah.

camne nak kurus nie, hari pertama pun dah gagal.😂😂
takpe lah, kita cuba esok pula..hihihi

memang kena paksa diri nie, kalau tak, menaik saja penimbang tu kang.
adik ipar dah stat main badminton tetiap malam.
tak boleh jadi nie, kang dia kurus sorang-sorang. hahaha

till then, see ya.