Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label anaksolehah. Show all posts
Showing posts with label anaksolehah. Show all posts

Friday, June 19, 2026

.: EXFOLIATING GEL :.

Assalamualaikum.

Terpengaruh iklan.
Kadang² tengah scroll FB, dia keluar.
Dekat Shopee pun, tetiba ada.
Last², linda pun cari lah, nak tengok sikit harga berapa.

Eh, takde lah mahal Noo.
Terus Chek out lah. Hahaha

She'Eureka - exfoliating gel.
Beli 2 kotak dengan harga RM10 bape sen ntah, tak ingat.
Dengan free shipping nya, tak sampai RM11 pun.
Kecik je, dalam 30 ke 50 g ye.
Dah tertutup pula dengan watermark.

Dah cuba pakai, ok lah.
Takdelah putih pun, kalau pakai habis 1 tiub tak tau lah kan. Hahaha 
Tapi, terasa la mcm daki² tu hilang. 🤭🤭
Selama ni, mandi pakai yang scrub pun, tetap ada juga daki² tu..
Dia bukan daki apa pun, memang kadang tu kena tonyoh lebih sikit.

Linda up dekat status.
Sekali incikSuami balas macam bawah ni.

Anak dara dah beso Oii.
Nasib la ibu bukan kaki make up, kalau dak, kena beli 1 set untuk kak M juga.
Naya.

Ni sabit, dia tak pandai lagi pakai shawl dan bawal sendiri je.
Kalau tak, memang Linda cari tudung, tak jumpa dah.. hahaha.

Till then, see ya.

Friday, February 20, 2026

.: 10 PESANAN :.

Assalamualaikum.

Jumaat pertama di bulan Ramadan.
Semoga membawa keberkatan dalam hidup kita.
Jom baca Al Kahfi, semoga kita terhindar daripada fitnah Dajal..aamin.

Untuk anak lelaki

Untuk anak perempuan

"Engkau pelihara lah zuriat kami, berikan hidayah pada mereka, jadikan mereka insan yang beriman, berakhlak mulia dan berjaya dunia akhirat.Ampunilah mereka ya Allah, aamin YRA"

Till then, see ya.

Thursday, February 12, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Entry pertama untuk campak belakang ya..Kikiki.

Betul² campak belakang.
Kurus lagi waktu ni, rasa berat 50++ je ni.
Sekarang 60++ , hahaha.

Ni masa kak M graduasi 6 tahun .
Dari jauh dah nampak bulat. 🤭🤭

Dua dua gambar tu, anak dah 4.

Kak M umur 5 tahun.
Masa ni, nampak lagi lah gegirl nya.
Sekarang takde dah.. hahaha.

Ni kak M umur 6 tahun.
Okeh.. dah tahu lah.
Memang dari dulu suka buat perangai random.
Apa benda la dok terbaring dekat pelamin.. hahaha..

Ada la bukti rupanya, memang dari dulu begitu. 
Sabar jelah.

Kenangan betul tengok gambar² yang keluar dekat FB memories.
Jadi, kena up juga 1, 2 gambar for next next year punya memories.

Till then, see ya.

Tuesday, December 30, 2025

.: TAHNIAH MAYA SYAFIQAH :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 19.12.2025 - hari terakhir persekolahan.
Rezeki kak M pula dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah kelas KAFA kategori Kehadiran Terbaik Perempuan.

Sepantas kilat Linda pergi, lepas menjadi team koir jemputan untuk perhimpunan bulanan bulan Disember.

Team koir HRAD
Nah, belanja gambar team koir petang tu.

Untung juga motor ada 2 biji kome.
Senang nak merempit.
Mohon keluar pejabat 3.30-5.00 petang terus.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Sampai² jumpa incikSuami.. 
Terus wefie.
Nasib baik sempat lagi tengok kak M ambil hadiah.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Tahniah kak M

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Wefie pula dengan kak M.
Tahniah kak M.
Sebab tu lah ibu suruh pergi sekolah hari².
Rezeki kak M dapat kategori Kehadiran terbaik.. Alhamdulillah.
Mana tahu penyuntik semangat untuk buat yang lebih baik lagi untuk tahun hadapan..aamin.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Lawa plak nya.
Tapi yang ni takde tulis nama kelas pula..
Tahun dah ada elok dah.

Alhamdulillah, walau apa pun.
Ibu ayah tetap bangga dengan anak²..
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka..aamin.

Till then, see ya.

Monday, November 24, 2025

.: FUNKY HAT :.

Assalamualaikum.

Nah, Funky Hat sempena hari kanak-kanak SKSJ yang bakal diadakan pada 27hb nanti.

Takde lah kreatif mana pun, sekadar meraikan dan buat anak² seronok.
Takde pula fikir tema ke apa.
Tapi, bila dah siap..macam ada tema lah pula.. hahaha.

Funky hat
Topi dedek yang incikSuami buat tu.
Tema dedek - aerospace kot.

Funky hat 1
Bahagian belakang, baru ada nampak 3d sikit.
Kalau tak, incikSuami tampal sticker je.
Tu yang kena bahan dengan kak M.. hahaha 

Funky hat 2
Yang ni pula kak M punya.
Linda balut kotak je, malas nak mereka cipta topi.
Tema kak M - Taman serangga

Funky hat 3
Bahagian atas topi.
Gambar² serangga tu print je, warna dan lekatkan dengan kawat bulu tu, nak bagi berdiri.

Abang Mueez punya, special sikit.
Memang dari awal dia dah gitu nak buat tema apa.

Funky hat 4
Jadilah tema - Blokees.

Semua tu robot² bLokees dia sendiri.
Linda cakap letak gam sikit je dekat kaki robot, nanti takde lah susah nak cabut semula.
Susunan semua by abang Mueez.
Linda tolong balut dan hias sikit².

Funky hat 5
Dari depan.
Tak tau nak buat design camne..
Susun² jelah kawat bulu tu jadi macam pagar, then tampal tajuk atas tu.
Selesai lah.
Hasil yang tak seberapa.

Tak sabar nak tunggu hari kanak², mesti macam² topi yang ada.

Till then, see ya.

hari kanak-kanak 2024
hari kanak-kanak 2023

Tuesday, November 18, 2025

.: RANDOM BY KAK M :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 8 Nov 2025 - sekitar majlis perkahwinan sepupu sebelah suami (Wani) di Penang tempoh hari.
Linda nak up dulu gambar kenangan yang random dari kak M.

Dalam keriuhan dah selesai upacara akad nikah. 
Mata meliar mencari kak M. Sebab tak nampak, dan tak datang pun pada Linda.
Sekali, pandangan mata Linda dikunci bila nampak aksi random kak M.
Terus ambil telefon, cepat² rakamkan momen ni.
Kalau ada rezeki, kak M dah besar. Boleh la dia tengok balik perangai dia tu.

kak M random
Tengok² dia bersenang lenang dekat situ.

kak M random 1
Eh, apa pula yang dibuat nya??

kak M random 2
Wah, seronok ehh.. siap baring² lagi.
Linda tanya kenapa kakak buat macam tu?
Karpet dia tebal ibu, selesa nak baring².

Adoi, macam² jawapan.

Ingatkan habis kat situ je, rupanya.. kak M buat perangai random dekat venue majlis perkahwinan pula.
lepas pengantin datang berarak dengan rombongan lelaki.
Linda tak nampak dah kak M.
takpelah, ada lah tu dekat mana mana.
takkan lah hilang pula.

sekali linda masuk area pelamin dan kawasan makan beradap (dalam dewan kecil, sebab ada aircond), kawasan makan dekat area luar-luar.
tercongok pula kak M depan pelamin tu.
padahal dalam tu rombongan pengantin lelaki je yang ada.
kiranya belah perempuan, ada pengantin je.

kak M random 3
kejap berdiri.

kak M random 4
kejap duduk.

eh, seronok pula kak M.
bila tanya kenapa kat dalam tu? bukan kenal sesiapa pun.
boleh dia jawab "sejuk dekat dalam nie, lepas tu nak tengok pengantin"

memang dia dekat dalam tu saja, sampai time ambil gambar dengan keluarga perempuan.
sampai lah photoghapher cakap "adik nie, dari tadi dia ada dekat sini"
adoi, macam-macam eh.. random sangat nie.

till then, see ya.

Thursday, November 13, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Selagi ada gambar nak imbau.
Segmen throwback Thursday ni, akan wujud.

Thursday
Majlis cukur jambul abang Mu'az..
Ibu pun pakai shawl ala² Yuna.. hahaha.
Masa ni, incikSuami tengah bercuti sebulan, lepas tu pergi Lubnan semula.
Pertama kali jumpa abang Mu'az selepas 2 bulan abang Mu'az lahir.

Thursday 1
Geng penyelia asrama yang sama batch.
Kursus sama di Kolej Ulu Kinta.
Sekarang tak jumpa dah macam ni, FB, wasap je lah.


Thursday 2
Masa kecik kecik senang je semua nak beraksi depan kamera.
Dah besar, susah betul nak masuk dalam gambar.
Masa ni, dedek baru 6 bulan.
Tak join lah dalam gambar.. kikiki

Thursday 3
Dekat Melaka, kadang kadang paksa incikSuami mai kolej time lunch.
Waktu dia off duty lah, sebab nak makan sama sama.
Kadang kadang Linda saja ambil cuti, pergi tengok wayang berdua.
Anak 4 kan duduk rumah pengasuh dan taska sampai petang.
Jadi, takde kalut nak balik tengah hari.

Sekarang, susah sikit nak dating berdua.
Nak g pasar malam pun, semua nak ikut. Hahaha..

Seronok mengimbau ni, tengok gambar, macam macam memori yang datang.
Itulah orang cakap "memories remains".
Eh, betul ke? Kikiki.

Till then, see ya.

Tuesday, November 4, 2025

.: EXAM WEEK :.

Assalamualaikum

4-7 November, bermula lah UASA untuk sek keb anak-anak.

makanya, segala kemudahan di tutup supaya tidak berfoya-foya ye.. kikiki

semoga Mueez Safwan, Maya Syafiqah dan Mukhlis Syahir dapat menjawab soalan dengan baik, diberi kefasihan dalam membaca dan menulis jawapan, aamin.
semoga anak-anak lain yang sedang menghadapi peperiksaan dapat menjawab soalan dengan baik, diberikan kesihatan supaya dpaat menumpukan pada kertas peperiksaan, aamin.

anak buah Linda dekat Kelantan pun ambil SPM juga tahun nie.
semoga kakak Mia dapat jawab periksa dengan baik..aamin

setelah lama tak buat rama-rama
percubaan ke5 baru jadi.
yang bawah sekali tu.
baru ada rupa rama-rama.

udah kenapa linda dok buat rama-rama pulak?
untuk PSV abang Mueez la nie.

till then, see ya.

 

Saturday, August 2, 2025

.: SELAMAT ULANGTAHUN KE 9 :.

Assalamualaikum.

Walaupun beza bulan, tapi beza tak sampai 5 hari pun.
Teringat lagi masa tengah hujung² nak bersalin kan kak M, kena cempung abang Mueez yang sado untuk imunisasi 24bulan.
Masa abang Mueez, last imunisasi yang 18bulan, ditukarkan pada 24bulan.
Tapi sekejap je, bila kak M dah keluar, kembali pada asal 18bulan semula.

Eh dah melalut, entry nie untuk Maya Syafiqah binti Shahrizal.
The only girl in the house..


Happy birthday my dear daughter, doa ibu ayah , semoga berada dalam lindungan Allah selalu, diberi kesihatan berpanjangan, rezeki yang luas,akhlak yang mulia dan mempunyai hati yang lembut. Jadilah anak yang kuat, penyayang serta penuh impian. Semoga berjaya dalam pelajaran,kehidupan serta dalam apa jua yang bidang yang diceburi kelak, reda dan doa ibu sentiasa bersama kak M.

Aamin YRA.

Till then, see ya.

Pengalaman bersalin  anak no 3 
>> BACA SINI <<

Monday, July 14, 2025

.: MINGGU PEPERIKSAAN :.

Assalamualaikum 

Petang nie bermula lah peperiksaan sek KAFA anak anak.


Semoga dipermudah segala urusan dalam menjalani peperiksaan, diberikan kefasihan dan kelancaran supaya tak 'blank' dalam peperiksaan nanti. Aamiin...

Ibu is debo je.
Sebab takde siapa lagi yang ikot jejak langkah ibu naik stage tiap² tahun (untuk sek rendah) jelah..hihihi...

Till then, see ya.

Wednesday, March 19, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 7/25 :.

Assalamualaikum

cikgu kabo kak M sakit perut.
nanti mai amik dekat sekolah.

incikSuami p jemput.
tersenyum lebo..

akai banyak noh.

till then, see ya.

 

Friday, November 8, 2024

.: JALAN JALAN JAPAN @ LOTUSS RAWANG :.

Assalamualaikum

baru lah sempat nak mengarang haa.
27.10.2024 lepas, pergi lah Jalan-jalan Japan dekat Lotuss Rawang
kalut lah kids nak menengok/menyelam beyblade dalam tu.
musim nya kembali pulak dah

ada barang baru sampai.

depan pintu masuk 
ada susunan terompah dan kimono jacket.
lama tak nampak terompah.

anak-anak dah melilau dalam tu.
linda pun cuci mata lah.
banyak pulak patung-patung jepun nie.
comel, cute je tengok.
ada harga mampu milik, dan ada yang lebih rm100 jugak.

linda share gambar yang linda snap.



RM80 sekali dengan box nie kot.
kaca dan frame kayu.
berat jugak.

cantik betul.
linda teringin nak pakai baju kimono yang betul2 macam nie.
jalan kene langkah kecik-kecik, tapi laju.

nie dah versi mak-mak.
sebab chubby sikit.. hahaha

dok gugel, rupanya anak-anak patung nie, ada keraian dia


boleh tekan link atas tu untuk details

eh, eh...jumpa tak beyblade tu??
ada, tapi tak banyak dah.
abang Mueez je beli beyblade, abang Mu'az beli kete stainless steel tu,
dedek pun sama, kak M menyelam dekat lautan keychain.

keluar je dari Jalan-jalan Jepun.

kak M terus tanya "ibu, kita takde makan-makan ke?"
ibu jawab lah "tadi kan dah kata cuci mata je, lepas tu balik lah"
kak M cakap "kakak lapar nie"

emmm, padahal linda dah siap masak nasi dekat rumah.
biasa lah anak-anak nie kan.
ok lah, ibu belanja makan dekat foodcourt je lah.


muka orang lapar lah sangat kononya.
naseb baik makan nasi ayam habis.
kalau tak, ibu jadi singa. hahaha

till then, see ya

Saturday, November 2, 2024

. : BIRTHDAY 2024 :.

Assalamualaikum 

Nie cerita sabtu lepas, 26.10.2024.
Dok terperam dalam draft. 
Bukan sebab banyak idea nak tulis, tapi sebab mood nak menaip tak sampai. Kikiki. 

Tekak teringin nak makan kek. 
Jadi ke kedai Bakers Cottage BBS lah kita. 

Pilihan yang ada

Res velvet BC linda suka, sedap. 

Tapi, pilihan hati.. Yang ini. 
Apa ntah nama kek nie.. Sampai tak ingat dah. 
Sebabkan kitorang memang tak praktikkan sambutan hari lahir, maka, bila bila teringin makan kek.. Beli je. 

So, saje lah tulis situ "HB to us 2024" 
Untuk kenangan 2024

Alang2 kat BC, beli sekali ayam nya, buat lauk tengah hari. 
Sebelum sampai rumah, singgah kedai acheh, beli timun dan tomata. 
Dekat rumah, potong ayam dan hias gini. 
Simple, ayam with sayuran. 

Sebelum makan, wefie dulu 6 beranak. 
Anak 4 pun dah penuh skrin. 😂😂

Sebabkan banyak sangat gambar nya.
Jadi kita gridkan dia untuk kenangan masa hadapan. 

Semoga Mu'az Syafiq, Mueez Safwan, Maya Syafiqah dan Mukhlis Syahir menjadi anak soleh solehah, taat pada perintah Allah, berjaya dunia dan akhirat. Aamin YRA. 

Semoga peristiwa ini menjadi salah satu memori bahagia yang terakam dalam kotak fikiran anak-anak, Aamin. 

Ayat cliche yang selalu orang cakap "bahagia cara kami".. Haaa gitu.. Hihihi

Till then, see ya

P/s - birthday semua orang dalam family dah lepas, kecuali incikSuami, jadi untung lah dia kita celebrate awal.. 😘😘



Wednesday, October 16, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 31 :.

Assalamualaikum

kak M minta potongkan rambut dia
maka jadi lah macam nie

udah macam Anjali dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai tu pulak

ada yang tak tau ke cerita tu??
kalau tak tau tu, memang tak tengok dustan lansung nie..

till then, see ya



 

Thursday, October 3, 2024

.: KUNTUMAN BUNGA ROS :.

Assalamualaikum

kesah nya, isnin 30 Sept hari tu, sek KAFA anak-anak ada berarak sempena Maulidur Rasul
jadi ustazah minta buat hiasan ikot kelas masing-masing
kak M kena bawa kain batik dengan bunga ros tepek kat tudung
tapi, dok terlupa lah nak cari bunga ros
so, Linda nie gigih lah menDIY bunga ros dari kertas

langkah 1 - buat bulatan ikot beso mana yang suka

langkah 2 - gunting macam lingkaran ubat nyamuk
lepas tu, gunting plak beralun-alun

langkah 3 - gulung-gulung kan dari hujung sampai ke dalam
(takde gambar pulak yang nie)

tara, jadi lah bunga ros nye
boleh la dari takde kan

bila soh incikSuami amik bunga ros nie dekat opis..
tapi dia tak mai amik pun
rupanya


ada bunga ros plastik seketui haa kat kepala kak M
bila pulak lah incikSuami p beli bunga ros plastik nie
pandai lah incikSuami siapkan kak M

incikSuami dah habis kursus dekat PERHEBAT Sg Buloh.
jadi dia lah yang uruskan hal sekolah anak-anak pulak
boleh la linda tidur dkat ofis masa lunch hour tu...hihihi

till then, see ya