lovvu Dobbu

Wednesday, January 31, 2024

.: JOM KURUS :.

Assalamualaikum

hari ahad lepas saja2 lah nak timbang berat dekat rumah
sekali timbang..
nohhh hampir 64kg
hahaha

tak boleh jadi nie
maka bermula hari isnin lepas, Linda cuba utk tak beli teh ais dekat cafe
dan makan nasi suku je
malam tak makan
lapar kita kunyah timun  ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

nescafe pagi2 masa bfast memang tak boleh nak skip
cuma kita try kurangkan manis dan add on susu fullcream sikit
jadi, just nice je

bekal hari Isnin
-nasi putih, ayam kicap, timun-

hari Selasa
-nasi putih, tomyan ayam + sayur banyak-

hari Rabu
-nasi goreng, timun, sambal telur + baki ayam kicap tak habis ritu,linda carik carikkan-

esok nak masak apa pulak
haisyh, baru tiga hari dah blur

dan berjaya tak beli teh ais dekat kafe selama 3 hari
pagi tadi saja nak cuba timbang
berat dah turun jadi 61.95 kg

nak dapat kepala 5 je nie
nk kena stat briskwalk, tapi malas melampau sangat ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
semoga terus istiqamah lah makan suku2 gini

till then, see ya

p.s - hari2 lain pun bawak bekal jugak, cuma tetap akan ke kafe beli teh ais...kikiki

. : WORDLESS WEDNESDAY 5 :.

Assalamualaikum 

Semalam scroll2 fesbuk
Tengok dalam group taman perumahan Linda
Saja nak tengok apa je isu semasa yang ada

Taw2 ada WhatsApp Group untuk fasa 3b..
Fasa rumah Linda lah tu

Teruja plak kita, nak join lah ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž
Buat tambah2 info dan dapat berkenalan dengan jiran2.. 

Weyh, rumah tak siap lagi.. Kunci tak dapat lagi weyh... Hahaha.. 
Eksaited dia lain macam

Till then, see ya. 

 

Tuesday, January 30, 2024

.: FAREWELL BOSS :.

Assalamualaikum..

cerita Jumaat lepas
ada farewell boss - Timbalan Pengarah (Pengurusan)
tak aci betul, boss masuk lagi lambat dari Linda.. tapi boss dapat transfer dulu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
boss dapat transfer ke HQ KKM di Putrajaya
naseb lah kuli2 nie, memang lambat n susah nak dapat transfer

geng dalam main office lah yang deco2 nie

pengarah bagi ucapan sikit
yang penting pengarah kabo

" ini bukan farewell, tapi misi menghantar boss pergi HQ supaya dapat selesaikan semua masalah2 di hosp. kiranya boss jadi ejen hospital lah di HQ "

pengarah pun ada masa kelakar
owh terlupa pulak boss yang ad label "take care" tu
- ENCIK AZALIZAM ALIAS -

antara lauk pauk yang dihidangkan
dengan bayaran RM10/person
itu biasa lah, bila boss nk pindah, kutip duit lah buat jamuan
tapi takde paksaan, kalau nk join bayar
tak nak join, dendiam je lah

takde pulak gambar dengan boss
ye lah kita nie jarang berkerja direct dengan boss
jumpa pun masa meeting Kuarters dan Asrama je
tapi, boss sempoi, jadi sempat lagi Linda usik boss

" macam mana boss boleh keluar dulu, saya tak keluar lagi boss, tak aci nie "

boss dah terkejut, hahaha
maap ler boss saja nak ngusik..
tapi memang selalu gitu, boss2 yang baik, sempoi, semua keluar awal
yang banyak songeh, yang itu ini, semua bertahan lama
sabar je lah orang bawahan pun

apa pun, semoga Linda pun dapat tukar jugak nanti, Aamin

till then, see ya

 

. : HITAM DAN OREN :.

Assalamualaikum 

Orang kalut nak balik kerja.. 
Dia rileks je menikmati pemandangan sambil dating... 

Tenang je nampak hidup nya.. 

Nampak macam epik je.. 
Tu yang Linda snap gambo nie.. 
Buat modal entry.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Till then, see ya

 

Monday, January 29, 2024

.: KISAH KASUT BOLA :.

Assalamualaikum..

kejadian semalam 
setelah 2 tahun menjadi warga Selayang
baru berkesempatan nak p Setapak Central


ada deco-deco CNY, kita pun stop lah bergambar sekejap


ibu selfie lah sendiri


dedek tiba-tiba jadi patung plak kat tepi nie haa
selamba je dedek pkai selipar ngan baju bola dia..
hahaha..
ibu ok je dedek, pkai je lah apa pun

menjadi taktik ibu, makan siap2 dekat rumah..
jadi tak perlu makan kat luar...
hahaha
kita ambil angin luar je..
jalan-jalan cuti mata

disebabkan kita tak makan
ibu pun first time makan aiskrim nie
tak pernah makan sebelum nie

amik yang saiz medium (rm18.90) dua
kita share je anak beranak
dapat free topping 3 jenis 

yang nie geng abang-abang punya

yang nie geng adik-adik punya

ibu ngan ayah makan dua-dua
review ibu, icecream nie sama macam Tutty Fruity(TF) dulu2
sekarang ibu tak nampak dah brand TF tu
cuma kalau TF tu, perisa icecream dia ada banyak, dan kita pilih buat sendiri, pilih topping, then baru timbang dan kira harga..
kalau yang tu, lagi terlajak, tapi selalu nya ambil icecream sikit je
suka letak topping je banyak2
sebab icecream yogurt dia masam but nice bila campur topping2 tu

nie lah hasil nya berjalan tadi
plastik Al-Ikhsan


anak bujang, abang Mu'az kalut nak kasut bola
padahal main liga kelas je, sempena dah habis belajar nie
nak habiskan seminggu dua erakhir persekolahan
geram betul ibu, kalau jadi wakil sekolah ke apa..ibu sapport je
ehhh...kasut bola mahal taw...

ibu tong-tong duit dengan duit abang Mu'az, hasil terkumpul duit belanja sekolah dia ad rm40..
kasut bola paling murah dan ada saiz rm79.90..
jadi yang tak cukup tu ayah tambah.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

sebabkan ayah pun tak main bola, xd lah kasut bola dekat rumah..
nak pinjam pakcik dia, jauh pulak dekat Batu Pahat tuh...
maka, memang kena beli lah..

ibu dah warning...
"pakai lah kasut bola tu sampai rosak, sampai tahun-tahun depan"

ehh...geram pulak kita

till then, see ya

p/s - pusing2 smpai Setapak Central, last2 beli kasut bola dekat Selayang Mall je...

 

.: MENANG GA BY SYAZNI RAHIM :.

 Assalamualaikum

hari nie baru sempat nak up keputusan pemenang GA by SR
Alhamdulillah, kerana penyertaan yang memberangsangkan
daripada 3 hadiah yang SR nak bagi, melarat2 jadi 10 hadiah
terima kasih SR.. semoga murah rezeki ya

nak dijadikan cerita
rezeki Linda dapat hadiah grand prize no 


Alhamdulillah
rezeki awal tahun
dapat minyak wangi dari SR

tahniah di ucapkan kepada semua pemenang
Domo2 Arigatou SR ❤️❤️

till then, see ya

p/s - kang hadiah sampai kita up plak entri lain ya...

Sunday, January 28, 2024

. : LUNCH AHAD :.

Assalamualaikum.. 

Awal masak lunch hari nie.. 
Plan nak keluar sekejap lagi... 
Jadi kita isi perut dulu.. 
Jimat... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Alhamdulillah.. 
Rezeki hari nie.. 

Telur dadar - ayam masak merah - sayur campur

Lauk basah dah habis.. 
Kena p topup lauk gini.. 

Till then, see ya


 

Saturday, January 27, 2024

. : KOMPENI BANTUAN DI HATI :.

Assalamualaikum 

Sambungan entri tadi.. 
Tudung preloved and baju2 sikit kita mai hanta sini.. 
Pengumpulan dekat kompeni masing-masing


Takde kete parking depan nie.. 
Cepat cepat ambik gambar, walaupun ad terselit motor 2 biji tu.. 
Buat kenangan, lepas nie tak taw bila pulak masuk sini.. 
Kompeni Bantuan sentiasa di hati.❤️❤️


Habishh tu.. 
Kita tapau kopi gantung dulu.. 
Ngam2 rezeki Linda.. 
Tinggal satu nie je.. 
Alhamdulillah.. 

Lepas tu, terus gerak balik Selayang
Nak duduk dekat Melaka pun, rumah dah jadi rumah tinggal.. Kikiki
Nak memasak, barang masak takde sangat.. 
Jadi, kita balik lah Selayang terus.. 
Alhamdulillah, jalan tak jem.. 
Smooth je.. 
Gerak kol 5.30 petang, dalam pukul 8 malam dah smpai rumah... 

Dinner kita.. 
Donut nie ja... 
Masing2 perut dah full
Makan tengah hari tadi pun dah lewat



Mini donut nie dah siap set dia.. 
Rm 11 ke rm14.90 ntah tadi.. 
Tak perasan pulak.. 
Sebab ada beli yang besar 6pcs

Total rm32.60

Hari nie memang betul betul makan
Esok kena diet nih.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Till then, see ya

 

. : PRELOVED TUDUNG :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah... 
Lega sikit hati nie.. 
Semua tudung kat bawah nie dah selamat kita sedekah kan.. 


Linda dok pening2 nak letak @ bagi sape
Tiba2 grup BAKAT ada announce nak buat pengumpulan barang2 terpakai.. 
Kebetulan balik Melaka kejap.. 
Kita pack2 laju.. 
Tak pandang dah.. 

Kalau pandang dua tiga kali, memang tak jadi nak sedekah nie.. 
Itu pun ad 2,3 helai yang linda ambil buat pakai p kerja.. 

Dekat Selayang pun ada 3 box tu penuh + yang takde dalam box pun ada.. 
Haisyh.. Membeli tudung jelah kerja nya.. 

Till then, see ya

P/s - nak jadi minimalist, tapi nafsu tu kuat sangat... Kena banyak muhasabah diri lepas nie... Tp, linda pun dah jarang membeli baju bajan nie.. Tudung je tak boleh berenti... Hahaha

 

Friday, January 26, 2024

. : DEDEK SI BONGSU :.

Assalamualaikum 

Ibu nak simpan sini sebagai kenangan
Dedek habis kelas 5 tahun
Bulan 3 nanti naik kelas 6 tahun
Sekejap je, dedek dah 6 tahun


Semoga yang baik2 je untuk dedek.. 
Berjaya mencapai kecemerlangan dunia akhirat.. Aamin

Till then, see ya

.: KENAPA SURAH AL-KAHFI :.

Assalamualaikum

salam Jumaat semua
semoga dipermudahkan segala urusan semua hari ini dan seterusnya
jangan lupa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW 
tak lupa juga amalam hari jumaat kita
membaca surah Al-kahfi
tak dapat satu surah, 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir , insya-Allah memadai

Linda nak kongsikan kan dekat sini kenapa perlu baca surah al-Kahfi







paling mudah, berdakwah lah kepada keluarga kita
bukan kata kena jadi pendakwah , baru boleh berdakwah
kadang-kadang, ada ilmu baru bila kita kongsikan, itu pun dah kira berdakwah


sama-sama kita berusaha untuk menghafalnya
Linda pun masih merangkak lagi..
insya-Allah kita latih menghafal selepas ini


kalau tak dapat bahasa Arab, kita baca yang Melayu pun takpe
kadang tu kita baca yang Arab, tapi kita tak paham
sebab tu, macam takde apa yang jadi kan??
Linda kata kat diri sendiri je nie...

semoga sedikit sebanyak dapat juga sebarkan ilmu...
insya-Allah, semoga kita terhindar daripada 4 Fitnah utama tu..Aamin2x YRA

till then, see ya


p/s - kredit to akaun IG jentik hati


 

Thursday, January 25, 2024

. : MEE KARI :.

Assalamualaikum 

Selamat bercuti semua... 
Esok jangan lupa kerja ya... 
Ke ada yang direct long weekend?? 

Tekak terasa nak makan mee kari pulak
Maka terhasil lah.. 


Nampak cam sedap jeee... 
Jom makan.. 

Till then, see ya

 

Wednesday, January 24, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 4 :.

Assalamualaikum

semua benda berbayar sekarang
apa je yang free

Nikmat yang Allah bagi je free, tapi kita hamba nya selalu lupa nak bersyukur..Allahuakbar


rumah tak siap lagi (bulan nie udah stat bayo rumah)
cukai dah dua kali bayar
sabar je lah

bila gaji tu hanya singgah je dalam akaun bank..
lepas tu balik, bebel kat anak-anak
nikmatilah dunia kanak-kanak yang tiada komitmen lagi

padahal malam tadi, memasing dah hulur duit kat ibu, nak beli barang memasing dalam shoope ngan lazada...
ibu nie kejam sikit, ko nak apa, kumpul lah duit sendiri...

till then, see ya

 

.: DIA MAIN CIKUKAK PULAK :.

Assalamualaikum...

tiba -tiba dia jadi camnie
eh cuakk kita beb
apo kaitan ngan peranti pulak
takkan lah CIMB nie meng"anak tiri"kan daku


tenang-tenang
selepas 5 minit, Linda cuba buka balik apps CIMB
Alhamdulillah, boleh buka..
terus cek balance akaun
seram weyh, skang scammer lagi hebat dari kita

ada kawan pernah kena, takde dapat mesej soh approve transaksi ke apa.
taw-taw dapat mesej yang transaksi telah dibuat
cek-cek akaun, duit semua dah floating
Allahuakbar, beso betul dugaan 

sekarang nie kat mana je yang selamat
simpan duit dalam bank pun tak selamat

eh, cek balance ada lagi, cecepat transfer p akaun ๐Ÿฏ
nak kena tunaikan ke duit ??
duit dah la itu je yang ada.. hahaha

till then, see ya

 

Tuesday, January 23, 2024

.: BUKU PINK :.

Assalamualaikum

buku pink - pasport ibu mengandung, bila dah bukak buku pink, benda wajib perlu di bawa ke mana-mana sahaja...


ehhh
dah kenapa hari nie entry pasal mengandung aje... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
nak mengandung lagi???  setakat hari nie, perancangan manusia yang kerdil ini, cukup lah 4 orang anak soleh solehah tuh  #Mu'azMueezMayaMukhlis
perancangan ALLAH kita tak tahu

tapi siapa yang tak rindu nak mengandung kan??
Alhamdulillah di kurniakan rezeki 4 kali merasai nikmat mengandung dan melahirkan
kepada yang masih TTC, Linda doakan yang baik-baik je untuk anda semua,Aamin

berbalik kepada BUKU PINK tu, isi kandungan dia mengenai pengalaman nurse-nurse dan doktor yang terlibat secara lansung dengan buku pink - mengendalikan patient yang mengandung
Linda jumpa buku nie masa tengah mengemas On Call Kompleks Doktor haaa...
diorg memang dok letak buku-buku dan bahan bacaan lain, sambil2 berehat boleh lah nak baca2
tiba-tiba nampak plak BUKU PINK nie, seronok pulak nak baca
lagi satu yang seronok nya, kertas dia guna kertas kuning tu...
fuhh...nikmat membaca buku..

bawah nie Linda share salah satu pengalaman yang ditulis oleh salah seorang doktor yang menulis

-CORD PROLAPSED-




sebelum nie memang tahu kalau jadi situasi macam nie , mmg dah kritikal lah
kiranya red alert lah
tapi, tak sangka betul doktor kena tahan uri tu daripada keluar
tak dapat bayangkan doktor tu kena duduk mencangkung @ melutut dekat patient

dulu cita-cita masa kecik nak jadi doktor pakar bedah sakit puan
tapi, banyak main...tak jadi lah doktor
padahal lorong tu dah ada
sebab tiba-tiba masuk tingkatan 4, tak suka subjek Biologi...hahaha
aduhai

walau apa pun, kerja yang sekarang pun, insya-Allah ad lubuk pahala nya jugak...
apa pun kerja kita lakukan, yang penting ikhlas dan amanah, insya-Allah ada pahala nya untuk kita

till then, see ya

. : BERAT SEORANG VS BERAT BERDUA :.

Assalamualaikum 

Tetiba semalam fesbuk terobek tahun 2018..
Tengah mengandungkan dedek masa nie.. 
Yang dalam gambar nie abang Mueez.. 
Dulu memang dia ratukan ibu.. 
Sekarang dia banyak mengalah.. 

Malam-malam tido sorang-sorang dekat hall
Dengan berlapikkan karpet gebu je
Alahai, anak sorang nie, buat ibu rase bersalah... 


Tapi, main point nya... 
Kenapa berat sekarang sama dengan berat masa mengandung 5bulan dulu?? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Haisyh.. Tak leh terima betul lah... 
Bila nak diet sikit plus bersenam hilangkan kalori nie.. 
Dia punya M tu beso sangat... 
Lepas tu mengeluh..
Sabo jelah ngan diri sendri nie... 

Till then, see ya

 

Monday, January 22, 2024

.: HUKUM MEMBASUH TUALA WANITA :.

 Assalamualaikum

2, 3 hari nie kecoh dekat medsos mengenai tuala wanita @ sanitary pad.
untuk lebih pemahaman boleh tekan link dekat bawah nie


sama-sama lah kita menambah ilmu
cikpuanLinda akui, nie pertama kali baca hukum ini
rupanya tiada hadis @ dalil yang menyuruh kita untuk membasuh tuala wanita dulu

Tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau :

ุณَุฃَู„َุชُ ุงู„ู†َّุจِู‰َّ -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ุนَู†ْ ุฏَู…ِ ุงู„ْุญَูŠْุถَุฉِ ูŠُุตِูŠุจُ ุงู„ุซَّูˆْุจَ ูَู‚َุงู„َ : ุญُุชِّูŠู‡ِ ุซُู…َّ ุงู‚ْุฑُุตِูŠู‡ِ ุจِุงู„ْู…َุงุกِ ุซُู…َّ ุฑُุดِّูŠู‡ِ ูَุตَู„ِّู‰ ูِูŠู‡

Maksudnya :” Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”

Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)


Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :

  1. Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
  2. Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.

Wallahu’alam.


sekarang ini macam2 permodenan untuk sanitary pad nie

yang paling terbaru cikpuanLinda dengar Menstrual Cup, maybe orang lain lama dah dengar psal ini.

Menstrual cup nie macam cup lah, bila kita datang bulan, masukkan kedalam miss V kita, dan darah haid tu akan terkumpul lah dalam tu, jadi untuk selang masa beberapa jam, kita kena keluarkan dan buang darah haid tu, dan boleh basuh menstrual cup tu untuk diguna semula..

tapi, macam tak hygiene pulak kan?? ke kena bawak spare 2, 3 menstrual cup

eh, yang nie cikpuanLinda cannot brain lah, fungsi utama dia untuk mengelakkan pembuangan sanitary pad nie lah..kira nya Go Green lah nie

berbalik pada membasuh tuala wanita, disebabkan tiada dalil yang mengatakan perlu dibasuh tuala wanita tu, bagi cikpuanLinda kalau dekat tempat kita tu memang ada pengasingan macam tong kuning dekat hospital tu, ok lah..

tak pun, ada sanitary bin macam dekat tandas2 awam ke, yang famous Rentokil lah kan, takde masalah kot kalau tak basuh..

tapi , kalau kat rumah sendiri yang bercampur dengan sampah domestik biasa, better basuh dan balut tebal-tebal, kemas-kemas dengan surat khabar atau tisu..

kalau duduk dekat kampung, mungkin boleh korek tanah dan tanam..tapi kena korek dalam2 lah kan...isu nie, tetiba hot..sebab ada sesetengah yang hijab terbuka tu, katanya memang nampak lah makhluk alam ghaib nie memakan darah kotor tu..

yang nie pun, kita tak boleh nak nafikan, memang makhluk tu akan tertarik dengan benda-benda kotor gini.

maka, walau cara apa pun yang kita buat. pastikan tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri kita, tidak menyebabkan ada rasa tak senang hati pada orang lain

wallahu'alam

till then, see ya