lovvu Dobbu

Showing posts with label kisahrumahtangga. Show all posts
Showing posts with label kisahrumahtangga. Show all posts

Tuesday, August 19, 2025

.: INFO DAGING AYAM MENTAH :.

 Assalamualaikum.

hari nie kita bercerita tentang daging ayam mentah.


Daging ayam mentah tidak boleh dibiarkan terlalu lama pada suhu bilikIa boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan meningkatkan risiko keracunan makanan. Sebaiknya, simpan ayam mentah di dalam peti sejuk (chiller) atau bekukan. Jika ayam beku, cairkan di dalam peti sejuk, bukan pada suhu bilik.

Penjelasan Lanjut:

  • Bakteria:
    Suhu bilik adalah lingkungan yang ideal untuk pertumbuhan bakteria seperti Salmonella, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
  • Penyimpanan:
    Ayam mentah perlu disimpan pada suhu yang lebih rendah (di bawah 4°C atau 40°F) untuk melambatkan pertumbuhan bakteria, seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  • Pencairan:
    Jika perlu mencairkan ayam beku, lakukan di dalam peti sejuk, bukan pada suhu bilik atau di dalam air panas, menurut portal Gempak. 
  • Masa:
    Ayam mentah yang disimpan di dalam peti sejuk perlu dimasak dalam tempoh dua hari. 
  • Penyimpanan Ayam Masak:
    Ayam masak juga tidak boleh dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik (lebih dari dua jam), menurut Facebook. 


dah kenapa hari nie bercerita pasal ayam?
malam tadi, linda keluarkan ayam, letak dalam sinki.
selalu nya memang linda akan defrost dekat luar dalam sejam dua, baru
masukkan semula dalam peti sejuk.
senang nak masak esok pagi, ayam dah lembut.

tapi, malam tadi. 
biasa lah, kak M dengan dedek memang akan suruh linda tidurkan dulu.
just temankan diorang baring dalam bilik ja.
bukan setakat diorang berdua je tido, linda pun tertido sama.
terjaga jam 3.30 pagi, baru masuk bilik sendiri.

5.30 pagi bangun untuk mulakan tugas hakiki sebagai surirumah tangga.
pergi dapur, elok semua pinggan mangkuk, periuk dah berbasuh.
tinggal nak susun dekat tempatnya je.
sekali, tengok dalam sinki, ada lagi ye ayamnya dekat situ.

waaa, ku rasa nak mengamuk pagi2 nie.
awat la incikSuami tak masukkan dalam peti sejuk.
tapi tu lah, sejenis yang kena pesan, baru lah dia buat.

ada sekali tu, linda pesan suruh letak balik lauk mentah dalam peti sejuk.
esok pagi nak masak, cari dekat bahagian chiller takde.
dia letak dekat tempat frozen balik.
emm, memang tak masak lah..
beli je jawabnya.

eh, berbalik pada ayam tu, linda pun bau2 lah.
alhamdulillah, takde bau yang tidak menyenangkan.
jadi kita tawakal je lah masak ayam tu.
kalau keracunan makanan, 1 family lah jawabnya.. mintak dijauhkan la.
nie linda dah makan lauknya lunch tadi, Alhamdulillah, takde rase yang pelik-pelik.

itulah, kadang2 incikSuami nie bab2 dapur, alat memasak nie, dia tak berapa 
mahir sangat.
kena banyak bersabar tang nie. hihihi.

till then, see ya.  

Tuesday, August 12, 2025

.: MAN OF THE HOUSE :.

Assalamualaikum 


Alhamdulillah...orang cakap linda cuci kaki je lepas kahwin, barang² asas rumah semua IncikSuami dah beli...
Tak mewah,cukup untuk kami sekeluarga..apa pun yang jadi sepanjang 13 tahun perkahwinan kami, biar jadi kenangan, pengajaran..moga² ikatan perkahwinan ini kekal untuk selamanya...can't say more..cukup lah awak tahu betapa sayangnya saya pada awak..


Till then, see ya.

Saturday, July 12, 2025

.: SANTAI HUJUNG MINGGU :.

Assalamualaikum.

Pagi tadi scroll² FB ternampak berita pasal pelakon Rusdi Ramli dan isteri.
Tapi, bukan yang tu concern Linda.

Jumpa yang nie dalam komen.
Linda suka baca komen² netizen..hihihi

What is your attachment style?

Macam kategori kita dalam perhubungan suami isteri.
Kunci pada kerukunan rumah tangga la lebih kurang.
Tapi, mana yang elok, kita ikot.
Serapkan dalam perhubungan rumah tangga, kita sendiri kenal pasangan kita macam mana.
Semoga rumah tangga kita semua kekal dalam rahmat Allah..aamin.

Eh,hari Sabtu buat apa?
Linda takde plan apa² pun..

Santai² baca novel lah..
Sambil tengok "The hunt for Red October"

Selamat berhujung minggu semua.

Till then, see ya.

Tuesday, July 1, 2025

.: FOOT CARE CREAM :.

Assalamualaikum.

Tok laki kita belikan kita nie.

🤣🤣 Nampak sangat kaki kita kasar wak..
Kena pergi spa kaki agaknya.

Linda memang ikut mak, kaki kasar sikit.
Padahal dah pakai lotion, dah pakai stokin, tapi tetap jadi juga.
Lotion allano tu sampai jemu lah dengan Linda..😆😆
Kalau pakai lotion heels jenama Aiken tu je menjadi.
Tapi, tak hilang selamanya pun, habis lotion nya, habis lah kesannya.

Nie orang dah beli nie,kena pakai lah..
Ye dak??
Moga serasi lah dengan kaki nie.

Till then, see ya.

Sunday, March 16, 2025

.: BERBUKA 13 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Simple2 je menu berbuka linda. 
1 lauk, 1 sayur. 

Menu berbuka Jumaat lepas. 

Ayam masak kicap. 
Kangkung goreng belacan. 

Pagi tu incikSuami beli barang basah, stok kat rumah dah habis. 
Linda balik kerja nampak kangkung. 
Kangkung pun dah layu. 
So, laju je tangan nie memotong kangkung. 
Cili padi ada lagi, belacan pun ada. 
Kangkung goreng belacan pun sodap. 

Kisah di sebalik kangkung.  

IncikSuami balik dari amik anak sekolah. 

IS - ehh, kangkung dah siap potong ke? 
L - haa, siap dah la. Dah tu nak tunggu bila pula. 
IS - lah, ingatkan nak buat yong tau foo, nak letak kangkung. Tak jadi lah macam nie. 
L - hanya mampu gelak je. 

Naseb ko lah bang, sape suruh tak pesan awal-awal. 
Isteri jenis masuk dapur sekali harung je.. 
Takde masak 2,3 kali ulang. 

Till then, see ya. 

Saturday, January 4, 2025

. : FAMILY PLANNING :.

 Assalamualaikum 

Dilema ibu ibu muda cantik jelita, yang dah cukup kuota anak nya.. 🤭🤭

Bukan menidakkan rezeki. 
Tapi, kemampuan mental, fizikal, kewangan semua kena kira. 
Semoga yang baik-baik je untuk kita semua. 

Anak adalah amanah. 
Semua usaha yang kita lakukan akan dipersoalkan nanti. 

Till then, see ya. 

Friday, December 13, 2024

.: GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY :.

Assalamualaikum

tanggal 17/12/2024 nanti cukup lah 13 tahun tempoh perkahwinan kami.
Alhamdulillah di kurniakan 4 orang anak sebagai penerus keturunan.
semoga keturunan kami menjadi mukmin yang sejati, berjaya dunia akhirat, Aamin

Semoga rmahtangga kami mendapat keberkatan daripada Allah,Aamin


so, di  kesempatan ini..
linda nak buat GiveAway lah..

tempoh GiveAway 7 hari je
11-17 disember 2024

simple rules -

1-buat entry (common kan?)
2-drop link dekat entry nie (senang nak BW balik)
3-meh folo Linda (sape yang belum folo)

tak fikir lagi nak pilih berapa orang yang bertuah.
nanti linda fikir ya..

till then, see ya


update senarai peserta

1- sis Roziah aka Cie

2- sis nieza

3- kak Sheila aka Ammi

4- kak Puan Hazel

5- syuhada

6- ejulz

7- kak MA

8-fairus

9- Nieyl

10- kak SA

11- tarmizi

12- CCL (kita kira juga lah walaupun kata dah tutup penyertaan, tapi masih 17.12)

13- SR

Thursday, December 5, 2024

.: TRAGEDI DISEMBER :.

Assalamualaikum

kisah di pagi hari..
gas habis.. naseb baik sempat masak sarapan.

mekasih lah panda sebab ada untuk selamatkan hari saya.
dah 3 tahun juga cooker nie.
beli masa mula-mula pindah selayang nie.

jadi lah lauk lunch hari nie.
ayam kari + ubi kentang.

malam tadi incikSuami dah kabo

IS - api dapur tu dah warna merah, gas nak habis dah tu agaknya
L - eh, cepat nya, kan baru tukar hari tu...selalu 6 bulan, belum lagi lah
IS - kan sekarang nie banayk dok rumah je, selalu masak dekat kampung
L ~buat tak tahu je~

sekali pagi tadi, bub bub bub...
terpadam terus api nya.. hahaha

lepas tu dapat kisses nie dari penghuni asrama yang nak keluar. Alhamdulillah, moga murah rezeki selalu.
dapat tukar dekat ngan suaminya, semoga tak PJJ lagi lah...
lama jugak dia PJJ, 8 tahun duduk asrama, dah kahwen berapa tahun tak pasti lah pulak.

semoga yang baik-baik je untuk kita semua...
semoga permohonan pertukaran linda pun dipermudahkan jugak, insya-Allah, Aamin

till then, see ya.

Wednesday, November 6, 2024

. : JUST A HUG :.

 Assalamualaikum 


Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.

.

Kredit: Dr Zubaidi


Till then, see ya

Thursday, October 17, 2024

.: PERBEZAAN :.

Assalamualaikum

takde idea nak up entry apa..
meh lah kita cari modal

sejenis Linda bila letak hanger

sejenis IncikSuami bila letak hanger

nampak sangat linda asal boleh je...hihihi
kejap je pun hanger tu nak tersusun, jap lagi nak guna balik buat sidai baju 😁😁

gitu lah hidup suami isteri 
kita dari dua keluarga yang berbeza, didikan yang berbeza
jadi tolak ansur tu paling penting, dalam masa sama, berusaha untuk mengatasi perbezaan
takdelah dari mula kawen sampai dah beranak pinak, perangai tu sama je..

till then, see ya

Saturday, October 5, 2024

. : TARIKH LAHIR :.

Assalamualaikum 

Haaa...kita tepek tarikh lahir dekat body tong gas nie... 


Biar tak lupa dan kena scam macam HARI TU... 
sabar jelah... 

Till then, see ya

Thursday, September 19, 2024

.: KENE SCAM DAA :.

Assalamualaikum...

hold dulu entry yang lain...
nak up dulu entry yang paling menyayat hati nie

kalau yang perasan (mesti perasan, sebab entry tak banyak pun).. hihihi
kan Linda kabo beli dapur gas baru sebab yang lama rosak
balik tu, terus lah test ..
pasang kepala gas bagai...
sekali... dia buat suprise daaa.


tak menyala jugak dapur gas baru tu
ehhh...
rosak ke pun..
baru beli je...
linda pun p lah cuba...
petik petik, tak keluar apa..
percikan api pun takde..
haisyhhh...pelik bin ajaib nie...


terus belek-belek kalendar
sekali....
bulan 3 hari tu, kita tukar tong gas baru daaa...
sekarang dah bulan 9... 
haruslah dah habis gas nya....

betul-betul tragedi lah... 😂😂😂

balik kerja semalam, baru incikSuami sempat nak p tukar tong gas...
malam tu, dia dah setting balik dapur gas lama..
yang baru kita simpan balik..
tengok lah nanti nak buat apa...

Taraaa...
baru lah menyala dapur ku...

haisyhh..nie semula salah incikSuami
dia yang buat kalut daripada semalam-semalam tu...
terus linda tak dapat berfikir...
fikir dapur gas rosak je...
bertuah punya incikSuami...

till then, see ya

Tuesday, September 17, 2024

. : DAPUR GAS BARU :.

Assalamualaikum 

Balik dari long weekend semalam, pasang balik kepala gas dekat tong gas.. 
Mula mula ok je... 
Tapi tiba tiba bau gas 1 dapur tu.. 
Cek cek getah paip tu, semua ok.. 
Jadi kitorang syak dapur gas tu lah kot.. 
Sebab lepas petik petik api tu, bunyi berdesir kuat je.. 
Bau pun kuat je.. 
Masalahnya, dok petik petik tu, api tak keluar, bau gas je lebih.. 
Memang tak berani lah nak guna, buka balik kepala gas tu.. 

Jadi, kesimpulannya...

Beli dapur gas baru lah kita
Lari lah kejap p Tesco Rawang lepas magrib tadi.. 

Yang dipilih, jenama Pentec nie.. 
Sebab, dia yang paling murah... Hahaha.. 
Dah hujung hujung nyawa dah nie.. 😂😂

RM69. 90
Berdapur gas baru lah kita..

Tapi, barang yang linda kerap tukar.. 
Dapur gas lah... Hahaha.. 
Rasenya sepanjang 13tahun kawen nie.. 
Dah 5 kali tukar dapur gas.. 
Nak kata rajen memasak, idak ler jugak... 
Agaknya, beli yang biasa biasa je kot.. 
Mungkin lepas nie boleh try beli yang luar biasa pulak... 😂😂

Till then, see ya

Tuesday, July 16, 2024

. : WAZE PUNYA PASAL :.

Assalamualaikum 

Nie salah satu punca pergaduhan suami isteri... 

-WAZE-

Bila isteri kata terus, tapi incikSuami belok.. 
Ehhh.. Waze cakap lain lah... 
Lepas tu dok tanya-tanya ikot mana.. Ikot mana... 

Ehh.. Dah dok KL nie.. Waze pun tak reti guna... Hahaha.. 

Geram pulak kita

Till then, see ya

P/s - kemana kita malam2 nie.. Next entry please... Ya Allah.. Banyaknye cerita tertangguh... 

 

.: KAHWIN ADA AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB :.

 Assalamualaikum


Aduan menerusi telefon:

“Selama dia pindah sana, dia memang balik sebulan sekali je alasannya sebab sibuk. Janji asal dia akan pindah balik semula lepas 2 tahun tapi dah nak hampir 2 tahun tu tak jadi plak. Dia gtau dah selesa kerja sana, tak hadap jem. Masa tu jugak la saya sentiasa kena tanya bila dia nak balik, tak macam selalu dia yg akan update. Cal pun dah jarang, nak cakap lama2 pun tak boleh. Tau2 je dia gtau dia dah kawin lain sebab dia perlukan seseorang yg boleh jaga dia kat sana sebab saya tak de depan mata dia…”

“Kak…yg saya ni selama PJJ dengan dia, urus sendiri 2 anak, masa mula pindah tu yg sulung 2 tahun, yg kecik baru 3 bulan, saya sakit ke, demam ke, anak sakit ke, hatta anak dah tadika yg sulung tu, saya uruskan antar sendiri…sampai ada yg cakap saya ni dah macam janda… saya tak pernah komen pun…saya jaga jugak maruah saya tak berkawan lebih2 dengan lelaki walau ada yg mengacau…dia boleh pulak komen macam tu. Sakit hati saya ni Kak...”

#BersamaSuzanaGhazali
#HikmahKahwinUntukBahagia
#KahwinAdaAmanahDanTanggungjawab

kredit : FB Bersama Suzana Ghazali


pagi-pagi scroll FB nampak post Puan Suzana nie..
linda memang suka baca, buat tambah ilmu..
tapi, tu lah...kadang-kadang benda yang kita nampak kat TV tu, memang berlaku in real life
TV tu yang cedok dari real life, kalau tak, mana nak dapat cerita ye dak?? hihihi

sepanjang Linda PJJ pun, selalu jugak dimomokkan dengan "lelaki lain, tak sama dengan perempuan"
ehh...tang mana lain??
perempuan pun ada kehendak jugak, takkan laki je??
linda memang berangin kalau ada yang cakap mcm tu ngan Linda

perempuan nie, penat urus anak dari celik mata sampai pejam mata, tak sempat nak mikir benda lain
kalau lelaki, rileks je...takde nak urus apa-apa..
sebab jarang kita nampak kalau PJJ, lelaki yang urus anak-anak
semua lepas dekat isteri, end up..ko kahwin lain, ada perempuan lain...
fuhh...memang menyirap lah

tapi, mcm mana pun, semua nie adalah attitude
tentang diri kita, siapa kita
mampu ke kita tepis segala ujian
kalau niat berkahwin tu elok, insya-Allah elok lah hubungan tu walau apa yang berlaku
tapi kalau niat pun dah tak betul, memang tak boleh nak tolong lah...

Alhamdulillah, sepanjang PJJ..takde lah kejadian yang tak di ingini
semoga rumah tangga kita semua, termasuk yang membaca nie, berada dalam rahmat Allah selalu,Aamin...

till then, see ya