Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label uniformpink. Show all posts
Showing posts with label uniformpink. Show all posts

Wednesday, June 24, 2026

.: 13 TAHUN SERVIS :.

Assalamualaikum.


dah 13 tahun dalam perkhidmatan awam ni.
ikut bersara wajib, ada lagi 22tahun untuk berkhidmat.

masuk kerja N17
lepas tu jadi N19
lepas tu turun pada N1

Al-Fatihah pada yang telah tiada, tahniah pada yang telah berjaya ke peringkat lebih tinggi. Tahniah juga pada diri sendiri kerana bertahan hingga sekarang. ❤️❤️

semoga yang baik2 je untuk ke depannya, Aamin.

till then, see ya.
 

Monday, June 8, 2026

.: MANIS ITU KAMI ❤️❤️ :.

Assalamualaikum.

Saja nak buat entry untuk kenangan.

Sepotong kek yang sedap.
Izzah belanja sempena sambutan hari ibu.
Alhamdulillah. Terima kasih, moga murah rezeki selalu.

Penyelia Asrama KKM
Sekali sekala ambik gambar berdua. 
Ke perpustakaan, ambil udara sejuk. Hihi.

Geng mak²
Kami geng mak mak.
Selalu lepak library je lah.

Masa Linda Keje sorang tu, agak bosan.
Menapak la ke library.
Menyembang kejap.

Oh ,yang sorang non Muslim tu, kak Aruna yang menggantikan Biha.
diam tak diam, hampir setahun dah kak Aruna berkhidmat di hospital Selayang.
orang Ayer Tawar, Perak.
linda nak balik perak, dia mohon keluar sebab dah lama posting Perak. hihihi.

semoga tak lama lagi, dapat la linda pulang ke Perak juga. Aamin

till then, see ya.

Wednesday, May 6, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 12/26 :.

Assalamualaikum.

bila selfie, tak tau nak buat  muka apa.
tak tau nak tengok mana. hahaha..

selfie 1

selfie 2

tiba2 nak rasa abadikan dalam blog.
sebab Matcha Strawberry. hahaha.
nak jugak

till then, see ya.

Wednesday, April 29, 2026

.: PART 10 : SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

cerita pasal raya tak habis lagi.
tak dan nak menaipnya.
Jumaat, 17.04.2026 - jamuan raya di unit pentadbiran pula.
makanan ditentukan mengikut lorong.
geng luar pejabat, asrama dan library termasuk dalam lorong pertama, menu Dessert.
kutipan lagi RM20 untuk membeli makanan, dan sesiapa yang sudi sponsor, bawa la.

meja dessert

banyak juga menunya.
alhamdulillah, rezeki.. dengan duit collection, sponsor makanan lagi.
dapat la pelbagai jenis dessert yang ada.

team gegirl dessert.

dengan partner semestinya.

geng gegirl pentadbiran dan HR

lagi gambar buat kenangan, bersama tetamu dari unit lain juga

dengan bos-bos, penyelia hospital

dengan geng HR, lorong lain.

weyh, tak dan ambil gambar makanan.
makanan sendiri je yang sempat ambil.
Alhamdulillah, kenyang sepanjang hari.
siap tapau, buat makan malam dan sarapan esoknya.
sarapan esok tu, dessert la.. boleh tahan kan.
macam brownis, kek coklat, kek marble.

tahun lepas, datang sebagai tetamu ni.
tahun ni, Cc masukkan dalam group lorong sekali..
sebab team pentadbiran juga kan.
mana-mana pun linda ok je.

sebab pejabat linda kan dekat luar kawasan.
itu yang kadang-kadang terlepas pandang.
semuanya selalu orang last la yang tahu. hihihi.

doa linda seperti biasa, "semoga tahun depan, sambut raya di jabatan baru, aamin".

till then, see ya.

Wednesday, April 8, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 8/26 :.

Assamualaikum.

sekali sekala buat kerja kena tunjuk.
bau lah orang tau kita ada kerja.
bukan la ada "khadam" yang tolong buat kerja.. hahaha

main dengan anak kunci lah kita.

penyelia asrama dan kunci berpisah tiada.
selagi fungsi masih penyelia asrama, kita buat la kerja sehabis baik.

arghhh, nanti pakai uniform warna lain pula.
selamat tinggal pink uniform.
betul-betul kena move on la macam nie.. 

till then, see ya.

 

Thursday, April 2, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Rupanya masih jauh perjalanan nak balik Perak.
Still stuck in Selangor.
Doakan Linda dapat transfer segera, siap mimpi lah dapat surat transfer.
Desperate sangat tu, sampai bawa dalam mimpi.
Moga mimpi jadi kenyataan, Aamin.

Waktu ni, 6 beranak semua ada baju ni.
Gigih incikSuami beli.
Tapi, anak² punya baju tak muat dah la.
Waktu tu deme kecik² lagi. Hahaha.

Till then, see ya.

Monday, March 30, 2026

.: BACK TO NORMAL LIFE :.

Assalamualaikum

habis dah cuti raya linda.
moh la kembali ke sarang menjalankan tgas seperti biasa.
petang semalam pun, dah hantar abang Mu'az balik asrama, yang tu pun drama lagi. hahaha
udah 3 bulan kot duduk asrama.

Balik Sungai Buloh
macam biasa la, naik kereta api.
hari tu incikSuami dah ambil dari asrama, balik sendiri la naik kereta api.

Balik Sungai Buloh
di awal pagi.
pukul 5 pagi sampai stesen KTM, terus je masuk platform.

Balik Sungai Buloh
dapat sneaker baru lagi.
terima kasih for an early birthday present.
bertambah la koleksi kasut linda.
gift from kak mas.

Balik Sungai Buloh
tengah tunggu MRT dekat Sg Buloh, ada orang tanya nak g Bukit Bintang macam mana.
linda buka Moovit la.
eh, dekat je rupanya.
boleh ikut Kwasa Damansara je.
lepas ni boleh la try g Bukit Bintang juga.

Balik Hospital Selayang
Alhamdulillah.
sampai tempat kerja.
thumbprint 7.58 pagi.
ngam2 sebelum pukul 8 pagi.

lepas thumbprint, pergi kafe, beli makanan.
balik bilik asrama dulu, tukar uniform kerja.

setel pusing asrama, baru kita taip entry baru.
nanti linda sambung lagi entry raya ye..hihihi.

till then, see ya.


Sunday, March 29, 2026

.: PART 2 : SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

Perjalanan ziarah raya bersambung Ahad, 22.03.2026. Syawal kedua.
Ke rumah kakak mak di Sg Besar, terus la ke rumah sepupu² bapak yang memang selalu masuk dalam list ziarah raya.

Syawal 1447
Yang tudung kelabu tu kakak mak, Wak Saton.
Yang kiri sekali, navy blue semua tu, anak wak Saton, jadi sepupu Linda la.. kak Yah.

Syawal 1447
Geng² sepupu.
Tangga rumah Wak Saton memang port bergambar.
Abang Adie siap sediakan tripod sekali. Hihi.

Syawal 1447
Raya kedua, masih ada gambar couple.
Baju ungu pun recycle je.
Baju yang pakai masa kenduri sepupu incikSuami dekat Penang tahun lepas.

Selesai rumah terakhir beraya dengan family sendiri.
Linda teruskan perjalanan ke rumah rakan sejawat (uniform pink), kak Zatul. Tak pernah kerja bersama, tapi kerap juga berjumpa lepas pindah Selayang.
Tapi sekarang, kak Zatul dah pindah Hospital Raub.

Owh, rumah mertua dia dekat Sungai Besar.
Banyak kali raya juga dah deal nak beraya, tapi tak sempat.
Raya kali ni baru sempat.

Syawal 1447
Haa.. suami isteri dok kait pelam.
Pelan udang, besar².
Lupa nak ambil gambar.

Syawal 1447
One with kak Zatul dan suami.
Terima kasih for having us.
Borak² la dalam bahasa Jawa sikit² dengan bapa mertua kak Zatul.
Kalau bawa bapak, ntah² kenal. Hihi.

Syawal 1447
Ni kak Zatul, baik orangnya.
Suka tolong orang, permudahkan urusan orang.
Moga kita dua sama² dapat transfer, Aamin.
Ada rezeki jumpa lagi.

Till then, see ya.

Friday, March 27, 2026

.: GAMBAR RAYA PEJABAT :.

Assalamualaikum.

Rabu, 18.03.2026 -hari² terakhir sebelum nak mula cuti raya.
Bergambar raya bersama team library.
Team pentadbiran tak panggil pula tahun ni. Tau², diorang dah selesai bergambar raya. Hahaha.

Jadi, moh la bergambar dekat library.
Ada deko² raya kat library.
 
Ada kak Aruna, Linda dengan kak Zu.

Library ni memang meriah. 
Sentiasa ikut tema.
Yang kain batik kipas² tu, Linda yang bagi idea.. nak juga puji diri sendiri.. hihi

Selamat berbagi² duit raya juga.
Alhamdulillah, ada rezeki memberi dan menerima.

Till then, see ya.

Monday, March 16, 2026

.: REZEKI BERBUKA :.

Assalamualaikum.

Selasa, 10.03.2026 (20 Ramadan 1447)..
Pagi² lagi Izzah dah cakap "kak Linda, nanti petang Izzah belanja kak Linda buka puasa, Izzah dah nazar ni"
Apa yang dia nazarkan, biar lah rahsia Linda dengan dia.. hihi..

168 Park
Maka, ke 168 Park Mall lah kita.
Pertama kali Linda sampai ni, walaupun bangunannya boleh nampak dari hospital je.

Sampai je, mek ni p booking terus.
Nasib baik ada kosong lagi.
Dia yang nak belanja, so Linda cakap, dia je pilih nak makan apa..jangan tanya Linda.
Adab la kan, orang nak belanja.
Setel booking tempat, order makan semua.
Jalan² la kejap dalam ni.
Nak tengok juga ada apa.

Dekorasi raya, meriah.
Ketupat besar² tu.
Geram pula Linda tengok.

Wefie dengan sponsor kita.
Lawa la tangga ni. 
Macam dalam cerita Korea, siap boleh duduk baca² buku.
Lawa ID dalam ni.

Haaaa, ni nampak sikit.
Luas lagi tau tangga ni.
Kalau belah tengah tu, dia macam tinggi sikit. 
So,orang duduk lepak² situ.
Belah yang Linda berdiri ni, dia kecik² sikit.
Memang sesuai buat pijak ni langkah lah.
Eskalator pun ada, so jangan risau lah.

Alhamdulillah, pertama kali untuk Ramadan kali ini, berbuka puasa di kedai.
Nak kata buka puasa dekat luar, pernah je..yang dalam ketapi tu..
Luar lah.. hahaha.
Sayur tauge tu, Linda yang perabih.
Izzah makan sesudu dua je.. hahaha.
Sabo jelah mek ni.
Alhamdulillah, semua habis.
Tiada pembaziran, kecuali air je.

Terima kasih Izzah. 
Moga murah rezeki selalu.
Doakan kak Linda dapat pindah dulu, baru Izzah boleh pindah pula. Hihi.

Till then, see ya.

Sunday, January 18, 2026

.: BACAAN YASIN DAN AGM PKWI HOSP SELAYANG :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 16.01.2026 - Majlis Bacaan Yasin Perdana dan AGM PKWI(Persatuan Kebajikan Warga Islam) Hosp Selayang.
Linda baru daftar ahli dan terus la join mesyuarat AGM.

Bacaan Yassin PKWI Hosp Selayang
Daftar dulu.
Boleh masuk list kursus juga. Buat ada ada. Hihi.

Alhamdulillah, selesai baca yasin, terus ke majlis AGM.
Takde pula gambar masa majlis AGM berlangsung.
Tiba la ke masa kemuncak.
Acara cabutan bertuah.
Banyak hadiah yang disediakan, ada dalam 50 juga.

Linda ni takde lah masuk kategori bertuah.
Kalau yang kena fight Gini.
Kalau yang memang setiap orang dapat, yang tu memang bertuah lah.

AGM PKWI Hosp Selayang
Alhamdulillah. Bertuah kali ni.
Dalam dok ralit main telefon, terkejut nombornya naik.

Cabutan bertuah
Gambar ihsan dari kamera CC Adawiyah.

Cabutan bertuah
Ada lagi wakil pentadbiran, Pojie.

Cabutan bertuah
Eh, Izzah pun bertuah.
Rezeki geng pink dua dua dapat hadiah.

Linda tak buka lagi hamper tu ada apa.
Telek² ada macam² juga dalam tu.
Bak kata pengerusi PKWI. "Duit yang terkumpul dalam tabung persatuan, bukan untuk saya..untuk semua ahli persatuan, insyaAllah kita akan buat bermacam² lagi aktiviti".

Pengerusi , Dr Hamdi (tak pasti dari bahagian mana), tapi memang sesuai lah jadi pengerusi..Alhamdulillah.
Bekas pelajar medik di universiti Al-Azhar, selalu juga dijemput menjadi penceramah jemputan(bab agama) untuk sekolah², surau²..

Semoga setiap perancangan bakal terlaksana untuk tahun 2026 ni, insyaAllah..

Till then, see ya.

Wednesday, November 26, 2025

.: URUSAN ASRAMA :.

Assalamualaikum.

Isnin, 24.11.2025 - pagi tenang je, petang ribut melanda.
Hari yang sama HO(houseman), MO(medical officer) dan SN(staff nurse) lapor diri di Hospital.
Mesti pelik, apa kaitan dengan Linda dan asrama.??
Kaitannya, bila ada yang mohon nak masuk asrama, dan nak masuk hari yang sama juga.
Tapi, kena ingat. Ni bukan asrama kolej, asrama sekolah. Yang confirm ada penempatan sebab dah ada senarai nama di tangan. Ni asrama @ kuarters untuk staff, tentulah terhad.
Kalau HO, Linda tak huru hara sangat, sebab diorang semua dah tahu sebulan awal dapat posting dekat mana.
Dan awal² lagi dah deal penempatan, so memang secure lah bilik asrama untuk diorang.
Kalau MO pula, jarang lah mohon, sebab asrama tak layak untuk MO. Tapi ada juga yang nk tumpang sementara dapat rumah sewa. 
Yang SN ni huru hara, dah lah petang² baru sampai.
Dah sekali sampai, nahhh... 30 orang.
Pishang jap nak cari bilik.
Yang available ada belas² je biliknya.

Bukti, pejabat asrama tiba² kena serang.
Terima kasih partner, Izzah ambil gambar.
Selalunya, memang takde gambar lah.

Alhamdulillah, takde yang terpaksa heret bagasi semula untuk cari tempat bermalam.
Walaupun terpaksa duduk sebilik 2 orang untuk sementara, semua dapat tempat untuk bermalam.
Selagi mampu, insyaAllah Linda akan carikan juga bilik untuk mereka bermalam, sebelum fikir langkah seterusnya.
Selalunya, Linda bagi tempoh 2 minggu untuk diorang bertenang, so Sabtu Ahad, boleh lah meronda cari rumah @ bilik sewa.
Kalau ada rezeki, insyaAllah dapat duduk asrama.
Tapi, tak boleh nak komplen teruk² lah, terima lah seadanya keadaan bilik tu.
Paling teruk pun 5/10 jelah.
Keadaan frame pintu yang usang, lantai parkir yang kadang² tercabut. Tilam yang memang udah haup.

Biasalah, peruntukan memang susah nak turun.
Tahun lepas, pertama kali lulus permohonan katil dan tilam..itu pun 10 tilam, 4 katil.
Alhamdulillah.

Bila jaga asrama staff ni, kena kreatif lah. Lagi² bila kita tak tau berapa yang akan mohon asrama sekaligus.
Masa jaga asrama pelatih, sebulan sebelum pelatih datang, dah ada list nama. Jadi boleh lah buat apa² yang patut.
Sekarang ni, memang kena bersedia lah sepenuhnya.
Bilik² yang dikenal pasti rosak, kena cek semula..mana yang boleh repair, kita buat sampai jadi bilik kosong yang boleh dihuni.
Rasa sepanjang 4 tahun dekat Selayang ni, memang banyak bilik yang rosak dapat Linda buka semula.
Dapat lah tambah kapasiti bilik kosong, supaya dapat memudahkan staff hosp.

Lagipun, sayang bilik kosong. Bagi Linda biar rosak sebab dihuni, dari rosak sebab terbiar kosong.

Ehh, panjang bebelan hari ni, padahal nak cerita pasal handle staff masuk asrama je. 🤭🤭

Till then, see ya.

Sunday, November 23, 2025

.: TEAM KOIR HRAD :.

Assalamualaikum.

Simpan sini sebagai kenangan.
Jumaat, 21.11.2025 - turn Admin dan sumber manusia yang jadi urusetia perhimpunan bulanan.
Jadi, nama Linda termasuk dalam team koir HRAD (Human Resource Admin).
Layan jelah kan, bukannya nyanyi sorang² pun.
Pertama kali join koir di alam pekerjaan, dan setelah 4 tahun kerja di Selangor, baru lah betul² hafal lagu negeri Selangor 🤭🤭.

Tiba² minggu lepas tu, dedek pun asyik la nyanyi lagi negeri Selangor, nak bagi ibu hafal agaknya. Kikiki.

Team koir
Team koir di hari kejadian.
Alhamdulillah ,pengarah hospital pun puji lah. Dia siap kata "1st impression saya, ingatkan jemputan group koir dari mana lah tadi".. 
Bangga sat weyh..kikiki.

Kami sampaikan 4 lagu :
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu KKM
Lagu Darah Satria

Latihan koir
Wefie beramai ramai, masa sesi latihan.
Yang bagusnya, konduktor kami yang berpengalaman dengan koir.
Sebab tu lah ,team koir menjadi.
Yang depan sekali lah konduktor kami, kak Qyra. Thank you akak.

Ada rezeki, boleh la join lagi.
Rotation lambat lagi, sebab ada 26 unit/jabatan yang akan jadi urusetia perhimpunan.
So, turn Admin dan HR mungkin 2027 pula.
Masa tu, Linda dah transfer kot..hihi.

Till then, see ya.

Friday, October 31, 2025

.: PUTIH SUSU :.

Assalamualaikum.

AWAS !!!!
entry ini, tidak sesuai untuk penggeli.
Boleh baca sambil tutup² mata ye..

Life as a Penyelia Asrama, memang tak lari lah dari pelbagai jenis aduan mengenai haiwan dan serangga perosak.
Masa dekat kolej Melaka dulu, biawak naik sampai tingkat 3.
Dah satu kerjaan mengejar biawak pula.. hahaha.

Tapi, yang paling tak terdaya nak lawan.
Walaupun dia kecik, tetap lah susah nak lawan.

Anai-anai.

Tapi kan, yang nie kekenyangan kot.
Sebab warna putih susu je.
Selalunya macam ada jernih² sikit.
Nampak gemok² je yang nie..
Hahaha..
Sorry lah, kita teruja nengok anai² banyak gini.. 😆😆

Nah kita selit video sekali.
Kalau boleh tengok, tengok lah..

Buat kenangan.
Esok lusa, tak tau lah jaga asrama lagi ke tak.

Till then, see ya.

Thursday, October 9, 2025

.: DAPAT HADIAH LAGI :.

Assalammualaikum.

Cerita nie, patutnya keluar bulan September.
Tapi, ntah la.. mood tak sampai lagi nak bercerita kot. 🫣🫣

Alhamdulillah, tahun nie, kemeriahan hari lahir tu terasa.
Adakah tanda² nak dapat bertukar keluar?? Kikiki.

Tiba² Cc Adawiyah wasap Linda, katanya nak jumpa dekat pejabat dengan Izzah.
Risau juga, apa lah nak disampaikan tu.
Sebab nya, jarang lah Cc nak jumpa kami berdua, selalu arahan dan tugasan semua Setel through wasap je.
Pejabat asrama kan jauh dari admin, jadi memang arahan semua melalui wasap atau telefon je.

Dah sampai tu, tunggu Izzah sekejap.
Lepas tu, borak² juga lah pasal kerja.
Jadi takde lah keraguan lagi kat situ.
Tiba² Cc panggil kak Mala, kak Ju dan Yatt.. bertambah pula korum.

Sekali, deme nyanyi lagi birthday pula.
Terkejut lah kami dua orang nie.
Tak sangka la pula, sebab kita kan pejabat lain², jadi tak kecil hati pun kalau tak diraikan.
Hampir 4 tahun Linda dekat Selayang, pertama kali, geng admin bagi hadiah birthday. 🥹🥹

Hadiahnya, sama je dengan Izzah.

From Cc Adawiyah, kak Mala, kak Ju dan Yatt.

bila orang lelaki yang ambilkan gambar

dari kiri, tudung oren . Cc Adawiyah, Izzah, Kak Mala, Yatt, Kak Ju dan Linda.

gara-gara gambar nielah, semangat nak briskwalk tu berkobar-kobar.
sebab nampak noo bulatnya kat situ. hahaha.

terima kasih daun keladi,
tahun depan boleh bagi lagi. 😁😁

sebak kita dengan akak2 semua.
semoga sihat2 dan murah rezeki selalu ya.

till then, see ya.

Wednesday, October 1, 2025

.: OCCUPATIONAL THERAPY DAY :.

Assalamualaikum.

27 Oktober - Occupational Therapy Day.

Tapi, dekat Hosp dah sambut hari nie,ada pelbagai reruai yang disediakan.
Yang paling menarik minat tu, tentulah yang menjual makanan.

Sambil-sambil tu, ada tempat untuk photobooth untuk ambil gambar sebagai kenangan.

OT Day
Satu dengan kak Zu.
Lawa nya, buat photobooth pengantin pun lawa nie.
Warna purple tu memang menarik perhatian.

OT Day 1
Ada cermin.
Jom lah kita wefie.

Hari nie, pakai tudung tak matching² plak ngan uniform.
Dah jemu pula asyik pakai yang senada je.kikiki.

Antara makanan yang dibeli.

OT Day 2
Tapai ubi, sedap makan sejuk².
Just nice je, tak manis sangat.
Ubi pun lembut.

OT Day 3
Tapai pulut, sedap juga.
Tapi, agak manis. Memang tak boleh sekali ngap lah.
Simpan dalam peti, makan esok pula.

OT Day 4
Eh, nie bekal bawa dari rumah.
Maggi goreng, masak pagi.
Bawa bekal makan untuk lunch.
Alhamdulillah.

Petang ada seminar juga, nanti Linda share lain.
Tak sempat nak edit gambar.

Di kesempatan ini, jangan berhenti berdoa untuk delegasi GSF kita.
Mereka telah memasuki zon merah, lagi sedikit untuk sampai ke Gaza.
Semoga setiap detik dilindungi oleh Allah, selamat sampai ke Gaza untuk bantuan kemanusiaan dan selamat pulang ke pangkuan keluarga masing²..aamin.

Allahuakbar 
Allahuakbar 
Allahuakbar 

Till then, see ya.