lovvu Dobbu

Wednesday, March 26, 2025

.: AKU YANG BERSALAH :.

Assalamualaikum.


linda selalu yang no 1..

kadang2 senang trigger, lepas tu bebel2..setel dah.
tapi, kalau tengah buat kerja sekolah dengan anak-anak.
bila ibu tegur salah, dia pun nak protes..
memang sabar ibu jadi nipis lah.

dalam tahan-tahan, memang terlepas lah apa pun.
Allahuakbar...
baru-baru nie, dah terlepas terbaling henset ke dinding, tapi terkena sipi dahi kak M.
skrin protector retak seribu.
dahi kak M benjol, dan lebam sampai sekarang..😭😭
mesti semua orang akan cakap linda, ibu yang teruk..
orang lain pun ada anak juga, tapi takde sampai macam tu..

dan linda masih lagi rasa bersalah sampai sekarang.
sebab tu dok meluah dalam nie juga.
hari-hari peluk kak M, minta maaf.

minta maaf kak M, ibu bukan macam ibu orang lain yang lemah lembut, baik.
hari-hari pun ibu terasa gagal jadi ibu.
hari-hari pun, ibu terasa apa kesalahan anak ibu, semua berpunca dari ibu.
ibu yang gagal mendidik anak-anak ibu.
ibu takot nak tengok anak-ank ibu membesar.
ibu takot kalau ibu tak boleh terima apa jua yang terjadi.
ibu takot semua kegagalan anak ibu, semua berpunca dari ibu.
ibu yang gagal sebenarnya, bukan anak-anak ibu.

always, perasaan ini tak pernah padam dalam hati ibu.
hari-hari ibu fikir.
hari-hari ibu runsing.
ibu hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anak-anak ibu.
ibu hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa lapangkan hati ibu dengan apa yang berlaku.
ibu sentiasa berdoa supaya Allah ampunkan segala kesalahan ibu dalam gagal mendidik anak-anak ibu.

semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.Aamin.

till then, see ya.

20 comments:

  1. Garangnya ibu.. Harap bersabar.. Saya pun ada kalanya marah anak-anak juga. Memang kena marahlah kalau buat salah. Rasanya anak pertama je dulu merasa rotan dengan hanger baju dengan saya, anak-anak lain takde rasanya.. Dah besar dah pun anak nombor satu tu. Dah 17 tahun. Dah nak habis sekolah. Rasa nak peluk dia puas-puas macam anak-anak kecil sebelum dia membesar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang nie, kalau berkasar dengan anak, rase gagal sangat...sebab dekat medsos kabo, parenting tu kena soft..adoi, kita nie..soft2 tak jalan selalunya...memang kena hard way je..
      bab hanger tu, memang banyak pcs yang jahanam dah ...

      Delete
  2. saya pun kadang memang garang dengan Pia zaman dia kecil dulu..wlpn anak tunggal umiwaled tetap garang dengan dia,bila dah besar ni dah tak ada marah cuma tegur-tegur macam kawan saja,tapi dia kadang2 skrg ni dia boleh sebut ungkit lagi yang kita marah zaman dia kecil dulu sampai meleleh airmata..harap dia tak simpan lama dalam hati&harap dia faham umiwaled marah sebab sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain budaya dan pemikirannya...linda dulu selalu je kene kurung dalam bilik, kena rotan, kena marah time mengaji...tapi, tak pernah dok ungkit dengan mak bapak...sebab tau, memang nakal dan salah..anak2 sekarang risau, sampai kes lari rumah, sebab mak bapak marah.. yaAllah...sampai linda sendiri risau nak mendidik anak tu macam mana...uwaaa....

      Delete
  3. Sabar ye ibu... hugs sikit 🤗
    Istighfar banyak² أن شاء الله Allah bantu.
    Akk dulu pun cepat melenting juga tp as we grow older dan pemikiran kita makin matang, kita jadi lebih cool dan sabar.
    Lagi satu, anak² zaman skrg lain sikit pemikirannya. Byk cases kena marah ke, tegur ke tup² lari dari rumah. Risau!
    Mohon dijauhkan la 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. ku kalau part menengok depa buat keje sekolah je kak...jenis tak boleh tegur sikit, bila nak betulkan, nak sentap, nak marah...eh, ku pun tiba2 marah lah...lepas tu dedek, kadang sampai time ngada2 suka merengek...kita nie tak boleh dengar merengek2 nie..bingit telinga...memang sound dulu, kalau tak berenti jugak mendapatla sikit..
      iye kak, risau yang tu, berani sungguh anak2 sekarang...kita dulu pun fikir nak lari rumah juga, tapi tak jadi sebab fikir nak tido mana, nak makan apa...kikiki

      Delete
  4. Nombor 4 tu tak best lah.... Hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmobor empat lah bagus...tapi, bila marah tu...serupa puting beliung lalu.. hahaha

      Delete
  5. Sabar ye...Semoga kita sama2 kuat utk jadi yg terbaik utk anak2 kita...Smoga Allah dgr ape je rayuan kita pada dia ttg diri sendiri & utk anak serta fmly..Amin..

    ReplyDelete
  6. Anak saya pun kata mummy garang...cikgu dekat sekolah pun x garang mcm mummy...of course la garang sebab nak suruh dia jadi yang terbaik...x per jgn serba salah...yang penting niat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu sekarang pun tak macam cikgu dulu...kalau garang kang keluar surat "I see u in court"

      Delete
  7. dulu masa anak kecik2 ammi macam linda.. jenis cepat je naik hangin. tu yg remote tv semua habis rosak bukan anak buat main tapi ammi yg baling. mmg tak boleh control marah sampaikan makcik ammi cakap "u should go for an anger management class" katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tu lah ammi, kalau kita tak marah, tak jalan apa anak2 tu...kita nie memang nak kawal semua tu, sebab bila marah nie..mulut dengan tgn sama naik..takot terlepas cakap apa2...

      Delete
  8. Kita ni manusia biasa. Kadang2 angin juga jika ada yang mengganggu minda kita. Kadang2 anak juga boleh buat kita marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak ezna... Moga yang baik2 je untuk kita dan anak2.. Moga jadi contoh, teladan yang baik utk anak2.. Aamin2

      Delete
  9. Cie ada masa garang2, bebel2 kat anak. Tapi kejap je cool balik. Tengok jenis kesalahan. Kadang2 anak2 menguji tahap kesabaran kita manusia biasa ni ada masa hilang sabar juga. Semoga kita menjadi mak yang dapat mendidik anak2 dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah.. Memang anak2 tu diberi untuk menguji ibu bapa nya.. Waktu biasa, helok je buat hal sendiri, bila maghrib mula lah nak usik sana sini.. Mak pun naik syeikh.. Hahaha

      Delete
  10. Dulu2 no2 haha dah makin tua ni naik no1. Urat darah dalam badan ni spesis yang cepat tindakbalasnya apalagi yang buat kita nak marah hehe. Sekarang tinggal berdua, nak marah pun tak ada guna, penat je nanti. Bebel sorang2 pun best, keluarkan yang terbuku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tinggal berdua tu, kurang sikit lah marah nya...hihihi

      Delete