Assalamualaikum.
Berkenaan entry yang NIE
Alhamdulillah, mak dan bapak telah ditawarkan untuk menunaikan haji pada musim haji akan datang nie..
Alhamdulillah, rezeki mak dengan bapak.
2 tahun lepas dapat menunaikan umrah, tahun nie, insya-Allah akan menunaikan haji pula, mohon doa daripada readers supaya dipermudah segala urusan dan mak bapak sihat2 sahaja sebelum,semasa dan selepas menunaikan haji, Aamin YRA.
Lama simpan draft nie.
Sebab tak tahu nak publish ke tak.
Tak tahu penerimaan orang macam mana.
Sebab semua umat Islam berimpian untuk menunaikan umrah dan haji.
Lagi-lagi haji, untuk melengkapkan rukun Islam kita.
Semoga ada rezeki kita semua dipanggil untuk menunaikan haji sebelum kita menutup mata, Aamin YRA.
Nie hari selepas cuti Thaipusam tu.
Linda ambil cuti, bawa mak dan bapak ke Tabung Haji.
Nak uruskan pasal permohonan visa tu lah.
Siapa yang baru-baru menunaikan umrah mesti tahu betapa susah nya nak tembus talian untuk permohonan visa.
Staf TH yang membantu untuk permohonan visa.
Kena scan pasport, muka dan 10 cap jari.
Lepas tu baru boleh send permohonan.
Dekat rumah berpuluh kali kitorg semua cuba.
Tang jari tu failed saja.
Semua telefon yang ada dekat rumah tu, semua kitorg guna untuk cuba.
Semua tak berjaya.
Last-last give up, ke TH lah kita.
Staff tu buatkan, tak sampai 5 minit, dah boleh send permohonan.
Malangnya hari yang kami pergi tu, sistem down pula.
So, permohonan tak dapat diterima.
Next week nya, mak dengan bapak repeat p TH, dan alhamdulillah, berjaya send permohonan visa.
Nie nak scan jari tu
Penerbangan pergi pada 30/4/2025
Penerbangan pulang pada 15/6/2025
48 hari tempoh berada di Mekah dan Madinah.
Tahun ni raya haji, mak dengan bapak di Mekah, Alhamdulillah.
Semoga semuanya berjalan lancar, dipermudah segala urusan.Aamin.
Dan pasti nya tarikh tu, Linda dan anak-anak cuti lah..
Nak hantar ke airport.
Till then, see ya.
Alhamdulillah dapat panggilan menjadi tetamu Allah
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteAlhamdulillah rezeki. Semoga dipermudahkan urusan ibadah di sana.
ReplyDeleteAamin2.. Terima kasih atas doanya, cie
DeleteAlhamdulillah. Moga kedua-dua mereka dikurniakan kesihatan yang baik, kudrat yang luar biasa agar dapat beribadah di sana.
ReplyDeleteAamin2..
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan untuk urusan seterusnya.
Alhamdulillah.. Insya-Allah...
DeleteAlhamdulilah. Allah dah panggil tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terpilih menjadi tetamu Allah
DeleteAlhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan mak ayah Linda 🤲🏻
ReplyDeleteAamin2..
DeleteMekasih atas doanya, PH
Semoga dipermudahkan segala urusan buat mak ayah akak :D
ReplyDeleteAamin2.. Terima kasih Cuya
DeleteAlhamdulillah.. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur kelak. Selamat pergi dan selamat pulang.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Insya-Allah.. Aamin2x...
DeleteMasya-Allah, akak tumpang gembira, Linda. Semoga mak bapak Linda sihat sokmo dan kuat dalam mengerjakan haji nanti.
ReplyDelete