Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, September 8, 2026

.: LAST DAY SELAYANG :.

Assalamualaikum.

Hari terakhir di Hospital Selayang.

Mungkin, hari terakhir juga pakai uniform ni.
Apa pun kerja yang datang, kita hadapi dengan tenang.

Tak sangka..terharu.
Tanda ingatan kawan² pada Linda.
Subhanallah, tak harap pun semua ni, sorang² datang hulur hadiah.

Adeh, nak jadi kisah, masa dekat parking hosp lagi.
Cubaan kali ke 3, baru la enjin kereta hidup.
Lepas tu, berhenti isi minyak, dan matikan enjin kereta.
Alih² tak boleh start pula, bateri tak cukup power.
Gigih la Linda keluarkan mini jumper, tapi tak cukup kuat pula.
Alhamdulillah, ada brother ni tegur. Dan dia jumperkan dengan kereta dia. 🤲🤲

Brother ni cakap, dia bawa lori yang parking dekat stesen minyak tu.
Wife dia kerja stesen minyak tu.
Moga dipermudahkan segala urusan brother tu.
Dia siap pesan, tak boleh berhenti la.
Linda siap cakap nak balik Perak, husband pun kat Perak. Terkejut dia dengar. Kiki.
Agaknya, dia tengok Linda tak kalut kot, padahal tengah VC incikSuami, tanya cara² guna Jumper tu.

Jadi, memang dah hidup kete tu.
Terus jelah gerak.
Atas highway pun clear.
Kaki gigil lah nak menekan. 😅😅

Alhamdulillah, sampai Tronoh 7.12 petang.
Minta keluar pejabat awal, pukul 5 petang tu, dah atas highway dah.

Dah sampai Tronoh, baru la dan ambil gambar.
Penuh kereta, walaupun barang sorang. Hahaha. Tinggal ruang untuk pemandu je.
Dari depan sampai belakang, penuh.
Ni pun, seat yang belakang tu dah rebahkan.

Sekarang ni, tak boleh tido.
Debar la esok nak p lapor diri.
Moga dapat tempat yang dimohon, aamin.

Till then, see ya.
 

50 comments:

  1. Syukur ada orang baik yang membantu Linda. Penuh betul barang Linda satu kereta tu. Alhamdulillah selamat sampai. Semoga esok semuanya baik-baik je dan dapat tempat yang lagi dekat dengan rumah. InsyaAllah. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. lega rasanya ada orang tanya "puan, kereta ok ke?, nak Jumper tak?"

      Delete
  2. Semuga Allah permudahkan. Ni baru pindah kalau pencen lagi banyak kut. Akak punya hadiah penuh 1 kereta. Dari depan sampai bonet. Selamat bertugas tempat baru Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki.. kita tak harap pun kak, terharu betul..
      Terima kasih kak

      Delete
  3. Oh kiranya Linda tukar ni dapat PTPO la ye. Semoga dipermudahkan urusan lapor diri. Banyak dapat hadiah, Alhamdulillah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah Cie.. dah jadi PTPO...
      Alhamdulillah, rezeki berpindah

      Delete
  4. Alhamdulillah ramai yang sayang...akak je x sempat nak jumpa Linda...niat tu ada tapi x dapat gak luangkan masa...insyaallah kita jumpa kat Perak la kalau akak tersesat kat sana ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki kak.. tak sangka juga..
      Itulah, ada rezeki nanti kita jumpa ya..

      Delete
  5. Alhamdulillah dah selamat smp rumah...Seronok unboxing hadiah2 tu nnt=D

    ReplyDelete
  6. syukur linda dh selamat sampai rumah. jauh jugak tu drive sorang2. all the best kat tempat baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..nasib baik jalan tak banyak kereta.. sebab hari biasa.. kalau hari Jumaat, jem juga rasanya

      Delete
  7. alhamdulillah...berdebar juga ni nak tunggu Linda update seterusnya,sama sibuk nak tau hehe

    ReplyDelete
  8. Seketul Linda yang sungguh kental 👏🏻👏🏻👏🏻
    Kalau Akk nak jalan jauh gitu tukar bateri terus la. Sejenis anxiety & overthinking :)
    Btw, semoga dipermudahkan urusan Linda dan dapat tempat yg dihajati aamin 🤲🏻

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    Semoga dipermudahkan urusan
    Berjln lancar dan slmt di tmpt baru
    Ada rezeki dot jumpa linda dekat sri iskandar ke insyaallah

    ReplyDelete
  10. Terharu sangaaaat pasti kalau hari terakhir kaan. Banyak yg sayang dengan kak Linda, kasih Macam2 cenderamata 😍😍.

    Nasib baik naik mobil ya kak, bawaan banyak..kalau naik bus atau lainnya, repot sangat lah 😄.

    Dan syukur diketemukan dengan orang baik juga ketika mobil bermasalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki kak Linda tu..
      Memang dah plan nak bawa kereta, sebab tahu nak pindah.. hihihi

      Delete
  11. All the best di tempat baru Linda!

    ReplyDelete
  12. Banyak dapat hadiah tu, Alhamdulillah. Ramai yang sayang Linda. Mesti sedih sebab sudah lama kerja situ. Mujur ada hamba Allah baik hati, tolong jump start kereta. Jauh Linda drive tu. Kuat betul seorang Linda ini. Nanti update ya, dapat kerja mana, hospital ke, klinik kesihatan. . 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sedih juga, sebab persekitaran baik² je..
      Lega jumpa orang baik², boleh tolong kita..
      Nanti kita update tau, belum lagi nampak nya ni

      Delete
  13. bab jumper bateri kete mmg serah kt husband..nasibaik linda mahir juga tu..nasibaik juga ada yg tlg tu...byk adiah dpt tu...all the best kt tmpt baru nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..insyaAllah, boleh la sikit² kak.. nak belajar tukar tayar kete je ni..

      Delete
  14. Harap2 dah tukar bateri baharu.
    Tahniah naik pangkat erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena tukar juga bateri baru..sebab hari Sabtu nak turun KL kejap

      Delete
  15. alhamdulillah,
    ada yg datang menghargai. ada yg dtg menghulur bantuan. ada yg memberi. dipemudahkan urusan dlm perjalanannya. moga yg baik2 utk kamu sista. love.

    ReplyDelete
  16. Ya allah linda terkejut kita awak nak blk tronoh terus..nasib baik la kereta memberi kerjasama sepanjang atas highway kan...

    Pape pun all the best kat tempat baru ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kenapa terkejut sis? Hihi.. memang tak ambik cuti pun.. jadi kena balik juga la selasa tu.. Rabu dah lapor diri..
      Alhamdulillah, lega kereta ok je.. husband siap pesan maintain speed 100-110 je.. eh, jalan clear, mana mau nya..hahaha

      Delete
  17. Semoga happy kerja di tempat baru ya

    ReplyDelete
  18. setenang itu kamu? hebat maslinda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Allah bagi tenang...☺️☺️
      Selagi cerah, kita ok je sis.. kalau dah gelap, ada risau sikit lah

      Delete
  19. alhamdulillah ada yang sudi tolong dan selamat sampai ke tronoh. banyak juga hadiah tu sampai penuh kereta. selamat menjalani kehidupan baru di tempat baru, semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  20. Sebenarnya dah lama dah tak drive jauh2 ni. Paling jauh dulu Damansara Jaya ke Ipoh. Sekarang, dekat2 ajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. ni pun nanti, dah takde lah drive jauh2 kot nanti..

      Delete
  21. Perghhh... padu betul siap keluarkan jumper. Lepastu boleh pulak jalan terus sampai Perak. Yang akak tau lepas jumper dah hidup engine takleh matikan. Kalau akk terus cari kedai tukar engine... sebab sejenis yang kalut dan penakut🤭🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..selagi tak mati enjin kete, jalan je terus

      Delete
  22. ooo tukar ke perak nanti LInda jadi ptpo ya? Sebelum ni Linda baju unipom pink tu sebagai apa? Moga dipermudahkan semuanya akak pun 14hb ni lapor diri tempat baru, tapi kami tangguh 2 minggu hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas SSPA tu skim dah tukar PTPO, jadi minta tukar ni, memang atas jawatan PTPO la..
      Lagipun ,tempat yang Linda mohon memang takde kuarters,asrama.. so pakai baju cantik Lerr..
      Good luck juga buat akak.

      Delete
  23. Alhamdulillah, selamat sampai di rumah...all the best di tempat baru...

    ReplyDelete
  24. Aduh cabaran betul dgn tak boleh start kete tu.. nasib la ada yg membantu.. tpi itulah time tu juga nak jadi cerita kan..apa pun syukur selamat sampai tronoh.. all the best ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..lega, ada yang membantu...
      Terima kasih ya..

      Delete