Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, July 12, 2026

.: DINE IN IKEA, MYTOWN :.

Assalamualaikum.

Semalam keluar dengan Izzah.
Making memories orang cakap.. hahaha.
Ke mana kita??

Tara,sampai ke Mytown. Selalu nampak blogger Nieza je up ke sini.
Akhirnya sampai juga Linda.
Tapi, bukan Ikea yang pernah pergi dengan incikSuami tahun lepas kot.
Ikea yang ni sekali dengan mall . Mytown tu la nama mall dia tak silap.
Naik MRT laluan Kajang, berhenti dekat station Cochrane. 
Jalan kaki sikit je, mcm nk masuk TRX tu.

Dua dua tak pernah makan dekat IKEA ni.
Jadi, moh la kita.
Semua tu RM65.50.
Meja banyak je, tak perlu risau.
Yang perlu risaukan, nak beratur beli makan.
Semalam sampai dalam pukul 11pagi, tu pun beratur dalam 30min tak silap.

Untuk Linda, kuah chicken cop tak kena tekak, ayam goreng tu takde lah rasa wow sangat, meatball sedap.
So, betul lah tu specialty nya meatball.
Isi wantan tu sedap.
Ada rezeki, boleh la bawa anak² nanti.

Setel makan, jalan² la IKEA tu.
Pusing², tak beli apa pun.
Keluar ke mall, nampak bOok excess, jom la masuk.

Untuk fotografi. Hihi.
Saja pakai baju hijau ni, sebab nak padankan dengan tudung yang Fanny bagi.
Sebab warna macam olive green, ni jelah baju yang ada untuk dipadankan.

Lagi gambar.

Eh, rajin pula nak edit kat Gemini.

Hiasan wall dekat book excess.
Rasanya dijual juga ni.
Besar juga book excess, siap ada kafe.
So, boleh la minum² sambil sembang² atau baca buku.

Musing la kami berdua dalam tu.
Sampai masa nak balik, eh tersesat² jalan nak balik ke station MRT. Hahaha.
Sebelum balik, beli juice Boost dulu.

Dah ambil, dah minum sepanjang jalan nak ke station MRT tu.
Dah sampai platform, baru tanya Izzah 

"Akak rase, kita mcm tertukar air, sebab akak baru cam ada rasa pisang" 

Bila Linda cakap, baru la dia iyekan. Hahaha.
Bertuah punya budak, dia dah perasan tak kabo.
Linda order tembikai+laici.
Dia order mango+banana tak silap.

Linda sedut air tu, otak nak ni tak proses.
Tapi, terasa mcm lain Beno rasa tembikai nya.
Linda first time beli air tu, jadi anggap memang cmtulah kot rasanya. Hahaha.
Rupanya. Betul tertukar air.
Nampak sangat lah memasang dahaga, janji dapat air.

Memang ke mytown semata mata nak merasa makan dekat IkEA je..  🤭🤭
Kalau sempat, kita p dating dekat Pasar Seni pula ye nanti.

Till then, see ya.

Saturday, July 11, 2026

.: BAGAN DATOK - MASJID TERAPUNG :.

Assalamualaikum.

Nak masuk penghujung dah cerita Sekinchan ni.
Lepas borong kerepek tu, terus je tuju Bagan Datuk, niat nak singgah solat dekat Masjid Tuminah Hamidi. 


Linda pernah la juga ke Dataran Bagan Datuk tu, tapi tak singgah la ke Masjid. Tak pernah pergi pun masjid nya.
Tengok je lah.
Jadi, ni pun kali pertama Linda ke situ.

Meh la tengok gambar apa je yang ada.

Bahagian kubah belah dalam.
Linda snap dari kawasan solat perempuan.

Ni bahagian luar kawasan solat perempuan.
Tapi, rasa nya digunakan untuk ruang solat juga.
Ada pembahagi pintu, jadi kalau ada anak² kecil, boleh la duduk sini.
Tak mengganggu la ruang solat.
Karpet tebal ni.

Ni dekat salah satu ruangan dekat bahagian luar.
Lawa sungguh la design dia.
Ayat Al-Quran dekat corak atas tu, cuma Linda tak ingat ayat apa.
Tapi. Memang yang common je lah.

Wefie dengan incikSuami.
Ada ruang tengah yang terbuka. 
Kalau masjid buat event, letak khemah dekat sini pun, muat 10 khemah rasanya.

Ada dewan juga rasanya.
Sebab masa Linda pergi ni, ada katering dan macam ada majlis kahwin buat dekat dewan tu.
Mungkin luas juga la ruangan dewan tu.

Minta adik ipaq snapkan gambar.
Kalau tengok gambar masjid dekat belakang tu.
Tempat yang Linda solat, kalau tak silap dekat kubah yang besar sikit tu.
Yang sebelah kiri.

Alhamdulillah, selesai dekat sini.
Kami teruskan perjalanan balik Taiping, potong terus dekat Jambatan Sultan Nazrin Shah.

Jambatan yang merentasi Sungai Perak.
Dari Bagan Datuk terus sampai ke kawasan Sejagop.

Kalau dari Pasir Salak atau Manjung nak ke Bagan Datuk, dah tak payah pusing jauh.
Ada jambatan ni, memang jimat masa sejam juga lah.

Kalau sampai Perak, boleh la cuba jambatan baru ni.
Sekarang ni Linda tunggu satu lagi jambatan siap.
Yang menghubungkan Sg Air Tawar, Selangor ke Hutan Melintang, Perak.
Saja nak tengok tembus mana ke mana.
Banyak perubahan berlaku dari Linda kecil sampai ke besar ni.

Till then, see ya. 
 

Friday, July 10, 2026

.: HUKUM MENCABUT RUMPUT DI ATAS KUBUR :.

Assalamualaikum.

CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

SOALAN :

Apakah hukumnya mencabut rumput di atas kubur?

JAWAPAN :

Sebelum masuk kepada perbahasan hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur yang dibahaskan oleh ulamak ialah segala yang tumbuh di atas tempat yang di tanam mayat di bawahnya yang dinamakan sebagai kubur.

Ada pun kawasan yang tidak ada ditanam dibawahnya mayat seperti jalan yang ada di keliling kubur dan tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan itu bukan termasuk kubur yang dibahaskan dalam masalah ini.

Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dikalangan ulamak mazhab padanya.

PENDAPAT ULAMAK MAZHAB SYAFIE

Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم

Artinya : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam di atas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi sollallahu alaihi wasallam.”

Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.

HARUS PEMILIKNYA MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ

Artinya : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”

Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.

Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ar-Ramli :

ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه

Artinya : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”

Dan tersebut pada kitab Hasyiah As-Syarwani ‘ala At-Tuhfah :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ

Artinya : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya."

Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه

Artinya : “Dan tidak harus bagi selainnya yakni selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).”

PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.

Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ

Artinya : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)

Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.

MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :

: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها

Artinya : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Al-Mahmudiyyah)

KESIMPULAN

Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.

Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.

Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa di dalamnya.

Semoga bermanfaat pada kita semua..aamin.

Till then, see ya.

Thursday, July 9, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Dah hari Khamis.
Cepat je rasanya, macam baru je jumpa Isnin semalam.

Macam biasa lah, jom tengok FB punya throwback.

Weyh, zaman kekurusan dan kemudaan incikSuami ni.
Nanti nak share gambar ni kat dia, baju tu pun tak nampak dah.. hahaha.
Abang Mueez masa kecik, putih lepak weyh.
Tu yang kami panggil dia Cina Bukit. Hahaha.

Buat bunga telur untuk adik time ni haa.
Saya kan seorang kakak yang baik.. hahaha.
Dulu penat sikit, buat bunga stokin ni.
Sakit² tangan kena dawai tu.
Sebab tu harga dia mahey.


Masa ni kena tinggal dengan incikSuami.
Dia p operasi dekat Sabah.
Puasa dan raya dia dekat Sabah.
Kitaorang ditinggal 5 beranak.. 🥹🥹
Bukan kata orang je asyik tanya macam mana Linda hadapi hidup dengan anak kecik² masa tu.
Linda sendiri pun tak tau macam mana boleh ada kudrat melayan 4 orang masa tu.
Abang Mu'az yang sulung tu pun baru darjah 1.
Dedek almost setahun. Hahaha.

Tapi, sesungguhnya. Allah permudahkan, pengasuh anak baik, bertolak ansur.
Anak² diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah,linda pun masih diberi kewarasan akal fikiran..
Proud of myself.

Jadi, kesimpulannya. Apa pun yang terjadi, sila la puji diri sendiri dulu.sebab takde orang lain yang akan memuji kita..hihi.

Till then, see ya.

.: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Julai – Disember 2026) :.

Assalamualaikum.

pencarian bloglist cie
tekan je gambar, terus pergi entry Cie.

jom la kita support local.. ehhhh...
saja nak memeriahkan event.
terpilih ke tak, tak kisah pun.

cara penyertaan macam biasa :
1- buat entry tajuk ni
2-letak banner dan buat backlink
3-jangan lupa letak link entry kita dekat bahagian komen entry  Cie.

tempoh penyertaan:
sampai 12 Julai je tau.

tak banyak masa dah.
risau terlupa je.

till then, see ya.

 

Wednesday, July 8, 2026

.: URAT SIMPUL :.

Assalamualaikum.

Urat simpul
Sama lah kan dengan simpul biawak @ simpul mengkarung.??
Yang selalu kena time pegnen tu.

URAT SIMPUL BUKAN SEKADAR MASALAH RUPA KAKI

Perasan tak ada orang yang kakinya nampak urat timbul, berbelit dan bersimpul?

Kadang-kadang nampak jelas di betis. Ada yang kebiruan. Ada yang timbul seperti tali kecil di bawah kulit.

Ini dipanggil varicose veins atau dalam Bahasa Melayu, urat simpul.

Urat simpul berlaku apabila injap kecil dalam urat kaki menjadi lemah atau rosak.

Dalam keadaan normal, darah dari kaki perlu mengalir naik semula ke jantung. Injap dalam urat membantu menghalang darah daripada turun semula ke bawah.

Tetapi apabila injap ini lemah, darah boleh berkumpul di bahagian kaki. Tekanan dalam urat meningkat. Lama-kelamaan, urat menjadi bengkak, membesar, berbelit dan timbul di permukaan kulit.

Sebab itu urat simpul lebih kerap berlaku di kaki, terutama bahagian betis.

Antara faktor risiko ialah selalu berdiri terlalu lama, duduk terlalu lama, kurang bergerak, berat badan berlebihan, kehamilan, umur meningkat dan sejarah keluarga yang ada masalah sama.

Pada peringkat awal, urat simpul mungkin nampak seperti masalah kosmetik sahaja.

Tetapi bagi sesetengah orang, ia boleh menyebabkan kaki rasa berat, lenguh, sakit, mudah bengkak, panas, berdenyut, gatal, kejang waktu malam dan cepat letih bila berdiri lama.

Jika dibiarkan, kulit di sekitar buku lali boleh menjadi kering, gelap, keras atau gatal. Dalam kes tertentu, luka boleh terbentuk dan lambat sembuh. Ini dipanggil venous ulcer.

Ada juga keadaan di mana urat simpul boleh berdarah jika kulit di atasnya menjadi terlalu nipis atau tercedera.

Cara mengurangkan risiko:

✅ Banyakkan berjalan.

✅ Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama tanpa bergerak.

✅ Gerakkan pergelangan kaki jika kerja banyak duduk.

✅ Tinggikan kaki ketika berehat.

✅ Kawal berat badan.

✅ Amalkan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal atau calf raise.

✅ Gunakan compression stocking jika disarankan oleh doktor.

Dapatkan pemeriksaan jika urat simpul semakin sakit, kaki semakin bengkak, kulit berubah warna, ada luka yang lambat sembuh, urat berdarah, atau sebelah kaki tiba-tiba bengkak, merah, panas dan sakit.

Urat simpul bukan sekadar isu cantik atau tidak cantik.

Ia boleh menjadi tanda aliran darah di kaki tidak berjalan dengan baik.

Jaga kaki sebelum ia menjadi lebih berat untuk dirawat.

#PublicHealthMalaysia #UratSimpul #VaricoseVeins

.: WORDLESS WEDNESDAY 17/26 :.

Assalamualaikum.


Gambar dengan anak dara.
Google photo yang pilihkan.

Sekejap je dah besar.

Tengok rambut tu kembang je masa kecik² tu.

Till then, see ya.

Tuesday, July 7, 2026

.: KENDURI - BIZMILLA WEDDING CENTRE :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 04.06.2026 - ikut mak pergi kenduri sepupu mak di 
Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya.


Dari rumah kampung pukul 10 pagi mcm tu la.
Lepas tu, tak tau lah kenapa Linda buka Google maps, udah dia bawa lalu highway, jem pula tu. Hahaha.
Kalau tengok waze malam tu, jalan biasa yang kak mas selalu lalu pergi rumah Esah dekat Shah Alam je.
3jam juga, sampai la kami ke tempat kenduri.

Ambik gambar dulu.
Mak, Ammar, kak mas.

Masuk, makan² dulu.
Selalu kenduri dekat kampung² je.
Ni masuk event hall yang mewah. Adui, rasa kaku plak . Hahaha.
Nampak semua macam sopan² je.

Sepupu mak ni, Linda tak berapa cam sangat.
Jarang jumpa kot, tapi arwah mak nya(pangkat atok nenek Linda la). Yang tu, memang Linda kenal pun.

Bersama tuan rumah.
Yang bersongkok tu bapak pengantin, sepupu mak.
Yang lelaki 3 orang tu, adik beradik.
Yang Linda kenal hujung sekali berbaju batik(cikLimi), sebab memang dia tinggal dengan arwah embah dulu.
Jadi, kalau ke rumah arwah embah, memang ada la cikLimi tu.

Free pose 

Akhirnya, pakai juga baju dari kain pasang yang kak Notie bagi tu.
Buat baju kurung moden biasa je.

One with emak, forever love.

Yang baju Merah tu, sepupu Linda (kak Yah).
Tapi, dah sebaya² mak Linda je..hihi.
Beza berapa tahun je, yelah mak Linda anak bongsu.

Ada juga jumpa saudara mara yang lain, tapi tula.
Tidak la pula kita bergambar.
Segan la Linda, yang gambar ramai² tu sebab dekat luar pintu dewan.
Konon² nak ambik gambar mak dengan sepupu² nya.
Sekali, dengan kita² terjebak dalam gambar.
Ok lah tu, ada la modal nak letak dalam blog.

Till then, see ya.

.: CHEOT SARANG :.

Assalamualaikum


(cheot, first) +‎ 사랑 (sarang, love)


kemain tajuk hari ni.
apa kaitan nya.

ada ke istilah cheot sarang ni dalam diri masing2?
entahlah.
linda tak pasti lah, tapi memang terkesan sampai sekarang.

ya Allah, ni kira dah berdosa la dengan suami kan? aigoo
tak, linda tak fikir pun.
cuma otak tak synchronize dengan hati yang tanpa sedar tu kot.

dalam hati pun takde dah perasaan apa-apa.
cuma kesan dia tu ada.

betul la orang cakap.
"luka boleh sembuh, tapi parut itu kekal"

bila terrhadir tanpa sengaja.
susah nak usir dia pergi jauh2.

semoga Allah ampunkan dosa-dosa linda, aamin.

till then, see ya.

Monday, July 6, 2026

.: SEKINCHAN - COLEK D'SAWAH :.

Assalamualaikum.

tak habis lagi cerita pasal sekinchan ni.
selesai ronda Muzium Padi, sedang elok la dah tengah hari.
tapi tak jadi pergi Laman Tebu Aidil.


kami pergi Colek D'Sawah.


ni la tempatnya.
ramai juga orang, agaknya memang elok waktu makan tengah hari.

ni yang linda order.
set nasi pun ada, goreng2 pun ada.

ramai orang dan agak panas tengah hari tu.
jadi takdelah ambil gambar sekeliling.
tempat dia open je..
ada khemah besar dan tempat2 duduk.

ada juga meja batu bulat, dengan payung kecik.
ada la kipas angin besar, tapi kalau duduk tengah2 khemah tu, bahang juga rasanya.
kalau duduk bahagian luar sikit ada la angin semula jadi juga, cuma kena panas tu, ikut nasib lah.

nie colek linda order.
cicah dengan sos Life je rasanya.
macam-macam ada dalam tu, serba sikit lah.

pergh, menarik betul teh ais buih dia.
tak manis sangat, sedang2 elok.
so, memang puas hati lah.

bila-bila nak ajak family linda pula la repeat sini.
tapi, tula, nak masuk dalam2 tu yang malas. hahaha.
area Sg Besar ni, tak jauh pun dari rumah.
memang banyak dah orang buat kedai2 makan mcm ni, kedai2 kopi.
tapi, tula nak kena masuk jalan dalam tu malas.
masuk laluan parit2 tu. 

otw balik tu, singgah la kedai kerepek dulu.
linda pun tak pernah singgah, sekadar lalu je. hahaha.
borong la selagi muat bonet kete.

lepas ni, ada satu lagi tempat yang kitaorang singgah.
alang-alang lalu belah sini kan.
nanti linda up entry yang tu pula.

till then, see ya.


Sunday, July 5, 2026

.: YASINAN :.

Assalamualaikum .

Jumaat petang, lepas jumpa cikgu tu.
Bawa Mu'az balik rumah terus, rumah mak bapak la.
Linda pun cadang memang nak tido semalam dekat kampung.
Last balik masa raya haji tu lah.

Petang tu,macam biasa.
Hari jumaat, memang mak ada yasinan (baca Yasin beramai ramai dekat surau- bergilir surau).
Linda pun takde buat apa petang tu, ikut la mak pergi yasinan.

Antara gambar² yang di tangkap.

Tudung hijau tu, biras mak, Wak yati.
Kahwin dengan abang bapak.

Ramai juga yang join.

Belakang ni, mak dengan wak jamak.

Ada yang kenal Linda, ada yang tak kenal Linda.. hihi.
Kita tak membesar dekat kampung. Gitu lah.

Habis ,baca Yasin, ada tabung bergerak.
Mak tak kabo pula, Linda datang lenggang kangkung je.. hahaha.
Mak hulur la RM5 ni ha.
Dari kecik sampai besar, mak juga yang bagi duit.

Habis yasinan, haruslah ada makan².. hihi.
Alhamdulillah, rezeki.
Main dish, tuan rumah (ahli kariah surau yang berkenaan), lepas tu, ada juga yang bawa juadah lain sikit².

Seronok dapat jumpa kawan² mak yang dah lama tak jumpa . Hihi.
Ada juga yang Linda kenal masa jadi cikgu ganti sekolah rendah dulu.

Beramah mesra orang kata, biar orang kenal Linda . Hihi.

Till then, see ya.

Friday, July 3, 2026

.: HARI BERTEMU WARIS :.

Assalamualaikum.

Hari ni cuti, pergi sign report card abang Mu'az .
Dari Tronoh pukul 9 pagi, sarapan dulu dengan incikSuami.
Silap hala ke Kampung Gajah, lambat sikit lah lalu traffic light, lalu Teluk Intan.

Dapat naik WCE dekat Simpang 5, JPJ Teluk Intan.
Seronok jalan lapang, sampai tak perasan..

Sedar² nohh.
Semua salah incikSuami, sebab buat kete sedap tekan dan firm walaupun tinggi. Hahaha.
Memang Linda boleh beza la sebelum dan selepas dia add on benda² untuk body kete.


Sampai sekolah dalam 10.45 pagi, rezeki sungguh. 
Dapat parking depan pagar sekolah, dekat² je.

Menapak sampai tingkat 3.

Abang Mu'az malu.

Sipi² je muka dia.
Susah betul nak ambil gambar.

Keputusan...
Emm, tak taruh tinggi sangat pun expectation nya.
A,B - takde.
F - alhamdulillah, takde juga.

Kedudukan dalam kelas 4/29
Kedudukan dalam tingkatan 31/80

Bangga la juga no 4 dalam kelas.
Dalam tingkatan pun tak sampai separuh.
Tapi, berfikir.. kalau keputusan abang Mu'az pun dah macam tu, mcm mana pula keputusan yang bawah² dari abang Mu'az.
Lagi teruk la markah nya.

Allahuakbar, sedih dan sebak pula Linda rasa.
Sekolah luar bandar agaknya.
Semoga yang baik² untuk anak².
Terus berusaha, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.

Keluar sekolah ada baiya jual eskrem.
Eh, dia minta ibu eskrem pula.
Layan lah anak bujang yang jarang jumpa ni. Duduk asrama embah dengan kakek kan.

Till then, see ya.

Thursday, July 2, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Jom kita tengok apa ada hari ni dengan tema "THROWBACK THURSDAY"

Gigih ye seketul Linda. 
Dulu² menjahit manik.
Dulu kan trend memanik ni.
Dekat tudung la, baju lah.
Eh, semua tempat gigih nak letak manik. Hahaha.
Tapi, baju ni ada lagi sampai sekarang.
Kadang² pakai juga.

Kak M waktu kecik².
Boolat eh pipi dia.

Abang Mueez masa pra sekolah 6 tahun.
Dari kecik, tengok muka pun dah tahu banyak akai.. hahaha.

Hahaha..
2 tahun lepas melahirkan Dedek.
So, memang tak menambah la, sebab tak pernah berat turun jadi 50kg.
Makin naik ada lah.. 😆😆

Syok tak sangga la Dedek, dapat basikal baru.
Masa ni Linda dapat duit APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) setelah 6 tahun dalam servis.
Alhamdulillah, dapat la RM1000, beli basikal dedek Ngan kak M, belanja family makan.
Eh, habis dah duitnya.. hahaha..
Tinggal sijil je lah sebagai kenangan.
Masa tu masih PKP, so takde lah kenangan bergambar, takde majlis untuk penerima APC diadakan.

Kalau zaman dolu² punya APC, dapat naik tangga gaji sekali.
Kalau ikut normal, naik gaji setahun sekali.
Tapi untuk penerima APC, akan dapat 2x untuk tahun yang terima APC tu.
Jadi, kekal lah dalam gaji.
Elok juga yang tu..hihi.
Apa pun, alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah.

Till then, see ya.

Wednesday, July 1, 2026

.: SEKINCHAN - GALERI PADI :.

Assalamualaikum.

jom sambung lagi entry sekinchan D-2, dah chek out homestay.
mula2 nak ajak makan dekat Laman Tebu Aidil, tapi tak buka lagi.
linda pun tak pernah pegi makan situ.
memang la laluan linda dulu balik Selayang ke kampung, tapi semua semua ni belah dalam.
malas nak melencong, kita terus je ke destinasi.

jadi semua pun decide p Muzium Padi. (pon linda tak pernah pegi, kikiki)

Muzium dalam kilang padi je ni.
dia buat dekat tingkat atas.
Entry RM5/head untuk 90cm ke atas.
bawah 90cm, masuk free.
dapat sekampit padi (dalam 500g) tak silap, lupa nak snap gambar.

tak banyak pun ambil gambar.
jom la tengok2.

pelbagai jenis padi dan hasil padi.

incikSuami suruh ambil gambar.
dah macam Bangau yang dalam Kungfu Panda tu pula.
lupa namanya.

eh, nak juga la gambar sekeping, mana boleh kalah dengan incikSuami.

gambar ramai-ramai pun kena ada.
eh, mcm geng gegirl je  ni.
mana lelakui-lelaki?? hahhaa

ini je gambar yang tangkap pun.
Sejarah Sekinchan. boleh la tekan gambar untuk besarkan.

ada bilik buat tayangan pasal pemprosesan padi kot.
linda tak masuk dalam bilik tu.

banyak barang-barang lama di pamerkan.
tapi, tulah, berhabuk weyh barang nya. hahaha.
kalau tak berhabuk sangat, seronok la juga ehh, nampak la macam ada penjagaan gitu.

apa la linda ni, masuk muzium, tapi takde gambar. hahaha
boleh lupa plak nak snap2 untuk content blog. hihihi.

next, kita p makan-makan pula.
dah tengah hari ni, lapar perut.

till then, see ya.