1. Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, kini tibalah hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Islam mengajar kita untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan serta menghidupkan sunnah yang dianjurkan.
2. Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW tiba di Madinah, sedangkan penduduknya mempunyai dua hari yang mereka raikan. Maka Baginda SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha’."
[Riwayat Abu Daud (1134), al-Nasa’i (1556) dan Ahmad (12006)]
3. Merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Manhaji , antara amalan sunnah yang dianjurkan ialah menghidupkan malam raya dengan takbir, mandi sunat Hari Raya, bersarapan sebelum solat sunat Hari Raya, menunaikan solat sunat Hari Raya, memakai pakaian terbaik dan wangian .
Marilah kita meraikan Aidilfitri dengan mencontohi sunnah Rasulullah SAW agar mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
semoga selamat semuanya di hari raya.
till then, see ya.
terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini.
ReplyDeleteSama2 abam kie
DeleteAmin..Semoga kita smp ke hari kemenangan ni..AMin
ReplyDeleteAamin2x...
DeleteinshaAllah moga diberi peluang utk meraikan hari kemenangan kita aminnnn
ReplyDeleteinsya-Allah..mudah mudahan sampai ke hari kemenangan ..aamin
DeleteAlhamdulillah ..sesekali kena reminder semula .
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Betul tu
Delete