Assalamualaikum.
Sebelum berubah tahun, jom la kita up cerita pasal Family Day PRAC kita.
8-9 Ogos 2026, Sabtu dan Ahad bertempat di Teluk Senangin.
Kalau ikut bilangan kereta ada 41 biji semuanya.
Jadi bilangan keluarga pun 41 la kan?
Rasa macam semua negeri ada wakil.
Pahang, Kelantan, Johor, Selangor, Perak, Kedah, Pineng pun ado.
IncikSuami ajak, kita on je.
D-Day , hari Sabtu, geng² northern berkumpul dekat Petronas Seri Iskandar.
Kitorang dah masuk geng Northern la, sebab dah pindah.
Kalau ikut Central. Tapi, mana2 pun boleh.
Dah kumpul² situ, terus gerak ke checkpoint seterusnya.
Masjid Haji Isa, Lekir.
Berkumpul di situ, tunggu geng² Central sampai.
Sambil² tu, minta la kak M snap gambar ibu.
Asyik letak yang comel je, sekali sekala letak la yang tak berapa comel ni.
Wefie pula.
Ok, kat sini kena sidai..
Sejam juga dok menunggu geng² central sampai.
Akhirnya sampai juga.
Jom la kita cucun cucun kereta ni.
Wefie lagi.
Selesai cucun cucun kereta.
Yeahhh..
PRAC - Premium Red Aruz Community Family Day 4.0 bermula.
Kenapa 4.0??
Sebab dah kali ke 4 diadakan family day.
Kalau ikut, incikSuami dah masuk group antara yang terawal juga..
Tahun 2022, memang awal² pembukaan community.
Tapi, ni baru berkesempatan nak join FD.
Dah selesai snap² gambar, kita teruskan perjalanan.
Till then, see ya.
















































