lovvu Dobbu

Saturday, November 30, 2024

. : MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KL :.

Assalamualaikum 

Buat apa hari sabtu nie..?? 
IncikSuami ajak keluar sebab nak riki jalan ke Masjid Wilayah. 
Dedek ada masuk pertandingan nasyid isnin nie, sempena Ihtifal.. 

Jumpa masjid yang betul. 
Risau salah masjid, kang acara kat tempat lain. Kitanya sampai kat tempat lain. Naya

Nie dari depan. 
Banyak anjung jugak masjid nie. 
Besar. 
Nampak macam ada tourist jugak yang melawat. 
Tapi, linda tak masuk lah.. 
Tengok dan ambil gambar dari luar je. 

Pemandangan di masjid. 
Keliling bangunan tinggi. 
Masjid nie berhadapan dengan hentian duta. 
Kena g cari tengok tempat, sebab bila taip dekat waze masjid wilayah, banyak betul yang keluar. 

Jadi dan confirmkan dengan cikgu, betul lah masjid nie..
Selesai bab masjid, moh ler kita g derak. 

So, next destination M3 Mall. 
Saje nak tengok suasana.. Hihihi

Till then, see ya. 

 

Friday, November 29, 2024

.: FASA DUNIA AKHIR ZAMAN :.

Assalamualaikum

pagi semalam, sambil-sambil bersiap dan sediakan sarapan.
sempat lah linda buka Tv dan dengar Tanyalah Ustaz..

berat topik nya, dan untuk zaman ini, memang kena ambil tahu



Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang kepada kalian masa kenabian dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Kemudian, Allah akan menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa kekhilafahan 'ala Minhaaj al-Nubuwwah dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya jika Yang Maha Esa berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang kepada kalian, masa raja menggigit dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa raja diktator (pemaksa) dan atas kehendak Allah masa itu akan datang; lalu Allah akan menghapusnya jika berkehendak menghapusnya. Kemudian, datanglah masa Khilafah 'ala Minhaaj al-Nubuwwah (Khilafah yang berjalan di atas kenabian). Setelah itu, Baginda diam." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


daripada hadis nabi ini, dapat kita simpulkan, akan ada 5 zaman sebelum hari kiamat

1 - zaman kenabian - zaman nabi Muhammad SAW (telah berlalu)

2- zaman Khulafa Ar-Rasyidin - zaman pemerintahan yang mengikut manhaj kenabian, dimana pada zaman pemerintahan sahabat-sahabat nabi SAW iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali R.A. Mereka memimpim hampir 30 tahun (telah berlalu)

3 - zaman menggigit - zaman pemerintahan raja yang zalim, zaman Mulkan AdHon, di mana zaman pemerintahan yang diwarisi, bermula daripada kerajaan Bani Umaiyah, di ikuti Bani Abasiyyah dan berakhir dengan kerajaan Bani Uthmaniah yang jatuh pada tahun 1924 (telah berlalu)

4 - zaman moden, raja diktaktor - zaman yang penuh fitnah, dikuasai oleh raja(pemerihtah) yang diktaktor(memaksa). ini dapat dilihat selepas kejatuhan kerajaan Bani Uthmaniah, maka lahirlah kepimpinan secara paksaan seperti penjajahan ke atas negara-negara di dunia seperti Portugis, Belanda , Inggeris,Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Jepun, Perancis secara paksaan ketenteraan. 

5 - zaman Imam Mahdi - zaman kembalinya pemerintahan mengikut manhaj kenabian, zaman yang diceritakan paling aman, tiada orang yang miskin (akan berlaku)

jadi mengikut zaman-zaman ini, zaman kita sekarang di zaman ke empat, di mana zaman ini lah akan keluarnya Dajjal, berlakunya peperangan besar, Imam Mahdi akan dibaiah serta tanda-tanda kiamat yang lain.

kita seronok dengar zaman ke lima nanti, tapi tak kan mampu mengharungi zaman ke empat, untuk menghadapi fitnah Dajjal.Allahuakbar..

linda takdelah hebat sangat, cuma berkongsi ilmu sedikit yang dapat dimanfaatkan.

kita manusia biasa nie, kena selalu baca dan mengingati atr satu sama lain, seperti kita disuruh untuk selalu mengingati kematian. baru lah kita rase takot, dan tak nak berbuat kejahatan.

sama-sama lah kita berusaha untuk merubah diri ke arah yang lebih baik dan istiqamah dalam melakukan amal ibadah, Aamin.

till then, see ya

Thursday, November 28, 2024

.: JUALAN RAHMAH 2.0 :.

Assalamualaikum

Jualan Rahmah 2.0 di Hospital telah diadakan pada Isnin (26.11.2024) yang lepas.
hari tu pernah buat sekali , entry SINI

banyak betul modal kan..
tiap kali nak buat, kena buat banner baru..
membazir je banner nie rasenya...hahaha

awal lagi, amik kupon dulu.
pekerja baru nak loading barangan.

amik gambar sikit staff yang dah sampai.
lepas amik kupon. tunggu je lah terus.
macam linda, masuk opis balik, sebab opis linda sebelah je..hihihi

wefie dulu dengan librarian.
Biha, Kak zu, Linda.

tak sempat nak amik gambar hasil tangkapan.
naseb baik no kupon linda awal, no 12.
cepat-cepat bayar, terus naik bilik doktor on call..
kontraktor dah tunggu nak repair paip bocor.

linda list sini je lah beli apa :

 beras 5kg - 2 pack RM26
telur - 2 tray RM20
minyak 5kg - 1 botol RM25
ayam bulat - 2 ekor RM20
ikan keli - 1 pack RM6
biskut - 2 jenis RM7
plastik - RM0.20
Total - RM104.20

linda bawak RM100 dekat kad debit je..
macam pening pulak nanti nak debit kan yang sikit tu.
cakap ngan adik cashier tu, amik duit jap kat opis.
mentang lah opis dekat sebelah je..

RM100 tu pagi sebelum p kerja, pau incikSuami dulu..hihihi
kali nie punya jualan laku keras, linda dah siap kerja dengan kontraktor tu.
tengok balik, dah takde apa yang tinggal.

kalau yang sebelum nie, pukul 12 tu pun banyak lagi boleh beli.
mungkin kali nie team Jualan Rahmah nie bawak sikit je kot.
tak tahu lah.

Alhamdulillah, merasa jugak Jualan Rahmah.

till then, see ya

 

Wednesday, November 27, 2024

. : PERNAH KENA TINGGAL? :.

Assalamualaikum. 

Kalau perasan, ada video viral baru baru nie, di mana abang grab nie tertinggal customer dia.. 
Tapi, naseb baik abang grab pun jenis riuh, kalau jenis senyap.. Sampai ke destinasi baru tahu customer tertinggal.. Hihihi.

Nie linda screenshot, customer dekat luar tu baju coklat, tak sempat bukak pintu, abang grab dah pulas stereng kereta.. 

Video kat SINI

Lepas tu, linda suka baca baca komen. 
Saja nak hiburkan hati.. Hahaha.. 
Jarang la linda mengomen pun.. 
Tiba-tiba terpanggil pulak nak komen jugak.. 

Haaa.. Itulah komen linda.. 
Pernah kena tinggal dekat station minyak, dekat highway otw dari Taiping nak ke Penang. 

Dengan henset, beg apa semua dalam kete masa tu.. 
Dah fikir nak telefon polis guna henset sesape pun sambil berjalan tengok-tengok keliling... Hahaha

Till then, see ya. 

.: HADIAH + KEK BIRTHDAY :.

Assalamualaikum..

malam isnin kemarin, nampak adik share dekat status wasap dia

3 slice cakes for RM29
tapi dah lepas taw, 25hb semalam.
entry nie je lambat tulis..hihihi

dok fikir-fikir boleh lah beli kek untuk birthday incikSuami yang dah lepas tu.
sambil-sambil ronda Parkson cari hadiah birthday dia

linda pergi Secret Recipe dekat Selayang Mall je
merempit naik motor

dapat dah hadiah untuk incikSuami
kebetulan dapat sekali kad keahlian free
jadi boleh lah mengumpul point lepas nie.

tayang sikit... kikiki
hasil tangkapan waktu lunch hour 1-2pm.
itu pun ada hati nak masuk watson, padahal naik motor je...hahaha

slice untuk incikSuami, Linda pilih Choc Indulgence
minta staff SR tulis..
nie lah hasilnya.
linda tak paham pun apa dia tulis.. hahaha
ikhlas ke dak nie tuliskan.

share resit beli 3 slice cakes SR nih.
tak sampai RM29 pun.
eh, terkejut pulak kita.
lagi promosi SR bagi, total M26.70.
Alhamdulillah, rezeki lah tu..

hadiah apa bagi kat incikSuami???
ala, malu nak cerita.. hahaha

till then, see ya



 

Tuesday, November 26, 2024

.: KALENDAR 2025 :.

Assalamualaikum

baru sempat nak up entry nie ha...
yeay.. kalendar 2025 linda dah sampai..

elok dok dalam kotak

nie cover depan

nie bulan terakhir.

walaupun buat sendiri, tapi cuti peristiwa untuk Malaysia dan bulan-bulan Islam dah ada..
jadi senang lah nak tengok
cuma cuti sekolah je takde.

yang tu selalu linda guna highlighter pen je.
lorekkan dekat kotak-kotak tarikh tu.

kan linda cakap linda nie oldscholl.
jadi memang suka lah buat kalendar sendiri nie.
boleh belek-belek gambar bila bosan.
bila rindu pun boleh belek-belek gambar.

ada yang teringin nak buat ke?
meh la cuba..hihihi
boleh tekan SINI

till then, see ya

Monday, November 25, 2024

.: KE PPAS GOMBAK :.

Assalamualaikum

kisah sabtu (23.11.2024) lepas.
abang Mu'az pergi lawatan.
linda pun bawa la anak lagi 3 orang lawatan juga.

lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam selangor, Daerah Gombak (PPAS Gombak)
bersebelahan dengan Mahkamah Seksyen Gombak

pintu masuk perpustakaan.
kena buka kasut dekat luar tu.
ada sediakan beg kalau nak bawa kasut masuk dalam, nanti nak keluar letak semula beg nya.

tapi, boleh masuk dalam penambahbaikan kot.
letak rak kasut.
macam tak proper je kasut dekat luar tu...hihihi

pertama kali linda ke sini.
jom lah kita tour sekejap.

sudut khas untuk anak-anak kecil.
dalam tu pun ada buku untuk menarik perhatian anak-anak.

ada komputer yang disediakan.
komputer pun baru-baru, bukan yang zaman dulu-dulu punya.
tapi, anak-anak yang una komputer hari tu, semuanya tengah main Roblox .

sesi abang Mueez menyelam mencari buku.
dok cari-cari banyak yang English je.
kawan tak paham sangat English, stress cari buku..hihihi

akhirnya, 17buah buku berjaya dipinjam.
tempoh pinjaman selamat sebulan.
kena daftar ahli dulu, senang je scan QR yang disediakan.

linda pun ada pinjam satu buku.

owh, ada kafe jugak dalam PPAS nie.
sambil-sambil study tu, dah lapar, boleh la ke kafe.
tak perlu keluar pun, dalam ruangan perpustakaan juga.

meh la ambik gambar berdua dulu.

tak sabar dah nie.
dalam kereta pun abang Mueez dah mula membaca.

seronok betul masuk perpustakaan.
linda pula yang teruja masuk .
banyak buku-buku dalam tu.

untuk Waktu Operasi. boleh rujuk dekat SINI

boleh la pergi lagi nanti...

till then, see ya.

 

Saturday, November 23, 2024

. : SKSJ DAY TRIP :.

Assalamualaikum 

Hora horey. 
Hari yang abang Mu'az tunggu dah tiba. 


Lawatan sehari ke Lumut dan Bagan Datoh, Perak. 
Trip program Unit Kaunseling sekolah.. 
40 murid, 1 bas je dibuka untuk penyertaan. 

Bayaran sebanyak RM120. 
linda macam biasa lah, sape nak pergi kena half half dengan ibu.. Hihihi. 

Seawal 5 pagi dah boleh berkumpul dekat sekolah. 
Tapi tadi, incikSuami yang hantar dalam 5.30 pagi, jadi tiada gambar untuk dikongsikan.. Hahaha. 

Kalau ibu yang pergi, gambar bontot bas pun jadilah... 😂😂

Semoga selamat perjalanan pergi dan balik. 
Have fun lah ye abang Mu'az. 

Till then, see ya

P/s - kalau abang Mu'az pandai amik gambar, nanti Linda share sini ya. 


 

Friday, November 22, 2024

.: HAPPY BIRTHDAY, HUSBAND :.

Assalamualaikum


Semoga sihat-sihat selalu, murah rezeki. 
bertambah keimanan seiring bertambahnya usia, dan sebenarnya bertambah pendek waktu kita di dunia ini.
jadi manfaatkanlah sebaik mungkin. Aamin

till then, see ya.

*cerita tahun 2023*

 

.: HARI KANAK-KANAK SKSJ :.

Assalamualaikum..

bertemu lagi tahun nie dengan Sambutan hari kanak-kanak..
tahun 2023 punya kat SINI

-tema tahun nie-

kak M bertukar jadi Anya Forger

nie lah watak nye

linda siap tengok you tube cara nak buat baju tu.
konon lah.
sekali last two weeks ada pergi JJJ lagi, terjumpa baju Anya nie..
RM10 je.. jadi ambik jelah..
stokin putih tu pulak beli kat shopee, nseb baik sempat sampai. campur postage RM4 lebih je
yang kat telinga tu, balut pakai kertas hitam.
tapi kak M tak nak pakai..
owh, tudung, pakai tudung pink kerja linda je..
lepas tu, masuk dalam, nampak lah macam rambut dia kan..hihihi

kelas kak M

kak M kena buat persembahan untuk hari kanak-kanak
terpilih pulak dia untuk mewakili kelas buat persembahan

buat persembahan menyanyi sambil tepuk2 meja dan cups..
lagu Anna Kendrick yang dalam Pitch Perfect tu..
boleh tengok kat SINI video nya.
guru kelas cikgu English, buat persembahan pun yang bahasa inggeris lah.

nie gambar masa linda ambil balik sekolah.
tudung nye udah ke depan haa...
naseb baik tak terkeluar rambut.. hahaha

eh, gambar kak M je ke?
iye..sebab abang-abang pakai tshirt sekolah je..
tak tahu nak pakai bju apa..
nak beli, tak berbaloi.
naseb baik takde rungutan di belakang..kikiki

till then,see ya

Thursday, November 21, 2024

.: KUEWTIOW KUNGFU BY ME :.

Assalamualaikum

menu malam tadi..
terasa nak makan kuewtiow kungfu..

so, jadi lah buat dinner
kuah dia tu..linda pelik pulak nape tak pekat dan tak sticky sangat.
padahal dah masuk tepung..
sekali..salah tepung daa...
orang guna tepung jagung, linda p letak tepung ubi kayu pulak..hahaha
memang lah tak jadi

jom makan

buat cili potong sekali.
baru lah pedas2 gigit cili padi tu.

Alhamdulillah.

till then, see ya

 

Wednesday, November 20, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 34 :.

Assalamualaikum.

ok last thumbprint, sebelum thumbprint di ambil orang


tapi orang nya tak last lagi.
dok jadi penunggu je kat situ..kikiki

till then, see ya

*gambar tahun 2021, sewaktu Ilkkm Melaka dalam proses penutupan*

 

Tuesday, November 19, 2024

.: DEAR HYERI :.

Assalamualaikum

hari nie kita review drama korea Dear Hyeri (12 Episod)

nampak sangat takde modal nak up entry..hihihi

cerita nie berat sikit sebenarnya, sebab berkisarkan dengan emosi dan mental, tapi berjaya ditenangkan dengan watak Hyeri (Shin Hae Sun) yang ceria, tak menyimpan apa-apa perasan negatif. semua perkara yang terjadi, mesti akan ditafsirkan secara positif. Turut memegang watak sebagai Joo Eun Ho, seorang pengacara TV yang akan melakukan apa sahaja untuk menjadi dikenali.

kalau linda tengok, episod pertama dah menarik..Sebab diawal cerita, Eun Ho nie dalam keadaan yang terlalu bahagia, hidup bersama pasangan kekasihnya Jung Hyun Oo (Lee Jin-Uk), yang bekerja bersama-sama di Station TV. di pertengahan cerita, digambarkan mereka telah berpisah, tetapi tetap tidak boleh move on. masing-masing tampak kuat, tapi sebenarnya perasaan cinta itu masih menebal. dan di akhir cerita episod pertama, terus keluar watak Hyeri yang menyukai Kang Ju Yeon (Kang Hoon) dalam diam.

itu yang membuatkan linda rase kena tengok next episod. siapa Hyeri , siapa Eun Ho. Pergolakan dalam emosi dan diri Eun Ho, menyebabkan dia berubah menjadi Hyeri (adiknya yang hilang semasa lawatan sekolah). Perasaan bersalah dalam diri Eun Ho yang mengatakan dia penyebab Hyeri hilang, lalu dia membawakan watak Hyeri dalam diri nya. Dalam dia tak sedar, Hyeri berubah menjadi realiti. di mana, bila Hyeri muncul, Eun Ho tidak mengingati apa yang dilakukan nya.

Watak Hyeri bertambah kuat apabila perasaan Hyeri di sambut oleh Ju Yeon. Keadaan bertambah parah apabila Eun Ho mendengar perkhabaran bahasa bekas kekasih nya Hyun Oo mahu berkahwin. Mendengar berita itu, membuatkan emosi Eun Ho meledak dan terus melarikan diri untuk menenangkan diri.

dari awal lagi linda dah cakap cerita nie bermain dengan emosi, sebab ketiga-tiga watak utama mempunyai sejarah lampau berkaitan emosi masing-masing. yang mana, mereka fikir mereka boleh bertahan tanpa perlu mengungkapkan kesakitan itu.

kan selalu pakar psikologi cakap, kena berkongsi perasaan sedih kita, supaya tak menjadi barah dalam diri kita.Itu lah yang jadi dalam cerita nie.

nak tahu lebih lanjut apa yang jadi? kena tengok lah

sama ada Hyeri atau Eun Ho yang memang. kene tengok sendiri.

till then, see ya

Monday, November 18, 2024

.: SEGMEN FOLLOW 4 FOLLOW BY JMBELOG :.

Assalamualaikum

 dok BW, terjumpa pulak segmen yang di anjurkan oleh JMBELOG

-sila tekan gambar-

apa lagi, linda pun join lah..
tak susahkan pun, buat entry je.
untuk letak banner dari JMBELOG.

lambat lagi expired date nye .. hihihi
jom ramai-ramai buat kecoh..

till then, see ya

 

.: DAH TEBANG POKOK :.

Assalamualaikum

sabtu lepas, nampak dari status whatssap penghuni asrama.

kerja-kerja pemotongan pokok sedang berlaku.

Alhamdulillah, kurang satu ancaman keselamatan dekat penghuni asrama.
diorang yang terkesan, cuma panas je lah nanti.
yang Linda nie fikir, kang bermaca jenis serangga / binatang dapat masuk dalam bilik memasing.
time tu, penyelia asrama jugak yang pening nak panggil pest control mencari binatang tu semua.

asalnya, tulah pokok nya.
dah melebihi bangunan asrama yang 6 tingkat tu.
seram betul linda.

selepas di potong.
kan lapang rasa pemandangan nya..hihihi

saki baki nie belum bersihkan lagi.
harap-harap takde lah kejadian lain pulak yang berlaku.
sebab nya pokok nie ngam2 tebing.

banyak lagi pokok nak gegar kan nie..hahaha
kadang geram, camne lah geng-geng maintenance nie buat kerja.
patot nya pokok nie kena trim sellau, bukannya dah tunggu besar panjang, lepas tu kita suruh trim dia cakap kena bayar...
pokok dah melebihi 5 meter...
ehhh...banyak cantik plak.. hahaha

biasa lah tu kan...
maintenance nie kena kejor, kena ingatkan selalu..
kalau tak, dia pun buat tak tau je.

till then, see ya

 

Sunday, November 17, 2024

.: IPAR ADALAH MAUT :.

 Assalamualaikum

done tengok filem viral katanya.
heboh jap di sana sini.



"Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita, lalu seorang lelaki Ansar berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar? Baginda bersabda: Ipar adalah maut."

petikan daripada sabda Nabi Muhammad SAW menerusi Riwayat al-Bukhari (5232) Riwayat al-Muslim ( 2172)

kisah yang dikatakan diambil daripada kisah nyata.tapi, memang semua kisah yang logik, kebanyakan nya nyata..kalau tak nyata, macam mana nak dijadikan kisah.

Apabila Anis yang sudah berumahtangga dengan Aris membawa masuk adik Anis, Rani ke rumah mereka kerana menyambung pelajaran ke kolej. dan kebetulan kolej yang sama tempat abang ipar nya bekerja. Dengan bermodalkan Rani itu kurang matang dan manja, ibu mereka khuatir untuk melepaskan duduk di rumah sewa/asrama. Risau Rani melakukan perkara yang bukan-bukan.

Rani tu perwatakan nya daring, selalu terlupa bahwa abang ipar nya bukan muhrim, jadi terlepas juga lah keluar bilik memakai seluar pendek dan singlet.Dibandingkan dengan kakak nya yang penuh kesopanan. Mungkin itu juga jadi punca, siapa pun pasti suka melihat pemandangan yang baru. Dalam masa yang sama Rani diam-diam terjatuh suka pada abang ipar sendiri, kerana penuh ciri-ciri lelaki idaman.

Kemuncak nya, pada suatu malam. Rani hampir diperkosa oleh pelajar lain yang berdendam dengannya. Diselamatkan oleh abang ipar nya, sama-sama berbasahan bawah hujan. Dan terjadi lah adegan TER laga bibir. Permulaan kepada adegan yang lebih berani.

-scene nie yang Linda paling geram, boleh berhenti depan hotel ajak adik ipar chek in-

Akhirnya, perbuatan mereka terkantoi bila Anis call suaminya yang sedang chek in bersama Rani. Ariz tak perasan yang belum putuskan talian telefon. Jadi rest of the story, Nisa dapat tahu. Berlaku pergaduhan antara Nisa dan Ariz. Nisa pulang ke rumah ibunya untuk berdepan dengan Rani. Ibu nya terkejut, lalu kena strok dan selamat dibedah. Tetapi, perkara yang dilakukan oleh Rani, ibunya tak igt. Tak lama selepas itu ibunya meninggal. Yang nie mungkin Rani agak terkesan, tapi bagi Linda naseb baik mak nya tak igt. At least, dapat jugak Rani berpeluang menjaga ibu nya yang sedang sakit.

kesudahan cerita macam samar-samar. Sebab tak declare hubungan diorang macam mana. Anis dengan Ariz mungkin berpisah. Rani dengan Ariz tak tahu kahwin ke tak, sebab Rani mengandung, hasil dari perbuatan zina bersama abang ipar nya.

Betul la pepatah Melayu "Bertepuk sebelah tangan tiada gunanya".  Sebab dalam cerita nie, perselingkuhan ini terjadi dengan kerelaan Ariz dan Rani. Tidak ada satu scene pun yang menunjukkan mereka menidakkan perkara ini.

dari sudut pandangan Linda, banyak pengajaran yang boleh diambil.
ada jugak adegan atas katil, tak sesuai untuk tontonan bawah umur.

sape tak tengok lagi, boleh la tengok, banyak bermain emosi jugak nie.
30 min pertama, bosan sikit lah..hihihi

till then, see ya

*sedikit perkongsian/penjelasan mengenai Ipar Adalah Maut di SINI*

Saturday, November 16, 2024

.: BINDING TAPE LEKATKAN KARPET :.

Assalamualaikum

kan hari tu dah tulis kat SINI, nak share beli apa lagi dekat Eco kan??

taraaa...

linda beli binding tape nie.
dah lama kata nak beli, baru sekarang tercapai hasrat nak beli.

buat apa dengan binding tape nie??
buat kerja dekat opis nie haaa.

tengok lah nie..
terkopek-kopek karpet dekat bilik doktor On call nie.

sedih betul tengok nya.
bilik doktor on call tak macam dalam cerita doktor-doktor korea ye..
selesa, mewah...hahhaa

tidak-tidak.. di hosp kerajaan begini je lah.
nak mintak peruntukan tukar karpet pun bertahun-tahun tak dapat.
jadi, sebelum ada doktor yang jatuh tersemban sebab nak cepat dan tersadung karpet.
baiklah Linda cari jalan penyelesaiannya.

dibantu oleh operatif-operatif cleaner linda yang hebat-hebat nie.

jadi, siap lah.
seadanya dan semampu linda lah ye.
dengan gaji penyelia asrama yang dok ranking bawah sekali dalam gred penjawat awam nie.

maka, jadilah macam dekat bawah nie.

haa, sedap lah sikit mata memandang.
takdelah risau doktor tersadung ke. apa ke.

nie satu part lagi.

sementara nak dapat peruntukkan duit untuk tukar karpet baru.
yang tak tahu bila boleh dapat.
jadi ,linda buat lah macam nie.
dapat lah menabur bakti sikit kan.
Alhamdulillah.

till then, see ya