lovvu Dobbu

Monday, March 10, 2025

.: RESEPI AKOK ROTI :.

Assalamualaikum

Kuih Akok Roti 

by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A
2 keping nisan kerek/gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan
sedikit garam

bahan B
4 keping roti
air gula nisan (dari bahagian A)
4 biji telur (gred b)
1 cawan santan pekat
sedikit minyak

Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan masak hingga gula nisan hancur/larut.Keluarkan daun pandan dan biarkan larutan air gula sejuk/suam sedikit.
  2. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam blender.Tapiskan air gula nisan ke dalam blender.Masukkan telur dan santan.Kisar hingga halus.Tuang ke dalam bekas/jug.
  3. Sapu acuan cup cake maker dengan sedikit minyak dan pre heat sekejap.
  4. Setelah Trio cup cake maker panas, tuang adunan ke dalam acuan.Tuang 3/4 acuan sahaja supaya kuih akok dapat mengembang dengan cantik.JANGAN tuang terlalu penuh.Boleh dengar ada bunyi desir semasa menuang adunan.Itu menandakan acuan telah panas.
  5. Biarkan kuiha akok masak, boleh dengar ada bunyi 'kuih mengembang memenuhi ruang acuan' rujuk di video youtube.Setelah dengar bunyi tersebut, buka cup cake maker dan keluarkan kuih.
  6. Ulang proses membakar kuih hingga adunan habis.Pastikan setiap kali menuang adunan, acuan MESTI dipanaskan semula.
  7. Untuk video tutorial tonton di Youtube Malina Lina Pg

kredit lina_pg

 boleh lah buat untuk berbuka petang nie.
insya-Allah..

till then, see ya.

11 comments:

  1. Tak pasti sama ada saya pernah rasa kuih akok ke tak.. Tapi biasa dengar. Kuih popular orang Kelate

    ReplyDelete
  2. okay nak saved.. nanti bila bila nak buat. kesukaan MY ni... akok

    ReplyDelete
  3. nampak gmbr tu mcm sedap laaa...terliurrr

    ReplyDelete
  4. akok roti tk pernh mkn...tp akok original mmg fav la...mak akak dlu buat jual time bln puasa..makan panas2 mmg yummmyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. akok memang sedap, tapi kalau termanis, tak suka sangat

      Delete
  5. Suka makan kuih akok ni tapi tak pernah buat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa dekat ofis lama pernah buat...buat ramai2

      Delete
  6. suka makan tapi main beli je.. he he

    ReplyDelete