Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label MayaSyafiqah. Show all posts
Showing posts with label MayaSyafiqah. Show all posts

Saturday, September 19, 2026

.: AKTIVITI SABTU :.

Assalamualaikum.

Aktiviti Sabtu, 19.09.2026.

Hantar kak M training memanah.
Masih pakai panah biasa je, tengah menabung untuk the real set memanah.

Lepas tu, Linda terus ke pejabat. (Awal dah buat OT). Hahaha.. Idak, ingat nak belajar pelupusan dengan PT yang bakal berpindah tu, tapi. Lambert plak dia masuk.
Cukup time 10.30 pagi, Linda Chaw lah.

Ambil kak M, terus beli barang dapur untuk seminggu.
Bahan masak la senang.

Belanja kak M makan roti canai.
Linda order roti sardin, sampai sudah takde.

Berdua je, kira girls day out la.
Tapi, kenapa dia duduk belakang, kemain eehh.. hahaha.

Sampai rumah, tengok hero 2 orang ni tengah mengecat pagar.
Saja nak bagi hitam balik.
Dah pudar nampak warna cat nya.

Linda?? Sambung la buat kerja.
Boleh jadi rutin mingguan dah ni.
Cukup lah seminggu ni.

Dah lewat petang baru makan nasi, buat asam pedas. Guna pes je.

Malam, eh teringin mixue pula.
Jom la kita, pastu terpengaruh dengan blindbox dia.
RM1 je untuk seketul.
Hasilnya, semua dapat sama.
Memek muka je yang lain.

Balik beli Mixue.
IncikSuami tak ikut, dia lipat baju.
Linda golek² atas katil. Hahaha.
Maka berakhir la hari Sabtu Linda. Hihi.

Till then, see ya.

Friday, August 7, 2026

.: HACIPUPU UNTUK KAK M :.

Assalamualaikum.

birthday kak M hari tu, linda kan balik kampung.
jadinya dok meratib je lah kak M ajak p Mr DIY.
nak cari hadiah birthday katanya.
ehh, perasan betul.. siapa ntah yang nak belikan.

linda buat tak tahu je, sebab dah beli hadiah untuk dia.

siap paper bag lagi.
penat tau sorok, sebab sampai dekat Tronoh.
siap pesan dekat incikSuami, jgn bagi sesiapa buka.
siap cakap ibu punya. tak boleh buka.

jadi, sebelum balik kampung, semua dha keluar rumah.
linda letak atas katil kak M.

ahad tu sampai rumah.
terkejut dia tengok ada hadiah atas katil.
kemain seronok lah dia.



dapat 2 ketul Hacipupu dari Popmart.
bukan ori kot.. hahaha..
copy ori, beli dekat shopee, dari china juga.

kak M syok lah, tapi ada orang muka masam je.. hahaha
siapa lagi kalau bukan dedek.

ehh, birthday dia pun ibu ada bagi hadiah juga.
tapi lampu tidur, hahaha..
masa mula dia dapat tu seronok lah.
tapi bila tengok kak M dapat hadiah lain, dia jadi sedih la. 

ibu cakap kat dia, "mana ada hacipupu untuk lelaki."
dedek jawab "takpelah,ibu cari la yang lain untuk lelaki"
ibu jawab ok je lah.

alhamdulillah, senyap lah sekejap kak M.
kalau tak, asyik la ajak p MR DIY je.. 

till then, see ya.

 

Sunday, August 2, 2026

.: HAPPY BIRTHDAY KAK M :.

Assalamualaikum.

--------------------------------------------------------------------

 siang bawak abamMueez g klinik
amik injection 2years
nurse soh dtg esok cek perut
sebab hr nie dia kne melawat bby kt rumah

sepnjg hari mak rase lain mcm je...
bby dok mengeras je dlm perut.
dok wasap incikSuami
rasenye mcm bersalin hr nie je
sebab adikBeby lain je hr nie

mlm
dah bersiap-siap nk mkn kt luar
mkn ketam lembut lg tuh
tetbe mak rase mcm sakit perut
alamak..
da stat contraction

tak dapek la mak nk mkn ketam lembut
mak pn ajak la my father g hosp
berdua sahaja
siap2 daftar
chek VE...
yeah its 4cm
cepatlah adikbeby keluar
mak x sgup rasenye nk than contraction lame2.
btw g hosp dlm kol 9.30pm cmtu

my father balik dlu 
sebab dia bkn boleh tgu pn
wasap incikSuami
ckp dah msuk LR
tgu masa je

nurse monitor ctg
contraction dah makin kerap
tp ad problem plak
nurse kte bacaan ctg x cantik
x selari dgn rase sakit yg mak rase
Allah..
jgn la ada problem
pgil doktor tok refer

then sister kate.
try pecahkan air ketuban
then monitor lg ctg..
alhamdulilah dah tally dgn kesakitan time tu
nurse kata bby stress dok dlm air ketuban..hihihi

x sempat 5min lepas pecahkan air ketuban
contraction dtg lg
dan mak rase adikbeby dah keluar 
terus jerit pgil nurse

teran punye teran
alhamdulillah adikbeby keluar tepat2 kol 11pm
alhamdulillah sekali lagi
its a girl
setelah 2org berturut-turut lelaki

okla lepas nie boleh stop beranak sekejap
hahaha
lega mak

alhamdulillah
semuanya dah selamat
adikbeby pn membesar dgn jayanya di dalam perut
keluar dgn seberat 3.67kg

throwback 2 ogos 2016

--------------------------------------------------------------------

Maya Syafiqah

Alhamdulillah untuk anugerah yang terindah.
Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, menjadi anak solehah, berjaya dunia dan akhirat. Semoga kuat, cekal dan tabah dalam mengharungi hari² yang mendatang, aamin.

Doa ibu dan ayah selalu mengiringi anakanda Maya Syafiqah. InsyaAllah.

Till then, see ya.



Thursday, July 30, 2026

.: SQUISHY HANDMADE :.

Assalamualaikum.

Kalau perasan, benda ni viral juga bulan lepas kot.
Masing² share hasil squishy anak² dekat medsos.

Untuk blogger² yang anak dah besar² tu.
Squishy tu mcm benda kecik comel yang lembut, boleh dipicit². Lepas tu dia kembali ke bentuk asal.
Bagus juga benda tu sebenarnya, boleh jadi salah satu terapi untuk kurangkan stress dekat tangan kita.

Lepas tu, viral lah. Anak² membuat sendiri.
Anak Linda, kak M pun tak ketinggalan juga.

Tengok ni, sebekas penuh dah.

Close up sikit, apa bentuk yang ada.

Bekas plastik biskut pun boleh.

Ni kak M kata strawberi, tapi bentuk petak.. hihihi

Bebas la nak buat corak apa pun.

Yang ni, baru je dia buat malam tadi.

Dalamnya, kak M letak kapas.
Luar tu, kertas biasa je.
Dia warnakan, buat corak, lepas tu selotepkan.
Emm, memang habis banyak la selotep tu.
Tapi, as long tak ngadap tepon, Linda biar je.

Duduk dalam bilik, dia buat la benda tu.
Kak M syok la, sebab bilik dia sorang je.
Tak share dengan siapa².. hihi.

Ni dia suruh Linda belanja Needoh pula.

Ni lah Needoh nya.

NeeDoh are soft, stretchy, dough-filled sensory fidget toys and stress balls designed by Schylling. You can squeeze, pull, and smush them to help calm your mind and improve focus. [1, 2, 3, 4]
Features and Benefits
  • Stress relief: Helps ease anxiety and calm the nerves.
  • Focus tool: Great for students and office workers.
  • Safe texture: Made of non-toxic, squishy materials that always return to their original shape. [1, 2, 3, 4]
Popular Types
  • Classic NeeDoh: The original groovy glob.
  • Nice Cube: Clear, ice-like square texture.
  • Teenie NeeDoh: Smaller, portable pocket versions. [1, 2, 3, 4]

Nanti la kakM, esok² lah..😆😆

Till then, see ya.

Monday, July 20, 2026

.: KENANGAN TERINDAH :.

Assalamualaikum.

nak cerita juga, walaupun dah nak sebulan punya cerita. hihihi.
kan minggu yang balik kampung, menghadiri perjumpaan waris sekolah.
lepas tu hari Sabtu p kenduri pula.
malam hari yang sama, linda terus shoot balik Tronoh.
dah cakap dengan incikSuami, linda sampai je rumah, terus la keluar makan.

sampai Tronoh pukul 10 malam.
yang masih setia menunggu dedek dengan abang Mueez.
incikSuami tetiba sakit kepala, dah masuk tidur.
jenguk kak M dalam bilik pun dah tido, jadi takde la linda kejut.

dedek

abang Mueez.

kami makan dekat area Bandar U.
tak sedap sangat makan kat sini.
tak payah repeat la lain kali.

balik rumah, hampir tengah malam tu.
dengar kak M bangun, ke dapur dan macam marah2.
lepas tu, dia masuk bilik, nangis.
alahai, mesti lapar ni.
linda pun pujuk la, ajak pergi makan kat kedai.
takmo katanya, jadi linda cakap, esok lepas habis latihan memanah, linda bawa pergi makan sarapan dekat Nasi Lemak Tronoh.

kak M makan roti arab.
sambil makan dia pun cerita la kisah dia malam tadi yang nangis tu.

dia cakap "kenapa ibu tak kejut je kak M malam tadi?"
ibu jawab la "nanti kak M marah2, selalu kalau dah tido ibu kejut, kak M marah2"
kak M balas pula "kak M dah lapar tu, kejut jela, ni tinggal je, macam anak pungut je, bukan anak sendiri"
ibu gelak je sambil jawab "a'ah memang anak pungut pun"

marah pula kak M dekat kedai makan tu. hahaha.
ada je ayat dia, tu la banyak sangat tengok TikTok.

linda order set sup cendawan.

Alhamdulillah. walaupun dah lama berlalu, kenangan ni ibu bawa sampai mati.
semoga kak M jadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, aamin.

till then, see ya.


Thursday, July 16, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

jom kita throwback semula.

dedek dalam pantang lagi ni.
agak gelap sikit dedek masa baby.. hihihi.
yang cerah masa baby abang Mueez je.

alolo.. kak M, comel nya.
mata bulat.
masa kecik2 anak semua mata bulat2 dan shining.
mata baru orang kata, tak tengok lagi menda2 yang mencemarkan. hahaha
dah besar tak bulat pun lepas tu tak nampak dah shining2 nya.. kikiki

ye.. kak M sungguh bergaya ye.
dengan kasut tinggi dia, ambil gambar silang kaki.
mak dia, pakai selipar je.. hahaha

rindu anak-anak.
semoga yang baik2 je untuk anak-anak, semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, aamin.

till hen, see ya.

p/s - yeay, esok balik Tronoh.. apsal rindu rumah sangat ni 😁😁

Wednesday, July 8, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 17/26 :.

Assalamualaikum.


Gambar dengan anak dara.
Google photo yang pilihkan.

Sekejap je dah besar.

Tengok rambut tu kembang je masa kecik² tu.

Till then, see ya.

Friday, June 5, 2026

.: AKTIVITI HARI CUTI :.

Assalamualaikum.

Kisah hari Rabu, 03.06.2026.

Petang ke Batu Gajah, pergi Majlis Daerah dan Pejabat Tanah untuk urusan menukar alamat surat menyurat.
Dulu guna alamat kem, ni dah pencen. 
Tukar la alamat.

Ada model rumah, rumah
Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dibesarkan ketika zaman persekolahan baginda, rumah itu terletak di No. 37, Jalan Aman, Kampung Bendera, Batu Gajah, Perak. Kini rumah tersebut dipelihara sebagai Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah dan dijadikan galeri/muzium yang memaparkan kisah hidup baginda dari zaman kanak-kanak hingga remaja.

Boleh masuk dalam list nanti ni, buat lawatan.

YB tengah isi borang.
Borang pertukaran alamat surat menyurat. Hihihi

Memang orang Perak Kome.
Tandasnya tulis Yeop dan Yong.

Petang pula, meneruskan aktiviti harian macam biasa.
Kali ni, keliling taman je lah. 
IncikSuami dok basuh kete.

Dedek teman sambil naik basikal.

Cukup lah tu, buat tambah² step.. hihi.

Malam. Kak M tunjuk aktiviti mewarna sempena AidilAdha hari tu.

Kalau boleh zoom, tengok la kak M tulis nama dia, sekali nama arwah atuk dan moyang nya. Hahaha.
Ada je idea dia.

Till then, see ya.

Tuesday, May 5, 2026

.: HARI SUKAN SKT :.

Assalamualaikum.

cerita lambat bersiaran ni.
Sabtu, 25.04.2026 - hari sukan Sek kebangsaan anak-anak.
memandangkan kak M dan abang Mueez masuk acara.
jom la kita pergi untuk meraikan.

sesi pembukaan, perbarisan masuk padang.
sikit je kan??
tapi, itu bukan mewakili keseluruhan murid sekolah nya.
ni murid yang terlibat dengan hari sukan je, yang masuk acara pada hari tu.
selain dari tu, memang cikgu dah maklum, tak perlu hadir pun takpe.

salah satu sebab nya, cikgu nak memaksimum penggunaan waktu.
sebab separuh daripada padang tu, tengah berlansung aktiviti pembinaan bangunan baru bertingkat untuk menampung pelajar yang semakin ramai.
walaupun masa ni, takde kerja2 sedang dilakukan, tapi langkah berjaga-jaga terpaksa ambil.

ini je gambar abang Mueez yang ada.
tahun lepas di sek lama masuk perbarisan.
tahun ni, masuk persembahan silat dan bacaan ikrar pula.
boleh la masuk markah koku nanti.

gambar larian, linda tak ambil pula.
ada video je.
jadi, terus la ke acara penyampaian hadiah.

waktu ni tengah beratur untuk ambil hadiah.

kak M dan team tahun 4 rumah biru.
acara 4x100m dapat tempat kedua.
hebat juga kak M boleh potong pelari rumah lawan.
tudung tu beli semata mata hari sukan.
cikgu suruh pakai tudung warna biru katanya.
padahal orang lain, berwarna warni tudung nya.. hahaha.

abang Mueez dan team tahun 6 rumah kuning.
acara 4x100m dapat tempat pertama.
abang Mueez paling tinggi antara kawan-kawan yang lain.

tengok dekat gambar tu.
belum pukul 11 pagi, dah selesai acara untuk hari sukan.
ni, abang Mueez tolong cikgu kemas-kemas padang.
cikgu pula serba salah dengan linda siap cakap "puan, kalau nak bawa Mueez balik, boleh je"
alaa, kita pun takde rushing p mana, biar lah dia tolong cikgu pun.

salah satu yang linda suka dekat sekolah luar bandar, cikgu akan kenal semua anak murid dia.
insyaAllah, lagi-lagi yang tak reti duduk diam macam abang Mueez tu.
semoga yang baik-baik je untuk anak-anak.
belajar untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.

#adabdulubaruilmu.

till then, see ya.

Thursday, April 9, 2026

.: PART 5 - SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

sambung lagi beraya, Syawal ke 5, 25.03.2026-Rabu.
manfaatkan sungguh cuti raya kali ni.
selalunya, raya ke5 tu dah ada dekat Melaka semula. dulu la kisahnya.. hahaha

syawal 1447
adik ipar dah habis cuti.
nak balik Penang dah.
dia naik motor je, tapi rumah dia tak masuk pulau.
naik motor dalam sejam je.
jauh lagi la linda naik motor dari Selayang ke Sungai Samak.

lepas adik ipar gerak, kami pun gerak balaik kampung.
Titi Serong, Perak. rumah pusaka yang sekarang adik MIL duduk, Paktam.
tapi, awal raya hari tu.
paktam beraya dengan keluarga maktam.
lepas tu diorang pergi family day pula.
tu yang lambat sikit kami sampai.
alang-alang masih cuti, sampaikan la juga.

lepas tu, kami ikut jalan lama.
terus ke Penang, rumah MakTeh.
dah lama rasanya tak beraya rumah MakTeh.
sebab takde masa dan dah jumpa dekat taiping je selalunya.

Jambatan Besi Nibong Tebal
lalu Jambatan Besi Nibong Tebal ni

Jambatan Besi Nibong Tebal (atau Nibong Tebal Iron Bridge) merupakan sebuah jambatan gerbang keluli yang ikonik dan menjadi mercu tanda penting bagi bandar Nibong Tebal di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Berikut adalah butiran utama mengenai jambatan ini:
  • Fungsi & Lokasi: Ia berfungsi sebagai jambatan jalan raya bagi Laluan Persekutuan 1 (Federal Route 1) yang merentasi landasan kereta api. Jambatan ini terletak sangat hampir dengan Stesen Keretapi Nibong Tebal, iaitu hanya kira-kira 150 meter sahaja.
  • Reka Bentuk: Jambatan ini dikenali kerana struktur gerbang keluli (steel arch) yang memberikan nilai estetika unik berbanding jambatan konvensional yang lain di lebuh raya tersebut.
  • Kepentingan Tempatan: Bagi penduduk setempat dan pengembara, jambatan ini sering dianggap sebagai pintu masuk utama atau penanda aras bahawa seseorang itu telah sampai ke kawasan Nibong Tebal. Ia juga menjadi lokasi popular untuk fotografi kerana reka bentuknya yang bersejarah dan gah.
  • Pembangunan: Kerajaan telah melaksanakan projek menaik taraf jambatan dan jejambat di kawasan Nibong Tebal yang dilaporkan dijadualkan siap sepenuhnya sekitar Februari 2025 bagi melancarkan aliran trafik di laluan utama tersebut

Maya Syafiqah
ada la gambar kak M dekat rumah MakTeh ni.
rumah MakTeh ni rumah lama, yang bawah dia hall dan dapur.
atas memang semata-mata bilik tidur je 2 bilik.
dulu, MakTeh cakap harga 40ribu je
sekarang ni boleh cecah 300k katanya.

menangis weyh, rumah kat penang mahal-mahal.
macam rate KL dah.

kalau kat rumah MakTeh, memang tak boleh la kalau tak makan nasi.
MakTeh memang akan suruh tunggu sampai sudah makan nasi.
tapi, gulai MakTeh memang sedap.

selagi tak habis raya, linda nak buat entry Syawal.
macam entri berbuka puasa tu kan. hihihi
jadi, takde lah pening nak letak tajuk apa.
sebab ada lagi kisah Syawal ni.

till then, see ya.