lovvu Dobbu

Showing posts with label Ramadan1446H. Show all posts
Showing posts with label Ramadan1446H. Show all posts

Sunday, April 6, 2025

.: CERITA PUASA :.

Assalammualaikum 

Sambil layan jam sikit sikit nie.
Meh up stori 23.03.2025 ritu.
Lambat betul up ceritanya.

Ahad tu, incikSuami ajak berbuka puasa dekat Melaka.
Jauh nak p buka puasa.
Niat incikSuami nak belanja kawan-kawan yang baik masa tengah aktif group kete wira dia dulu.

Awal kami sampai,jadi melepak dalam aeon mall bandar sat.
Ramai orang shopping.
Kami, shopping dekat kaison..kikiki

Keluar dari aeon, jalan kaki pula ke seberang jalan.
Masuk ke semua kedai emas yang ada..kikiki
Niat nak trade in barang, tapi takde yg berkenan.

Nie wefie dekat kedai emas yang ke empat.

Siap ada dekorasi raya lagi.
Masuk kedai kena buka kasut, tu yg boleh duduk bersila.

Disebabkan dah takde yang berkenan, jadi kita terus je lah ke tempat nak berbuka puasa tu.
Nasi Arab Pakistan Bachang

Dah siap hidang makanannya.

Nasi Arab.
Sebab tak tau nak order apa.
Kita order set nasi arab je.

Satu gambar abang Mu'az.

Wefie dengan kawan incikSuami.
Tapi, ngam je..
Boleh je masuk 1 kepala.

Kak M pun nak masuk frame.

Bab makanan, Alhamdulillah ok je.
Ada order pizza juga, tapi lupa amik gambar.
Pizza sedap, boleh repeat lah untuk makan pizza je nanti.. Kikiki

Alhamdulillah, Lepas niat incikSuami nak belanja kengkawan dia buka puasa. 
Malam tu juga balik Selayang, pukul 12malam baru sampai. 
Naseb baik linda co pilot je.. Kikiki

Till then, see ya. 

Saturday, March 29, 2025

.: BERBUKA 26 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Last menu berbuka yang dimasak oleh Linda.

Ayam masak sambal pedas pedas manis + tahu
Nugget goreng
Tauge masak lemak putih + lobak merah dan tahu

Bertambah abang Mu'az makan berbuka.
Selalu dia makan tak tambah, risau tak muat baju raya katanya..kikiki
Nie lauk dia request, so kena bertambah la nasinya.

Hari nie tengok anak bulan.
Agak agak, raye Ahad ke Isnin?

Till then. See ya.

Friday, March 28, 2025

.: BERBUKA 25 RAMADAN :.

Assalamualaikum.

Dah hujung-hujung nie makin buntu nak masak apa.
Disebabkan belum pernah masak sup ayam bulan ramadan nie.
Maka terhasil lah menunya.

Sup ayam tumis darat.

Lala tumis air + cili padi sikit

Taugeh goreng + tahu + tomato

Semua menu pun senada je warna nya.
Hihihi.

Hari nie linda dah mula cuti.
Sebab nak kemas baju bajan, nak kemas rumah sebelum pulang bercuti.
Jadi, nanti bila balik sarang tu, takde lah terkejut tengok rumah. Hahaha

Bergantung pada keadaan, balik kampung samada malam nie atau pun esok.
Harap nya balik malam nie lah..
Boleh sahur dan buka dengan family linda.
Sebab tahun nie turn raya rumah mertua.
Ahad kita gerak lah balik Taiping.

Till then, see ya.

Wednesday, March 26, 2025

.: CORNFLAKES MADU :.

Assalamualaikum 

Banyak ke buat kuih raya? 
Ke dah siap collect dari seller? 
Linda macam biasa lah, tiap2 tahun pembekal cornflakes madu. Kikiki. 

Tahun nie, Alhamdulillah selesai 4 box cornflakes. 
First trip buat masa cuti nuzul quran hari tu. 

Nie 1 box. 

Kuning nya. 
Cornflakes madu linda memang togel, anak anak tak makan kekacangnya nanti. 
Jadi, letak sprinkles je lah atas tu. 

Nie lepas siap masak. 

Linda memang akan masuk oven sekejap. 
Dalam 10-15 min, api atas bawah 150°C.
Saje nak hangitkan sikit, lepas tu dia rangup tau. 

Nie masa cairkan butter, gula dan madu. 
Linda lupa nak beli gula perang. 
Guna lah gula putih je. 
Pun boleh lah. 
Lawa betul kejadian masa nie.. 
Buih2 tu.. Cantik betul. 

Nie tambahan lagi 1 box. 
Bekas comel yang bulat 4 bekas tu, linda bagi dekat cleaner asrama. 
Saja suka-suka, sambil bersedekah di bulan Ramadan nie. 

Nanti linda share dalam goodies bag ada apa. 
Tahun nie ada rezeki lebih, share lah dengan diorang. 
Dah banyak tolong linda kan. 

Nanti tinggal nak packing, mana nak bawa rumah MIL, mana nak tinggal rumah mak. 
Mana nak tinggal kat rumah sendiri. 

Till then, see ya. 

Tuesday, March 25, 2025

.: BERBUKA 19 RAMADAN :.

Assalamualaikum

masuk 10 hari terakhir..
linda tak masak sangat.
tapi, takdelah beli pun.
cuma masak tak beriya.

udah kenapa senget nie??
hahaha

nampak tak, nak share masak apa.
tapi, gambar ntah apa-apa.. hahaha

nie hari tu incikSuami ada beli pucuk paku, ada udang sikit.
jadi kita campur lah, jadi lah masak lemak cili padi pucuk paku + udang (incikSuami request)
lepas tu, daging berlengas.
yeay, jadi gak masak nya.
rasenya berlengas tu sebab macam berlengaih lah... hahaha
Alhamdulillah..
selesai..

petang nie masak daging kicap ke..
ada sikit lagi tu.
peti sejuk pun takde lauk dah.
nak beli, kang nak balik kampung pulak.
sudahnya, minta incikSuami beli sekor ayam je.
boleh la untuk esok, lusa.

till then, see ya.

Monday, March 24, 2025

.: SELESAI BULAN TRANSISI TAHUN 1 :.

Assalamualaikum

minggu lepas, dah selesai bulan transisi bagi murid Tahun 1.
ada macam-macam aktiviti yang cikgu share dalam group.
tapi, linda malas nak edit gambar muka orang lain..hihihi.

jadi, linda up gambar yang ada muka dedek terang terangan.

ada pertandingan menghias sandwich.
murid cuma perlu bawa barang-barang untuk hiasan je.

linda bagi segala macam sayur yang ada dekat rumah.

nie sebelum hias agaknya.

tup-tup, hari penutup tu, dedek bawa balik hadiah.
igtkan persembahan ramai-ramai tu yang menang.

rupanya pertandingan membuat sandwich.
rezeki dedek lah dapat hadiah...
lepas bulan puasa, boleh lah bawa air mcm nie.

sebenarnya, blur dah nie..
tak tau nak menulis apa dekat blog.
tapi, dah macam sunyi je blog nie tanpa celoteh..hihihi.

hari dah 23 Ramadan.
mari lah kita berebut-rebut untuk perbanyakkan lagi amal ibadah kita.

till the, see ya.

Saturday, March 22, 2025

.: GENG BAS UMT :.

Assalammualaikum.

Cerita Sabtu lepas, 15.03.2025.
Linda ke Putrajaya, menziarahi suami Pacha (geng bas UMT).
Setelah 3minggu menetap di hospital Serdang, Alhamdulillah dah boleh discaj.
So, linda ziarah dekat rumah je lah.
Itu pun lepas tanya Pacha, risau lah kalau mereka masih belum ready nak terima tetamu.

Suami Pacha, Aizu, doktor diagnos menghidapi penyakit SLE.
Itu pun setelah 3 minggu kat hospital, baru dapat buat diagnos.
Agak teruk juga lah, rase nya bukan SLE tahap awal-awal lagi dah.
Memang dah tahap teruk.
Pacha cerita simptom-simptom awal tu dah ada, beberapa tahun dulu.
Tapi, lelaki kan. Selagi boleh berjalan, bergerak, boleh melakukan aktiviti seharian tanpa masalah, takdenya nak pegi chek up.
Last-last, Aizu lemah kaki, tak boleh nak berjalan, baru lah refer hosp.
Mcm biasa, diorang pegi hospital panel insurans dulu, doktor suggest ubat yang bernilai hampir seratus ribu.
Tapi, tak tahu penyakit apa, dan tak pasti akan pulih ke tak.
Terus lah Pacha cakap transfer ke hosp serdang je lah, sebab insurans dah guna dan tak boleh cover sebanyak tu dah.
Kena topup pakai duit sendiri.
Sambil berbincang tu, tiba-tiba Aizu collapsed, memang takde heartbeat terus.
Alhamdulillah, Allah nak bagi Pacha lubuk pahala, Aizu masih bernafas sehingga kini.
Tapi, kesan daripada ubat linda rase, memory Aizu bercelaru.
Dia tak ingat kisah-kisah lama.
Dia lemah, macam anak yang baru nak belajar berjalan.
Memang lain lah dari Aizu yang linda kenal.
Speed recovery ya Aizu..Aamin.

Nie lah Pacha.
Semoga ko terus kuat beb, kena banyak2 sabar.
Kalau rase tertekan ke apa...
Kitorang ada, walaupun dalam wassap group je..hihihi

Nie rumah Pacha.
Dulu masa linda keje dekat Alamanda, rase macam takde je lagi rumah APt Tinggi2 gini.

Dah alang-alang dekat Putrajaya.
Kami pilih untuk ke IOI mall, untuk berbuka di sana.

Weyh, first time masuk.
Nak jumpa tempat parking kete pun sesat.
Hahaha.
Masuk mall lagi lah sesat.
Cari foodcourt tak jumpa, lagipun dah nak dekat pukul 6.
Banyak tempat yang dah fully booked.
So, ikot je lah kaki bawa ke mana.
Sekali, nampak MB dekat level berapa ye, atas sekali kot.
Sebelah je dengan tempat ice skating tu.
Tengok meja pun masih ada kosong, padahal dah hampir 6.30 petang masa tu.
Jadi, terus je lah ke situ, sebelum ramai orang.

Berbuka MB lah kita.

Wefie sikit. Linda with dabel chin. Hahaha

Selesai berbuka, g solat.
Itu pun tak jumpa mana hala surau nye.
Jumpa surau yang dekat tempat parkir kereta tu.
Ramai sangat orang.
Selesai solat, ke Lotus dalam tu untuk cari bahan nak buat kuih raya.
Masa nak cari tempat berbuka tadi, ada nampak lotus.

Sebelum masuk Lotus, nampak kedai MBG (jual buahan segar)
Mata nie tertancap dekat buah anggur harga RM6.99
Eh, terus pilih dan masuk dalam plastik.
Beratur untuk timbang dan terus bayar.
Sekali, cashier tu sebut " RM113.50 kak"
Terus linda terkejut.. "eh, tadi dia tulis Rm6.99, kenapa sampai 100 ringgit? "
"Owh yang tu harga per 100g kak"

Aiseymen, terkena guwe.
Nak kata tak jadi, mcm segan juga.
Jadi suruh dia buang sikit. dann

Makan lah kita anggur kayangan nie.
800g RM56.34.
Sorok harga dari incikSuami.
Sampai je rumah, basuh, buang harga.
Hahaha.
Kenangan sungguh lah.
Kenapa lah tak baca betul-betul.
Sebab, ramai orang.
Dasyat dia punya ramai tu.

Nanti lepas raya, kena tenang-tenang repeat p IOI tu lah.
Belek-belek apa yang ada.

Eh, kita g melawat Pacha tadi.
Tapi, linda yang dapat hadiah.

Apa je lah mek nie bagi.
Pacha cikgu sek men.
Masa dok melakq dulu,memang selalu lah dia bg tudung.
Baju tak boleh lah, sebab tak sama saiz.. hahaha

Sampai rumah, tengok handbag C&K.
Pacha cakap dia pakai sekali dua je.
Lepas tu terbiar je.
Dari tak pakai, baik dia bagi linda, kebetulan linda nak datang kan.
Alhamdulillah, rezeki dapat beg lagi.
Semoga murah rezeki pacha, Aamin.

Till then, see ya.

Friday, March 21, 2025

.: SALAM JUMAAT :.

Assalamualaikum 

Salam Jumaat
Pray for Palestin
Pray for Johor dan Sandakan
Pray for ourselves

Pemandangan pagi sebelum pergi sekolah. 
Ibu pun tahan mata juga nie
Nak lelap sat lah 10min.
Sementara tunggu masa nak p opis. 
Alhamdulillah, ofis walking distance je. 
Nikmat yang perlu disyukuri. 
Walaupun, belum menetap di kediaman sendiri. 

Berbaki 10 hari je bulan Ramadan kita. 
Semoga diberi kesihatan untuk meneruskan amal ibadat. Aamin2 

Till then, see ya. 

Thursday, March 20, 2025

.: BERBUKA 16 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Hari isnin petang, sebelum nuzul quran tu. 
Sek KAFA dapat cuti peristiwa. 
Jadi anak-anak datang ofis petang tu, ke perpustakaan. 

IncikSuami pun tenang sikit lah petang tu. 
Tinggal nak amik abang Mu'az je. 
BW hari isnin tu, tak igt tengok blog siapa ada masak tauge. 
Eh, macam lama tak makan tauge.
Apa lagi, balik kerja. 
Linda kerah incikSuami beli tauge. 

Jadi menu berbuka kami. 

Ikan goreng. 
Ikan goreng sambal. 
Tauge goreng. 

Alhamdulillah. 
Biar simple, janji habis. 
Owh, esoknya kan cuti. 
Linda OT buat sekut raya kome. 
Nanti lah kita buat entry lain. 

Till then, see ya. 

Wednesday, March 19, 2025

.: BERBUKA 15 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Nie masak masak berbuka untuk hari ahad ritu. 
Sebab hari cuti kan.. 
Rajen lah sikit. 

Sayur lada benggala pecah telur + tomato cherry

Nasi impit. 
Awal raya weyh. Kikiki
Rebus 15biji je. 
Dari buka sampai ke sahur, licin. 

Rendang daging berkuah. 
Alhamdulillah, habis juga.. 
Dari buka bawa ke sahur. 
Tambah telur dadar je sebiji. 

Till then, see ya. 

Tuesday, March 18, 2025

.: NUZUL QURAN :.

 Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran.
bila dah jumpa Nuzul Quran, bermaksud tak lama lagi kita akan meninggalkan Ramadan 🥲🥲
cepat-cepat pecut untuk lebih banyak beribadah, menghabiskan bacaan Al-Quran.
semoga kita bertemu malam Lailatul Qadar, Aamin.

Penerangan Hadith:-
  1. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S di Gua Hira', Makkah.
  2. 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada Surah Al-Alaq.
  3. Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 Tahun.

semoga amalan baik kita di bulan Ramadan , kita teruskan. Insya-Allah

till then, see ya.

Sunday, March 16, 2025

.: BERBUKA 13 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Simple2 je menu berbuka linda. 
1 lauk, 1 sayur. 

Menu berbuka Jumaat lepas. 

Ayam masak kicap. 
Kangkung goreng belacan. 

Pagi tu incikSuami beli barang basah, stok kat rumah dah habis. 
Linda balik kerja nampak kangkung. 
Kangkung pun dah layu. 
So, laju je tangan nie memotong kangkung. 
Cili padi ada lagi, belacan pun ada. 
Kangkung goreng belacan pun sodap. 

Kisah di sebalik kangkung.  

IncikSuami balik dari amik anak sekolah. 

IS - ehh, kangkung dah siap potong ke? 
L - haa, siap dah la. Dah tu nak tunggu bila pula. 
IS - lah, ingatkan nak buat yong tau foo, nak letak kangkung. Tak jadi lah macam nie. 
L - hanya mampu gelak je. 

Naseb ko lah bang, sape suruh tak pesan awal-awal. 
Isteri jenis masuk dapur sekali harung je.. 
Takde masak 2,3 kali ulang. 

Till then, see ya. 

Thursday, March 13, 2025

.: BERBUKA 11 RAMADAN :.

Assalamualaikum

semalam, kesurupan apa pun tak tau lah.
rajen bebeno.. hahaha
balik tu, terus petik daun pandan dekat bawah kuarters tu.
sampai rumah, tukar uniform sat, blender serai, bawang merah, bawang putih.
lepas tu tuang dengan ayam, buat perapan versi sendiri.
masukkan bahan blender tu, serbuk kari sikit, cukup rasa sikit.
tinggal kejap, rebus suun .
sebab nak masak jangan(sayur) bening je.
campur dengan kentang dan fiscake, buat kuah.

lauk apa yang rajen masak tu.
ayam goreng pandan, bahan perap versi sendiri.
wangi nya bila goreng tu.
balut pun sukati je, janji tak terbuka sudah

lauk berbuka.
ayam goreng pandan, ulam ulaman, sambal belacan incikSuami buat dengan sayur bening.
Alhamdulillah.

sampai incikSuami pun tegur
"tak pernah pun masak ayam macam nie?"
hahaha, another level betul semalam.
lepas nie nak repeat lagi, tak tau bila lah.

till then, see ya.

Wednesday, March 12, 2025

.: BERBUKA 10 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Semalam linda cakap nak masak laksa kan? 
Memang jadi lah gais.. 

Balik balik kerja, dah siap haa aksesori nya incikSuami sediakan. 
Terpaksa la jadi juga masak laksa.. 😂😂

Siap kuah laksa. 

Laksa sekilo (balance 1/4 je). 
Suami beli laksa beras, sebab itu je yang ada.
Boleh lah. 

Ini mangkuk linda. 
Alhamdulillah. Selesai melaksa. 
Lepas gak mengidam anak tekak. 

Dedek cakap "adik suka, ibu masak sedap" 
Alhamdulillah.. Bertambah dia makan. 
Abang Mu'az je makan tak bertambah bulan puasa nie. 
Risau baju raya tak muat.. 😂😂

Till then, see ya. 

.: SEKALI DIA LENA DAA :.

Assalamualaikum

baru sampai semalam telekung baru kak M
linda pun lupa nak order sebelum puasa.

comel je, siap ada beg buat isi telekung.
telekung dari Jakarta, Indonesia.
macam biasa lah, kita beli kat shopee je

terus lah cuba pakai.
Alhamdulillah, ngam dah tu.

malam, semangat lain macam nak pegi terawih.
solat Isyak, solat terawih 2 rakaat.
lepas tu, dia duduk yang dalam keadaan sujud tu.
ingat kan saje-saje lah.
sebab sebelum nak teruskan rakaat seterusnya, linda ada goyangkan badan kak M, dia toleh dekat linda, lepas tu sengih.
tapi, sambung lagi duduk dalam keadaan sujud tu.

linda teruskan je lah solat macam biasa...
dah masuk rukuk rakaat kedua tu, tengok kak M tak bergerak-gerak.
eh, linda pun jadi tak khusyuk solatnya, fikir lah macam-macam

habis je bagi salam, terus goyang-goyangkan badan kak M.
dia angkat kepala, toleh dengan muka ngantok.
lah, boleh pula dia tertido..
hahaha..
bertuah nya lah anak.

sudah nya, memang dia tido je sampai selesai solat terawih.
dedek pula yang berlari masuk ke kawasan perempuan, sebab nak beritahu dia solat betul-betul malam tadi.
selesai solat isyak, terawih 8 rakaat dan witir 3 rakaat.
Alhamdulillah.

linda pun takde lah tiap-tiap malam ke surau untuk terawih.
bergantung kepada kerja sekolah anak-anak juga lah.
kalau banyak, linda terawih dekat rumah je.
bila dekat rumah nie kena kental sikit lah.
sebab kat rumah, dok buat kerja yang tak habis-habis.

till then, see ya.

Tuesday, March 11, 2025

.: BERBUKA 9 RAMADHAN :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah selesai 9 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.
insya-Allah, hari nie hari ke 10 untuk kita.

semalam linda cakap nak buat Akok roti tu kan?
tapi, tak jadi. hahaha

jadi menu buka puasa semalam

air barli suam, untuk linda dan incikSuami
anak-anak air honeydew dan tembikai (beli)

nuget goreng, telur dadar
ayam masak gulai, letak bunga kantan.
suami beli roti john daging dan ayam.

bunga kantan mak bagi masa balik kampung wekeend hari tu.
dan berbuka bersama hari sabtu je.
hari ahad tu, linda dah berbuka dekat selayang, sebab anak-anak tak siap kan homework.
kalau balik lepas berbuka, mesti sampai lambat.
jadi decide balik dalam pukul 2 petang gitu, terus cari tempat berbuka puasa.
tu nanti linda cerita lain.

hari nie cadang nya nak melaksa nie resepinya
harap-harap jadi lah.
jemu dah makan nasi, tak tau nak masak lauk apa dah.

till then, see ya.

Friday, March 7, 2025

.: BERBUKA 6 RAMADAN :.

Assalamualaikum. 

Okay, quick update. 

Lauk berbuka hari ini.. 
Alhamdulillah.. 
Semacam je semuanya. 
Biar habis takpe, jangan membazir. 

Daging masak kicap
Sayur campur
Sosej goreng 
Bubur lambuk 

Selamat berbuka semua.. 

Till then, see ya. 

.: BERBUKA 5 RAMADAN :.

Assalamualaikum.. 

Laun berbuka semalam. 

Jadi ikan sardin masak asam kita. 
Plus telur dadar. 
Nasi goreng sahur tu, panas kan balik. 
Sayur campak dalam kuah asam tu. 
Ada buah tembikai juga, tapi dok dalam peti ais dulu, bagi sejuk. 

Alhamdulillah, rezeki hari semalam. 
Hari nie apa pulak ya. 
Hihihi. 

Salam Jumaat semua. 
Dah baca Al-kahfi belum? 

Till then, see ya. 

Thursday, March 6, 2025

.: RESEPI IKAN SARDIN MASAK ASAM :.

 Assalamualaikum



  1. 3 ekor ikan sardin
  2. 2 ulas bawang putih - hiris
  3. 3 bj bawang merah - hiris
  4. 5 bj cili padi - hiris
  5. 1 inci halia - hiris
  6. 3 keping asam gelugur
  7. Garam/sesedap rasa
  8. Gula
  9. 1 bj tomato - belah 6
  10. 1 bj timun - potong besar
  11. 2 cawan air
  12. Kunyit serbuk



kat rumah ada ikan sardin, dok google lah nak masak apa.
ok, petang nie insya-Allah jadi masak asam kita nie.
jemu dah asyik makan ayam je.

till then, see ya.