lovvu Dobbu

Tuesday, January 21, 2025

.: PLAYGROUND UNTUK ISTERI :.

Assalamualaikum.

eh eh..nie warna untuk apa pulak nie??
semalam tengok warna untuk cat dinding rumah.
nie pilih warna apa pulak?

hat nie pun jadi rambang mata

gigih incikSuami, siap snap lagi.
yelah HP baru kan, banyak lagi lah ruang memory nya. kikiki

hari yang sama lepas pasang grill tu, linda terus ke tronoh, seri iskandar.
incikSuami dah deal dengan orang pasang awning dan kabinet, untuk sesi mengukur.

dalam banyak-banyak yang dah survey.
kami pilih Hasny Furniture
based dekat Seri Manjung dan Pantai Remis, tapi boleh cover merata tempat, Insya-Allah.
sesi mengukur dan consultation pun bermula.
lebih sejam jugak lah. bagus betul staff yang mai tu.
sekali bila dah deal balik melalui wasap, rupanya yang mai mengukur tu boss depa.
Pemilik nama Hasny lah.

jauh betul linda ambil gambar dapur nie.
ala, kecik je dapur nya.
yang untung , table top memang sedia ada dah.
jadi kami cadang tambah kabinet je sampai syiling dan pintu kabinet bahagian bawah tu.
itu je yang mampu dulu setakat nie.

drawing secara kasar yang En Hasny tu dah buat.
insya-Allah, kalau jadi nanti mesti lawa.hihihi.
tapi, lepas raya baru boleh siap dan pasang.
tak sempat lah raya dengan kabinet baru. 😂😂

sampai tertido lah dedek menunggu, walaupun panas.
sebab kipas hall tu dah jem, incikSuami tak sempat tukar lagi.
tapi, masa nie pun dedek tak sihat sangat.
jumaat semalam nya tu, incikSuami cakap dedek muntah-muntah.
makan pun tak lalu. sian nye dedek.

dah petang baru sempat incikSuami nak tukar kipas nie haa.
kisah nya, kat rumah tu ada je meja kantin, tapi tak sampai jugak.
tangga takde, kena keluar juga lah membeli kerusi.
selepas tanya jiran sebelah, dia pun takde tangga.

kipas baru dh beli siap-siap dekat tiktok.
naseb baik lah incikSuami boleh buat sendiri.
takat tukar kipas, tukar lampu tu, boleh lah buat sendiri.
tu yang rumah Teluk Intan nanti nak suruh dia je pasang sendiri nanti.
Linda masak lah sedap-sedap, upah dia pasang kipas nanti..hahaha

mesti orang kata beriya macam masuk rumah baru.
ya, memang rumah baru pun.
yang dekat Seri iskandar tu, kami tak pernah duduk pun walau dah hampir 10 tahun umur rumahnya. 
penyewa je dah 3x bertukar.
nie baru kami nak duduk, kira masuk rumah baru lah kan?? hihihi.

dan weekend hari tu lah, baru pertama kali kami tidur dekat situ.
lepas incikSuami dah tukar kipas tu, kita tido je dekat hall tu.
naseb bawa radio kecik tu, boleh lah buat peneman malam tu.
Alhamdullillah, walapun dah lebih setahun takde orang menghuni.
kami tido dengan nyenyak nya malam tu. tanpa gangguan. hihihi

till then, see ya.

22 comments:

  1. alhamdulillah , buat pelan-pelan dulu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...buat sikit2 kan...nanti kang barang yang bawak dari rumah sekarang pun nak kena susun jugak...tak tau lah muat ke tak nie.. hihihi

      Delete
  2. Alhamdulilah, seronok nak deco rumah ni kan Linda.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Tp linda tak suka perhiasan sangat.. Tak rajen nk mengemas pun.. Hihihi

      Delete
    2. Ana pun kurang suka byk perhiasan.. suka ruang luassss hehehe

      Delete
    3. Itulah.. Tapi, tetap tak luas.. Ada je barang nak beli... Hahaha

      Delete
  3. mesti excited tunggu kabinet baru siap tuuu

    ReplyDelete
  4. Takpe slow2 kan...biar buat teliti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Memang dah agak lepas raya.. Sebab tinggal sebulan je lagi nak puasa dah

      Delete
  5. Pastilah beriya sangat, apalagi rumah yg baru akan kita tempati kan 😄. Kita hias dan kasih furniture sebagus mungkin supaya nyaman ada dalam rumah. 😉👍. Saya pun akan berbuat yg sama kalo ada kesempatan menghias rumah baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Duitnya pun ada untuk berhias.. Kalau tak, kita duduk je lah dulu.. Hihihi

      Delete
  6. maknanya lepas siap keje2 ni akan pindah ke sana terus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu jugak.. Hihihi.. Sebab tunggu status pertukaran juga nie.. Tak tahu lah bila keluar

      Delete
  7. Replies
    1. Harap2 bila dah jadi nanti.. Lg nice lah.. Hihihi

      Delete
  8. Masuk rumah baru mmg semangatnya lain machiam hehe ....
    Amboi letih benor dedek tu ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan badan pun tak sihat sgt dedek tu.. Pegi makan, minum air fresh orange je.. Lepas tu muntah

      Delete
  9. Wow! Syoknya pilih2 warna ni... uncle suka betul!
    Nanti tengok katalog Dulux AkzoNobel... Boleh mabuk warna! Cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu tak tau nk pilih kaler mna 1..dah mabok.. Kikiki

      Delete
  10. Replies
    1. Insya-Allah kak NA...semoga ada rezeki balik Perak

      Delete