lovvu Dobbu

Showing posts with label anakbuah. Show all posts
Showing posts with label anakbuah. Show all posts

Monday, July 21, 2025

.: TETAMU MEMBAWA REZEKI :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tetamu bawa rezeki dan membawa dosa² kecil keluar... insyaAllah...

Terima kasih geng² kuarters melawat abang Mueez.
Geng² abang Mueez main dekat bawah.

Guru kelas KAFA pun datang melawat juga.
Bawa buah tangan dari anak murid, kawan² abang Mueez.
Terima kasih ustazah Nadia, melawat abang Mueez.

Proses membotakkan kepala..
Sebab yang pertama, kan tempat luka tu memang dah kena cukur, jadi kena sama lah 1 kepala. 
Yang kedua, rambut hari tu tercemar dengan darah, senang botak je.. Hihihi.. 

Sesudah botak. 
Mata dia masih nampak sepet sebelah. 
Masih lagi memantau tahap kesihatan abang Mueez. 
Macam doktor cakap "otak dah pernah bergegar kan, memang akan ada effect lah" 
Fuhh, debar tau.. Harap² takde lah perkara yang tidak di ingini.. Aamin. 

Tetamu paling kecik pun datang juga.

Nak balik dah, baru sempat nak ambil gambar.
Tu yang kita letak mana yang ada je lah.

Terima kasih bawa mak dengan bapak datang rumah..
Cuti sekolah bulan 9 baru kita jumpa lagi.
Abang Mueez dah mula kelas tambahan untuk UPKK 26hb nie.
Dok rumah je lah weekend² nanti..

Till then, see ya.

Sunday, July 6, 2025

.: HARI AHAD KAMI :.

Assalamualaikum. 

Kisah hujung minggu. 
Adik yang dekat Shah Alam datang rumah. 
Konon konon nak mandi air terjun lah, air sungai lah.. Tapi, malas. 
Jadi kami ke Taman Tasik Titiwangsa je lah. 

Iyan folo kereta ibu Linda. 
Mata dah layu. 

Sekali lena atas riba abang Mueez. 
Abang abang nie, dengan sepupu yg kecik memang baik je, dengan adik sendiri, bergaduh sokmo.. Hahaha. 

Walaupun tak sampai 30min dari rumah. 
Tetap lah amik masa yang lama nak sampai lagi.. Hahaha.. 
Last datang dekat entry nie rasenya. 

Abang Mu'az pun layan. 

Tolong Iyan naik pula. 
Budak nie gengster ngan adik adiknya, tapi penakut.. Naik buai pun tak nak, menangis nangis nak turun. 

Ada taman air public. 
Lupa lah nak pesan anak4 tu bawak baju.
Kecewa lah bila anak anak bik Esah dapat main air, sebab memang diorang dah standby baju dalam kereta. 

Dedek sebelum muncung sedepa, sebab tak dapat main air dan naik beskal..

Jadinya, bila anak anak Esah tu dah mula mandi. 
Moh la kita balik anak4, sebelum balik makan dulu lah. 
Dekat rumah, masak asam laksa je tadi.. Hihihi. 

Menu linda - nasi ayam tambah tauge sekali. 
Port makan - foodcourt TF Batu Caves. 
Selalu ke sini je, sebab senang nak tuju (tanpa tengok waze, 🤭) dan senang nak parking. 

Selesai menu utama, teringin pula corndog. 
Moh ler beli 3 batang je, share share lah. 
Beli yang original je. 

Alhamdulillah, dah kenyang, moh ler kita balik. 

Till then, see ya. 

Friday, July 4, 2025

.: MEK MEERA MASUK OT :.

Assalamualaikum.

Walaupun nightmare nie dah berlalu,tetap nak cerita pasal mek meera moq moq nie.

Kisah bermula, mek nie terjatuh dari buai, tak pasti lah buai laju ke,tinggi ke.
Jatuh ke bawah,terkena batu batu kecik agaknya.
Luka lah, bila mama dia hanta gambar dalam group, memang kami semua cakap kena jahit nie.

Tapi, sampai dekat ED, doktor pun tengok tengok, beliau pun cakap tak perlu jahit. Sikit je. Nak letak gam je, sebab kesian nanti berparut bila jahit.
Kita nie, folo je lah..dah doktor yang cakap kan.takkan nak minta jahit juga.

Kesahnya jadi hari ahad tak silap, jadi doktor pun letak gam.
Kira dah 24jam, dah petang² hari Isnin esoknya tu. Mama dia tengok tempat Luka tu macam bernanah.

Yang gambar besar -pada hari kejadian.
Gambar kecik tu -esok hari nya,mcm nanah kan?

Sebab dah petang, mek meera pun takde meragam.
Mama dia bawak p Klinik Kesihatan pada esok hari nya.
Sampai KK, dah jumpa doktor.
Doktor KK cakap "eh,nie kena jahit nie,saya refer hosp terus"
Terus ke hosp, dapat app ptg tu juga dekat klinik pakar dental..
Ini hospital yang sama ye dengan ED tu.

Doktor cakap,patutnya hari kejadian tu doktor ED tu patot refer,terus admit.

Jadi, admit lah dak meera nie.
Makan tetap tak lepas ya..hahaha.
Kena admit, sebab doktor nak tidurkan, dan nak jahit luar dalam.
Memang prosedur jahit tu boleh je pakai bius dan tak tidurkan, tapi anak kecik kan. 
Mana maunya nak duduk diam lama lama.

The next morning, mek meera stress, sebab kelaparan. Hahaha.
Nak masuk OT kan, kena puasa lah.
Mek nie,celik celik mata je kena makan.

Selesai minor surgery nya.
Masih dibawah pengaruh ubat bius Dan ubat tidur...hihihi

Alhamdulillah, update hari nie.
Dah buka jahitan nya.
Doktor cakap, good girl sangat.
Sebab tak menangis pun masa doktor kelebet kelebet dia.
Tu lah agaknya masa dekat ED tu doktor gam je, sebab mek nie tak nanges masa tu.

Mek meera nie baru 3 tahun.
Haa,lengkap lah anak perempuan adik Linda nie masuk OT.
Mula mula ritu kakak icha, nie kisah nya.
Nie adik dia pula, mek Meera.

Moga membesar jadi anak yang solehah, cemerlang dunia akhirat, Amin.

Till then, see ya.

Monday, December 23, 2024

. : EMAK ANAK LIMA :.

Assalamualaikum.. 

Tak sempat nak buat schedule post.. 
Tapi, kena up jugak story.. 
Baru lah orang mai singgah blog.. Hihihi

Dari hari jumaat malam (20.12.2024), title emak anak empat dah jadi emak anak lima.. Hihihi. 

Nak p bercuti balik Melaka, lepas tu ke Batu Pahat, lepas tu nak cek in pulak cadang nya.. 
So, cakap dengan adik (esah), nak bawak anak dia yang sulung.. 
Alang alang cuti sekolah kan. Bawa lah sekali. 

Makan bersama sama.
Banyak icha makan.. Habis nasi sepinggan, orang nya kurus je

Nie masa tunggu linda habis event last bersama BAKAT (nanti up entri lain ya) 

Bawah nie gambar masa malam yang mak dia mai hanta icha. 

Musa.. Muka lain dari abang dan kakak kakak dia. 

Meera, orang nak balik baru nak main dalam khemah..
Dari awal lagi, tak nak main.. 

Alhamdulillah, sampai hari nie.. 
Dah 3 hari ikot ibu linda, icha masih steady. 
Takde nanges.. 
Good girl kak icha. 
Tapi tu lah, muka sedih je.. 
Susah betul nak senyum. 

Till then, see ya

 

Thursday, November 7, 2024

.: MENERIMA KUNJUNGAN TETAMU :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari selasa (5.11.2024) family mai dari kampung.
sebab nya kak ipaq (dari Kelantan) dan adik ipaq (dari Batu Pahat), cuti balik kampung.
tapi tak kena time lah..
cuti time bukan cuti sekolah dan cuti-cuti umum.
so, diorg lah yang mai melawat linda dekat Selayang.hihihi

linda pun keje macam biasa je, sebab kak Mas cakap nak gerak dari kampung lepas Ammar balik sek kebangsaan.
ngam elok lah, lagi 5-10min linda nak thumprint balik, baru diorang sampai.
tapi, kat rumah ada anak4 tu.
boleh je lah masuk dulu.

lepas Isyak , dalam pukul 9malam gitu, diorang pun bergerak balik kampung.
so, kita amik gambar dulu buat kenangan.
lepas nie tak tau pulak bila boleh jumpa.
turn diorang raya kampung next year, masa tu turn linda raya dekat rumah mertua.
ada rezeki kita jumpa lah..insya-Allah.

one with Hayqal.
tapi, kemain beso peace dia sampai tutup muka ibu Linda.

busy betul Hayqal, tak duduk diam.
linda dekat dapur nak masak, dia pun datang.
tiba-tiba dah pegang pisau, tiba-tiba dah pegang telur.
tengok kita kacau telur nak buat telur dadar, dia pun nak tolong jugak.
lepas tu, berterabur lah beras dekat dapur tu..hahaha

mana ibu dia tak stress..hahaha
banyak kena sabar dengan Hayqal nie.
tapi, dah banyak improvement kalau nak banding dengan 2,3 tahun dulu.

till then, see ya

Monday, August 19, 2024

. : TETAMU KECIL :.

Assalamualaikum 

Sunyi je kan wekeend... 
Linda bagi anak main telefon, sebab ibunya nak marathon cerita korea... Hihihi

Jadi, lunch pun kena siap awal.. 

Alhamdulillah, belum pukul 12 tengah hari lunch dah siap masak.. 
Lepas tu, terbaca status adik tanya siapa nak ajak lunch.. 
Kita ajak lah dia lunch dekat rumah.. 
Lauk seadanya lah... 

Dalam pukul 2 petang, tetamu pun sampai

Terus ajak Iyan masuk bilik main mainan

IncikSuami macam biasa lah.. 
Dengan baby Musa

Seronok lah baby Musa di momong momong

Kakak Meera yang masih memilih
Padahal dah duduk rumah pengasuh
Tetap tak nak dengan Linda lagi.. 
Dengan abang2 dia nak lah.. 

Dedek prektis
Sebab dedek cakap nak adik dengan alasan "boleh lah dedek tak pergi sekolah, sebab nak jaga adik" 

Wah, geliga betul otak ehhh.. 
Takpe lah dedek, ibu dah cukup 4 orang nie.. 
Dah seronok boleh nak tido bila2 masa yang ibu suka.. Hihihi 

Alhamdulillah, terima kasih lah adik mai rumah bawak anak2 berjalan.. 
Hilang rindu dekat anak buah.. 
Dapat akak dia nie clear 1 beg plastik baju yang memang niat nak bagi tu dah lama... Hihihi

Jumpa sabtu nie dekat kampung pula ye.. 
Insya-Allah... 

Till then, see ya



 

Wednesday, July 31, 2024

. : MUSA ARSALAN BABY SYAWAL :.

Assalamualaikum

gigih jugak balik kampung hujung minggu hari tu sebab nak jumpa anak-anak buah
pagi ahad tu , sempat lah incikSuami momong(macam sayang-sayang lah,jaga sekejap) anak buah yang paling bongsu sekarang

Musa Arsalan - Baby Syawal hari tu

jadi, nak share gambar incikSuami dok bawak Musa berjalan kena cahaya matahari...hihihi






musa nie muka lain betul dengan kakak-kakak dan abang dia...
memang ank bongsu lah nie ye...hihihi

kitorang memang suka melayan anak kecil, tapi anak buah lah
anak sendiri surrender dah kalau kecik-kecik nie
hahaha...
sat g, pakat lawan tolak sapa nak bangun buat susu...

till then, see ya

Monday, July 22, 2024

. : MUAR, BATU PAHAT TRIP PART 3 :.

Assalamualaikum 

Tak habis lagi kisah jalan-jalan Muo, batu pahat... Hihihi
Ahad (14.07.2024), siap-siap nak gerak balik Selayang.. 
Orang Johor hari bekerja, Hayqal dah siap nak pergi tadika.. Kakak lala dah selamat ke sekolah.. 

Sempat snap dengan Hayqal je dulu.. 
Adik ipar sesudah subuh dah keluar, ada event dekat Johor Bharu pulak.. 

Cadang nak breakfast sekali dengan adik area batu pahat je.. 
Lepas tu, memasing gerak ke tempat masing-masing.. 
Sekali, macam dah terlewat, sebab tiba-tiba hujan pulak pagi tu.. 
So, kitorg pun terus je lah jalan.. 
Sambil-sambil mencari kedai makan sebelum keluar tol (cadang nak ikot tol tangkak) 

Akhirnya, kami berhenti dekat area Peserai, setelah terlepas beberapa kedai makan.. 
Tawakal je lah apa yang ada.. 
Untuk orang dewasa nie, ok je.. 
Nak pilih makanan untuk kanak-kanak nie, payah sikit.. 
Lagi pulak dekat tempat yang tak biasa kan..

Jadi, nie antara menu yang di order

Soto nasi impit
Sambal kicap tak pedas, kuah soto sedap jugak lah..
Begedil takde.. 😁😁

Lontong
Kuah tak cukup kuning
Eh, ada telur mata pulak, yang linda tau selalunya telur rebus.. 
Mungkin stail johor gini kot

Nasi lemak telur mata
Haaa, yang nie confius jap.. 
Sebab memang set nasi lemak nie dengan sup kosong tu.. 
Macam mana nak makan nasi lemak dengan sup kosong ye? 
Tak pernah pulak nampak mcm ini.. 

Alhamdulillah, kedai nie ada roti canai.. 
Jadi pilihan anak-anak haruslah roti canai.. 
Roti canai dia lembut, sedap.. 

Disebabkan linda tak bayar, jadi tak tahu total berapa.. Hihihi..
Apa pun, Alhamdulillah boleh masuk tekak dan dah kenyang, jadi jom lah kita teruskan perjalanan.. 

Till then, see ya

eh..dah kenapa gambar nie sorang2 dekat bawah??hahaha
nampak tak, penuh 1 kereta, sampai linda dok belakang sekali
snap gambar incikSuami dari belakang je lah...hihihi

 

Friday, July 19, 2024

. : MUAR, BATU PAHAT TRIP PART 2 :.

Assalamualaikum 

Sementara masih bersemangat nie, jom lah kita sambung trip muo, batu pahat hari tu.. 

Budak bertuah Hayqal nie, tunggu peluang je nak keluar dari rumah. 
Kekanak yang lain dah selamat main kat luar, dia masih terperangkap dalam rumah šŸ˜‚šŸ˜‚

Tiba-tiba, kak mas cakap.. Hayqal takde, pintu dapur dah terbuka... 
Ya Allah, dah la mak bapak budak nie takde.. 
Risau kitaorang nie mana pulak dia pergi.. 
Linda pun, keluar rumah, buat kerahan tenaga dekat anak-anak jiran yang main kat depan.. 
Minta tolong cari Hayqal.. 
Pusing punya pusing, Linda ngan kekanak tak jumpa Hayqal.. 
Tapi, ada yang beritahu Hayqal dah ada kat rumah, ada yang hantar.. Lega rasanya.. 

Rupanya, dia pegi rumah jiran sebelah... Hahaha.. Bertuah betul.. 
Kitaorang pun terlupa, padahal mak dia selalu beritahu, kalau Hayqal tu lolos, memang dia pergi rumah orang sebelah... 

Jadi, linda pun bawa lah Hayqal nie main taman.. 
Tengok lah aksi tu.. Kemain lagi.. 

Hayqal nie special need kids.. 
Jadi kena extra take care, sebab dia memang tunggu ruang dan peluang je untuk meloloskan diri... Hahaha
So, masa main dekat taman tu, memang Linda follow je Hayqal nie...

Kadang tu Hayqal nie saja cuba nasib, dia melencong sikit ke arah lain.. 
Panggil nama dia, dia toleh tengok linda sambil sengih.. 
Agaknya dalam hati dia cakap "haisyh, tak jadi plak taktik aku nak melarikan diri" 
Banyak kali kot, cubaan dia nak meloloskan diri... Hahaha.. 

Dahla, kalau dapat lepas tu, laju dia berjalan macan lipas kudung. 

Rupanya, dalam Linda dok fokus dekat Hayqal, ada yang merajuk bawak diri.. 
Duduk lah dalam terowong tu.. 
Sampai lah, adik linda (ayah Hayqal), amik Hayqal.. Bawak naik motor.. 
Itu pun, jenuh nak mujuk bujang kenit tuh... Hahaha... 

Anak bongsu, gitu kot.. 
Tak boleh lah ibu nak baik2 ngan kanak-kanak lain, mesti dia merajuk... 
Ingatkan hilang dah perangai tu... Kikiki

Till then, see ya

 

Tuesday, July 16, 2024

.: MUAR, BATU PAHAT TRIP PART 1 :.

Assalamualaikum

weekend semalam, bz betul rasenya..
memang dok atas jalan je

jumaat (12/7/2024) - kakmas,mak,bapak dan amar datang dari kampung
sebab esok sabtu nya (13/07/2024) nak gerak ke muar, johor

tujuan ke muar, nak ziarah pakcik adik ipar yang baru meninggal khamis lepas..
arwah pakcik tu, dah macam ayah kedua unuk adik ipar tu, sebab ayah kandung adik ipar dah lama meninggal.
urusan perkahwinan dulu pun, arwah pakciknya yang uruskan semuanya..

bertolak dari selayang pukul 8.00 pagi gitu lah
lepas tu ada berhenti isi minyak, breakfast dulu
sampai rumah Muar, dalma pukul 12 lebih..
lama betul..hahaha...
biasa lah muatan penuh, lepas tu dok berhenti banyak tempat jugak...
nak lepas hajat lah, apa lah...hihihi

wefie sikit dengan lala (anak adik ipar)
dia stay rumah maktok dia, belakang rumah arwah pakcik..
hayqal ikot ayah dia balik batu pahat..
mak nya (adik ipar) bizi ada games bola jaring, kebetulan minggu tu hari sukan bangsa johor..
mcm tu lah...

selesai sesi ziarah, makan lunch sekali dekat rumah maktok lala (besan mak bapak linda) 
kitaorang teruskan perjalanan ke Batu Pahat
rumah adik...
suka lalu jalan nie, redup je...
macam kat taman tasik taiping dulu dulu
cuma sekarang laluan taman tasik taiping dah tutup, sebab bahaya..
boleh berjalan kaki je di abawah pokok-pokok tu

otw ke rumah  tu, singah beli durian
dah tentu bapak yang belanja...hihih
bertuah punya nak-anak

sesi makan durian
semua pandai makan, kecuali hayqal...hahaha

naseb baik jugak dah tukar kete pakai BabyRuz, memang sumbat je semua 1 kereta
mangsa dok seat belakang, linda lah... hahaha
jenuh nak pangku dedek je...
takmo berenggang betul, dah 6 tahun..
nak jugak duduk atas riba...

nanti kita sambung lagi kesah nya...
till then,see ya

Sunday, June 16, 2024

. : PATAH TANGAN PULAK :.

Assalamualaikum 

Semalam bertambah lagi memori Jun 2024 keluarga Linda.. 

Tangan kakak Icha pulak patah
Dulu Linda pernah share SInI yang kakak icha buat minor surgery..
Nie patah tangan pulak.. Sementara nak besar kan... 
Main lompat-lompat, lepas tu terjatuh... 
Ngeri bila mama dia share tangan yang terkulai tu... 
Jadi linda share gambar xray nie jelah... 

Adik balik rumah tok mertua dia dekat Ganu.. 
Kalau balik Sungai Samak nie, bertuah lah bebudak nie dapat main lompat-lompat
Makcik-makcik lagi garang dari singa... Hahaha

Tapi.. "kakak kesel tak dapat nak main sakura" 
Adoi game jugak yang dia ingat.. 
Sabar jelah nak oii.. 
Semoga cepat sembuh ya... Aamin2