Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label balikkampung. Show all posts
Showing posts with label balikkampung. Show all posts

Sunday, July 5, 2026

.: YASINAN :.

Assalamualaikum .

Jumaat petang, lepas jumpa cikgu tu.
Bawa Mu'az balik rumah terus, rumah mak bapak la.
Linda pun cadang memang nak tido semalam dekat kampung.
Last balik masa raya haji tu lah.

Petang tu,macam biasa.
Hari jumaat, memang mak ada yasinan (baca Yasin beramai ramai dekat surau- bergilir surau).
Linda pun takde buat apa petang tu, ikut la mak pergi yasinan.

Antara gambar² yang di tangkap.

Tudung hijau tu, biras mak, Wak yati.
Kahwin dengan abang bapak.

Ramai juga yang join.

Belakang ni, mak dengan wak jamak.

Ada yang kenal Linda, ada yang tak kenal Linda.. hihi.
Kita tak membesar dekat kampung. Gitu lah.

Habis ,baca Yasin, ada tabung bergerak.
Mak tak kabo pula, Linda datang lenggang kangkung je.. hahaha.
Mak hulur la RM5 ni ha.
Dari kecik sampai besar, mak juga yang bagi duit.

Habis yasinan, haruslah ada makan².. hihi.
Alhamdulillah, rezeki.
Main dish, tuan rumah (ahli kariah surau yang berkenaan), lepas tu, ada juga yang bawa juadah lain sikit².

Seronok dapat jumpa kawan² mak yang dah lama tak jumpa . Hihi.
Ada juga yang Linda kenal masa jadi cikgu ganti sekolah rendah dulu.

Beramah mesra orang kata, biar orang kenal Linda . Hihi.

Till then, see ya.

Sunday, May 31, 2026

.: HARI RAYA KORBAN :.

Assalamualaikum.

Rabu, 27.05.2026 - Alhamdulillah, selesai korban nya.
Gambar lembu, takde.
Rezeki kali ni, dapat lembu kecik, yang tukang cari lembu, tak cakap, tak tunjuk gambar, sampai² tempat sembelihan dah begitu rupanya.
Takkan la kita nak cakap tak jadi korban.
Takpelah, dah tertulis rezeki kali ni mcm tu.
InsyaAllah, tahun depan ada rezeki lain..aamin.

Sesi agihkan daging korban pula (bahagian sendiri untuk disedekahkan pada adik beradik bapak)
Berpusing la serata kampung, sampai Sabak Bernam dan last sekali hala Selekoh.

Nak balik tu.
Terpandang la sesuatu dekat kereta.

Nampak tu, yang dalam bulatan?
Minyak habis meleleh, terus la buka bonet enjin tu.

Ya Allah, penutup minyak hitam hilang ntah mana.
Nasib baik perasan awal, kalau tiba² kereta berhenti tengah jalan.
Naya pak karim oiii... Hahaha.

Dari persinggahan kejap, jadi lama lah.
Keluar sampai ke Simpang Empat, Hutan Melintang, Perak.

Cari penutup minyak dengan minyak hitam.
Nasib baik jumpa.
Alhamdulillah, sampai rumah dengan selamatnya.

Kek birthday dah beli siap².
Sambutan May babies, ada wakMas,pamanIzhar,dedek dengan Lala.
Kalut² la kita potong.
Sebab Linda nak balik Selayang lagi.
Dah lari masa.. Kikiki.

Lepas maghrib gerak ke Selayang.
Alhamdulillah, sampai dalam pukul 10 malam.

Panaskan ayam goreng dulu.
Dedek dah lapar.

Dalam pukul 11malam, incikSuami gerak ke Taiping.
Korban di sana raya kedua.
Alhamdulillah, selamat sampai Taiping pukul 2 pagi mcm tu.
Terima kasih hantar isteri balik asrama. Hihi.

Till then, see ya.

Thursday, May 28, 2026

.: BALIK RAYA :.

Assalamualaikum.

Salam AidilAdha buat semua readers.
Tapi, ni bukan entry hari raya.
Entry sebelum raya.

selasa, 26.05.2026 - ambil off petang, sebab nak balik raya.
Tiket keretapi pukul 3.30petang.
Seawal pukul 1 petang, dah thumbprint dan tunggu bas.

Pukul 1.45 petang dah sampai Metro Prima.
Masuk AEON dulu, nak cari makan.
Pergi food court je lah.

Pilihan hati, Chicken chop.
Ayam tak sedap, kuah tak sedap.
Nasib tak menyebelahi.

Dalam 2.40petang, pelan² naik MRT station untuk ke KTM Sg Buloh.

Tiket keretapi full.
Masa beli tiket tinggal seat yang ada meja kecik ni je.
Duduk menghadap 4 orang.
Lenguh kaki, tak dapat nak lunjur.
Kalau orang yang kita kenal. Takpelah, boleh lunjur² kaki.
Ni tak kenal, risau terlanggar² kaki pula.
2jam perjalanan, tak pernah naik keretapi sampai masih cerah lagi, selalu sampai udah gelap.

Abang Mueez dah tanya pasal makan.
Jadi, sebelum balik kampung, singgah makan dulu.
Besar siakap nya, order set ada siakap, sayur, tomyam, dan nasi putih dua RM45.
Add on nasi putih 2, air berperisa 4 total RM68.
Ikan, sayur kailan boleh tahan rasa dia.
Tomyam kureng sikit.

OTW balik Sg Samak, nampak pelangi senja pula.
Alhamdulillah, sampai Sg Samak 9.30malam.

Mak dah siap rebus nasi impit ,masak rendang ayam.
Adik ipar OTW masak rendang daging.
Linda bawa balik ketupat palas je. Hihi.

Till then, see ya.

Thursday, April 16, 2026

.: PANCINGAN :.

Assalamualaikum.

cerita semalam, gaji tak masuk lagi.
bulan April kan gaji gomen awal (16.04.2026).
untuk bank gaji linda, selalunya malam esok nak gaji tu, dalam pukul 9 lebih macam tu dah masuk la gajinya.
so, ingat nak tunggu gaji masuk je lah, baru nak beli tiket kereta api untuk balik minggu depan (24.04.2026).
malam 14hb tu tengok seat ada lagi 80 macam tu.
pagi 15hb tu tengok dah tinggal 33 seat.
eh, tak boleh jadi, kalau nak tunggu gaji masuk. memang habis lah seat nanti.
mula-mula ingat nak pinjam duit kakmas RM50 dulu nak buat beli tiket.
lepas tu baru teringat, incikSuami kan YB(yang berpencen).
selalu gaji pencen masuk 1,2 hari awal dari yang masih berkhidmat.

takde kona-kona.
straight to the point je.
Alhamdulillah, minta RM50 dapat RM100.

terus beli tiket 24hb.

lepas tu beli tiket bas 30hb pula.
untuk tiket kereta api dah sold out yang 30hb tu.
sebab weekend panjang, Jumaat 01.05.2026, cuti umum hari pekerja.
 tiket bas pun untuk single seat tinggal depan sekali dengan belakang sekali je.
amik jelah, duduk single selesa sikit.

malam, lepas isyak macam tu.
teringat nak tengok apps KTM tu.
saja nak tengok tiket kereta api ada lagi ke tak.

haa, tengok la. 
tinggal 9 seats je.
itu pun tolak 2 seat OKU, ada 7 seats je.
nasib baik dah beli siang tadi.

pancingan mengena la, minta duit dekat IncikSuami, tak payah bayar balik. hahaha
isteri nak balik rumah suami pun, bukan nak p bercuti sorang2.
kalau pinjam duit kak mas tadi, kena pulangkan semula.
nasib baik la otak cepat bertindak. hahaha

2 tiket tu pun dah dekat RM80.
tu baru balik Batu Gajah, belum lagi beli tiket yang nak ke Selayang semula.
peruntukan tiket pun kena asing. hahaha.

till then, see ya.

Thursday, March 19, 2026

.: REFUND TIKET ETS :.

Assalamualaikum.

dek kerana PMX bagi cuti tambahan pada Jumaat (20.03.2026) samada jatuh 1 Syawal atau pun tidak.
jadi, memang kena balik kampung Khamis (19.03.2026)
bukan KPM je bagi cuti tambahan.
PMX pun bagi juga untuk sektor  kerajaan.
memang mengejut la kan.

jadi, terpaksa lah linda refund tiket.
kalau ikut, awal2 tu memang dah beli tiket 19.03.2026, tersilap tengok kalendar.
beli pula 20.03.2026, sebab memang linda kerja sampai hari terakhir lah.
rupanya, memang betul balik 19.03.2026.
nengok tiket, memang dah licin la kome.
jadi, incikSuami kena ambil la isteri tercinta dia ni. hihihi

meh kita select untuk refund

dapat refund 75%.
Alhamdulillah.

selesai urusan refund
duit tiket yang 75% tu, dimasukkan dalam bentuk point

jadi RM31.50 bersamaan 3,150 points
points boleh guna untuk beli tiket juga.
untung bila refund, dapat point ribu-ribu.
kalau kita guna @ lebuh je tiket tu, dapat juga point.
tapi puluh-puluh je.
lambat la boleh nak nak redem.
sebab 1 point bersamaan 1 sen je.

apa-apa pun.
semoga perjalanan semua nya selamat.
hati-hati balik kampung semua ya.

till then, see ya.

Wednesday, March 18, 2026

.: PENGURANGAN TOL 50% :.

Assalamualaikum.

Tora datang lagi.
Alhamdulillah, kerajaan bagi diskaun 50% pengurangan tol.

18 dan 19 Mac 2026

Esok jimat la tol incikSuami.
Sebab masih valid lagi 50%.
 Siapa yang dah ambil cuti, boleh la gerak pulang ke kampung.
Dapat la jimat duit tol sikit.
Sebab duit minyak dah mahal.
Kot la bekalan subsidi 300liter tak cukup untuk raya ni.

Apa apa pun, berhati² di jalan raya.
Jangan gopoh, jangan baran.
Semoga selamat sampai ke destinasi masing².

Till then, see ya.

Wednesday, February 18, 2026

.: BALIK TAIPING :.

Assalamualaikum.

Ahad, 15.02.2026 - balik Taiping minggu ni, kebetulan ada kenduri akikah sepupu Sabtu, 14hb tu.

IncikSuami nak cuci kete, Linda sibuk nak ngikut.
Anak² pun dok bahan ibu dia "ayah nak cuci kete pun nak ikut".. 
Hahaha, biarlah..orang nak spend time Ngan suami sendiri.

Balik Taiping
Letak kereta dekat carwash, p makan sat.
Soto dia, Emm..tak menarik.
Rasa pekat sangat kot.
Memang Linda makan isi dia je, tak hirup kuah pun.

Balik Taiping
Haa, bukti basuh kete ye.
Bukan sesaja keluar.

Balik rumah, terus ajak MIL dengan SIL pergi hospital, nak melawat Pak Jang.
Diserang strok buat kali ketiga pada Rabu minggu lepas tak silap.

Hospital Taiping
Snap gambar wad.
Wad B2.

Hospital Taiping
Ni pun wad juga.
Tahun lepas melawat Farah anak Pak Jang.

Hospital Taiping
Alhamdulillah, Pak Jang sedar, boleh makan minum seperti biasa.
Cuma badan, kaki dan tangan lemah.
Tak boleh bergerak.
Semoga Pak Jang cepat sembuh..aamin.
Tu ada Mak Ngah hujung tu.
Pak Jang adik ipar MIL.

Selesai dekat hosp, menuju ke AEON Taiping pula.
Ramai orang, nasib baik tak lama musing cari parking.

Mueez beli Beyblade
Abang Mueez kalut nak Beyblade lagi.
Ibu tanya ada duit tak?
Ada RM10 je katanya.
Haa, meh bagi ibu duit tu.
Tak cukup ibu tambah. Tu yang suka sangat tu.
Ibu tambah RM10 juga la, beyblade tu RM19.90.
Lepas tu, sibuk dok tengok² gelanggang dia, tak payah. Dekat rumah tu ada 3, 4 jenis gelanggang.
Mainnya bukan selalu pun, bila teringat je.

Ibu cuti raya cina ni, laju duit mengalir macam air.
Nasib baik lah balik Selayang dah puasa.
Jimat la sikit duit beli makanan..hihi.

Di kesempatan ini, linda ingin mengucapkan, selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.
Semoga kita semua merebut pahala di bulan Ramadan.
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita bertuah kerana dikurniakan dengan bulan Ramadan, segala ibadah yang kita lakukan pada bulan ini, akan dilipat kali gandakan pahalanya. Maka, jangan lah kita sia² kan.

Till then, see ya.

Saturday, September 6, 2025

.: LEBAT BERBUAH :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, long weekend Linda balik kampung.
Mula² igt tak nak balik, tapi incikSuami offer..kena grab lah. 🤭🤭

Sampai je parking kereta.
Nampak pokok beri yang tengah berbuah lebat. 😍😍

Merah merah je nampak.

Abang Mu'az dah ngap dulu.

Kecur liur tengok weyh.
Yang gelap² tu manis.

Linda pilih yang gelap² je..
Takde lah masam sangat.

Eh, kita balik Sg Samak, kampung Linda lah..Hihihi.
Lama dah tak balik rasenya..
Lebih sebulan dah.

Alhamdulillah,mak bapak sihat² je.
Moga sihat² selalu.

Till then, see ya.

Monday, July 28, 2025

.: HUJUNG MINGGU :.

Assalamualaikum.

Jumaat,25.07.2025 - balik dari kerja, terus incikSuami cakap nak balik kampung (Taiping, kampung suami).

Kemas la baju nak bawa, dalam pukul 8 malam tu,gerak lah dari Selayang.
Jalan takde jam sangat.

Berhenti dekat hentian RTC Simpang Pulai, dalam 10.30 malam.
Baru lepas hujan.

Order maggi kari telur, baru ngam.
Sejuk² hirup kuah panas.
Nikmat betul rasanya.

Beli juga buah potong dengan kuah rojak.
Banyak kacang, kuah rojak pun sedap, pedas manis.
Penuh bekas plastik lepas timbang , RM25.

Sabtu,26.07.2025 

Dedek main dengan kucing depan rumah MIL.
Selesai sarapan, kemas bahagian dapur MIL.
Itu lah tujuan utama balik Taiping, memang MIL ada cakap Ngan incikSuami, ada panggil orang untuk tengokkan bahagian dapur tu.
Yang tu pun extend dari rumah asal, tapi dah puluh tahun lah.
Sekali tukang rumah cakap, kena roboh, atas syiling habis kena makan anai²..
Tu yang balik, tolong MIL kemas bahagian dapur tu.

Penuh barang dekat bilik belakang.
Bilik belakang nie pun takde yang duduk lepas FIL meninggal, memang jadi tempat simpan barang je lah.

Haha,nampak tak bekas kuning yang Linda bulatkan tu, Linda suruh incikSuami buang, sebab dah pecah² pun.
Kalau ikot MIL, dia simpan lagi tu nanti.hihihi.

Tengok cawan nie pun,dah tau MIL punya pinggan mangkuk jenama apa..
Linda nak guna pun tak berani, risau jatuh pecah..hahaha..
Menantu ganas. 😆😆

Setengah hari selesai kemas dapur.
Petang, MIL ajak ziarah pakcik(adik beradik arwah FIL) dekat Padang Rengas, Kuala Kangsar.

Ahad, 27.07.2025

IncikSuami acah² jadi pelukis pelan.
Lukis layout untuk dapur baru, alang² nak buat baru kan.
Kita ubah lah ikot kesesuaian zaman sekarang.

Simpan sini kenangan dapur rumah MIL yang bakal dirobohkan.

Bahagian dapur juga.
Hujung tu ada tandas.

Nanti dah siap, Linda share gambar dapur baru.
Harap² semua dipermudah dan lancar urusannya.
Risau pula MIL sorang² kat rumah, Linda dah suruh incikSuami tinggal kat kampung, temankan MIL sementara renovate dapur tu.
Tapi, dia yang takmau.
Jadi,bukan salah Linda nak bolot anak MIL ya. 😅😅

Till then, see ya.

Saturday, June 28, 2025

.: PERMULAAN TAHUN 1447H :.

Assalamualaikum.

Cerita semalam, nak gerak balik kampung sungai samak.
Saja nak gerak pagi, malas nak kelam kabut malam malam.
Tapi biasa lah,bila pagi.. kelam kabutnya lain macam. Belum lagi bila anak anak buat perangai. 

Salah sorangnya yang nie lah.
Boleh dia buat nehen je bila ibu cakap nak balik kampung.
Sampai dekat kedai mamak pun muka masam je, kena marah ngan ibu..

Last lalu masa raya haji.
Nie dah macam transformer dah Linda tengok.
Highway LATAR.

Weyh, udah ku bilang jalan nya pasti jam.
Dari kuala Selangor sampai ke Tanjung karang..
Sabar jelah menempuh jam.

Sampai rumah ada rezeki dari Tanah Suci atas meja.

Lama tak nampak dulang mak nie.
Ingatkan dah reput, masih elok lagi haa.
Cawan tu pun cawan kecik peninggalan arwah nenek.
Memang sinonim dengan orang balik haji, cawan kecik untuk sajikan air zam zam.

Sekian hari jumaat saya. ☺️☺️

Till then, see ya.

Tuesday, May 27, 2025

.: HASIL TANGKAPAN HUJUNG MINGGU :.

Assalamualaikum 

Hujung minggu baru nie, balik kampung. 
Walaupun mak dengan bapak takde, masih ada kakmas, adik azam dan ammar (anak kak mas). 
Tapi, kalau takde org pun, tetap lah kena balik menjenguk rumah kan. 

Kalau nak cerita risau aibkan org. 
Tapi sentap bila dengar ayat "raya haji tak payah balik sg samak lah, mak bapak bukan ada rumah pun". 
Ehhh..tiba2 berasap je kepala nie.. Hahaha. 
Takpelah, abaikan jelah tu, kita anggap je lah org nak bergurau tak kena tempat. 

Eh eh.. Yang menunaikan haji tak balik lagi. 
Tapi, kiriman dah 2 kotak yang sampai. 🤭🤭 
Mak ngan bapak atr jemaah haji yang terawal sampai Mekah, jadi banyak juga lah masa berbelanja. 
Tu yang sampai kena pos dulu, risau terlebih kilo nya. 
Alhamdulillah, Ole ole dari Tanah Suci. 

Balik kampung selain dari family time. 
Berdua dengan kak mas mengutip hasil tanaman mak. 
Selalu mak yang mengutip nie, kali nie terpaksa lah buat sendiri. 

Alhamdulillah, lumayan betul hasilnya. 
Hasil yang dibawa balik ke Selayang. 
Pisang nangka - dah selesai digoreng. 
Bunga kantan - tinggal dekat linda 5 kuntum, lain semua dah sedekah2 dekat kak zu dan Biha. 
Nanas - nampak macam tak masak, tapi isi dia manis. Dah selesai kupas nenas. 
Tinggal separuh untuk buat pajeri dan masak lemak udang + nanas. 

Semoga mak dan bapak serta para jemaah haji sihat2 selalu. 
Dah mula musim panas nie, bila tengok dekat FB, berita.. Suhu dh makin tinggi, risau kita nie haaa... 

Till then, see ya.