Assalamualaikum
Alhamdulillah, untuk yang nak pulang ke Utara @ Selatan tanah air memang bersyukur lah kalau diberikan tol percuma nie
walaupun kali nie diibaratkan sehala je (sebab sebelum raya je)
tapi, dah jimat banyak jugak tu
imagine yang dari Johor nak balik Perlis, tol almost rm200 jugak
jadi boleh lah guna duit tu buat topup duit minyak kete kan
walaubagaimanapun
Tol percuma sempena Hari Raya diberikan selama 2 hari, pada hari Isnin (8 April) dan Selasa (9 April) sahaja. Ia juga percuma untuk pengguna kelas 1 sahaja iaitu kenderaan persendirian dengan 2 gandar serta 3 atau 4 tayar. Bermakna, teksi, lori dan bas perlu membayar tol seperti biasa pada 2 hari ini.
Sama seperti sebelum ini, tol percuma ini tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim. Kerajaan memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.6 juta untuk memberikan tol percuma ini.
jadinya..
semua tol-tol yang kecik-kecik pun free lah
WCE pun free lah
tapi, Linda nak guna WCE masa raya ke 3, free laluan Beruas-Changkat Jering je lah ye
Alhamdulillah, rezeki jugak tu
semoga baki Ramadhan yang tinggal 12 hari nie, dapat kita manfaat kan dengan merebut peluang untuk melakukan amal kebaikan..aamin2x
till then, see ya