Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label homesweethome. Show all posts
Showing posts with label homesweethome. Show all posts

Monday, June 22, 2026

.: WEEKEND DI TRONOH :.

Assalamualaikum.

aktiviti weekend bila balik Tronoh.

hari Sabtu - kak M ada latihan memanah.
beginner je, yang ada anak panah tu dia la.
waktu ni, linda tunggu dia nak habis dah.

esoknya, hari Ahad. 
sibuk nak follow abang Mueez dan dedek training bola pula.
masuk kelab bola PT Boyz.

ada pula penyeri meoww ni.

pertama kali masuk TLDM dekat Parit ni.
siapa yang lalu area ni, mesti tahu..
ada satu skuadron untuk navigasi komunikasi kot..
tak tau la linda
training dekat padang TLDM, sebab ada anak CO skuadron ni dalam team bola juga.

Stesen Komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (SKTLDM) Parit ialah sebuah pangkalan atau instalasi ketenteraan milik TLDM yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak. Kem ini berfungsi di bawah kendalian Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM. [1, 2, 3]
Pangkalan ini terletak berhampiran kawasan Seri Iskandar dan bersebelahan dengan institusi pendidikan Kolej. Untuk rujukan logistik atau pentadbiran pertahanan, stesen ini berada di bawah pentadbiran Negeri Perak dan boleh dihubungi di talian 05-371. Ia merupakan salah satu daripada enam Stesen Komunikasi TLDM yang beroperasi di seluruh negara.
*dari google*

team bola sedang berlatih.
kenapa masukkan dalam bola?
sebab diorang minat nak main bola.
saja lah masukkan dalam team.
boleh la distract dari skrin telefon sekejap.

lepas tu, dari hari sabtu, incikSuami dah ajak makan nasi kandar.
so, lunch ahad tu, nasi kandar la kita.

portion linda.
banyak pula kuah dia.

lepas tu, makan derian plak.
musim dah ni, lagi2 dok Seri Iskandar ni.
memang port dia la.
kak M pun asyik tanya ayah je, bila nak makan durian. hahaha

petang pula, abang Mueez ajak jogging.
halah anak bujang ni.
ibu dah siap-siap, tiba-tiba kawan dia datang.
ada jamuan birthday pula.
dah dia pegi makan dulu.
linda keluar jelah dulu.

ni dah balik la.
kak M manja2 pula, suruh abang dia ikat tali kasut.
abang tengah mood baik, layan la adik dia ni.
kalau tak, tinggal harapan je lah.

moga terus berkasih sayang sesama adik beradik ye, amin.
gaduh tu biasa, tapi jangan sampai jadi hatred.

Alhamdulillah, untuk memori kali ni.
semoga tak lama lagi dapat pindah duduk sekali, aamin.

till then, see ya.

P/S - dah tanya abang Muaz nak balik Tronoh tak, dia kata takmo. hahaha..2 minggu lagi, ibu balik kg lah

 

Wednesday, March 4, 2026

.: SESI PEMASANGAN LAMPU DAN KIPAS :.

Assalamualaikum.

Selasa, 17.02.2026 - cuti CNY lepas, linda usulkan dekat incikSuami untuk pasang lampu dan kipas dekat rumah Teluk Intan.
sementara waranti rumah ada lagi ni.
nak habis dah bulan 7 nanti, dah 2 tahun rumah nya.

CNY 2026
sampai-sampai, loading barang.
lampu, kipas memang dah lama beli.
at least bila dha pasang, kurnag sikit barang dekat rumah Tronoh tu.

CNY 2026
incikSuami memasang bilah kipas.
lambat nak pasang.
last2 dia pasang 1 je dulu.
lepas tu dia siapkan lampu dulu untuk satu rumah.
baru la nampak hasilnya.
kalau tunggu kipas je, macam takde hasil je.. sebab lama sangat nak siap..
hahaha, amatur kan.

CNY 2026
dedek sampai tertidur la menunggu ayah siap buat kerja.
yang lain-lain pun dah bosan juga menunggu

CNY 2026
ada tetamu datang..
kak mas kebetulan nak ke Teluk Intan, kita suruh la dia datang bawa minum petang.. hahhaa

CNY 2026
Alhamdulillah, setelah sepetang berhempas pulas.
siap dah pemasangan kipas dan lampu.
kalau upah orang, 2,3 jam dah siap.. hihihi
tpai, kena sedia duit jelah.
nie incikSuami kata sanggup nak buat..so beli barang jelah.

tak salah la perhitungan linda suruh incikSuami pasang lampu kipas.
line lampu kipas dalam blik-bilik, ada problem sikit.
wayar semua dah sambung dah.
siap dia call kawan dia yang memang buat kerja-kerja elektrik ni, semua dah betul.
tapi, kipas dengan lampu tak hidup.
jadi buat defect la.
sebab kitaorang memang assume wayar looping dia tertinggal.
kalau upah orang, dioarang boleh je settle. 
incikSuami pun boleh je settle, tapi dia malas nak tarik wayar atas syiling.
so, boleh buat aduan..kita buat lah.

next Jumaat, 06.03.2026, appoinment untuk cek defect elektrik.
linda ambil cuti, esok petang balik Tronoh la.
tapi, minta incikSuami la pergi.
senang sikit kalau nak explain apa-apa nanti.
jadi linda kena stay untuk ambil, hantar anak ke sekolah la.

till then, see ya.

Wednesday, January 28, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 3/26 :.

Assalamualaikum

WORDLESS WEDNESDAY
begitu kerasnya menjadi orang dewasa.. hahaha

kuota bayaran bil untuk bulan Januari dah habis.
tunggu bulan Febuari pula lah, untuk cukai tanah dengan IWK.

till then, see ya.

 

Wednesday, January 21, 2026

.: IDEA GEMINI :.

Assalamualaikum.

Ingat lagi kan kisah loteng kecik ni.

Loteng @loftbed
Balik awal tahun hari tu, kemas² la dengan kak M. 
So, Linda pun ambil gambar.
Kita minta tolong Gemini ubah deko yang simple jadi camne.

Dekorasi loftbed Gemini
Macam ni ha hasil Gemini.
Simple je.
Ok, dah ada idea lah untuk bilik kak M.

Nanti, kalau yang real dah siap.
Linda share.
Tanya kak M nak karpet apa, kita follow je lah kak M.
Sebab nak bagi dia tido kat situ.
Ni, dok tido dekat hall lagi, bentang toto.
Sabar jelah.

Nak belikan lampu tido sekali.
Takde lah dia seram sangat.
Penakut kak M tu. 😂😂

Till then, see ya.

Sunday, October 19, 2025

.: TINTED SLIDING DOOR :.

Assalamualaikum.

Aktiviti hari nie, pasang tinted dekat sliding door rumah.
Tapi, incikSuami sorang jelah yang buat.kikiki

Yang penat nya, nak bersihkan cermin dulu.
Linda dengan anak-anak bersihkan je masa cuti sekolah bulan sept hari tu.
Tapi, tak capai piawaian incikSuami.
Jadi, bersihkanlah sendiri.

Dah selesai bersihkan (lama jugak mamat tu bersihkan).
Baru la pasang tinted nya.
Tinted beli dekat TikTok je.
Yang nie pun, berchenta juga, jenis incikSuami, kalau boleh semua nak perfect. 
Tu yg malas nak DIY apa², sebab nanti dia tak puas hati je.
Katanya tak sama macam orang kedai buat.
Humm, orang kedai tu dah biasa, kita nie makan tahun, baru nak buat sendiri.

Teringin nak pasang shiplap dekat pagar, pun dia takmo.hahaha.
Padahal, bukan susah pun.
Jadi nya,Linda follow je lah dia.
Dia nak buat apa, ikut lah dia.
Malas nak gaduh, lagipun, Linda pun takde lah pandai deko² pun, janji rumah nampak kemas, tak bersepah..sudah.

Akhirnya, siap juga pasang tinted.
Tapi, siap 1 slide je daripada 3. 🤭🤭
Alhamdulillah, jadi lah, daripada tak siap lansung.
Tambah pula, tiba² incikSuami sakit pinggang pula, lama dah tak menyerang tu.
Memang incikSuami ada di diagnosis slip disc, dari sebelum pencen lagi.
Tapi, bukan dekat tempat yang serius lah.. Linda pun tak ingat dekat L berapa.

Harap² ok lah nie, dah pergi farmasi tadi, beli painkiller, koyok dengan ubat saraf.
Esok Linda kena drive la nampaknya. 😂😂

Till then, see ya.

Saturday, October 18, 2025

.: KEBUN DURIAN + CERMIN PECAH :.

Assalamualaikum.

Alang² nak balik Tronoh nie,roger² lah tech (abang Ali) yang kerja dekat Hospital tu.
Memang dia ada cakap nak balik Parit, nak p kebun durian akak nya.
Moh Ler kita menjenguk kebun durian orang sekali..Kiki

Maka, sampai lah kita.
Alhamdulillah, tak sesat. 
Ngam² berhenti depan lorong kebun.
Tak lama tu, abang Ali pun sampai.

Zoom sendiri nak tengok buah durian naa.

Angsa pun ada.
Kemain riuh dia berbunyi, anak owner kebun cakap, angsa tu memang riuh kalau ada orang datang, nanti dia dapat makan sebab nak bagi dia senyap. Hahaha.
Angsa pun tau buat trick.

Owner hidang durian.
Moh Ler kita makan dulu.
Tak banyak pun ambil gambar, makan lagi penting..hahaha..

Lepas tu, Linda pun minta 10kg, tapi lebih sikit dalam 11kg.
Total semua RM82.50
Buah campur², harga sama je semua.

Dah selesai tu, moh Ler gerak balik rumah.

Patot la tergerak hati nak balik jenguk rumah, ada kejadian rupanya.

Cermin dalam bilik kak M dah terlangkup dah.

Tinggal bingkai je kat dinding.

Hancur berkecai dah.
Memang nak suruh cari lain lah nie 🤭🤭
Lama dah cermin tu, dari dok Melaka lagi.

Kebetulan, memang ada usha cermin sekali dengan almari lah gitu.


Kena kumpul duit la gini.

Till then, see ya.

Tuesday, September 23, 2025

.: PROJEK KETIGA :.

Assalamualaikum.

Projek ketiga masa cuti sekolah hari tu, dekat Tronoh. Projek yang paling besar sekali, menelan kos ribu ribu. 😂😂
projek nie juga lah yang readers linda dok tunggu-tunggu.
projek loteng @ loftbed

projek loftbed
Mula-mula,meh la kita kemas bilik tengah nie dulu.

project loftbed 1
Haa, bila dah kosong, baru lapang sikit.

projek loftbed 2
Sampai lah stars of the day kita nie.
Kalau takde, tak jadi projek kita.

Bermula 10 pagi, hampir 6 petang baru selesai sepenuhnya.
Sempat la Linda lena dulu lepas zohor tu..Kikiki.
Bosan menunggu.

projek loftbed 3
3/4 hampir siap.
Bagus team nie,lapik siap².
Makan, minum semua dia bawa untuk staff dia.

project loftbed 4
hampir siap.
semua dah pasang, tinggal nak cover bawah tu je.

project loftbed 5
alhamdulillah, selesai.
begini lah keadaan nya.
yang baju pink terselit tu kak M lah, sapu, mop bilik dia.

project loftbed 6
tak tinggi pun atas nie.
setinggi dedek je, tahun depan, dedek dah tinggi, tak boleh berdiri macam nie dah.
syiling linda rendah je, jadi, memang untk berbaring je lah.
kalau orang dewasa naik, kena duduk terus lah.

project loftbed 7
nie linda ambil gambar dari bawah.
semua dah rasmikan tidur dekat atas tu.

malam pertama - dedek dengan incikSuami
malam kedua - abang Mu'az dengan kak M
malam ketiga - abang Mueez
linda?? tumpang baring-baring je.
dekat rumah Tronoh ada katil single asrama tu, baik lah ku tido atas tilam.. hahaha.
nanti balik Selayang, tido atas toto juga.

linda share video ambil dari tiktok company.

untuk yang linda buat nie, costing dia RM9000.
tapi, apa pun, dia akan datang ukur dan tengok, dan boleh consult lagi macam-macam.

area Perak, kalau ada yang berkenan.
boleh la search SB Smartwork Enterprise.

kalau ikot kan, bulan 8 macam tu, staff dia dah tanya bila free nak pasang.
tapi, kami pilih cuti sekolah je lah, senang sekali jalan.
sebab boleh mengemas sekali.
kalau nak balik wekeend, terkejar-kejar nanti.

Alhamdulillah, projek yang major (kos ribu-ribu), setakat nie dah selesai untuk rumah kecil kami.
cuba tinggal nak mikir nk beli tangki air baru letak luar atau nak repair tangki air atas syiling tu.
sebab, sekarang nie kami guna air direct je.
takde tangki, sebab tangki atas tu bocor.

semoga dipermudah langkah seterusnya, Aamin.

till then, see ya.

Saturday, September 20, 2025

.: PROJEK KEDUA :.

Assalamualaikum.

Bermula projek kedua kita.

Nak hapuskan pokok depan rumah yang ditanam oleh pemaju 10 tahun dulu.

Ambil gambar dari depan pula.

IncikSuami pula tunjuk skill.
Sampah tepi  pokok tu, jiran sebelah tinggal.
Dia pindah ke lorong belakang, sebab tuan rumah nak jual rumah katanya.

Majlis perbandaran dekat Tronoh nie, sampah dalam plastik hitam je yang dia kutip. 
Jadi, Linda pecah²kan lah sampah² tu masuk dalam plastik.
Sambil² incikSuami potong pokok tu.

Kerat separuh pokok dulu.
Penat juga lah gergaji pokok nie.

Akhirnya, hilang dah pokok nya.
Setelah bersusah payah.
Makan masa 2 hari juga lah.
Tapi, kitaorg buat petang jelah.
Lepas asar.hihihi.

Eh, Linda pun buat juga tau.
Tapi tu lah, takde orang amuk gambar Linda. 😂😂

Till then, see ya.

Monday, September 15, 2025

.: PROJEK PERTAMA :.

Assalamualaikum..

Sabtu sampai dah petang, dalam pukul 3petang.
Jadi kitaorg tak buat apa² pun.
Just rehat² je.

Esok nya Ahad, 14Sept, baru lah buat projek sikit².
Projek pertama, incikSuami nak alihkan plug dan tambah lagi.

Projek pertama
Plug asal dekat tempat yang mcm berlubang tu, bawah kabinet tu.
Lupa pula nak tandakan tadi.
Kami kan cadang² nak masak dekat area tu, macam tak logik la plug kat situ kan.

So, suami nak alihkan ke tepi sikit, dekat dinding tu.

Projek pertama 1
IncikSuami dah hulur wayar ke bawah.

Sambil² incikSuami buat kerja wiring dia, Linda mengemas lah barang² dapur.
Nak bagi kurang kotak kan.
Pinggan mangkuk keluarkan, periuk kuali keluarkan, sudu², cawan².
Yang mana tak guna sangat, kita simpan terus dekat paling atas, abang Mu'az lah yang tolong panjat².

Projek pertama 2
Sambil tu, Linda unboxing juga set pinggan mangkuk nie.
MIL bagi masa mula² kawen dulu, tak pernah guna, sekarang dah duduk menetap,baru lah boleh keluarkan dan guna.. Hihihi.

Projek pertama 3
Snap sikit, letak dalam blog.
IncikSuami tengah buat kerja.

Projek pertama 4
Alhamdulillah, siap.
Dari 2 plug, beranak jadi 4.
Nasib baik lah wiring sikit² gini incikSuami boleh buat.
Nie kalau upah orang pun, modal Rm300 juga kot.
Tapi, buat sendiri kan, incikSuami cakap 7 tahun baru siap..hahaha

Selesai projek pertama.

Till then, see ya.

Sunday, September 14, 2025

.: BALIK TRONOH :.

Assalamualaikum.

13 Sept - semalam, kami gerak dari Selayang ke Tronoh.
Nak balik ke rumah sendiri, banyak projek nak buat nie..
Keluar tol Rawang pukul 10pg, sampai pukul 2.30ptg.
Boleh tahan heavy traffic, RnR semua penuh.
Dekat RnR Tapah je lapang sikit, berhenti juga, sebab tak tahan nak terkucil.

Kejap laju, kejap perlahan.
Banyak juga geng geng motor konvoi.
Manfaatkan hari cuti agaknya.

Konon nak ambil gambar air terjun.
Asyik lah terlepas je, sebab tak teringat sebelum RnR Simpang Pulai atau selepas nya.
Linda keluar ikut tol Gopeng.

Berhenti dekat RnR Tapah, pergi tandas.
Lepas tu isi minyak dekat Petronas, nampak produk ni.
Linda pun ambil lah,nak cuba.
Sedap, kalau dingin lagi sedap.
Rase manis pandan gula Melaka tu.

Alhamdulillah, sampai dah Kelantan..
Ehhh ..hahaha .
Nie Kota Bahru dekat Gopeng.

Alhamdulillah, selamat sampai.
Nanti kita share projek² dekat Tronoh.

Till then, see ya.

Tuesday, July 1, 2025

.: LONG WEEKEND :.

Assalamualaikum.

Kisah long weekend..Linda rangkum je,sebab gambarnya seciput seciput.

Sabtu, 28.06.2025

Pagi pagi kalut nak bergambar dulu.
Pergi mana?

Hantar adik bongsu pergi kerja.
Sebab nak bawa balik motor kak mas dekat ofis.
Naseb baik tempat kerja sebelah sebelah je,walaupun bos lain lain.

Balik rumah,siap siap, nak pergi kenduri dekat Setiawan.
Singgah dulu Teluk Intan, nak amik kunci rumah dekat pejabat pemaju.
Defect dah siap baiki.
Singgah tengok sat.

Siap buat lubang dekat porch nie.
Lupa nak masuk defect,naseb baik yang tukang nie pandai.
Baru lah air boleh keluar,kalau tak berlumut tang simen tu.

Ikot highway, 45min sampai.

Ada gambar kak mas je.
Kenduri dekat Bandar Baru Setiawan Perdana. Dua pupu buat kenduri kawen anaknya.
Adik Linda yang Izhar tu, beli rumah kat sini juga, tapi belum nak balik Perak lagi.

Ahad, 29.06.2025

Ada orang datang ukur ukur pula.
IncikSuami cakap nak buat loteng, tapi syiling tak tinggi sangat, so buat loftbed je.
Linda tak pernah survey2 harga, incikSuami cakap, full package dekat 7ribu juga. 🫥🫥
Kecik je pun ruangnya.

Setel itu ini, lepas asar juga lah kita gerak dari Tronoh nak balik Selayang.

Jem dekat susur keluar Gopeng. Orang nak lari dari jam highway, ikot jalan dalam.
Yang kita, sanggup nak harung jam.. 😅😅
Linda ingat incikSuami nak ikot jalan lama je,rupanya nak ikot highway.

Buah mula,smooth je..
Lepas tu jam kome.
Berenti rehat RnR ulu bernam dalam pukul 8malam, solat siap2..
Gerak dalam pukul 9malam.
Sampai Selayang almost 11pm.
Itu pun susur keluar Rawang.
Kalau Rawang S (dekat Gamuda tu), mau dekat pukul 1pagi baru sampai.

Alhamdulillah,selamat sampai rumah.
Penat hadap jam je.

Till then, see ya.