Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label lovuydobbu. Show all posts
Showing posts with label lovuydobbu. Show all posts

Wednesday, December 17, 2025

.: 14 TAHUN :.

Assalamualaikum.

17.12.2011 - 17.12.2025
Selamat hari kita yang ke 14.
Semoga kita sama² menua.
Ke Jannah bersama.

14th of us
3tahun kenal, 14tahun menyulam kasih.

Semoga rumah tangga yang kita bina, mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT..aamin.

Till then, see ya.

Wednesday, September 24, 2025

.: KEJUTAN HARI LAHIR :.

Assalamualaikum.

lagi entry birthday suprise.
linda tak pasang impian tinggi pun dapat hadiah birthday dari incikSuami tahun nie.
sebab dah banyak incikSuami bagi linda hadiah tahun nie.
Bling-bling kat Sini
tablet dengan phone kat Sini dan Sini

Alhamdulillah rezeki dia pencen, dan rezeki bersama susah senang... ehhh..
tahun depan, senyap-senyap je lah, sebab duit dah habis.. hahaha.

pagi sebelum gerak balik Tronoh, linda saja usik incikSuami tak dapat hadiah ke?
anak 4 semua dapat G shock tahun nie, ayah dia kasi.
takkan lah isteri terchenta nie tak dapat.
incikSuami buat tak tau je.

kita pun sambung la kemas barang-barang, ke depan belakang, keluar masuk bilik.
tengok-tengok atas meja ada nie.

TARA - pandai pula incikSuami kasi suprise lagi.
walaupun ayat biasa je, tapi jarang incikSuami tulis isteriku tu.. hahaha.
tahun nie takde pulak ucapan birthday dekat medsos dia.
haaa, memang begitu lah dia.
eh, wasap kita pun tidak untuk ucapan birthday, memang semata dekat plastik hadiah tu je lah.hahaha

buka plastik, dapat handbag baru.
mahal ke murah belakang kira, janji tanda ingatan tu.

eh eh,, buka dalam ada kotak juga 😍😍

Alhamdulillah, ada juga rezeki linda.
ingatkan kira setel dah jam tangan bahagian linda dekat sini.
rupanya ada yang lain.

Alhamdulillah, atas rezeki yang tertulis untuk linda.
tak sangka juga sebenarnya, sebab...
awal bulan September tu, incikSuami dah belikan kasut sukan.

nie la kasutnya.
sebab dia pun tengok isteri dia takde kasut sukan..
yang itu lah pakai berjalan, yang itulah pakai buat briswalk.. hahaha..
jadi, dia suruh linda pilih dan belikan.
 so, dah redha je kalau nie hadiah birthday nya..
rupanya, ada lagi, Alhamdulillah.

terima kasih banyak2 incikSuami.
moga murah rezeki selalu. Aamin.

till then, see ya.

Tuesday, August 12, 2025

.: MAN OF THE HOUSE :.

Assalamualaikum 


Alhamdulillah...orang cakap linda cuci kaki je lepas kahwin, barang² asas rumah semua IncikSuami dah beli...
Tak mewah,cukup untuk kami sekeluarga..apa pun yang jadi sepanjang 13 tahun perkahwinan kami, biar jadi kenangan, pengajaran..moga² ikatan perkahwinan ini kekal untuk selamanya...can't say more..cukup lah awak tahu betapa sayangnya saya pada awak..


Till then, see ya.

Wednesday, July 23, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 18/25 :.

Assalamualaikum.

tiba-tiba hari nie baru terjebak nak edit gambar dengan chatGPT nie.


hat nie sebab sopan kan, nampak macam dah berumur je masing-masing... kikiki





hat nie nampak macam muda mudi pula.


till then, see ya.

Tuesday, December 17, 2024

.: 13 TAHUN BERSAMA :.

Assalamualaikum

maka berakhirlah GA 13th Anniversary by Linda
Alhamdulillah, terima kasih yang sudi join..
nanti linda umum pemenang ya..

17.12.2011 - tarikh sah bergelar suami isteri
alhamdulillah, 13 tahun dah berlalu dan masih menjadi isteri kepada orang yang sama. semoga berkekalan hingga ke jannah.

paling sweet boleh pergi
terima kasih menerima di saat ku hanya pandai menggoreng ikan,
terima kasih menerima di saat ku hanya mampu mengemas rumah bila rajen,
terima kasih menerima di saat ku tak bekerja,
eh, banyak lagi lah terima kasih nya.

sebab ku tahu ku memang tak seperti isteri sempurna yang terlihat di kaca Tv dan muka buku.
aku hanyalah aku.
yang terkadang berangin , yang terkadang melenting, yang terkadang merajuk (tapi nie jarang, sebab bila merajuk, sakit hati lagi, sebab laki ku tak tau pun ku merajuk) 😂😂

okei..enuf with ayat yang konon2 sweet.
kang baca balik, rase geli pulak kerongkong nie.. hahhaa

layanz je lah gambar kitorang yang dari tahun 1- tahun ke 13 nie
moga banyak lagi tahun yang mendatang bersama

-majlis dekat rumah linda-

-MMR, nak balik selayang, sambutan raya haji dekat kem-

-MMR, gambar dari risik-

-5 bulan lepas tunang, baru jumpa dan nak p amik gambar acah-acah pre wed-

-dulu kurus bersama, sekarang gemoks bersama-
baru lah sehati sejiwa..hahaha

-dekat teluk batik, masa nie anak 4 dah-

sebelum kawen, incikSuami pernah hantar nie dekat Linda
tengok msg nie, mcm terpukau

"wow, memang sesuai lah dia nie jadi suami, kena kahwen nie"

tapi, lepas kahwen, baru ko tau apa itu erti penyesalan...hahaha

apa-apa pun, mana ada rumah tangga yang tak dilanda badai.
cuma nya badai kecil @ badai besar je.
apa-apa pun, doa usaha..
mana ada orang kahwen nak bercerai berai.
apa yang berlaku semua ada hikmahnya...
semoga rumah tangga kita semua sentiasa dalam Redha Allah, insya-Allah bahgia ke jannah..aamin

till then, see ya

edited - penyertaan selagi mana masih dalam tarikh 17/12.. linda terima ya...mai2 cepat sape lagi yang nak join GA linda...

Friday, December 13, 2024

.: GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY :.

Assalamualaikum

tanggal 17/12/2024 nanti cukup lah 13 tahun tempoh perkahwinan kami.
Alhamdulillah di kurniakan 4 orang anak sebagai penerus keturunan.
semoga keturunan kami menjadi mukmin yang sejati, berjaya dunia akhirat, Aamin

Semoga rmahtangga kami mendapat keberkatan daripada Allah,Aamin


so, di  kesempatan ini..
linda nak buat GiveAway lah..

tempoh GiveAway 7 hari je
11-17 disember 2024

simple rules -

1-buat entry (common kan?)
2-drop link dekat entry nie (senang nak BW balik)
3-meh folo Linda (sape yang belum folo)

tak fikir lagi nak pilih berapa orang yang bertuah.
nanti linda fikir ya..

till then, see ya


update senarai peserta

1- sis Roziah aka Cie

2- sis nieza

3- kak Sheila aka Ammi

4- kak Puan Hazel

5- syuhada

6- ejulz

7- kak MA

8-fairus

9- Nieyl

10- kak SA

11- tarmizi

12- CCL (kita kira juga lah walaupun kata dah tutup penyertaan, tapi masih 17.12)

13- SR

Friday, November 22, 2024

.: HAPPY BIRTHDAY, HUSBAND :.

Assalamualaikum


Semoga sihat-sihat selalu, murah rezeki. 
bertambah keimanan seiring bertambahnya usia, dan sebenarnya bertambah pendek waktu kita di dunia ini.
jadi manfaatkanlah sebaik mungkin. Aamin

till then, see ya.

*cerita tahun 2023*

 

Tuesday, October 15, 2024

.: SALAM TAKZIAH :.

Assalamualaikum

pagi tadi dengan incikSuami, linda scroll fesbuk
terjumpa berita nie

-semoga dipermudahkan segala urusan mangsa dan keluarga mangsa-

cerita dia, linda tak kenal pun siapa mangsa
tapi, pernah berada dalam situasi itu, dimana setiap hari travel sesubuh hari untuk ke tempat kerja
linda drive kereta sendiri
setiap hari sebelum 6.30 pagi kena keluar dari rumah, untuk nak sampai sebelum pukul 8 pagi
itupun ngam-ngam thumbprint pukul 8 pagi, paling awal pun 7.55 pagi
jadi ,linda faham perasaan itu
dengan jalan gelap, kita takkan nampak apa yang ada dekat depan kita
nak-nak kalau lalu jalan kampung macam nie
traktor, kapal korek , motor, dah dekat baru nampak diorang
lampu takde, kalau ada pun comey ngatt
dan linda pun pernah eksiden OTW pergi kerja
Alhamdulillah, takde kecederaan serius, yang serius nya kereta

yang jadi tiba-tiba geram bila incikSuami cakap "haa, tengok henset lah tu"
terus linda marah, sebab kita pernah dok dalam situasi tu
tak sempat nak tengok henset, sampai ofis baru nak tengok henset

terus linda termarah tadi "abang tak pernah lalui, hari-hari ulang alik subuh-subuh, nak kejar thumbprint lagi, itu lah yang isteri nie lalui dulu"
fuh, terus seketui linda nie emo
ok, memang dia dulu kerja teruk, askar kan..
tapi tetap, balik kerja layan diri sendri je..
kita balik kerja nak layan anak-anak lagi, nak masak lagi, nak sedia itu ini lagi
waktu PJJ, semua buat sendiri..
anak 4 orang , kita jaga dari kecik sampai besar...
incikSuami memang ada dengan dedek je..
sebab tu sekarang, Linda tak jaga sangat dedek tu...hahaha
apa-apa linda suruh incikSuami yang uruskan...

kadang-kadang sedih, bila suami sendiri tak faham apa yang kita lalui
tapi, malas nak amik port..
biasa lah tu kan, suami kita memang jenis tak tahu bab-bab nak memujuk hati isteri, haaa gitu lah ibaratnya
tapi, dari nak fikir teruk-teruk, bukannya dia tak bertanggungjawab pun
kerja rumah , kalau dia free, memang dia yang buat
kalau linda pesan suruh beli barang basah, memang dia akan bersihkan siap-siap sebelum simpan dekat peti..
kemas rumah, sidai , basuh baju..incikSuami buat je
cuma, failed tang nak beli jiwa isteri je lah..hahaha
tapi, kita anggap lah dia sedang beli jiwa dengan buat semua kerja rumah..
Alhamdulillah untuk itu..

sebenarnya, banyak bermain dengan emosi kan
jadi, bergaduh , terungkit tu memang selalu
tapi, takde lah sampai teruk sangat bergaduh nya..
lidah pun sering tergigit, inikan pulak hubungan suami isteri kan

apa pun, semoga semuanya baik-baik je, dipermudahkan urusan, dipanjangkan jodoh linda dan incikSuami...aamin

till then, see ya

Friday, October 11, 2024

. : NGEDATE JAP :.

Assalamualaikum 

Manfaatkan lah cuti walaupun sekejap..
Lepas hanta kids ke sekolah KAFA, linda cakap ngan incikSuami.. 

"terus lah pegi Aeon Kepong" 

Tekak teringin nak makan nie.. 
Tapi, tulah.. Tak sesedap dulu
Boleh lah buat lepas gian.. 

Lepas tu, jalan jalan lah cuci mata dalam Kaison

Nampak cermin, jom lah wefie.. 
Buat kenangan, memang tak bersiap nak keluar pun... 

Tak reti betul nak berposing nie

Tengok-tengok langsir.. 
Kot kot nak beli untuk rumah baru ke.. Hihihi

Cuci mata je, tak beli apa-apa pun.. 
Lebih kurang pukul 4, kitorg pun gerak balik.. Terus ambik dedek, dan tunggu kids kat sek KAFA pulak... 

Till then, see ya

Wednesday, September 4, 2024

. : WORDLESS WEDNESDAY 27 :.

Assalamualaikum 

Renyeh sampai tak nampak mata... 
Galak ngat ahhh... Hahaha. 

Sekarang fasa tengah berdamai dengan incikSuami... 😂😂
Bakal YB.. Kena jaga elok2... 
Mana tahu ada orang nak belanja grill dekat rumah kita kan?? Hahaha

Till then, see ya

 

Wednesday, May 29, 2024

.: HONEYMOON LAH KITA :.

Assalamualaikum..

memandangkan semalam 28.05.2024, Linda memang ambil cuti..
sebab ingtkan balik dari penang hari Selasa..
rupanya hari isnin malam dah bertolak
jadi hari selasa kita golek2 je lah dekat rumah, smbil mendobi baju bajan

sesi pagi IncikSuami ada kelas
jadi petang-petang tu, linda ajak incikSuami tengok wayang
lama nya tak berdating berdua dan tengok wayang..hihihi
kebetulan anak4 semua ada kat kampung
honeymoon lah ibu ayah 2,3 hari nie...

punya lama tak datang
nak beli tiket wayang pun pakai mesin layan diri je
linda tengok wayang dekat Tgv aeon Kepong je
nak tengok kat Selayang Capitol pun boleh je, tapi takde tempat nak cuci-cuci mata kang..hihihi

linda pilih cerita Vina, Sebelum 7 hari
memang nak tengok sangat
dapat jugak tengok
review cerita tu nanti dekat next entry ya

sebelum masuk hall, kita selfie dulu
pilih seat kedua paling atas, sebab kerusi couple..
hahhaa, baru lah boleh feeling-feeling 😂😂

tapi besar jugak seat bila jadi kerusi Couple nie
kalau bawak anak, boleh jimat duit tiket..hihihi
duduk share-share

till then, see ya

 

Sunday, May 26, 2024

Thursday, May 9, 2024

.: AL-FATIHAH UNTUK ABAH :.

Assalamualaikum 

Dah 2 tahun FIL dijemput Ilahi.. 
Entry SINI

Pertama kali sepanjang linda berkahwin, linda nampak muka incikSuami macam nie.. 
tengok gambar je pun dah sebak

"semoga Allah hadirkan kekuatan dalam diri awak untuk hari-hari yang mendatang, Aamin" 

apa yang incikSuami pendam, Linda pun tak tahu
jujur cakap, kitorg tak macam pasangan suami isteri yang lain kot
ada pillow talk, heart to heart bagai...kikiki

mana sempat nak pillow talk, letak je kepala kat bantal. terus hanyut... hahaha
nak menyembang time tengok TV?? anak-anak pun, dan dan kalut jugak nak menyembang time tu..
kadang-kadang sampai berbincang dalam wasap je 😂😂

yelah, masing-masing dengan cara tersendiri kan
insya-Allah selagi diperlukan, Linda akan selalu ada

till then, see ya

p.s - Al-Fatihah untuk arwah abah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, aamin.




 

Wednesday, May 1, 2024

.: RAYA KE EMPAT KAMI :.

Assalamualaikum

sambung raya ke-4 (13/4/2024)

adik ipar nak gerak balik penang dah
cuti dah habis
kitaorang pun gerak p beraya ke kampung (Titi Serong, Perak)

selfie sikit

satu dengan incikSuami
dekat rumah pusaka arwah tok dan tok wan
sekarang pakcik Suami (pak tam & mak tam) yang duduk situ

abang Mueez je nak layan ibu...

sekali mak tam kabo ada kenduri kawen rumah saudara
MIL linda tak perasan pulak ada jemputan
jadi, konvoi lah kami ke rumah kenduri
rezeki lah dapat makan lauk kenduri

bunga telur jenis nie lama tak nampak

lauk kenduri belah-belah kampung incikSuami
-daging kurma + ayam masak merah + kuah asam kerisik-
memang nie lauk kenduri
sedap sangat

habis kenduri, kami singgah beraya rumah Mak Jang pulak
lepas tu, terus lajak p umah Makcik dekat Kuala Kangsar
ok, jalan jem lah macam biasa..
sampai abang Mueez merengek2 dah penat dok dalam kereta

sampai rumah Makcik dalam pkul 8 malam
kena amik gambar kak M berkain blouse nie
dia yang mintak ibu belikan kain nie
nseb baik murah je..hahaha

dalam pukul 9 cmtu, gerak balik Taiping
sampai rumah terus anak-anak main bunga api
habiskan stok yang ada

Linda, masuk rumah..mandi-mandi, solat..
kemaskan baju sikit-sikit
esok nya nak balik Selayang dah
cuti dah habis... T_T

till the, see ya



 

Tuesday, March 12, 2024

. : KISAH RUMAHTANGGA :.

Assalamualaikum 

Berbalas whatssap dengan incikSuami.. 
Tunggu dia typing lama sangat

Padan lah pun
Nak mencari ikon tu yang lama

Tapi, tu gambar ikan buntal, bukan ikan kembong... Hahaha

Boleh lah incikSuami oiii
Tu pun kena kabor details nak ikan apa, nak udang, nak sotong

Kalau tak, mau dia beli ayam je.. Hahaha
Sebab nya dia tak masak, jadi tak tahu nak beli apa... 

Tapi, kalau kirim tu, boleh je dia belikan
Masa PKP tu, dia lah tolong beli barang2 semua, sebab dia kerja macam biasa.. 
Dah alang2 p kerja, singgah lah beli belah.. Hihihi.. 

Till then, see ya

 

Sunday, December 24, 2023

. : PERLIS PART 1 :.

Assalamualaikum.. 

CikpuanLinda dah smpai Perlis nih.. 
Selepas mengharung jem semalam.. X lalu ikot hgway.. 

Yg tu kita cite entry lain.. 
Gmbar dekat nset incikSuami x amik lagi.. 

P berjalan pasar pagi sat
Time nie baru boleh pegang tgn.. 
Anak2 semua dah jalan ngan makcikSepupu diorg... 

Nak sambung perjalanan p Padang Besar pulak.. 
Tak sah lah kalau p Perlis tak p Padang Besar...  Kan??? 

Till then, see ya


 

Thursday, December 21, 2023

. : ISTERI PERTAMA :.

Assalamualaikum 

Tak larat lah nak gelak.
Dari dulu hidup ku bermadu jaaa... 



Nie lah isteri pertama incikSuami... 

Masa incikSuami nk psg sunroof kt SilverCar dia... 
CikpuanLinda minta barang kemas... Hahaha

Masa tu incikSuami bru balik Dubai... 
Dengar2 dah dia nk psg sunroof... 
Eh eh eh... 
Kita nie yang tunggang langgang urus anak3 masa tu.. Ngan sarat mengandung no 4.. 
Masa dia p Dubai... 
Tiba2 SilverCar pulak yang dpt hadiah.. 
Mana aci cmtu... 😂😂😂

Akhirnya.. Dpt lah seutas gelang lipan.. Tp dah trade in lain, sebab dah sompek... Hahaha.. Ganas betul lah cikpuanLinda nie.. 

Tulah incikSuami kata, elok pkai tali kapal je.. Selamat... 
Kuang asam betoiii... 

Till then, see ya


 

Sunday, December 17, 2023

. : HAPPY 12TH ANNIVERSARY :.

Assalamualaikum... 

Penangan balik kampung.. Sampai lupa...
 Hahaha
Tapi takpe, incikSuami pun x igt benda2 nie.. Selagi kita tak wish dia, dia pun x igt.. 
Kang kalau kita wish 

"eh, hr nie ke?? 😆😆" 

Naseb baik lah bini nie dah kenal laki cmne.. Lntak ko lah bang... 
Jgn carik lain sudah...  😂😂

Dok baca komen kak Kin, baru igt.. 😂😂

Mekasih kak Kin ya... 

Jadi.. 

❤️ Happy 12th Anniversary ❤️
Semoga begitu... 
Semoga begini... 

Belum gaji lagi..
Xd nk celebrate bagai... 
Kita tgu nk p holidayz kan.. 

Ok lah tu.. Tahun nie 12th anniversary, kita p olidayzzzz... 

Love u always incikSuami.. 

Till then, see ya

 

Wednesday, December 13, 2023

.: DAY 28 - ABOUT LOVING SOMEONE :.

 Assalamualaikum


🐞 MENYAYANGI SESEORANG 🐞






ulasan paling selamat
tgok je gambar tu dan tafsir lah sendri yang mana bagus 😂😂

tp, selalunya tgok kat drama2
sebab syg lah, kdg2 kita lepaskan orang yang kita syg tu, sebab dengan kebahagian dia, kita turut merasa bahagia... gitttu

mcm biasa lah, bagi cikpuanLinda
dont give ur heart 100% for others, save for urself too
at least, kalau kita kuciwa, kita tak meroyan
sekiann...

till then, see ya

p/s - kredit to this entry, mcm2 cerita about marriage ad dalam nie, boleh lah buat baca2 kan

Tuesday, December 12, 2023

.: DAY 27 - SOMEONE INSPIRES U :.

 Assalamualaikum


🐞 INSPIRASIKU 🐞

kedua orang tua cikpuanLinda

yang nie rase nya, semua orang pun sama
sebaik dan seburuk mana pun
tetap orang tua kita yang pertama

apa2 mesti merujuk org tua
mcm cikpuanLinda, banyak belajar dari mak ngan bapak
nmpk mcm takde apa2
tp sebab kan diorg, kita jadi apa yang kita jadi sekarang

tak mampu membalas jasa mereka
hanya doa diberikan kesihatan berpanjangan..aamin


incikSuami 

sebab apa?
sebab boleh dikk 😂😂

mcm incikSuami, cikpuanLinda rase dia seorang yang sangat penyabar,
susah nak tgok dia naik angin...kikiki
sabar je ngan isteri yang potpetpotpet nie

lepas tu, jenis boleh berbincang
apa tak puas hati gtaw
incikSuami bukan lah jenis yang guna kuasa veto
tang situ cikpuanLinda paling bersyukur
sebab cikpuanLinda nie suka memberontak, hahaha
itu x kena..ini x kena

lepas tu, incikSuami pndai ngejas duit dia..hahaha
yang tu cikpuanLinda respek

cliche sgt kan jawapan cikpuanLinda.. 😅😅

till then, see ya

p/s - lagi skit je nak habiskan 30 hari..chaiyokk utk diri sendiri