Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label makanluar. Show all posts
Showing posts with label makanluar. Show all posts

Wednesday, September 16, 2026

.: LUNCH DATE @ 168 MALL, SELAYANG :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 4.5.2026 - lunch date sempena bakal berpindah ke Perak.

penuh makanan atas meja.

sponsor utama lunch linda hari Jumaat tu.
dari kiri, kak Mala dan kak Ju.
terima kasih banyak buat sis berdua, moga murah rezeki selalu.
rezeki yang tidak pernah dibayangkan.

minta tolong staff TCRS tolong snapkan gambar kami bertiga.
sambil makan, sambil sembang macam-macam.
nak sembang dekat pejabat, banyak telinga. hahaha
sembang dekat luar, baru la tenang-tenang aje.

hari sebelum tu, sis berdua dah datang pejabat, bagi linda hadiah perpisahan.
alahai, sedih dan terharu linda.
susah susah tau.
dengan kak Ju, suka sembang pasal anak. 
dengan kak Mala, boleh je sembang pasal apa pun.

terima kasih banyak atas bantuan dan tunjuk ajar selama 5 tahun ni.
tak lokek nak membantu, tak kedekut ilmu.
moga yang baik-baik je untuk sis berdua, aamin.

till then, see ya.

Thursday, June 11, 2026

.: KANTIN @ GOMBAK DEPOT, SRI GOMBAK :.

Assalamualaikum.

hari ni khamis kan??
kira boleh la ni jadi sesi Throwback Thursday.

tahun lepas, kalau ikut date dekat gambar tu , 27.09.2025 kitaorang pergi makan-makan dekat port Kantin JKR Gombak.


saja la nak rasa, macam mana tempat dan viral tempatnya.

ambil la gambar sebagai bukti dah sampai.

ni pintu masuk nya.

ada live band juga.

kak M dengan lampu rama-rama besar.

jom tengok order apa.

CKT abang Mueez punya

incikSuami beli nasi ayam kalau tak silap

view dari tempat duduk linda.
tak tau la bangunan apartment apa ni.
tapi meriah ha...yang duduk tingkat atas sekali tu.
adoi seram nya kalau tengok bawah.

ni abang Mu'az order.
dari kedai shawarma.

nie linda punya Aglio Olio.
Masin sikit kalau tak silap.

stail dia, sama macam port lepak yang lelain.
ada stall kedai makan pelbagai pilihan, order dan terus bayar.
kedai minum ada satu je.
 ada ruangan berbumbung di tengah kawasan stall stall.
ada ruangan open air di sebelah luar.
ada juga tempat gelongsor.
boleh la anak-anak main sambil ibu ayah makan.

rasa makanan, bagi linda not bad la.
tapi tula, sekali tu je yang pergi pun.. hahaha.
malas betul nak keluar malam-malam.

till then, see ya.

 

Sunday, June 7, 2026

.: BLACK CARAVAN, SERI ISKANDAR, PERAK :.

Assalamualaikum.

Rabu, 03.06.2026 - siang tu, terasa panas beno. Malam tu terasa dahaga pula. Ajak la incikSuami p lepak² dekat Black Caravan.


Antara yang top juga la untuk western dekat Seri Iskandar ni (pencarian Google).
Moh Lerr kita cuba.

Dek setia dengan chicken chop dia.
Kira belanja dedek makan sempena birthday dia dah lepas lah.
Sebab hari tu Wak Da (kakak ipar Linda), bagi duit suruh belanja dedek.
Jadi, kita gunakan lah.. hihi.

Jom tengok order apa je.

grilled chicken chop - incikSuami

Mushroom soup - kak M

Air pelbagai perisa

Crispy chicken chop - dedek

Details order. Nasib baik ambik screenshot dulu.
Sebab kita order sendiri guna QR, terus order sampai ke dapur, staff hantar makanan, sambil makan diorang hantar bil, siap makan, boleh bayar dekat kaunter.

Bil nya ngetor ngetor . Hahaha

Keseluruhan, boleh la.
Salutan crispy tu ada pedas² sikit, untuk orang dewasa ok la. Untuk dedek, dia tak tahan sangat.
Kuah black pepper cair, boleh la nak makan.
Mushroom sup pun cair, hirup gitu je tak sedap.
Memang kena cicah roti, boleh la g.
Kak M pun tak suka mushroom sup tu, dia letak sos black pepper atas roti tu.

Linda tak order makanan pun, rasa sikit² je dekat orang lain punya.

 

Thursday, November 13, 2025

.: NZ CURRY HOUSE @ WANGSA MAJU :.

Assalamualaikum.

11.10.2025 - dah sebulan entry ni terperam dalam draft.
sehingga linda publish dah 2x lah repeat sini.
macam wekeend ni nak pegi lagi je.. hihihi

rupanya, dekat area belakang amway Wangsa Maju tu je.
selalu juga Linda ke Amway tu.

dah banyak kali plan nak pergi, sebab nak cuba nan cheese.
nan cheese approoved.
besar, cheese banyak. harga murah juga dari tempat lain.
memang repeat sini je lah kalau nak makan nan cheese.

dedek makan nasi dengan ayam goreng.

abang Mueez makan nasi beriani.
dah 2x datang, pun dia cari beriani juga.

gambar nan cheese mestilah ada.
disertakan dengan kuah dhal.
tak boleh go pula dengan kuah nya.
kali kedua datang, linda minta kuah kari.
linda makan memang share dengan kak M.
tak boleh habiskan sorang-sorang.

besar nan cheese dekat sini.
RMSY pun kecik sikit rasanya. harga pun mahal sikit, kuah harga lain.
lepas tu, pernah makan dekat mamak depan UITM Selayang tu, boleh tahan la. tapi kecik sikit, harga lagi mahal weyh, dalam belas2 juga.
tapi, NZ punya lagi berbaloi lah.

masa gambar nie, total makan RM58 gitu.
nan cheese - 3 keping
yang makan nasi - 2
air - 6

teringin pula nak makan lagi..
sabtu malam nanti kita repeat lah.

till then, see ya.

Monday, November 10, 2025

.: BRUNCH AH CHENG LAKSA :.

Assalamualaikum.

26.10.2025(Ahad) - masa nie incikSuami balik Taiping, jadi linda kena hantar dan ambil abang Mueez dari kelas tambahan UPKK
hari ahad tu, ada satu kelas je, jadi 10.30 pagi dah boleh balik.
linda terus bawa abang Mueez ke Selayang Mall.
sebab takde bawakan bekal pagi tu, linda pun malas nak masak. hahaha

jom makan dekat Ah Cheng Laksa.
order Nasi Lemak Ayam Goreng dengan 2 air untuk linda dan abang Mueez.
total RM34.30

suka lah buat muka bila ibu nak ambil gambar.

tangan tu lagi laju, macam baby2 pula.
makanan dah sampai.

abang Mueez makan pakai tangan je.
linda lah kena koyak koyakkan ayam tu.
sebab panas kan.
itu pun abang Mueez makan tak habis, linda juga kena habiskan.
sambal dia tak kena tekak.
sebab rasa masam tu kuat sangat.
pedas tu tak rasa lansung.
stail Ah Cheng kot , rasa sambal tu.

selesai makan, balik rumah la.
buat aktiviti bebas dekat rumah.
abang Mu'az awal pagi tu, dah sarapan, jadi dia kenyang lagi.
petang-petang tu lapar, semua makan nasi segera je. hahaha
macam pergi travel pula.

till then, see ya.

Thursday, October 23, 2025

.: BANANABRO @ AEON ANGGUN, RAWANG :.

Assalamualaikum.

nie pun versi throwback.
25 Jun 2025 - waktu nie tengah MC yang baru lepas selesai prosedur keluarkan IUCD tu.

dah lama linda nak try makan dekat Bananabro.
tapi, kids tak reti nak makan macam nie, jadi ambil kesempatan MC nie, ajak incikSuami makan sini.

Bananabro dekat Aeon Anggun, Rawang.
pergi hari bekerja, takde lah ramai orang.
lepas hantar kids sekolah agama, moh la kita dua dating.

dekat daun pisang pun ada stamp nama kedai

macam makan dekat kenduri pasangan India pula.
makan atas daun pisang.
teruja betul rasanya.

yang nie memang dah dalam set.
ada nasi, kuah, papadom, petola goreng, acar timun(versi india) dengan sayur kubis tu.

add on ayam goreng dengan sambal udang petai.
ok, sambal udang tak berapa menarik, agak sejuk dan rasa ala-ala india punya masakan.
dah pergi kedai BananaBro, memang la kan.hihihi.
tapi, ayam goreng tu sedap, panas juga.

teh tarik lassi.
incikSuami ambil air manggo lassi.
tak ambil pun gambar nya.

total untuk dua orang makan RM73.55
memang kenyang, jenuh nak habiskan nasi.
nak sedut air lagi, makan lauk lagi.
bak kata incikSuami, sampai esoknya pun rasa kenyang lagi.. hahaha.
over tau mamat tu.

Alhamdulillah, dapat juga makan dekat BananaBro.
nak cuba lagi??
boleh je, cuba kalau wekeend tu, ramai je orang.
malas nak nunggu, kita g yang cepat dapat makanan je.. hihihi

till then, see ya.

Sunday, August 17, 2025

.: SUBWAY :.

Assalamualaikum.

Hari ni, awal lagi dah cakap dengan incikSuami malas nak masak.
Sebab lauk ayam masak lemak kuning semalam pun ada lagi sikit. 
Nasi pun ada untuk sorang makan lagi.

IncikSuami pun ok je, sekali. Lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan UPKK.
Terus dia ajak pergi Lotus Rawang.

Kak M dengan abang Mu'az tak nak ikut pula.
Pandai² la cari makan dekat rumah, bukannya takde makanan.
Ibu merajuk, tak nak tapaukan apa². 🤣🤣
Nak makan, ikot.

IncikSuami tanya Linda nak makan apa.
Ntah la, Linda tak rase nak makan nasi.
Jadi, Linda beli la Subway.

Inilah Subway nya.
Okay, pertama kali makan ye. 🤭🤭
Orang lain dah puluh² kali.
Cashier tu cakap, pilih je nak yang mana, nanti diorg kita je.

Jadi nie la isi nya.
Sekeping daging ayam, pepper, timun dengan tomato.
Sos cheese, thousand island dengan sos cili.
Alhamdulillah, merasa juga makan Subway.

Singgah jalan² dekat bahagian luar.
Ada pesta makanan Thailand, hari ni hari terakhir.
Beli buah potong, jajan dedek dengan minyak wangi yang botol kecik² tu je.

Eh, ni semalam punya gambar.
Pergi Hero Market dekat Selayang Mall.
Besar betul buah mangga, sekilo RM9.90.
Tak jadi Linda beli, sebab besar sangat.
Beli mata kucing dengan shine grape tu.
500g dalam RM5 lebih.
Sambar lah 2 pek setiap satu.

Habis lah hari Ahad, sambil selit² buat bunga telur.
Lagi 16 batang nak cukup seratus, tapi dawai kawat bulu warna purple habis pula.
Terbantut la kerja nya.

Till then, see ya.

Saturday, August 16, 2025

.: SEKOLAH - MAKAN - TANDA INGATAN :.

Assalamualaikum.

Jumaat (15.08.2025) - memenuhi jemputan guru² 🥰🥰 menghadiri hari bertemu waris SKSJ.
Dekat poster bermula 10pagi - 12tengah hari.
Linda mohon la keluar pejabat pukul 10.30 pagi.
Sampai sekolah, dah lengang, konon nak terus ke kelas abang Mueez, kak M di tingkat 3, baru lah turun ke tingkat 2 kelas dedek.
Sekali toleh ke kelas dedek, "eh,takde parents menunggu!! Tinggal dedek 3 orang je dalam kelas"

Result tiga orang tu?
Jangan risau, semua huruf dia tapau.
Harap² kedepan makin baik lah pencapaian nya.
Cikgu kata ada sekali lagi exam.
Moga dapat buat yang terbaik lah, InsyaAllah.

Jadi, ni saja lah gambar yang sempat diambil, itupun di kelas kak M, bila ada lagi parents yang tengah berjumpa cikgu.

Tak sempat menunggu pun di setiap kelas, masuk² je terus jumpa cikgu.
Rupanya, sesudah perhimpunan dan selesai bacaan yasin, pengawal keselamatan buka je pagar sekolah.
Terus diserbu oleh ibu ayah.
Tepat jam 11.30 pagi, dah selamat sampai di perpustakaan hospital Selayang.
Cc Adawiyah, ajak makan² di luar sempena hari last Biha.

Dari kiri - Cc Adawiyah, Linda, Biha dan Kak Zu.
Cc sebagai penyelia kami bertiga la.
Alhamdulillah, Cc belanja makan, moga murah rezeki Cc ya..aamin
Terima kasih Cc.

Awal pagi ,sebelum keluar ke sek anak, Biha dengan kak Zu mai pejabat Linda.
Wefie sikit sebagai kenangan.

Biha bagi tanda ingatan sikit.
Terima kasih Biha.

Close up sikit..
Warna pink juga, tak lari ni.

Semoga Biha sukses di tempat baru, dipermudah segala urusan..
Ada rezeki kita ngupi² di Manjung ya.
Tak jauh dah tu.

Till then, see ya.

Sunday, August 3, 2025

.: CERITA SABTU :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 2 Ogos 2025

Abang Mueez punya bekal ke kelas tambahan UPKK.
Dah bermula kelas tambahan daripada minggu lepas.

IncikSuami yang hantar ke sekolah pagi tu.
Linda dah keluarkan ayam,tapi tak jadi masak.
Sebab nak ajak incikSuami keluar terus lepas ambil abang Mueez balik dari kelas tambahan.

Port biasa, TF Value Mart dekat Batu Caves tu.. hihi.
IncikSuami nak beli jajan² sikit, sebab dia ada event kereta esoknya ( hari nie lah, Ahad, 3 Ogos).
Linda tak ikut pun.

Habis beli barang,singgah foodcourt, nak basahkan tekak.

Order mango longan.

Abang Mueez dengan ABC, tapi isi nya tak makan.
Lepas ni kena order ais kepal je lah.

Sebab masing² tak tahu nak makan apa, linda order lah western food.
Kongsi² lah makan.

Dapat fish fillet pula.
Padahal order chicken chop.
Tu masa ambil, pelik tengok ada 2 pcs, tapi dah yang jaga kaunter tu kabo ini order Linda.
Angkat je lah.

Order juga spageti Bolognese.
Linda makan sikit, lepas tu paksa incikSuami habiskan.
Meatball Linda tak suka sangat.
Kalau bebola ayam, suka lah.

Geram je masa order air, Linda dah order dan bayar, ke tepi lah sedikit untuk tunggu air dan bagi laluan orang belakang order pula.
Tapi, orang belakang tak sabar ye gais..
Dihimpit nya kita, lepas tu tak bayar lagi, tiba² dia dapat air dulu.
Eh, geram pulak kita.
Memang cakap kat adik kaunter tu "eh,akak order dulu,siap dah bayar, kenapa customer lain dapat air dulu?"
Terkebil-kebil budak kaunter tu, sorry lah dik ye..akak geram.

Susah sebenarnya jaga kaunter,akak faham dik..hihi..
Akak pun pernah jaga kaunter bahagian FnB ni.
Belum lagi, dapat customer yang kabo "tak sama macam dalam gambar pun"
Kalau nak balas, bergantung pada nada customer, kalau dia pun macam berlagak, Linda pun kasi lah sedas dua.
Kalau nada dia bergurau, Linda balas lah gurauan.

Till then, see ya.