lovvu Dobbu

Showing posts with label sukasuki. Show all posts
Showing posts with label sukasuki. Show all posts

Wednesday, September 10, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 22/25 :.

Assalamualaikum.

Dari ini

Ke ini 

Dah macam suster ngesot pula Linda tu. Hahaha.

Done ikut trend.

Till then, see ya.

Monday, September 8, 2025

.: ANOTHER TIPS FOR GA PV 200,000 :.

Assalamualaikum.

Another concern pasal tak nampak PV punya numbers.

Untuk blogger PH dan yang lain-lain juga.

Kalau buka blog pakai telefon.
Memang dia akan keluar mobile version.
Which is, tak ambil banyak masa untuk loading.
Linda pun selalu blogwalking guna telefon je. Mudah nak baca entry sambil golek² atas toto... 🤭🤭


Untuk tengok PV, lepas habis baca entry.
Dekat bawah tu ada tulis view web version(nie based on Telefon Linda yang Android nie, kalau telefon yang canggih² tak pasti pula Linda).
Boleh tekan tu, nanti dia akan keluar paparan macam kita buka dekat laptop.
Haa, masa nie, tengok dekat PV tu, mana tahu mengena kan?.

Tapi, jangan risau, blog Linda biasa² je..
Habis bulan September pun, mesti tak capai lagi 200k.. Hihihi.

Apa pun, chaiyook ya everybody.

Till then, see ya.

Sunday, September 7, 2025

.: KEMASKINI MAKLUMAT GA :.

Assalamualaikum.

Mesti ada juga yang tertanya² macam blogger NA kita nie.

Kalau terlebih 1, 2 nombor dalam GA PV 200,00 masih valid ke?

Jawapannya - ya masih valid, Linda akan pilih 2 pemenang yang paling hampir @ tepat 200,000.

Apa-apa, jangan lupa cuba tau..
Captured je PV tu bila sampai masanya.
Mana tahu rezeki kan.

Till then, see ya.

Thursday, September 4, 2025

.: PINK TULIP :.

Assalamualaikum.

Fuhh, dah sebulan cikCha dok tanya pasal white tulips.

Pertama kali tanya.

Kali kedua request.

Eh, tak boleh jadi, kena gather kerajinan untuk cuba buat tulip.
Leceh sikit, sebab kena guna gam untuk satukan kelopaknya.
Tu yang malas sebenarnya. Kikiki.

Tapi, Linda takde warna putih, kita cuba warna pink dulu ya.

Siap kelopak dan daun.

Masa untuk cantumkan dia.

Siap, tulip gemoks.. 😂😂
Dah macam pod untuk biji teratai tu ha..
Bulat je.

Cantumkan jadi sepohon pokok.
Boleh tahan, cuma kalau nak kurus sikit, pakai 3 kelopak je kot.

Close up sikit.

Alala, comel pulak nampak bulat² gitu.
Amacam cikCha, lulus tak?
Pape roger Linda, (tekan je sini).. kita try roger awak, tapi tak dapat.

Till then, see ya.

Wednesday, September 3, 2025

.: BERBUAH JUGA :.

Assalamualaikum.

Berbuah dah pokok jambu dekat taman segi tiga Bermuda asrama nie.. 🤭🤭

Comel² je.

Banyak juga nie.

Tak tahu lah jambu apa.
Macam jambu air, tapi comel je kecik haa..

Setelah 3 kali pokok jambu nie belajar berbunga.
Akhirnya, lekat juga bunga nya jadi buah.

4 tahun usia pokok nie.
Pengarah tanam hujung tahun 2021.
Masa tu sebab go green kot.
Tanam dekat kawasan asrama, sebab sini je yang ada tanah lapang.

Tu ha pokok jambu je.
Kecik je.
Nie Linda ambil dari asrama je, malas pula nak turun balik.

Yang untung nya Linda lah, boleh makan buah.. 😂😂

Till then, see ya.

Tuesday, September 2, 2025

.: GA PV 200,000 :.

Assalamualaikum.

Sempena bulan birthday Linda.
Nak buat GA suka suka lah.
Mencari pemenang yang dapat Captured PV 200,000 blog Linda.

Setakat Linda screenshot tadi.
PV nya 173,363
Ambil masa nak capai 200,000 tu.
Sebab blog Linda kan biasa² je..hihi..

Apa pun, Linda mulakan GA dari hari ini.
Kalau mobile version tak jumpa tau PV nie.
Kena rajin tekan website version tau.

Nanti Linda pin kan juga entry nie dekat tepi, biar rajin² kerling sikit.

Dapat je PV 200,000 tu, terus Captured dan send bukti dekat Linda ya, link dekat bawah.

Till then, see ya.

#dulu pernah buat GA PV 10,000.

Saturday, August 30, 2025

.: HADIAH GA SAHAM AKHIRAT :.

Assalamualaikum.

Petang semalam tengah buat kerja dekat aras 5, main building hospital.
Tiba² dapat wasap kata ada parcel sampai.
Dok fikir lah, ku beli barang apa.
Yang ada beli barang, pakai alamat rumah, nie alamat pejabat.

Dok mikir masa dapat wasap nie.

Sampai pejabat, ambil parcel tengok alamat penghantar "Wafiy Collection".
Ahh, baru teringat hadiah GA mencari saham akhirat kak Notie.
Cepat betul sampai nya.
Terima kasih kak Notie.
Linda pernah juga beli kain pasang dengan Wafiy Collection,kalau time live boleh gila.
Rasa nak lock semua. Hahaha.

Bawa balik, dekat rumah lah baru Linda unboxing.

Dapat warna pink.
Sama warna dengan uniform.
Alhamdulillah,cantik..hadiah kan, haruslah suka.

Acu terai kejap.

Sulaman dia pun lawa je.
Bertambah lah koleksi telekung yang ada.

Tapi,yang lagi bestnya.
Terasa macam dapat hadiah birthday, sebab tak lama lagi nak sampai dah birthday Linda. 😍😍

Terima kasih sekali lagi kak Notie, moga dimurahkan rezeki selalu.
Dimakbulkan hajat, niat kak Notie.

Till then,see ya.

Friday, August 29, 2025

.: SHOPPING - REPEAT :.

Assalamualaikum 

Hari nie,ada jualan lagi dekat hospital.
Tapi, lewat sikit Linda pergi jenguk.
Bawa dedek pula ke klinik staff.
Tumbuh kudis-kudis dekat area hidung dan mulut.
Macam macam dah kering,tapi esok nya tengok bertambah dekat tempat lain, lepas tu ada macam air bisa tu pula.
Risau pula kot kayap ke,kudis buta ke.
Alhamdulillah, doktor cakap macam jangkitan kuman biasa je, doktor bagi cream antibiotik.
Kalau masih tak reda, selasa kena repeat balik lah jumpa doktor untuk follow up.

Lepas tu, shopping lah kita.
Banyak betul beli ni.
Hangus juga lah RM70.
Bahaya betul. Hahaha.

Repeat ???
Apa yang Linda repeat??

Cerita Korea nie.
Siapa yang tahu tu, memang peminat sejati lah K-Drama.
Macam takde cerita baru yang best untuk di tonton, jadi Linda repeat lah drama nie.
Worth it sangat, macam² pengajaran yang ada.

Semoga weekend panjang anda semua berjalan dengan lancar.Aamin.

Till then, see ya.

Monday, August 25, 2025

.: GIVEAWAY MENCARI SAHAM AKHIRAT :.

Assalamualaikum.

habis ronda-ronda asrama, hilangkan lelah dengan blogwalking jap.
nak minum air tak boleh, niatnya nak puasa ganti hari ini, InsyaAllah.

sedang bebrlogwalking, nampak sis Notie up giveaway suka-suka

menurut nya - Masa sedang mencari barangan apa yang sesuai tiba-tiba teringat di Wafiy Collection juga ada menjual telekung. Dan kebetulan pulak Mem besar Yatie Sulaiman pi vietnam mencari koleksi kain baru dan telekung dari Vietnam. Hah ni kiranya sapa yang dapat fresh dari vietnam ye

jadi, jom la kita join meramaikan lagi.,
mana tahu rezeki, dapat lah jadi hadiah birthday untuk diri sendiri yang bakal menjelang tak lama lagi (hihihi, perasan betul).


Syarat-syaratnya adalah jeng jeng jeng. Tak susah lah kalau nak join.


1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen.

2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.

3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadian lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.


pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat.

gitu, moh2 cepat join GA nya..

till then, see ya.

#elok nampak GA nie, sebab tengah blank nak buat entry apa hari nie. hihii

Sunday, August 24, 2025

.: FINISHING BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum.

Kerjaan di hari sabtu.
Lepas hantar abang Mueez ke kelas tambahan UPKK.
Linda pun ambil posisi yang selesa, untuk menyiapkan langkah terakhir untuk bunga telur (walaupun tak cukup lagi 3 batang 😁)

Inti bunga linda potong, bagi pendek sikit.

Gam jangan lupa on, nanti tak cair pula gam nya.
Gam nie sepanjang berkraf tangan nie, banyak kali beli.
Sebab nya dia tak panas dah.
Tak tau lah kenapa.

Nak buat apa dengan inti bunga?
Nak letak kat bunga la, biar nampak berseri sikit.

Sebelum letak inti bunga.

Selepas letak inti bunga.
Nampak la comey sikit.
Ye dak?? Hahha.

Berhenti rehat bersam kopi ais family mart.
Balik ambil abang Mueez, singgah beli la sekali.
Abang Mueez dengan abang Mu'aaz dapat aiskrim Mixue.

Penuh dah satu kotak.

Dari 10 pagi sampai 9 malam, siaplah 97 batang bunga.
Hahaha.. lama betul nak siap.
Ye lah, selingan banyak.
Nie pun, ada abang Mu'az dengan abang Mueez je dekat rumah.

Adik-adik dengan incikSuami balik Taiping, tu yang boleh siap juga..
Kikiki.

Next project, Biha kata nak order untuk majlis kahwin adiknya.
Tapi, warna tak beritahu lagi.
So, boleh la santai-santai dulu.

Till then, see ya.

Friday, August 22, 2025

.: MENYALA ABANGKU :.

Assalamualaikum.

berkongsi kegembiraan di dalam blog.

boleh saing-saing lah dengan kete adik lepas nie.
dianya warna biru.

abang Mu'az response status ibu.

tengok dari jawapan ibu.
bukan rezeki kita nak berkereta baru la ye abang Mu'az.
tunggu ibu pencen kot baru beli kereta baru. hahaha
Alhamdulillah dengan rezeki yang ada sekarang nie.

jadi, kereta baru siapa tu??
kereta baru bapak Linda.
bapak jual Toyota dia, beli Ativa pula.
adik Azam cakap, bulan-bulan 500 lebih, ikat 7 tahun.
agak-agak bape ribu bapak linda kuarkan deposit.
kaya wak Miswan nie. hahaha

till then, see ya.

Monday, August 18, 2025

.: RONDA IKEA :.

Assalamualaikum..

Lamanya peram kisah nie dekat draf.
Kalau tanam pokok cili, dah ada hasil agaknya.

Ceritanya, lepas jual minyak terpakai kat sini.
Kami terus ke IKEA Damansara kot.
Yang dekat dengan Selayang, dalam 30-40min dah sampai.

Masalah sekarang nie,parking semua dekat basement.
Dapat incikSuami,dia yakin je..hahaha.

Oklah jauh lagi dari bumbung roofbox tu.
Setakat dah pasang roofbox nie, lepas je nak masuk basement parking mana².
Tapi, Selayang Mall tak berani, sebab memang nampak rendah sikit.

Pertama kali masuk IKEA, ok agak cewi lah kat situ. Hahaha.
Jom tengok gambar.

Yang nie dekat pintu masuk gedung dia.

Alahai, geram pula Linda dengan almari cermin nie.

Dalam dia, yang nie material dia plastik je.
So,harga below 100 lah.
Kalau yang stainless steel,memang 100 ke atas.

Sambil sambil tu, posing sikit.

Dek hari tu jadi ustaz, elok pula berkopiah dia.
Merayau dalam tu, hampir 3 jam.
Tu pun cepat² jalan, sebab anak-anak dah mengadu lapar dan penat. Hahaha.
Ibu tak sempat nak explore habis-habisan.
Sebab nya, ntah bila lagi nak masuk IKEA nie. 🤭🤭

Tapi, keluar bukan dengan tangan kosong ye. Hihi

Hasil menuai dalam IKEA.
Jerung tu dedek punya.
Panda kak M punya.
Jam dinding tu abang Mu'az kata nak letak dalam bilik.
Periuk tu 5in1, ibu punya. 
Yang saiz paling besar, dah rasmi.
Banyak kali guna dah.
Yang lain je belum. Hihihi

Till then, see ya.

Sunday, August 17, 2025

.: SUBWAY :.

Assalamualaikum.

Hari ni, awal lagi dah cakap dengan incikSuami malas nak masak.
Sebab lauk ayam masak lemak kuning semalam pun ada lagi sikit. 
Nasi pun ada untuk sorang makan lagi.

IncikSuami pun ok je, sekali. Lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan UPKK.
Terus dia ajak pergi Lotus Rawang.

Kak M dengan abang Mu'az tak nak ikut pula.
Pandai² la cari makan dekat rumah, bukannya takde makanan.
Ibu merajuk, tak nak tapaukan apa². 🤣🤣
Nak makan, ikot.

IncikSuami tanya Linda nak makan apa.
Ntah la, Linda tak rase nak makan nasi.
Jadi, Linda beli la Subway.

Inilah Subway nya.
Okay, pertama kali makan ye. 🤭🤭
Orang lain dah puluh² kali.
Cashier tu cakap, pilih je nak yang mana, nanti diorg kita je.

Jadi nie la isi nya.
Sekeping daging ayam, pepper, timun dengan tomato.
Sos cheese, thousand island dengan sos cili.
Alhamdulillah, merasa juga makan Subway.

Singgah jalan² dekat bahagian luar.
Ada pesta makanan Thailand, hari ni hari terakhir.
Beli buah potong, jajan dedek dengan minyak wangi yang botol kecik² tu je.

Eh, ni semalam punya gambar.
Pergi Hero Market dekat Selayang Mall.
Besar betul buah mangga, sekilo RM9.90.
Tak jadi Linda beli, sebab besar sangat.
Beli mata kucing dengan shine grape tu.
500g dalam RM5 lebih.
Sambar lah 2 pek setiap satu.

Habis lah hari Ahad, sambil selit² buat bunga telur.
Lagi 16 batang nak cukup seratus, tapi dawai kawat bulu warna purple habis pula.
Terbantut la kerja nya.

Till then, see ya.

Thursday, August 7, 2025

.: CERITA HARI KHAMIS :.

Assalamualaikum.

Dok join GA coffee lover, terus teringat kopi gantung area sekolah abang Mu'az tu.

Maka, Linda order je lah.
Adalah tukang hantar ni..😂😂
Dah dia yang lalu situ nak hantar abang Mu'az g sekolah, jadi singgah lah sekali.

Rupanya owner kopi gantung tu, intake dia juga masa masuk tentera dulu, sama² pencen lah tu.
Linda lah kabo kat incikSuami masa mula² beli kopi gantung tu.
Sebab owner tu pakai baju t-shirt PERHEBAT, sama macam incikSuami.

Benonya, nak mintak incikSuami hanya charger telefon je.
Tak perasan pula yang malam tadi tak cas, sampai² pejabat, tengok dah tinggal 25% je bateri nya.
Memang tak cukup lah sampai pukul 5petang.
Linda pula takde USB spare lagi, yang ada telefon lama punya.
Telefon sekarang kan semua pakai type C.

Petang, masuk mesyuarat vektor dan kawalan serangga perosak.
Asrama, biasa lah masalah anai² yang tak berkesudahan.
Konsesi dah kabo nak buat soil treatment untuk tiga² bangunan asrama, Alhamdulillah..
Moga lari lah anai² nie.

Satu lagi masalah pokok yang dah membesar setinggi bangunan, malah ada yang lebih lagi.
Dah bersangkut dengan dinding dan bumbung asrama.
Risau kalau ada binatang lain meniti ranting dan masuk bangunan asrama.

Bab pokok nie memang payah sikit, rasanya semua Hosp ada masalah pokok besar, tapi konsesi tak cover dah. Semua akan jadi kerja² berbayar...
Yang tu kita takmau, padahal dari pokok tu kecik apsal tak di cantas bg rendang je.

Entahlah labu, kerja Linda sampai situ je lah.
Ingat kan, buat aduan, sampai lah isu selesai.

Till then, see ya.

.: COFFEE LOVER GIVEAWAY :.

 Assalamualaikum.

sebelum terlambat, meh la kita join giveaway by MA

-sila tekan gambar-

1. buat satu entry tajuk "Coffee Lover Giveaway" done

2. tepekkan pic atas tu done

3. just tulis & story sikit...
kenapa you all kena dipilih sbg pemenang "Coffee Lover Giveaway" ni
tu je....x semestinya coffee lover je boleh join
sapa2 pun boleh join tau!
linda baru je minum kopi,3 tahun kebelakang nie.. itu pun indocafe...kalau kopi biasa dan nescafe original tu tetap tak reti sangat,
terasa pahit nooo.
rasenya permulaan suka kan kopi, sebab terjebak dengan kopi gantung kot.
bila minum kopi gantung tu, rasenya wow sangat.
tapi, of course la, jangan beli hari-hari, tak baik untuk kesihatan.
jadi, dekat rumah linda dah ada stok indocafe tak putus-putus.
sehari mesti akan bancuh every morning, sebelum pergi kerja.
nikmat betul.
semoga linda menjadi salah satu daripada pemenangnya..

4. pas tu, tinggalkan link entry korang tu...dibahagian komen entry ni
siap!!!  done

siapa yang belum join lagi..
meh la meramaikan lagi.
mana tahu MA nak bagi extra hadiah ke nani, bila ramai participant.
ada lagi masa sehingga 13 Ogos nanti.

till then, see ya.

Wednesday, August 6, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 20/25 :.

Assalamualaikum.

Adik hat bongsu kabo, tema kawen dia gothics.
Jadi boleh lah buat hantaran macam ni.
🤣🤣🤣

Till then, see ya.

Sunday, August 3, 2025

.: CERITA SABTU :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 2 Ogos 2025

Abang Mueez punya bekal ke kelas tambahan UPKK.
Dah bermula kelas tambahan daripada minggu lepas.

IncikSuami yang hantar ke sekolah pagi tu.
Linda dah keluarkan ayam,tapi tak jadi masak.
Sebab nak ajak incikSuami keluar terus lepas ambil abang Mueez balik dari kelas tambahan.

Port biasa, TF Value Mart dekat Batu Caves tu.. hihi.
IncikSuami nak beli jajan² sikit, sebab dia ada event kereta esoknya ( hari nie lah, Ahad, 3 Ogos).
Linda tak ikut pun.

Habis beli barang,singgah foodcourt, nak basahkan tekak.

Order mango longan.

Abang Mueez dengan ABC, tapi isi nya tak makan.
Lepas ni kena order ais kepal je lah.

Sebab masing² tak tahu nak makan apa, linda order lah western food.
Kongsi² lah makan.

Dapat fish fillet pula.
Padahal order chicken chop.
Tu masa ambil, pelik tengok ada 2 pcs, tapi dah yang jaga kaunter tu kabo ini order Linda.
Angkat je lah.

Order juga spageti Bolognese.
Linda makan sikit, lepas tu paksa incikSuami habiskan.
Meatball Linda tak suka sangat.
Kalau bebola ayam, suka lah.

Geram je masa order air, Linda dah order dan bayar, ke tepi lah sedikit untuk tunggu air dan bagi laluan orang belakang order pula.
Tapi, orang belakang tak sabar ye gais..
Dihimpit nya kita, lepas tu tak bayar lagi, tiba² dia dapat air dulu.
Eh, geram pulak kita.
Memang cakap kat adik kaunter tu "eh,akak order dulu,siap dah bayar, kenapa customer lain dapat air dulu?"
Terkebil-kebil budak kaunter tu, sorry lah dik ye..akak geram.

Susah sebenarnya jaga kaunter,akak faham dik..hihi..
Akak pun pernah jaga kaunter bahagian FnB ni.
Belum lagi, dapat customer yang kabo "tak sama macam dalam gambar pun"
Kalau nak balas, bergantung pada nada customer, kalau dia pun macam berlagak, Linda pun kasi lah sedas dua.
Kalau nada dia bergurau, Linda balas lah gurauan.

Till then, see ya.