lovvu Dobbu

Showing posts with label exILKKMMELAKA. Show all posts
Showing posts with label exILKKMMELAKA. Show all posts

Sunday, February 9, 2025

.: LEJEN IS BACK :.

Assalamualaikum 

Jumaat petang, 07.02.2025

Bawak lejen nie p isi minyak, lepas tu hanta g bengkel kawan incikSuami. 
Nak servis apa yang patot, sebab nak bawak jalan jauh nanti. 
Dah banyak 2tahun dia tak jalan jauh. 
Masa dekat Selayang, pernah lah sekali dia incikSuami bawa ke Selayang.

Lepas tu, lajak terus ke lotus bandar Melaka. 
Cari makan. 

Rezeki nak jumpa dengan kak G, staff ILKKM Melaka dulu. 
Alhamdulillah, sihat lagi kak G, dah pencen awal tahin 2022 hari tu. 
Kolej nak tutup, dia tetap kena transfer walaupun nak pencen dah. 
Sempat lah kerja tempat baru 4,5 bulan gitu. 

Sampai foodcourt, tak tahu nak makan apa. 
Tak rase nak makan nasi. 

Jadi, kita pilih yee mee sizzling. 
Share dengan kak M. 
Alhamdulilah, boleh la nak makan. 

Selesai makan, dedek ngan kak M pau incikSuami main dekat tempat mainan. 
Linda cuci cuci mata tengok baju, tudung tudung yang ada. 
Setel main, terus balik rumah. 
Takde melencong ke mana dah. 
Sambung kemas rumah lagi. 

Till then, see ya.

Wednesday, November 20, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 34 :.

Assalamualaikum.

ok last thumbprint, sebelum thumbprint di ambil orang


tapi orang nya tak last lagi.
dok jadi penunggu je kat situ..kikiki

till then, see ya

*gambar tahun 2021, sewaktu Ilkkm Melaka dalam proses penutupan*

 

Thursday, October 3, 2024

.: UNIFORM PINK :.

Assalamualaikum

gambar nie masa tahun 2019
sempena TP HEP (Timb Pengarah Hal Ehwal Pelajar) dapat berpindah naik pangkat ke Putrajaya
masa nie masih di ILKKM Kejururawatan Melaka (secara rasmi dah tutup pada 2021)
itulah permulaan Linda kerja dekat Hospital Selayang

eh...panjang pulak mukadimah

main point nye...
saja nak up gambar beruniform pink dekat blog banyak-banyak
mungkin bulan 12 nanti no more berbaju pink, no more penyelia asrama
kita penjawat awam yang menurut perintah kan
so, memang kena turuti jelah
SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) is on the way
yang tu nanti kita buat entry lain

till then, see ya

Wednesday, July 31, 2024

.: EX ILKKM MELAKA (KEJURURAWATAN) - PART 3 :.

Assalamualaikum


Suka duka 6tahun di melaka...

Masing2 dah tahu penempatan baru.. Yang mmg bukan pilihan kami...

Sebagai penjawat awam.. Kami akur "saya yang menjalankan amanah"...

Bukan kami minta perpindahan.. Tp kami dipindahkan kerana agensi ditutup atas dasar "cut cos" ...

Kecewa.. Sedih, semua terlindung di sebalik senyuman...

Semoga kami terus kuat dan tabah menghadapi integrasi ini..

Benarlah, kami hanya staf sokongan yang boleh dikuis kuis ke tepi..

Semoga Allah memberi kami kekuatan... Aamiin


#integration2021 #july2021 #ilkkmMelaka #teampink

doakan Linda dapat baik kerja dekat kampung..duduk dekat rumah yang dibeli...insya-Allah


cerita ceriti masa di ILKKM MELAKA

till then, see ya

Thursday, October 26, 2023

.: EX ILKKM MELAKA (KEJURURAWATAN) - PART 2 :.

 Assalamualaikum

scroll2 gambar keluar gambar lama2 dekat kolej dulu
teringat semua kawan2 dan kenangan bersama

eh, sempat lah 2x mengandung dekat kolej  😂😂

salah satu aktiviti setiap bulan kitorg adlah shopping
hahaha
tesco di hujung jari kan..
kepala dia cik Wawa
org nie sikit, org tu sikit
dah x pyh bayar COD lory...kikiki

memasing dok menunggu lori tesco
ehhh..dulu tesco... laaa Lotus
susu Lotus mmg sedap weyh..
kdg2 untuk online ad promosi
tu yg syok beli, tapi x boleh belek2 lah..hihi

driver lori pun taw dah
kalau alamat delivery kolej
lalu kot pagar tgh
hihihi

mcm biasa lah..
masa terima barang2
kene chek dulu ckup ke tak
ad je kdg tu brand kita nk xd, tp dia bawak siap2 yang lain
siap bawak free gift sebab nk soh kita amik gak...
hahaha

momen paling x boleh lupa
kalau beli udang
orang nie nk sekilo
org nie nk 500g je
org nie nk 2kilo
mmg tak lah tesco tu nk asing2kan
dia sekali kan...
lepas tu kt opis jenuh menimbang balik ikot bahagian masing2...😂😂

adui...suka duka betul

semoga kawan2 sihat2 selalu
semoga hubungan persahabatan kita berkekalan sampai bila2..aamin

part 1 ad kat sini ya


till then, see ya

Tuesday, July 11, 2023

.: EX ILKKM MELAKA (KEJURURAWATAN) - PART 1 :.

Assalamualaikum

fuhh, penat carik tajuk nak boh apa...
last2 kita pilih tajuk tu..
jadi nye senang bila nk terobek cerita-cerita lama masa kat kolej

second posting cikpuanLinda selepas jadi org gomen nie
folo incikSuami ke Melaka

tarikh posting ke KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA pada 25Julai2015
rezeki anak no 2, dpt tukar cepat..
dgn boss sign "pengganti kemudian"
sebab tu cepat..
kalau dak...berchenta lah...hahaha

sikit2 lah mukadimah ye..
nanti kita buat part2 lain utk kenang kan sejarah kolej

rindu betul riuh rendah dulu dekat kolej
dah biasa keje ramai-ramai kan
skang nie dekat hosp sorang2 aje

mmg jem jadi otak nie
lepas tu handle staff plak
xd lah kate nk cari mslh sgt...hahaha
 
legend kan wall nie
naseb baik sempat gak bergambar dekat sini
hujung kolej nk tutup tuh...
mmg byk gambar kitorg amik buat kenangan

rindu geng asrama kolej
rindu masa badan kurus lagi 🤣🤣

till then, see ya

Wednesday, June 28, 2023

.: WORDLESS WEDNESDAY 10 :.

Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik
dah nak masuk 2 tahun 


semoga kenangan ini akan terus menjadi sumber kekuatan, Aamiin


till then, see ya