Assalamualaikum.
" Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agong kepada Allah SWT, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya, nescaya Allah SWT perkenan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya, nescaya Allah SWT ampunkan mereka"
(Riwayat al-Nasa'iy dan Ibnu Majah)
Alhamdulillah, pada 29.04.2025 yang lepas, linda adik beradik dapat bersama-sama menghantar mak dan bapak di Movenpick Tabung Haji.
Rezeki mak dan bapak tahun nie dijemput menjadi tetamu Allah untuk musim haji kali ini.
Takmo karang panjang-panjang, moh tengok gambar.
Bapak dan abang nya.
Alhamdulillah, dapat naik flight yang sama.
penerbangan yang ke5 untuk musim haji kali ini.
Gambar beramai-ramai di Movenpick.
Bersama saudara mara, adik beradik dan besan mak bapak dari Kelantan turut sama datang untuk menyantuni.
Aamin2x YRA.
incikSuami pun amik aura, mana tahu suatu hari nanti giliran kita pula..Aamin
Bagasi mak dan bapak.
Wefie lah kita.
Walaupun bapak tak tengok kamera.kikiki
Sampai ketiduran abang Mueez.
Lepas mengamuk lapar.. hahaha.
Dia igt dekat KLIA, boleh la nak huru hara.
Sekali dekat Movenpick, dengan ramainya orang, tak boleh nak melasak.
Tapi, incikSuami dah bawa ke parking lot masjid, ada gerai jualan.
Murah lah sikit dari cafe dekat movenpick tu.
Meriah suasana.
Anak,menantu , cucu semua turut menghantar.
Wefie selagi boleh.
Abang Mu'az sampai menguap berapa kali dah..hahaha
Lagi.
Lagi cipta kenangan.
Sebelum ke Movenpick.
Linda book homestay dekat Kg labohan dagang.
Dalam 10-15 min je nak ke Movenpick.
Senang sikit, tak payah nak kelam kabut.
Anak saudara mak datang melawat di homestay.
Sekali bagi tips sikit.
Alhamdulillah, rezeki mereka menunaikan haji pada tahun 2022.
Yang ada dot pink - mak, bapak
Dot oren - sepupu bapak, bik Nor
Dot biru - abang bapak, wak amat dan isteri wak yati.
Alhamdulillah, 1 flight, 1 maktab.
Linda dan kanak-kanak tak tunggu sampai mak bapak masuk ke dalam Movenpick.
Anak-anak semua dah penat.
Mak bapak, masuk betul-betul jam 12.40 pagi.
Dalam pukul 1 lebih mak beritahu, dengar taklimat, setel kastam semua.
Naik bas ke KLIA, penerbangan pukul 6.30 pagi @ 30.04.2025.
Kita yang dengar nie penat.
Alhamdulillah, selamat sampai Madinah.
Sampai maktab dalam pukul 5 petang waktu Malaysia.
Terkini - 02.05.2025
Gambar pertama mak kirim dari bumi Madinah.
Di hadapan masjid Quba.
Semoga sejahtera hendaknya di sana, dapat menunaikan ibadah dengan lancar.
Mendapat haji yang mabrur, Aamin2x.
Till then, see ya.