lovvu Dobbu

Thursday, March 13, 2025

.: FOUND IT, YET CANNOT REMOVE IT :.

Assalamualaikum.

Hari nie, hari app dengan klinik OnG.
Cerita bermula di SINI

Sampai je hospital,thumbprint macam biasa.
Lepas tu baru Q untuk ambik no giliran.
Nie baru giliran untuk bayar dekat unit hasil.

No giliran untuk pembayaran unit hasil.
Tapi, sebab linda pakai uniform, terus staff tu kenal lah keje spital gak.
Jadi free lah.
Tapi, auntie depan tu pun free, pertama kali datang free, kalau ada next app baru bayar.
Itu pun RM5 je untuk klinik pakar dan warganegara.
Sangat murah berbanding negara luar.
Yang tu pun komplen macam-macam.
Memang jenis tak tahu bersyukur kita nie.
Eh, melalut pula.

Dah selesai dekat kaunter hasil tadi.
Baru lah gerak ke kaunter klinik masing-masing, untuk daftar jumpa doktor pula.
So, kat sini lah Linda, klinik OnG.

Dalam bilik konsultasi no camera, jadi linda cerita jelah apa yang jadi ye.
Doktor dah baca,dah tanya,dah faham dan dah tulis kronologi cerita.
Doktor ajak p bilik sebelah untuk scan, nak tengok IUCD tu ada ke tidak.
Sekali letak je, doktor dah jumpa IUCD tu.
Linda pun boleh nampak juga.
So, lega dekat situ, IUCD nya masih ada lagi di tempat yang sepatutnya.

So, doktor pun tanya, nak proceed untuk remove ke.
Sebab kalau nak proceed untuk remove, kira batal puasa lah.
Linda cakap proceed jelah doktor, dah alang-alang datang.
So, doktor pun proceed.
Cuba punya cuba.
Doktor pun cakap "emm, memang tak boleh remove nie puan,benang dia pendek,saya dah cuba nak kuis2 benang tu pun tak dapat nak grab juga, so kena guna cara lain lah macam nie"

Erk...cara apa pulak.
Baru nak sambut kegembiraan kalau dah keluar.
Doktor cakap, mungkin kena guna cara Transvaginal Ultrasound
Terus seram pulak.
Doktor kata normal prosedur je, tapi kena masuk wad juga.
Sebab kena buat dekat dewan bedah juga.

So, doktor bagi borang admit wad siap-siap.
Cuma tinggal isikan tarikh je, bila jabatan pembedahan call nanti.
Dah sebab nie takde lah urgent case sangat.
Takdelah berharap dapat tarikh awal.
Dan betul dugaan nya, dah dapat call.
Tarikh prosedur 5.6.2025

Doakan yang baik-baik dan dipermudah segala urusan linda ya.
Semoga dapat remove IUCD nya tanpa sebarang komplikasi yang lain, Aamin.

Dilema seorang isteri yang bersuami.
Tak pakai protection, keje asyik mengandung je.
Dah pakai protection, pun ada effect juga.
Jadi, apa yang perlu dilakukan?? hihihi

Till then, see ya.

2 comments:

  1. aduhai dgr bunyi " Transvaginal Ultrasound" tu pun Ana dah mcm serammm hehe... moga dipermudahkan urusan sis linda nti aminnn

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan akak... seram gak dengar, begitula ya kehidupan dah berkeluarga ni, macam2 dugaan melanda.

    ReplyDelete