Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, October 14, 2026

.: NASIHAT SEORANG TEMAN :.

Assalamualaikum.


Isnin lepas, terjumpa dengan kawan satu sekolah men dulu, Kama namanya.
Memang tahu dia kerja bawah klinik PKD Perak Tengah juga.
Tapi, tak sangka jumpa kat pejabat hari Isnin tu.
Sampai lupa lah nak selfie.

Seronok dapat jumpa, tak ingat lepas SPM tu Aje jumpa ke tidak, sebab masing² dah dengan haluan sendiri.

Kama memang sopan santun, lembut je dia bercakap.
Yang buat Linda tersentuh, sebak sampai bergenang air mata bila dia pesan

 "Linda,elok² tau kat sini,jangan percaya orang sangat. Kadang² orang ni depan nampak lain, belakang kita lain.jangan cerita hal peribadi kita banyak sangat dekat orang, cukup sekadar yang perlu. Ada apa² nak luah, contact je Kama tau."

Bila dengar dia pesan macam tu.
Linda jadi tertanya², dia pernah mengalami sendiri, atau pun kawan² yang dia kenal.
Sebab, sepanjang yang Linda tahu, karier dia memang lama dekat daerah PKD ni, cuma tukar² klinik la.

Apa pun, Linda sebak sebab takde orang yang pernah pesan dekat Linda mcm tu.
InsyaAllah, Linda pun bukan jenis menyembang tak tentu hala dekat pejabat.
Memang buat hal sendiri je selalunya, orang bergosip, Linda dok ngadap PC je.. hahaha.

Semoga dijauhkan dari perkara2 yang tak baik.
Linda tak minta orang suka dekat Linda, cukup la sekadar senang untuk berurusan dan takde yang rasa terancam dengan kehadiran Linda.

Till then, see ya.

Nota kaki - penat nak layan drama pejabat ni, mana boleh layan, kita layan..rasa tak kena jiwa, jauhkan.


 

.: DONE PKSK 2026 :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni abang Mueez dapat hadir untuk exam PKSK.
Linda tak harap apa pun, Linda pun first time mohon kan untuk anak.
Masa abang Mu'az dulu takde mohon pun.

Ingat nak ambil cuti, tapi petang ada mesyuarat pula.
Jadi, minta incikSuami je lah yang bawa.
Pusat exam Linda pilih dekat SMK Kampar, paling dekat dengan rumah.
Dedek terpaksa cuti lah sek KAFA, nanti takde orang nak ambil balik sekolah kang.

Bila incikSuami yang pergi.
Macam ni jelah gambar yang ada pun. 

Ni lagi satu.
Hihi.

Boleh la, ada juga gambar nya.
Ibu doakan yang terbaik untuk Mueez Safwan.
Jangan sia siakan peluang pembelajaran yang ada sekarang.
Moga kurang sikit lah nakal nya, jadi anak Soleh, berjaya dunia akhirat, aamin.

Till then, see ya.

Tuesday, October 13, 2026

.: Segmen : Nieyl Cari Bloglist Baru :.

 Assalamualaikum.

-tekan banner-

Jom ramai² join segmen blogger Nieyl.
Masing² nk refresh blog list.
Rajin sungguh tau, Linda je malas. 🤭🤭

Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Follow blog ini.
2. Buat entri bertajuk Nieyl Cari Bloglist Baru 
3. Letak poster dan backlink ke blog ini dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Syarat tambahan

1. Blog kena aktif
2. Wajib komen BW dan tinggalkan komen sepanjang segmen berlangsung di mana-mana entry nieyl.

3. Salah seorang peserta akan dipilih sebagai Follower Bertuah melalui Spin Wheel. 


Jangan lupa ye join.

Till then, see ya.

Monday, October 12, 2026

.: ANACONDA DI MALAYSIA?? :.

Assalamualaikum.


Ramai yang baca tajuk berita dari Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini terus rasa kagum.

Khabarnya, seekor Green Anaconda bernama 'Diana' sepanjang 2.74 meter baru saja melahirkan 10 ekor anak selepas berpuasa hampir tujuh bulan tanpa sebutir makanan pun.

Oh wow! Baru tahu rupa-rupanya anaconda ni bukan jenis bertelur macam ular biasa kita nampak, tapi dia beranak terus hidup-hidup. 

Bila dengar fakta macam tu, automatik rasa macam tengok babak dokumentari Discovery Channel depan mata.

Malah pengurusan sanctuary di sana siap bangga umumkan yang ini bukti kepakaran mereka berjaya biakkan generasi kedua spesies asal Lembah Amazon ini, menjadikan Melaka kini menempatkan lebih 40 ekor anaconda — populasi terbesar di Malaysia!

Sekali pandang, nampak macam satu pencapaian sains dan tarikan pelancongan yang hebat, kan?

Tapi... cuba kita tarik nafas panjang-panjang dan fikir sejenak. Adakah perkara ini sesuatu yang wajar kita tepuk tangan dan raikan tanpa rasa bimbang?

Mari saya dedahkan satu realiti yang ramai orang awam terlepas pandang.

Bila kita sebut tentang pembiakan haiwan eksotik bukan native (bukan spesies asal Malaysia) secara besar-besaran di tanah air kita, ada satu risiko besar yang sedang berjalan senyap-senyap: risiko pencerobohan spesies invasif.

Anaconda bukan haiwan rimba kita. Dia raja pemangsa di Lembah Amazon, Amerika Selatan. 

Sifat biologinya teramat lasak — bayangkan, boleh hidup berbulan-bulan tanpa makanan semata-mata untuk bunting dan melahirkan anak.

Sekarang bayangkan satu senario yang tak mustahil boleh berlaku: bencana alam, banjir besar yang kerap melanda negara kita, atau kesilapan teknikal manusia (human error) yang menyebabkan seekor atau dua ekor daripada 40 ekor pemangsa ini terlepas ke sungai atau paya hutan tempatan kita.

Apa yang akan jadi?

Tengok saja apa yang sedang melanda kawasan Everglades di Florida, Amerika Syarikat hari ini. 

Ular sawa Burma (Burmese python) yang asalnya dibawa masuk sebagai haiwan eksotik dan peliharaan akhirnya terlepas ke alam liar.

Hasilnya? Ekosistem di sana musnah teruk. Mamalia tempatan hampir licin dibaham, populasi burung pupus, dan kerajaan terpaksa berbelanja jutaan dolar semata-mata nak upah pemburu memburu ular-ular tersebut.

Iklim Malaysia — panas, lembap, banyak paya dan sungai — adalah syurga yang terlalu sempurna untuk anaconda dan anak-anak caiman ini membiak liar tanpa sebarang musuh semulajadi.

Bila pemangsa asing sebesar ini mula menakluki perairan kita, spesies native kita seperti ikan sungai, unggas liar, kancil, malah anak-anak rusa kita yang bakal jadi mangsa korban. Bila rantai makanan tempatan putus, seluruh ekosistem hutan dan sungai kita akan runtuh dari dalam.

Adakah kita benar-benar sanggup mempertaruhkan kekayaan biodiversiti warisan tanah air kita hanya semata-mata demi tiket karnival, tarikan pameran, dan rekod pembiakan haiwan asing?

Ini bukan sekadar soal minat melihat haiwan luar biasa. Ini soal tanggungjawab memelihara masa depan alam sekitar kita sendiri.

Kalau kita sendiri tidak celik ilmu tentang risiko biosekuriti dan keseimbangan alam, kita akan terus melihat ancaman besar sebagai sekadar 'hiburan hujung minggu' bersama keluarga.

Di sinilah pentingnya untuk kita melengkapkan diri dengan kefahaman strategik dan kesedaran ekologi. Kerana masyarakat yang cakna adalah benteng pertama yang menghalang kebinasaan warisan alam daripada terus dinormalisasikan.

Pendapat Strategik:

Pihak berkuasa dan agensi perlindungan hidupan liar (PERHILITAN) wajar mengetatkan polisi serta moratorium terhadap pembiakan spesies asing berstatus pemangsa puncak (apex predator) oleh mana-mana fasiliti komersial swasta. 

Menyimpan untuk tujuan penyelidikan terhad adalah satu hal, tetapi membiakkan populasi sehingga berpuluh-puluh ekor di bawah jenama 'konservasi' adalah naratif yang tersasar — kerana konservasi sebenar bermaksud memulihara spesies tempatan yang kian pupus di habitat asalnya, bukannya menghasilkan koloni pemangsa asing yang berpotensi menjadi bencana ekologi negara pada masa hadapan.

Penafian (Disclaimer):

Artikel ini merupakan olahan pandangan dan ulasan strategik berasaskan laporan berita asal bertajuk "Melaka sanctuary's green anaconda gives birth to 10 after 7 months without food yang melaporkan kelahiran 10 ekor anak green anaconda di Melaka Butterfly and Reptile Sanctuary, Ayer Keroh. 

Ulasan ini ditulis bagi tujuan membina kesedaran awam mengenai risiko spesies invasif terhadap ekosistem tempatan.

CnP FB Azmi Hj Ahmad.


Depe ni nak jadikan Malaysia ni Hutan Amazon ke? Hari tu ada Piranha.. ni Anaconda pula.. eishh la...


Till then, see ya.

.: PAU KUKUS, PAU GORENG :.

Assalamualaikum.

Hari Sabtu lepas, tiba² teringin nak makan pau.
Ajak kak M pergi Billion.

Nak cari pau..
Sekali banyak yang ngikut balik. Hahaha.

Pau Ahmad.
Tengok dekat packaging tu, goreng goreng juga.. deep fry la katanya.
Tak pernah pula cuba pau goreng.
Kecuali yang adunan sama dengan cakoi tu dan juga pau aiskrim goreng.

Mak bapak pau, dengan anak² nya.. 😂😂
Pau kecik² tu perisa keladi.
Kak M yang pilih.
Yang kecil tu, kena makan panas² baru lembut.
Dah sejuk sikit, dia macam dah keras ,liat gitu.

Pau Ahmad yang beso tu, Linda rebus 2 ketul je.
Jadi, ada lagi baki 4 ketul.

Pagi tadi, sebab malas nak keluarkan periuk kukus tu.
Linda cuba la goreng.

Try goreng sebiji dulu.
Lepas tu, makan pakai pisau, garpu. Hahaha.
Sebab nya, kulit dia jadi rangup² gitu.
Malas nak minyak² tangan sama.

Weyhh, sedap la pau digoreng ni.
Rangup diluar, lembut di dalam.
Takde rasa serap minyak sangat.
So, goreng lagi 2 ketul.
1 bawa pergi opis ,tambah dengan wrap sekali.
Buat lunch.

Ni dah siap lunch, pau tu still lembut dan rangup juga sikit.
Sebab dah sejuk kan dok dalam ekon.
Boleh la repeat nanti lagi, tapi kena inti yang pedas² kot.. baru kena.
Kalau inti manis² tak tau pula mcm mana rasanya.

Till then, see ya.

Sunday, October 11, 2026

.: ROTI CANAI, KEMAS TUDUNGS :.

Assalamualaikum.

Awal pula keluar rumah hari Ahad ni.

Alhamdulillah, langit dah cerah.
Nampak kepul² awan.
Jerebu dah go away, mudah mudahan terus takde jerebu nya..aamin.

Berbanding minggu lepas, ni Linda ambil gambar waktu petang, lepas balik kerja.
Nampak macam mendung 🤔, tapi bukan.

Tiap pagi nak hantar dekat g Kafa dulu, Linda terbayang hari kiamat je.
Terus la istighfar sambil bawa motor. Insaf sekejap...

Eh, sambung cerita keluar awal pagi.
Nak g breakfast date dengan incikSuami.
Hunting roti canai.

IncikSuami ambil rojak.
Sedap weh, memang basic rojak, ada cucur udang, timun, sengkuang, telur rebus, tahu goreng hiris disiram dengan kuah kacang.. memang sedap ahh

Linda order roti kawin.
Ambik sekali datang, menimbun.
Memang lunch lewat petang la jawabnya.

Balik rumah, jom la kita kisah kan tudung yang banyak tu.
Kepala ada 1 je, tudungnya kemain banyak lagi.

Sebelum ni, Linda susun menumpuk je macam dalam bulatan tu kat tepi atas kanan tu.
Kalau jatuh, memang berchenta nak susun balik.

Jadi, Linda kosong kan rak plastik bawah sekali tu.
Ada wayar2 dengan kamera digital yang lama je. Nak buang, sayang. Begitulah kan.
Disebabkan, incikSuami dah buat rak atas, Linda suruh dia masukkan dalam kotak, letak la atas rak tu.

Kemas kemas, cucun cucun.
Hahaha, penuh 1 drawer tu, tambah pula 2 bekas tray yang beli dekat kedai eco tu.
Ok la sikit, dari yang menumpuk² tadi.
Dah ada rumah masing².
Takde la nampak macam tak berkemas.
Nak pilih tudung tu, nampak la tenang sikit.

Ok, lepas ni nak seterika baju pula untuk then whole week.

Till then, see ya.

Saturday, October 10, 2026

.: Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad :.

Assalamualaikum.

Sebelum terlepas tarikh.
Nak join juga segmen dari blogger Shuhaida kita.
Rasanya, Linda baru kenal blogger ni.
Tak pernah BW page beliau sebelum ni.
So, boleh la kata tambah kawan juga ni.

-tekan banner-

Syarat penyertaan mudah je.
Siap ada buat lucky draw lagi tau.
Jom la memeriahkan majlis.

Syarat-Syarat Penyertaan:
  1. Follow blog ini.
  2. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.
  3. Letak poster dan backlink ke blog ini dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Till then, see ya.

.: TERBANG :.

Assalamualaikum.

lama dah nakk review cerita ni, tak sempat je.
kan hari tu linda ada share yang tengok cerita Terbang ni.

- TERBANG -

Terbang di inspirasikan dari kisah sebenar pelumba kereta rali Malaysia, Karamjit Singh.
tang perlumbaan je lah.
kalau dari segi kisah hidup tu, yang dalam filem tu rekaan je rasanya.
tapi, bagi linda berbaloi juga untuk kita tengok,sebab ada satu sisi yang kita tak tahu.
kadang2 tu kita tahu, bila dah menjulang piala kemenangan je.
jatuh bangun mereka kita tak tahu.
bila kita tengok cerita macam ni, baru la kita google untuk tahu kisah mereka.

masa tengah pilih cerita ni, konon2 nak tengok Chelot.
tapi, dah baca banyak review, linda rasa macam sama je dengan cerita2 polis biasa.
tiba2 ternampak Terbang ni, terus tengok trailer, dan terus nak tengok.
sebab jarang filem Melayu buat cerita macam ni, bab drift2 macam KL Drift tu linda rasa lain, hahhaa. sebab macam cerita2 gengster sikit.
yang ni, lumba halal la kira nya.

cerita pun sesuai untuk kanak-kanak juga.
so, kalau nak isi masa lapang, boleh la support filem terbang ni.
filem ni pun, kira 1 Malaysia juga, ada cina, melayu, singh.
orang putih pun ada.. hihihi.

till then, see ya.



 

Friday, October 9, 2026

.: KISAH NYA :.

Assalamualaikum.

Isnin, 6.10.2026 - minta half day dengan Cc. Nak balik kampung sekejap.

Kisah nya, malam Ahad tu bapak telefon.
Katanya motor kene tahan dekat balai polis..
Linda dah debar lah.
Rupanya, abang Mu'az bagi pinjam motor dekat 2 pupu nya.
2 pupu tu bawa sampai ke jalan besar, lepas tu ada polis ronda kawasan, dan suruh balik je lah.
Tapi, 2 pupu abang Mu'az ni buat action yang mencabar polis, jadi kena tahan la dengan motor sekali.
Yang 2 pupu tu, mak bapak dia dah bawa keluar lah malam tu, tapi motor tak boleh keluar.
Suruh datang esok nya (Isnin) dengan pemilik motor dan anak² yang terlibat.
Jadi abang Mu'az dan 2 pupu dia, pergi lah la balai polis ,dengan bapak.

Ingat nak cuti je, tapi ada kerja kena buat juga.

Sarat sungguh awan tu.

Alhamdulillah, sampai kg dalam pukul 3.30 petang.
Gerak pukul 2 camtu.
Setel kan zohor, lunch siap².

Tak lama tu, balik la bapak dengan abang Mu'az.
Alhamdulillah takde apa..
Kena ragging dengan polis je.. hahaha.
2 pupu tu kena saman la Rm300.
Motor, kena ambil hari sama juga.
Kalau esok, pegawai lain pula duty, lain pula ceritanya nanti.

Bawa la sekali gunting rambut.
Dalam kereta dah disekolah kan juga.
Harap² jadi pengajaran la.

Mak masak.
Macam lama je tak balik kampung, makan masakan mak.

Terima kasih mak, bapak.
Moga sihat² selalu, aamin.

Till then, see ya.

Nota kaki - dah sebulan Linda di PTJ baru, masih banyak kena belajar.

 

.: STEP TRACKING ON SEPTEMBER :.

Assalamualaikum.

Punya lah bz, sampail tak dan recap jumlah steps untuk bulan September.

Dapat silver je untuk September.
Nak briswalk, jerebu.
Dekat pejabat baru pun, kurang berjalan.
Takat jalan p tandas , surau jelah.. hihihi

Tak capai la 10k sehari.
Keseluruhan steps, ada 254,880 langkah je.
Kalau tengok piktograf tu, masa awal² bulan je tinggi.
Sebab masih duduk di Selayang, dah hujung² tu, lagi lah sikit.

Nanti kita tengok untuk bulan 10.
Rajin ke tidak untuk cari steps.

Till then, see ya.

Thursday, October 8, 2026

.: MIMPI MAINAN TIDUR :.

Assalamualaikum.

Tengok gambar pun dah tau kan pasal apa.

Bukan kisah benar 😂😂

Malam tadi, tengok cerita hantu dengan anak² dekat YouTube.
Tak seram pun, tapi Linda tak tengok sampai habis pun.
Ketiduran.

Tersedar, tv pun dah tutup.
Rumah pun dah gelap.
Merangkak la masuk bilik🤭🤭. kat hall memang dedek Ngan abang Mueez selalu tidur situ.

Dah nyenyak tidur, boleh plak mimpi.
IncikSuami lebihkan perhatian ke isteri muda 😅😅
Yang kita ni, nangis la cakap dia dah berubah.
Sekali, dia bagi nota luahan hati yang ditulis atas kertas (ok, menusuk kalbu dan memang dia masih cintakan kita).
Sampai situ, terus tersedar.

Terus cari incikSuami.
Terus la peluk bantal peluk beso tu.
Tak nak bagi hilang, eehh ternangis pula sesubuh Sapiee tu..
Nasib la incikSuami tak sedar Linda nangis. 🫣🫣

Pagi, siap² subuh, masak²..
Linda cakap dengan incikSuami, Linda mimpi.
Dia terus teka "mimpi abang kawin lain ke?"
Hahaha.. ketawa beso Linda.
Kebetulan incikSuami tengah buka beg duit, dia kabo "duit pun ada RM10 je, mana mau nya nak kawin lagi" 😂😂

Nauzubillah, minta dijauhkan la, aamin.
Doa yang baik² je, semoga dipermudah segala urusan..aamin.

Till then, see ya.

Wednesday, October 7, 2026

.: BERGAMBAR KENANGAN :.

Assalamualaikum.

Sebelum pindah, pusing 1 hospital. Kiki
Saja nk cipta kenangan sebelum pindah.
Shikin, PT my step.
Sama pula warna baju.

Geng infection control.
Terima kasih gift.

PT sumber yang jaga Linda.
Kak Pah Abu. Selalu kacau dia. Hihihi

Nabila.

Kak Timah, jiran rumah depan masa duduk kuarters Selayang.

Lin. 
Ni lah tokey pes rendang Linda. Hihihi
Terima kasih gift nya.

Antara yang sempat Linda ambil gambar.
Ada yang tahu Linda dapat tukar, ada yang last minit baru Linda beritahu. Hihi.

Saja la juga beritahu, siapa yang memang selalu berhubung dengan kita.
Walaupun, Linda tak penting sebenarnya.
Tapi, tak nak lah susah kan orang, kalau betul² ada urusan mendesak.
Kesian kang, kalau call Linda tak dapat, tak pun lambat urusan tu.
Nak call sana sini. Hihi.

Sampai sekarang, ada juga yang wasap tanya asrama itu ini, Linda jawab je.
Sambil bagi nombor Izzah, dan suruh terus berhubung dengan Izzah.

Thank u for the great memory.

Till then, see ya.

Tuesday, October 6, 2026

.: QUICK UPDATE :.

Assalamualaikum.

Balik kejap kampung.
Ada hal nya dengan anak bujang ni.

Sempat la tengok dia tunggu bas, tak nak naik kereta dengan ibu. Hahaha.
Gambar Gegor, budak nya tak mau dok diam.

Dari kampung 6.45 pagi.

Atas WCE Hutan Melintang 6.59 lagi.

Sampai pejabat 8.03 pagi.
Ada lori, 
Ada pakcik healing².

Sabar jelah.
Tahan sikit je lagi, tahun depan sekolah dekat Tronoh ye..

Till then, see ya.

Monday, October 5, 2026

.: ALHAMDULILLAH :.

Assalamualaikum.

Sebagai kenangan, meh la abadikan dalam blog.

Antara hadiah perpisahan, perkenalan yang Linda dapat sebelum berpindah ke Perak.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.
Semoga rezeki pemberi dilancarkan oleh Allah, aamin.





Tak terungkap dengan kata kata, betapa Linda menghargai semuanya.
Terima kasih atas tanda ingatan, mana yang terlepas tu.
Jangan kata Linda tak hargai tau.
Risau dok cari² gambar tak jumpa je.. hihi..

Serius, Linda speechless.
Tak sangka semeriah ini.
Hanya Allah dapat membalas nya.

Till then, see ya.

Sunday, October 4, 2026

.: TRAGEDI OKTOBER :.

Assalamualaikum.

🎶 Tidak mahu ku ingat lagi,
Apa yang telah terjadi,
Tragedi Oktober. 🎶

Periuk ku hangus . Hahaha.
Rebus nasi impit tadi, lepas tu, tinggal sekejap, tengok drama Korea.
Memang niat nak p tengok air nasi impit, tapi bau hangit yang sampai dulu. Hahaha.

Kejadian nasi impit nya.
Yang dibulat² kan tu..
Tanda hangus.

Masak ayam ala² rendang.
Lepas tu, buat kuah kacang.

Guna yang segera je.
Yang dapat dari Fanny dulu.
Baru sempat nak buat.
Sedap, pedas.
Buat sepeket je, yang kecik macam kat sebelah tu.

Alhamdulillah, rezeki hari ini.

Till then, see ya.

Saturday, October 3, 2026

.: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif! :.

Assalamualaikum.

Tengah lepak² sambil BW ni, nampak plak kak SA sharing segmen dia.
Jom la join, sebelum terlupa.

- tekan gambar, nanti sampai lah segmennya -

Cepat, tinggal berapa hari je lagi ni.
Ada rezeki, terpampang la nama blog Linda dekat wall kak SA. Hihihi.

Till then, see ya.

.: CORETAN SABTU :.

Assalamualaikum.

Dah kemas².. jom la kita balik.
Cukup lah setakat ini, tapi, kita bawak balik rumah juga sebundle, harap2 boleh selesaikan lah.. aamin.

Harap² boleh claim la.
Nama belum putus sandang lagi, masih dekat Selayang. Hahaha.

Pagi tadi, sekali jalan.
IncikSuami hantar anak² latihan bola, lepas tu dia balik dulu.
Sebab Linda cakap, kerja Linda tak siap lagi.
Mai lain lah 12.30 nanti.

IncikSuami pun mai lain, naik motor je lah, dah berdua je.
Alang² tu, meh la kita isi perut dulu.
Konon nak makan laksa, tapi belum sedia lagi.

Makan nasi harimau menangis lah. RM9 satu.
Murah je tu, alhamdulillah, cukup lauk dan nasi.
Sos cicah dia sedap.

Wefie sikit sebelum makan.

Seronok la sekarang, boleh je request suruh hantar dan ambil dari kerja.. hihi.
Tapi, takde lah selalu pun.
Linda kadang balik kerja, suka p merayau² dulu. Hahaha.

Till then, see ya.

Thursday, October 1, 2026

.: CORETAN KHAMIS :.

Assalamualaikum.

Meh la kita coret kan apa yang jadi hari ni.

Masih menyambung reten aset ya.
Tu pun ada lagi part tak siap lagi.
Nk buat, ada yang datang, tunjuk itu ini.
Suruh siapkan dan² tu juga.
Belum lagi nak nak kemaskini kew pa 7 lagi.
Gara² EKSA, haisyhhh letih la Gini.

Sambil tu selit juga ambik gambar untuk tampal dekat carta organisasi.

Gambar sebenar.
Boleh juga jadi tema, outfit of the day.

Gambar setelah diedit.
Nak seragam tudung dan baju.
Boleh print buat gambar passport ni. 🤭🤭

Tung tang tung tang buat kerja.

Noh, dekat pukul 6 petang baru punch keluar pejabat.
Boleh kira OT ni. Hihi.
Nasib la rumah dekat je, dalam 10min dah sampai.

Eh,, nak juga.
Outfit pergi dan balik kerja.
Linda merempit Aje.
Ada hari balik kerja basah, ada hari panas.
Tapi, tak sempat lagi nak buat plan yang dirancang bila dah pindah Tronoh.
Nak briswalk keliling tasik UTP lepas balik kerja.
Kalau briswalk pakai baju kerja means baju kurung, orang pandang serong tak?? Hahaha.

Till then, see ya.