lovvu Dobbu

Showing posts with label MuázSyafiq. Show all posts
Showing posts with label MuázSyafiq. Show all posts

Tuesday, August 26, 2025

.: BYE BYE LAH :.

Assalamualaikum.

Petang semalam abang Mu'az balik dari sekolah, terus dia laung ibu..
Ingatkan kenapa.
Rupanya, dah sampai masa rambut dia kena potong dengan cikgu kat sekolah.
Hahaha, padan muka. 
Linda dah beritahu banyak kali suruh potong, dia cakap takpe..boleh lagi nie bu.

Baru lah nampak dahi. Hahaha.

Terus malam tu abang Mu'az ajak Linda pergi potong rambut.

Sebelum, tebal rambut anak bujang nie.

Selepas.
Puas hati ibu tengok pendek gitu.

Boleh ambil gambar macam nie je.
Takmo layan ibu. Hahaha.

Terus abang Mu'az cakap "ibu, nie macam rambut budak darjah 1".

Ibu jawab lah "betul lah, darjah 1, tingkatan 1, elok lah tu".

Terus linda teringat ada 1 gambar abang Mu'az masa darjah 1. 
Sama muka dengan sekarang nie,setelah rambut pendek.

Jumpa juga dekat FB.
Haha, macam nie lah lebih kurang rambut di sekarang.
Puas hati Linda. Hahaha..

Till then, see ya.

Wednesday, June 11, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 15/25 :.

Assalamualaikum 


Namanya anak bujang. 
Terus teringat adik adik lelaki masa dulu dulu. 
Sama lah cenggini. 
Suruh kayuh beskal p sekolah tak nak. 

Till then, see ya. 

Wednesday, May 28, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 14/25 :.

Assalamualaikum.

nak kena usaha, bukan tau sebut je dapat.
harap-harap kekal lah ilmu ikhtiar hidup nie dekat anak-anak

bila abang Muáz nak topup kredit telefon dia.
dengan syiling-syiling dia kasik kat ibu.

till then, see ya.

 

Monday, May 26, 2025

.: RUTIN POTONG RAMBUT :.

Assalamualaikum..

nie cerita last two weesk tak silap..
eh, lama beno peram.. hahaha
kasi masak dulu, baru ngam nak hidang... ehhh

melilau nak potong rambut abang Muáz nie.
kedai biasa dekat Selayang Pandang tu, tutup pula
jadi lajak lah p Selayang Baru.
naseb baik ada.
singgah la.

selfie sikit.
rambut sebelum, dah macam sarang tebuan ibu tengok.. hahaha

pintu depan nampak kecik je.
masuk dalam, luas sampai belakang.
ada dalam 7,8 kerusi untuk gunting rambut..
banyak juga tu.

selesai gunting rambut.
punya lah tak nak ibu amik gambar, haa..
melekat lah dekat dinding tu.
lepas tu, syg nak pakai helmet, nanti rosak rambut katanya.. hahaha

untuk tatapan warga blog.
boleh tahan gak harga dia.
nseb baik bawak sorang, kalau bawak 3 kepala tadi..
makan modal betul..hahaha
kenapa lah ayah tak nak belajar potong rambut.
kalau tak, jimat dh tang potong rambut nie.. kikiki

tu nama kedai nya.
"PAPA BARBER SHOP"

kecik je, igt kecik lah mula-mula tu.
rupanya beso..
ok lah, ada juga choice lain dah.
anak-anak nie takmo potong rambut dekat kedai mamak tu.
takot jadi macam nie lagi lah tu 😂😂
makan kat kedai mamak nak pula..ehhh...

till then, see ya.

Thursday, May 22, 2025

.: EVERYDAY MOTHER'S DAY :.

Assalamualaikum 

Sebelum tido, belek belek status wasap dulu. 
Sekali, nampak sesuatu yang sangat buat linda terharu.

Alhamdulillah.. 
Terima kasih anak ku. 
Sayang ibu pada anak anak ibu tidak pernah habis. 
Sampai syurga. 

❤️❤️❤️

Till then, see ya. 

Wednesday, May 21, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 13/25 :.

Assalamualaikum..

betul-betul pakai sampai lunyai

kasut baru
saiz 42
RM44

sambungan entry NIe yang kata nak beli kasut tu.

till then, see ya.

 

Monday, May 19, 2025

.: MINGGU PEPERIKSAAN :.

Assalamualaikum.

gambar masa nak hantar mak bapak g Haji hujung bulan lepas.
abang Muáz pun teringin juga lepas tengok adik-adik sepupu dok naik je.
lepas gian katanya

naseb lah tayar mati.
kalau tak, kempis agaknya.. hahaha

nie mesti  abang Muáz ingat, sebab linda dah letak dalam blog.
nanti ayat dia mesti "ntah, muáz tak igt pun pernah main dulu"
ayat tu bila dia geram, semua adik je yang dapat..
eh sebelum adik-adik, dia dulu dah dapat.

sekejap je dah nak masuk 13 tahun.
minggu nie periksa tengah tahun.

jadual periksa simpan sini

"semoga abang Muáz diberi kefasihan dan kelancaran dalam menjawab semua kertas peperiksaan. semoga yang baik-baik je untuk abang Muáz.. aamin "

harap-harap apa yang cikgu ajar tu, lekat lah dalam ingatan tu.
risau bila tengok asyik main je.. hahaha

till then, see ya.

Friday, May 16, 2025

.: KISAH HARI JUMAAT :.

Assalamualaikum

hari  nie tugas mengambil anak bujang abang Muáz.
sebab semua pula sesi pagi.
abang Muáz ada sambutan hari guru hari nie.
jadi, takde sesi petang lah.

naseb baik incikSuami belikan 'tenggiling seekor' lagi hari tu.
senang bila jadi macam nie.

sek men belakang hospital je.
pakai helmet sebab nak ke lain sekejap.
kalau ikot tak pakai helmet pun, lalu kawasan taman.

berduyun-duyun bebudak sekolah .
macam-macam perangai.
yang gengster macam linda dulu pun ada.
kerja nya asyik sinsing lengan je.. hahaha
jalan macam gengster.

senang je nak kenal abang Muáz.
sebab dia je Melayu yang masih pakai facemask dekat sekolah.
tak tahu lah kenapa.
tak nak orang kenal dia agaknya.. hahaha

terus kitaorang merempit ke kedai kasut.
koyak rabak dah kasut abang Muáz.
yelah, beli online je hari tu.

nie harap-harpa tahan lah sampai hujung tahun.
kaki dah lah beso, saiz 42.
kasut beli untuk raya, pakai time raya je cerita dia.
lepas tu tak muat.
tu yang inciksuami bebel kadang-kadang. hahaha

till then, see ya.

Thursday, May 8, 2025

.: MY FIRST NEW BORN :.

Assalamualaikum..

rase macam baru je semalam linda bersalinkan abang Muáz nie.
rupanya dah hampir 13tahun umurnya.
dah pandai minta keluar nak lepak-lepak dengan kawan.

nie TB bulan lepas punya cerita.

abang Muáz tengok Blood Brothers dengan kawan sekelasnya.
di Capitol Selayang, naseb baik depan rumah je.
tapi, linda is risau juga nak lepas kan.
linda hantar dan ambil bila dah habis tu.

lupa nak selfie dengan mak iskandar(yang duduk mencangkung tu).
emak dia lah yang teman anak-anak nie tengok wayang.
terima kasih banyak2 puan.

next weeknya, kalut nak main badminton pula.

sewa court badminton dekat Selayang Mall tingkat 5.
sejam Rm18.
tong-tong lah diorang.
yang nie mula main lepas maghrib, malas nak balik, linda tunggu je.

sambil healing-healing makan laksa dekat Ah Cheng laksa.
lama rasanya tak makan nie.
beli yang junior set je.
tu pun kenyang rasenya.
air nya sedap betul.. 
teh + kopi, haisyh..
macam nak pegi repeat je.

berkawan baik-baik ye abang Muáz, semoga persahabatan ini membawa kepada kebaikan.
semoga dijauhkan daripada sebarang anasir yang tidak baik..aamin.

risau nya linda nak menghadapi fasa anak remaja nie.
risau pelajarannya, risau perwatakannya.
semoga yang baik-baik je untuk anak-anak kita..aamin.

till then, see ya.

Tuesday, March 25, 2025

.: KOYAK PULA :.

Assalamualaikum 

Kisah jumaat lepas. 
Balik dari sekolah, abang Mu'az tunjuk beg dia dah koyak.
Ya Allah, beg sek paling mahey linda beli, koyak.. Hahaha... 

Haaa.. Bolong (orang jawa cakap) 

Abang Mu'az cakap, kawan dia tarik dari belakang. 
Sabar je lah mak pun.
Malam tu, terus p Selayang Mall, sebab ada kedai pakistan buat alteration. 
Bawa lah beg tu, kot2 dia boleh jahit kan. 

Alhamdulillah, pakistan tu kabo boleh. 
Esok nya baru amik. 
So, tersinggah dekat bungkus Kaw kaw, beli air 3 jenis.
Sekali cashier tu hasut kita, dia cakap. 

"kak, cukup kan RM28 ringgit, dapat free sampul raya" 

Terus lah tambah bihun siam, dapat lah free gift sampul raya. 
Eh, memang premium lah. 
Lupa nak snap gambar. 
Nanti lah next entry.. 
Kalau ada.. Hihihi. 

Till then, see ya. 

Friday, January 3, 2025

. : MAJLIS LAMBAIAN KASIH :.

Assalamualaikum 

Semalam ada program laluan kerjaya katanya.. 
Tapi, rasenya lebih kepada nak sambut pelajar2 tahun 6.
Sek lain buat majlis konvo bagai kan. 
Sekolah anak buat kat sekolah je.. 
Anak-anak tahun 6 dan cikgu2 yang terlibat. 

Jadi sebab kena ada kertas kerja, untuk jamuan makan bagai.. 
Kena lah ada nama program, tu yang jadi Program Laluan Kerjaya. 
Tema nya - baju pekerjaan lah.. 

Naseb baik cuti hari tu dan balik rumah Melaka. 
Kita rembat lah baju no 3 ayah nya.. 
Siap dah ada pangkat tu..

2 calit = koperal, pun boleh lah. 
Janji beret maroon.. Hihihi
Aksesori semua ayah punya.. 
Yang dia dah letgo ada juga. 
Nie tinggal buat kenangan je. 

Linda sumbang puding caramel jelah. 
Itu pun berchenta nak buat. Hihihi. 
Abang Mu'az yang request, kita ikot je lah. 

Nie jelah gambar yang linda share daripada wassap group kelas. 
Penat nak boh sticker kat muka anak orang.. Hihihi. 
Abang Mu'az memang pakai mask g sekolah. Tak tahu lah kenapa.. Hahaha
Sampai ke perjumpaan ibu bapa, cikgu yang risau, takot abang Mu'az jadi low self esteem. 
Tapi, keluar elok je tak pakai mask pun. 

Rezeki abang Mu'az lah, dapat hadiah utama pakaian mengikut tema. 
Tapi, tulah.. Takde amik gambar betul2 sikit. 
Seluar tu pun, malam semalam nya baru cari dekat hari hari, lepas tu kena potong sikit dan kelim jahit tangan je.. 
Malas nak buka mesin. 

Nie lah hadiahnya. 
1 set nie.. 
Alhamdulillah, rezeki lah tu. 

Nie gambar malam sebelum tu. 

Suruh pakai siap2, senang ayah nya nak pasang kan aksesori.. 
Ibu malas nk cara dah.
Macam tangan sotong. Hahaha.. 
Siang nya p nilai, lepas maghrib kalut nak p hari hari pulak. 
Dengan dok buat puding caramel lagi.

2 minggu lagi jamuan sekolah kafa. 
Abang Mueez dah mintak nak buat jelly ball pulak.. Ajeeee.... 

Till then, see ya. 

Saturday, November 23, 2024

. : SKSJ DAY TRIP :.

Assalamualaikum 

Hora horey. 
Hari yang abang Mu'az tunggu dah tiba. 


Lawatan sehari ke Lumut dan Bagan Datoh, Perak. 
Trip program Unit Kaunseling sekolah.. 
40 murid, 1 bas je dibuka untuk penyertaan. 

Bayaran sebanyak RM120. 
linda macam biasa lah, sape nak pergi kena half half dengan ibu.. Hihihi. 

Seawal 5 pagi dah boleh berkumpul dekat sekolah. 
Tapi tadi, incikSuami yang hantar dalam 5.30 pagi, jadi tiada gambar untuk dikongsikan.. Hahaha. 

Kalau ibu yang pergi, gambar bontot bas pun jadilah... 😂😂

Semoga selamat perjalanan pergi dan balik. 
Have fun lah ye abang Mu'az. 

Till then, see ya

P/s - kalau abang Mu'az pandai amik gambar, nanti Linda share sini ya. 


 

Friday, September 27, 2024

. : BILA SUAMI BERAKSI :.

Assalamualaikum 

Bila incikSuami yang amik gambo... 
Tengok lah sendiri apa guphenya... Hahaha

Tak igt pulak tahun bila.. 
Tapi, abang Mu'az kecik lagi. 
Yang terselit dekat tepi tu.. Hihihi. 

Rsenya kak M takde lagi masa nie..
Tapi abang Mueez dah ada.. 
Baru duduk serumah dengan incikSuami masa nie... 
Memang every wekeend kerja kitorang cari port makan asam pedas yang sedap. Kikiki

Kurus betul ye zaman dulu.. Hahaha

Till then, see ya

 

Friday, September 6, 2024

. : HAPPY BIRTHDAY MU'AZ :.

Assalamualaikum 

HAPPY BIRTHDAY MU'AZ SYAFIQ BIN SHAHRIZAL - 12 TAHUN-

Anak sulung linda, hati tisu, manja dengan maknya, kuat sentap dengan ayahnya, garang dengan adik2 nya,penyanyang dengan adik sepupu nya. 


Ibu tak tahu nak tulis apa... 

Semoga yang baik2 je untuk abang Mu'az, membesar jadi insan yang bertaqwa, taat perintah dan suruhan Allah, tinggalkan segala larangan Allah.. Allah dahulu, dan Insya-Allah seisi alam pun turut bersama mu... 
Semoga menjadi anak penyejuk mata dan hati kedua ibu bapamu, sentiasa berbaik dengan adik beradik, kaum keluarga serta orang sekelilingmu.. 
Insya-Allah, doa ibu ayah sentiasa mengiringi kehidupanmu.. Aamin2 

Rasa macam baru je abang Mu'az lahir, tanpa incikSuami di sisi... 
Takde rezeki kan, nie katenya soh bersalin lagi, kalau nak ada incikSuami di sisi... Hahaha... Idak ler.. 
Cukup lah 4 orang penawar tu... 

Till then, see ya

 

Friday, July 26, 2024

. : SELESAI HAJAT :.

Assalamualaikum 

Hari nie linda cuti, pagi tadi ada sukaneka sek anak.. Untuk tahap 1,jadi nak p support kak M lah.. 
Abang Mu'az, abang Mueez esok.. 

Cerita sukan nanti lah ye.. 
Gambar kak M je.. Gambar Linda takde.. Hihihi

Lepas solat Jumaat, incikSuami tak sambung praktikal dia.. 
Jadi, ajak lah ke Giant, Batu Caves.. 
Nak beli idaman hati abang Mu'az.. 


Taraaa... 

Syok tak sangga lah orang utagha cakap
Dapat dah idaman hati, setelah lama berzikir dekat telinga ibu... 
Tapiiii... 
Duit abang Mu'az kumpul sendiri, Linda tak sponsor pun... 
Malas nak ajar, mintak je dapat.. 
Sebab ibu dia pun, pakai telefon nie dari tahun 2019, Alhamdulillah masih bernafas lagi telefonnya.. 😊😊

Linda nie bab2 telefon tak tau pun.. 
Mula-mula dok belek2 model Infinix.. 
Nak beli yg 68Gb, macam tak percaya je boleh smooth nanti, sebab main nak beli telefon nie, of course lah nak main game... Hahaha.. 

Jadi dok usha2 gak yang 128Gb.. Infinix Rm430
Seller telefon tu lah suggest Tecno nie, 256Gb Rm450  😲😲
Murah betul... Sebab Infinix yang 256Gb dia cakap dalam Rm700 gitu.. 
Memang under bajet abang Mu'az lah.. 
Jadi, grab je yang Tecno nie.. 

Sementara waktu, pakai lah tanpa simkad dulu.. 
Nanti kumpul duit lain, baru beli simkad.. Hihihi

IncikSuami suruh amik gambar dia.. 
Ibarat macam dia yang keluar duit... 😂😂

Lepas nie, memang bergaduh je lah ngan ibu pasal telefon... 

Till then, see ya

 

Wednesday, July 3, 2024

. : TEAM BOLA TAMPAR SEJAYA 2024 :.

Assalamualaikum

hari nie anak soleh
abang Mu'az dengan abang Mueez pergi match bola tampar
MSSD Gombak
kira team sekolah lah nie
pengalaman baru lah, tak pernah wakil sekolah

pagi-pagi cikgu hantar gambar sebelum pergi
bertuah je..
sorang buat muka joker
sorang dah macam sakit lutut

dah sampai venue acara
briefing sikit-sikit dari coach

sarapan dulu, isi perut

lepas tu bersedia untuk lawan

then, cikgu share keputusan dalam group bola tampar
takde rezeki nak ke peringkat seterusnya
yelah, latihan pun dalam tempoh masa pendek

yang last macth tu, dah penat agaknya menampo bola
takpe anak-ank... 
pengalaman jugak tu, effort nak masuk pertandingan
kena latihan pagi petang, hari sabtu pun kena korbankan

untuk abang Mueez, insya-Allah tahun hadapan akan terpilih lagi
untuk abang Mu'az boleh cuba game lain pulak di sek men nanti
apa-apa pun terbaik team bola tampar

till then, see ya

 

Tuesday, July 2, 2024

.: TEBAL = DURIAN :.

Assalamualaikum

sekarang kan musim durian..
jadi teringat lah masa muda-muda

berdua dengan kakak, masa tu harga durian pun dah boleh tahan
lebih kurang tahun 2009 macam tu
dok la lalu lalang durian nie
jadi kakak pun decide, nak beli lah sebiji yang mahal sikit harganya

tak ingat dah durian apa..
tapi memang isi kuning dan tebal, puas hati makan sebiji je
jadi, harga sebiji buah tu dalam RM50
(terima kasih lah kakak belanja, sebab masa tu pun dia baru kerja kerani kilang sawit)

gambar durian nie dari gugel
lebih kurang gini lah

sambil-sambil kitorg throwback
sebab memang puas hati makan yang tu, isi tebal manis, sedap,
tiba-tiba ada yang mencelah

"patot lah mu'az pon tebal"



eh... kaitan sangat dengan dia...
geram pulak kita...
hahaha

till then, see ya

Thursday, January 18, 2024

.: JADUAL PEPERIKSAAN UPKK TERKINI :.

 Assalamualaikum

semalam semua ibu bapa yang mempunyai anak mengambil peperiksaan UPKK dapat berita tergempar
subjek Sirah yang sepatutnya diambil petang semalam, telah dibatalkan
alasan yang dikeluarkan oleh JAKIM, ada SOP yang telah dilanggar
bahasa mudahnya, soalan bocor kot..hihihi

pada awalnya, Subjek Sirah dijadualkan semula pada hari Selasa- 23.01.2024
di mana ad Subjek Bahasa Arab pada hari itu
atas mengambil kira keluh kesah daripada ibu bapa (kerana 2 subjek KILLER bergabung), JAKIM telah memuktamadkan untuk menambah satu hari lagi hari peperiksaan UPKK.

maka jadual baru telah dikeluarkan


RABU - 24.01.2024
peperiksaan subjek Sirah akan diadakan

semoga yang baik-baik je untuk anak-anak kita
teruskan berjuang, gunakan peluang untuk mengulangkaji lebih lagi

semoga abang Mu'az Syafiq berusaha lebih lagi
walaupun mak nya tengok dia mcm takde perasaan je apa yang jadi.. 😂😂
tak tahu lah mak nak sekolahkan abang Mu'az mcm mana lagi...

till then, see ya



Tuesday, January 16, 2024

. : UPKK - UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA BERMULA :.

Assalamualaikum 

Tiba hari nya.. 
Bermula hari ini.. 
16-18 januari & 22-24 januari
Berperang lah wahai Mu'az Syafiq bin Shahrizal.. 

Semoga diilhamkan jawapan kepada kamu.. 
Semoga dapat ingat apa yang telah ustzah ajar.. 


Gigih ibu lunch hour balik rumah
Nak bagi semangat dekat Mu'az, nak hantar ke sekolah agama... 

Semoga beroleh kejayaan... Aamin

Till then, see ya

P/s - semoga anak2 rakan lain yang sedang menduduki apa jua peperiksaan beroleh kejayaan... Aamin

 

Saturday, January 13, 2024

. : SELAMAT BERHUJUNG MINGGU :.

Assalamualaikum.. 

Selamat berhujung minggu dan berehat semua.. 
Hari nie abang Mu'az masih ada kelas tambahan UPKK.. 
Tapi, abang Mu'az dah menunjukkan protes tak nak pergi kelas tambahan hari nie.. 
Ibu menahan sabar, selagi mana abang Mu'az masih bergerAk untuk mandi dan bersiap..walaupun,dari cara bersiap tu ad tanda2 protes... 
Sabo je lah ibu nie.. 
Protes sampai breakfast pun tak makan, bekal ibu bagi pun tinggal je dalam kete..
Naseb baik rutin salam ibu sebelum turun kereta ingat.. 
Malas ibu nak panjang2 kan hal nya.. Kalau lapar, tanggung lah sendiri.. 

Rutin ibu pulak sementara ada kelas tambahan nie.. 
Terus lah kita membeli lauk2 untuk bekalan seminggu.. 

Hari hari Giant nie bukak pukul 8.00 pagi..
Pergi awal, elak jem.. 
Dan elak rakyat yg mengikut terlalu ramai.. Hahaha

Kosong je lagi haa.. 
Puas hati dapat belek sana sini.. 

Sayur pun helok banyak lagi.. 
Sayur yang selalu jadi pilihan, kobis, lobak dengan kentang.. 
Yang lain malas nk beli, sebab tidak berapa rajen nak mengolahnya

Ayam, daging frozen memang selalu beli untuk lauk seminggu.. 
Tadi, ikan ikan tak menarik perhatian. 
Last2 beli siakap sebab sekor rm6.30 gitulah.. 
Ambil 2 ekor, masih tak taw nak masak apa.. 

Balik, smpai rumah anak yang lain semua dah bangun, tapi masih bersenang2 lagi.. 

Ibu ambil kesempatan menyusun kasut yang bersepah depan pintu.. 
Berbuih mulut asyik suruh susun kasut je... 
Penat betul.. 

Ini baru namanya kasut sekolah.. 😂😂
Pakai sampai lunyai, baru lah ibu belikan yang baru.. 

Jom lah kita bersihkan lauk2 yang beli tadi.. 
Owh total belanja hari nie rm141.65.. 
Macam mana lah ad menteri itu beritahu rm500 cukup untuk belanja dapur sebulan.. 
Tabah je lah kita yang mengharungi nie ya

Till then, see ya

P/s - kenapa terasa hari nie punya entry macam berbahasa baku... Hahaha