lovvu Dobbu

Showing posts with label harirayaAidilfitri. Show all posts
Showing posts with label harirayaAidilfitri. Show all posts

Monday, April 14, 2025

.: RAYA KETIGA :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah raya kali kedua sabtu lepas.
jadi, ngam lah hari nie raya ketiga...kikiki

raya ketiga, baru turn raya rumah Linda.
geng raya Sungai Samak lah pula.
dekat entry nie, linda tengah OTW nak balik Sungai samak lah.

pagi raya ketiga hujan agak lebat juga, tapi kena redah juga.
sebab nak beraya ke rumah pakcik-pakcik saudara sekitar kampung.

selesai rumah pakcik saudara, terus baraan (beraya beramai-ramai) dengan satu family
balik ke kampung mak.
tapi, tinggal sepupu-sepupu mak je.

mak sponsor kain nie, terima kasih mak.
saje gedik nak sama semuanya.

dekat tangga.
nie rumah mak masa kecik-kecik.
sekarang sepupu mak yang duduk sini.
tangga nie masih tangga asal.
walaupun ada yang dah renovate sana sini.

geng-geng baraan Miswan.
nie depan rumah adik bapak.
rumah last lah baraan bersama.
linda nak terus balik Selayang.
esoknya, Khamis (03.04.2025) dah naik kerja weyh.

satu gambar family dengan mak bapak di hari raya.
abang Mueez tak ikot beraya.
dia beraya dengan sepupu dia, Amar dekat kampung.
basikal ada 2 biji, pulun nak naik basikal.
abang Mueez kan pernah sekolah dekat kampung setahun, jadi ada je kawan-kawan yang dia kenal.

dedek muka masam, sebab nak tinggal dekat kampung.
linda tak bai sebab, abang Mu'az, abang Mueez pun dah tinggal kat kampung.
sat g jenuh orang nak jaga dia pula.

nie dah macam gambar dalam CCTV pula.

singgah beraya rumah kakak mak, di Sungai Besar.
rmah yang memang tak pernah miss.
cepat atau lambat mesti datang.

nie beraya rumah kakak sepupu masa OTW nak balik Selayang.
sebab rumah dia dekat Sekinchan, memang laluan lah.
terjumpa adik bapak yang dari Sg Petani, pagi tu dah beraya juga di rumah pakcik yang bongsu, dekat kampung.

one with Izhar.
adik Linda, anak no4.
ada juga azam, yang bongsu.
mana ntah dia dah lari.

gambar-gambar kredit pada adik ipar, isteri Izhar.
kalau dia takde, jenuh kitorg nie takde gambar..kikiki

jangan tanya lah jalan jem ke tidak.
memang jem lah.
dari Sekinchan nak sampai Selayang, 3jam juga lah.
padahal sejam dah boleh sampai.
nama pun hari raya kan.

till then, see ya.

Saturday, March 29, 2025

Friday, March 28, 2025

.: AMALAN SUNNAH HARI RAYA AIDILFITRI :.

 Assalamualaikum.


1.      Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, kini tibalah hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Islam mengajar kita untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan serta menghidupkan sunnah yang dianjurkan.

 

2.      Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW tiba di Madinah, sedangkan penduduknya mempunyai dua hari yang mereka raikan. Maka Baginda SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha’."
[Riwayat Abu Daud (1134), al-Nasa’i (1556) dan Ahmad (12006)]

 

3.      Merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Manhaji , antara amalan sunnah yang dianjurkan ialah menghidupkan malam raya dengan takbir, mandi sunat Hari Raya, bersarapan sebelum solat sunat Hari Raya, menunaikan solat sunat Hari Raya, memakai pakaian terbaik dan wangian .

 

Marilah kita meraikan Aidilfitri dengan mencontohi sunnah Rasulullah SAW agar mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.


semoga selamat semuanya di hari raya.


till then, see ya.

Wednesday, March 6, 2024

.: GM KLANG , SELANGOR :.

Assalamualaikum..

ToRA datang lagi...

first time sampai GM Klang nie
nie lah tempat cadangan dekat incikSuami semalam
alang-alang Linda cuti dan anak-anak pun masih belum bersekolah, kita setel terus beli baju raya abang Mu'az dan abang Mueez

mumet ndas ku masuk GM Klang nie, naseb baik tak ramai manusia
berpusing-pusing.. hahaha
tak tahu nak kemana

mcm biasa lah, tak dan nak bergambar nie.
apa yang ada je lah

dekat aras 6 ada food court
penat shopping, boleh terus makan
tp anak-anak nak makan MarryBrown(MB), so kita turun lah GF

lepad makan MB, tawaf lagi naik atas
sebab dedek dapat mainan, abang Mu'az kecik hati ngan ayah.
dia cakap kat Linda "ayah tak tanya pun Mu'az nak beli mainan ke tak?"
ala la anak bujang ibu nie..
meh sini ibu bagi ketiak.. hahaha

pusing sekali lagi bukan sekadar beli mainan abang Mu'az, sekali kak M pau sandal baru..
padahal ad yg baru tak pakai lagi..

ibu pun, pusing2 nampak pulak booth air kopi nie
haruslah dicuba dong
igtkan bungkus pakai plastik yang ada tali rafia tu, rupanya pakai cawan plastik yg moden
boleh lah, sedap jugak
level kemanisan boleh pilih ya

ibu dan kak M shopping barang kemas
2 bentuk nie rm28 je 😂😂
boleh la kak M..
banyak kali dah ibu belikan cincin dekat kak M, asyik hilang je (emas korea lah)

hari bekerja kan
balik tu jem jugak lah sikit, dengan hujan lebat nya
dari Klang nk balik Selayang
waze bawak jalan ikot Lebuhraya Guthrie, masuk LATAR
makanya, kami dari belakang lah
kalau nk ikot depan lalu Duta tu, mau kol 9 malam tak sampai rumah lagi..kikiki

jadi, secara rasminya
pencarian Baju raya dah selesai. Alhamdulillah
cuma baju ibu dekat tailor masih belum siap lagi dr tahun lepas... hahaha
baju abang Mu'az dah saiz dewasa, saiz S, maka harga dewasa lah ye 😅😅

barang-barang sekolah dah selesai
barang-barang raya dah selesai
tinggal sambut Ramadhan je, dan macam biasa kuih raya kita stat buat lepas nuzul Quran ya...
rajen kan Linda buat biskut raya...
kikiki

till then, see ya