Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label cuticutiMalaysia. Show all posts
Showing posts with label cuticutiMalaysia. Show all posts

Wednesday, August 5, 2026

.: PUSAT REAKREASI LUBUK TIMAH @ SIMPANG PULAI, PERAK :.

Assalamualaikum.

cerita cuti sekolah penggal 1 hari tu, lama sungguh nak keluar dari draf.
tak tahu nak menaip macam mana.
kan cuti 2 minggu, jadi linda dok google lah kawasan reakreasi sekitar Ipoh, Tronoh yang mesra poket.

Sabtu, 06.06.2026 - moh ler kta gerak.
dalam sejam macam tu lah dari rumah.

Mata Air Panas Lubuk Timah



dia ada kawasan air panas.
tapi tulah, linda pun tak perasan kolam air panas nya dekat mana..
terus la cari gazebo (rate mula rm20-40)
makanan boleh bawa, jadi syok la tengok orang berBBQ.
linda bawa sandwich dan air je masa tu.
sebelum sampai, dah singgah makan berat dulu.

kawasan yang viral, ada dalam tiktok.
up status hari tu, adik yang dekat Batu Pahat tu cakap "macam tiktokers" hahaha.

seronok la anak-anak semua..
sampai rentung

abang Mu'az mula-mula tak nak ikut.
tapi ikut juga.
kak mas datang rumah malam tu, tido semalam.

incikSuami pun nak juga.

amik gambar mak sekali.

dia macam ada 2 port.
yang ni dekat belah atas.
jalan sikit dari tempat parking kereta.
yang satu lagi, dekat je denan parking kereta.
macam anak sungai la.
tapi takde lah sejuk sangat.

yang macam air terjun tu pun, tembok buatan kalau tak silap.
nah linda share sejarah nya.
ambil dari laman web Majlis Daerah Batu Gajah

Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.

air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok (empangan). apabila tiba musim air yang banyak, air kolam akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.

Mengikut cerita, empangan ini dibina di Sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke-20. pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan timahpada waktu tersebut. Empangan dianggar setinggi 30 meter yang kini dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini menjadi lokasi tumpuan percutian penduduk tempatan dan pelancong pada waktu cuti. Terdapat kemudahan asas disediakan  seperti tandas, surau, gazebo dan pondok rehat.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8KM dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Untuk pergi kesana, dari tol Simpang Pulai belok ke kanan di lampu isyarat pertama dan 500 meter di lampu isyarat berikutnya. Menuju ke Cameron Highland 5KM dari simpang jalan utama tersebut akan terjumpa papan tanda kecil tunjuk arah simpang masuk ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1Km sebelum sampai ke lokasi air panas.




till then, see ya.

Wednesday, July 1, 2026

.: SEKINCHAN - GALERI PADI :.

Assalamualaikum.

jom sambung lagi entry sekinchan D-2, dah chek out homestay.
mula2 nak ajak makan dekat Laman Tebu Aidil, tapi tak buka lagi.
linda pun tak pernah pegi makan situ.
memang la laluan linda dulu balik Selayang ke kampung, tapi semua semua ni belah dalam.
malas nak melencong, kita terus je ke destinasi.

jadi semua pun decide p Muzium Padi. (pon linda tak pernah pegi, kikiki)

Muzium dalam kilang padi je ni.
dia buat dekat tingkat atas.
Entry RM5/head untuk 90cm ke atas.
bawah 90cm, masuk free.
dapat sekampit padi (dalam 500g) tak silap, lupa nak snap gambar.

tak banyak pun ambil gambar.
jom la tengok2.

pelbagai jenis padi dan hasil padi.

incikSuami suruh ambil gambar.
dah macam Bangau yang dalam Kungfu Panda tu pula.
lupa namanya.

eh, nak juga la gambar sekeping, mana boleh kalah dengan incikSuami.

gambar ramai-ramai pun kena ada.
eh, mcm geng gegirl je  ni.
mana lelakui-lelaki?? hahhaa

ini je gambar yang tangkap pun.
Sejarah Sekinchan. boleh la tekan gambar untuk besarkan.

ada bilik buat tayangan pasal pemprosesan padi kot.
linda tak masuk dalam bilik tu.

banyak barang-barang lama di pamerkan.
tapi, tulah, berhabuk weyh barang nya. hahaha.
kalau tak berhabuk sangat, seronok la juga ehh, nampak la macam ada penjagaan gitu.

apa la linda ni, masuk muzium, tapi takde gambar. hahaha
boleh lupa plak nak snap2 untuk content blog. hihihi.

next, kita p makan-makan pula.
dah tengah hari ni, lapar perut.

till then, see ya.

Thursday, June 25, 2026

.: SEKINCHAN - JN HOMESTAY :.

Assalamualaikum.

lepas masing2 selesai dekat Coconut Farm tu, meh la kita chek in homestay.
part2 homestay ni, selalu MakTeh dengan anak-anak dia yang riki2 dan book.
kitaorang follow aje dan bagi duit.

tapi, takde gambar homestay nak share pun.
sebab homestay nya biasa2 je, cuma ada kolah mandi dekat bahagian luar rumah, tapi ada bumbung la.
rasanya asal homestay ni, rumah yang dihuni, cuma mcm dah tak perlukan rumah besar-besar, jadi owner pun jadikan homestay.
so, takde lah wow sangat untuk homestay.

lepas chek in, solat siap2.
keluar la kumpul steps kejap.
sambil berjalan2.
lorong homestay ni tak banyak rumah.

musim padi masak.
yang ni tunggu turn juga.

nampak kan, yang jauh sikit tengah menguning.
yang depan sikit ni, tak lama lagi kuning juga la tu.
ada juga dekat petak sawah lain yang dah kena tuai padinya.

jumpa juga buah pisang nangka ni.
nampak gayanya, besar juga, susah nak nampak pisang nangka besar2 sekarang.
semuanya kurus2 je.

dalam 6 lebih camtu, keluar ke pekan Sekinchan.
rupanya, deme tak beli lagi barang2 nak BBQ malam tu.
linda tanya dah MIL, MIL cakap Mak Teh dah bawa semua.
linda pun ok je lah, tak terfikir nak tanya pula.
kalau tau awal, sebelum gerak dari Tronoh, boleh beli siap2 dekat Lotus ke Billion ke, banyak sikit pilihan.
nie dekat Sekinchan, memang kurang la pilihan.
linda pun silap, patutnya keluar je ke arah Sg Besar, ada juga TF.
kalau nak ke Lotus Kuala Selangor, jauh lagi ke atas.
jadi, kita beli je lah apa yang ada.

so, malam tu makan oden, bakar2 sikit Pak Mat Western.
sekali kak M panas pula badannya malam tu.
terkejut la tu mandi kolam petang tu.
dah keluar la memalam dengan incikSuami, pergi cari coolfever.
tapi, esok pagi tu, dah sihat, kurang demam nya.
terjun lagi dalam kolam. hahaha.

gambar ramai-ramai sebelum chek out.

ni family in law.

muka semua lebih kurang je.
dah genetik sama kan.. hihihi.
selesai kemas2, moh le kita ke tempat seterusnya.

till then, see you.


Tuesday, June 23, 2026

.: SEKINCHAN - COCONUT FARM :.

Assalamualaikum.

lepas tengok kapal terbang.
deme ajak pergi Coconut Farm pula.


cuti sekolah kan, memang ke sini pun parking penuh.
linda pun tak pernah tahu ada coconut farm ni.
dia buat tempat OOTD dalam ladang kelapa, ada juga gerai2 jual makanan.

nak masuk kawasan.
kena seberang parit, besar juga parit nya

berkumpul dekat meja.
ambil gambar buat kenangan.

sekitar Coconut Farm.

yang depan sekali tu, baju pink.
Mak Teh suami, kiranya pangkat Tok la dekat anak2 linda.
tapi, macam budak2 je.
memang kecik molek je Mak Teh ni.
anak2 dara dia lagi besar dari dia.

duduk main buaian dengan kak M.
yang warna merah tu, phone booth .

ambil gambar dengan dedek pula.
berlatar belakangkan pokok kelapa.

nampak sangat berhujan panas.
udah tak menarik warnanya.

kak M ajak main jongkang jongket.

tu kak M main dengan cik Thirah, anak Mak Teh.

takde pula gambar makanan ye. hahaha
ada la jual gorengan, lepas tu bakso.
air kelapa muda, coconut shake.
kiranya makanan yang ringan2 je lah.
yang berat2 takde.

yang jual makanan orang Melayu.
yang buat Coconut Shake chinese, mungkin owner Coconut Farm.
kalau ikut keluasan, mcm sebidang sawah la.
ada banyak tempat dduk, redup la bawah pokok kelapa.
tapi, tak berangin sangat.

duduk sini, sambil tunggu family Mak Ngah yang lewat sampai dan ke kapal terbang dulu.

lepas family Mak Ngah sampai, makan2, terus ke homestay.

till then, see ya.

Sunday, June 21, 2026

.: SEKINCHAN - KAPAL TERBANG MENDARAT :.

Assalamualaikum.

Last minit punya plan jalan²..
Untuk Linda lah, tiba² je incikSuami wasap, 29.05.2026 hari tu.

"Mak Teh ajak jalan² dekat Sekinchan, tidur homestay".

Ku selalu la dapat info last minit.
Jadi, bab tong² homestay ni, pandai² la incikSuami handle.

30.05.2026 - Linda gerak dari Tronoh dalam pukul 12 lebih gitu.
Jumpa la memasang dekat area Petronas Sg Ranggam, Seberang Perak.

Sampai² je Sekinchan, terus ke lokasi kapal terbang.
Sekarang dah boleh masuk, dah ada kafe, ada kereta api kecik.

Linda Ambil gambar dari luar je.

Dah ada kutipan tiket.
Tiket kereta api sekali dengan harga nya.
Kalau nak naik kereta api, kena beratur la.. panjang tengok nya.
Kalau tak nak naik pun takpe.
Tapi, bagi Linda tak berbaloi lah RM20 tu.. hahaha.
Kapal terbang bukan boleh masuk macam dekat MPO tu.

Jadi, Linda dengan incikSuami tak masuk.
Anak² semua masuk.
Kita nak bayar, tapi Maksu(adik ipar Linda) depe nak belanja. alhamdulillah.

Haa, ni baru khemah belah sini.
Ada lagi satu khemah belah sinun.
Penuh, orang menunggu untuk naik kereta api.

Bawah ni Linda share gambar cousin hantar dalam group.

Gambar kapal terbang.
Bawah² tu ada kafe.
Boleh la kalau nak minum².
Harga lain lah.

Ni gambar diorang beramai².
Masa ni keluarga mak ngah takde lagi.
Sebab diorang baru Chek out dari homestay dekat Gerik.

Setelah berpanas² dekat sekali.
Jom next station pula.

Till then, see ya.

Thursday, October 16, 2025

.: SOTONG CELUP TEPUNG @ MANJUNG, PERAK :.

Assalamualaikum.

sambungan lepas mandi manda di Teluk Batik.
masing-masing dah kelaparan.
sebab tengah hari tu pun tak makan proper sangat.
so, macam biasa, tugas Linda mencari tempat untuk makan-makan.
meh la kita tanya acik Google nie

jumpa la kedai Sotong Celup Tepung nie

Emm, nak tulis lokasi kat mana tak berapa nak pandai sangat.
Waze Aje lah.kikiki.
D'Origanu Celup Tepung

Meh tengok antara yang Linda ambil gambar, apa yang kami order.

Bingsu Mangga.
Makan sorang sikit, abang Mu'az yang order nie..
Tapi yang lain² pun cicipi juga.

Keropok lekor.
Linda la pilih, tak berasa nak makan yang berat².

meh cuba Udang Selambak dia

udang comey je nie.
tapi, memang banyak la udang dia..
jenuh juga perabih.

menu lain.
nasi goreng - nasi goreng daging merah - nasi putih sup daging

not bad la, rasa dia..
tapi, ada nyamuk tu yang tak tahan.. hahaha
sabar je lah, nak makan, nak berperang dengan nyamuk.

Alhamdulillah, incikSuami support semua nya.
moga murah rezeki incikSuami.

till then, see ya.

#ada lagi satu entry balik Tronoh hari tu.

Sunday, September 21, 2025

.: CUTI DAH HABIS :.

Assalamualaikum.

Dengan ini, tamatlah percutian selama seminggu kita.
Alhamdulillah,dah selamat sampai Selayang 3.15petang, saja gerak awal, risau jam je.

Seminggu yang penuh dengan makan², jangan uniform tak muat esok, udah la. Kikiki.
Tapi, ada lagi entry masa cuti tak cover lagi.. tak tau nak mula dari mana.
Tak kemana pun, cuma banyak aktiviti nya.

Till then, see ya.

 #PV dah masuk 197 ribu dah tu

Sunday, September 14, 2025

.: BALIK TRONOH :.

Assalamualaikum.

13 Sept - semalam, kami gerak dari Selayang ke Tronoh.
Nak balik ke rumah sendiri, banyak projek nak buat nie..
Keluar tol Rawang pukul 10pg, sampai pukul 2.30ptg.
Boleh tahan heavy traffic, RnR semua penuh.
Dekat RnR Tapah je lapang sikit, berhenti juga, sebab tak tahan nak terkucil.

Kejap laju, kejap perlahan.
Banyak juga geng geng motor konvoi.
Manfaatkan hari cuti agaknya.

Konon nak ambil gambar air terjun.
Asyik lah terlepas je, sebab tak teringat sebelum RnR Simpang Pulai atau selepas nya.
Linda keluar ikut tol Gopeng.

Berhenti dekat RnR Tapah, pergi tandas.
Lepas tu isi minyak dekat Petronas, nampak produk ni.
Linda pun ambil lah,nak cuba.
Sedap, kalau dingin lagi sedap.
Rase manis pandan gula Melaka tu.

Alhamdulillah, sampai dah Kelantan..
Ehhh ..hahaha .
Nie Kota Bahru dekat Gopeng.

Alhamdulillah, selamat sampai.
Nanti kita share projek² dekat Tronoh.

Till then, see ya.

Friday, September 12, 2025

.: MALAM PULA :.

Assalamualaikum.

Ok last entry cuti² tak sangka kita.
Malam, pool ditutup untuk orang luar.
Jadi,yang menginap je boleh mandi manda sampai 10malam gitu.

Jadi malam tu, lepas makan.
Terus balik ke tempat menginap, tak dapat lah nak jalan² pusing Melaka.
Anak kalut nak sambung mandi lagi.

D'Bayan Hill
Dedek dengan pelampung yang incikSuami tiup tu.. Hihihi 

D'Bayan Hill 1
Time malam, Linda pun join sekali lah.
Sebab tak ramai orang kan.
Waktu siang tadi segan nak basah².

D'Bayan Hill 2
Wefie dengan incikSuami.
Petang tadi dia dah join anak².
Malam dia tolong ambilkan gambar kami jelah.hihihi.

D'Bayan Hill 3
Satu buat kenangan.

D'Bayan Hill 4
See, lapang kan?

Linda pun tak berlama-lama, sejuk.
Buat pelepas je lah, dah pergi tempat ada kolam, takkan tak join basahkan badan.

Alhamdulillah, another memories created.
Semoga anak 4 seronok, happy.
Mana ibu ayah mampu, ibu ayah cuba tunaikan.
Nak berjanji tak berani, kami suami isteri nie, asal jadi je..Hihihi.

Till then, see ya.

Thursday, September 11, 2025

.: CHECK IN DOME :.

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry sini.
Tiba lah masa check in.

Khemah glamping 2
Gambar dari wassap.
Staff nya share gambar.
IncikSuami kata nama dia Dome.
Tapi, khemah lah nie.

Selain daripada khemah Dome nie.
Ada jugak tapak khemah, khemah boleh bawa sendiri.
Ada juga kabin.
Tak jumpa cari berapa harga² yang lain tu.
Macam Dome yang incikSuami booking nie, RM258/night.
Macam mahal kan? tapi rate sekarang lah tu.

Jom tengok bahagian dalam pula.

Khemah glamping
Dari pintu masuk.
Ada katil king, katil Medan(katil yang orang bawa camping tu), ada ruang luas (incikSuami hampar  tilam angin malam tu), ada TV (chanel myTV), ada kettle (takde cawan), ada penyidai pakaian, ada iron dan iron board. 
so, ok je bagi linda.

tapi, nampak merah kan dalam nya, sebab Dome nie dari luar tadi kan warna oren.
so kat dalam jadi macam warna merah.
khemah kan, waktu cek in tengah hari tu, memang panas lah.
nasib baik ada penghawa dingin dan kipas sekali, memang on je lah dua dua, nak bagi sejuk.

Khemah glamping 1
nie linda berdiri dekat area Tv tu pula.
ada langsir, sebab dari luar tadi nampak ada bahagian yang macam lutsinar tu.
so, yang tu boleh nampak juga lah dalam ye.

linda buat video tour sikit.
another experience baru la untuk anak-anak, tido dalam khemah. hihihi.
memang betul khemah, kebetulan nak dekat subuh tu hujan, memang dengar lah bunyi hujan menitik-nitik atas khemah nie.
dah lama betul tinggalkan perkhemahan nie.. hahaha.

masa sekolah menengah dulu, memang aktif bab-bab nie.
sampai pangkat staf sarjan la masa join Kadet Remaja Sekolah dulu.
tu yang konon pasang impian nak masuk UPNM, tapi masa tu tak tahu cara-cara.
zaman dulu permohonan UPNM lain dengan UPU biasa.
last dapat masuk UMT, masuk juga askar wataniah. masa tu dekat UMT tu baru ada SUKSIS dengan PALAPES Laut je, PALAPES Darat takde lagi.
so masuk askar wataniah, memang habis, habis situ jela.
kalau ada PALAPES Darat masa tu, dapat Tauliah, boleh la apply untuk serap Tentera Darat.
tapi takde rezeki nak pakai seragam hijau, seragam pink pun jadilah.
sampai bila berseragam pink nie, tak tahu lah.

ehhh.. melalut pula dia nie. hahaha.

till then, see ya.

p/s- jangan lupa GA kita masih berlansung ya..
PV setakat nie 177686