Assalamualaikum.
Baru nak sambung kisah road trip hari tu
Dah seminggu terperam dekat draft.
Kami balik Tronoh hari tu, sebab PLAYGROUND dah siap.
Alhamdulillah, patotnya slot untuk pasang memang lepas raya.
Tapi, tukang perabot cakap turn yang sepatutnya pasang hari tu, dia tak respon boleh ke tidak untuk pasang kabinet nya.
So, dia call incikSuami, tanya kalau nak pasang rumah kami boleh ke?
So, here we go.
Sesi memasang kabinet.
Pintu dapur belakang dah berjaya buka.
Tinggal pintu grill belakang tu je, tak berjaya lagi nak buka.
Sebelum pasang kabinet dapur.
Linda ada share yang sesi mengecat tu kat sini.
Selepas pasang kabinet.
Alhamdulillah,..terima kasih incikSuami.
Nampak macam warna merah kan?
Tapi beno nya warna oren
Nie memang dari pintu sliding dah nampak.. hahaha
Bahagian atas. Haa nie nampak sikit warna oren nya.
Ramai yang concern nanti belah atas tu susah nak amik barang.
Linda nak letak barang yang jarang guna.
Alang-alang nak buat kabinet, buat sampai atas.
Kalau ada ruang lagi, satu hal pula nak mengelap habuk.
Tp, dok atas tu, memang tak mengelap lah cerita dia.
Tu yang cakap dengan incikSuami, nak pasang kabinet full sampai atas.
Keseluruhan kabinet.
Besar tu pun dekat 5 ribu.
Pishang weyh. Hahha.
Kabinet dapur rumah MIL panjang sikit dari yang nie.
Dia kabo dia buat dulu 700 ratus je.
How time flies kan.
Semua harga dah naik.
Kedai eco pun nak naik harga jadi RM2.60 / item.
Memang duit tak boleh beli segala galanya, tapi segala galanya boleh dibeli dengan duit.
Eh, macam mana tu?? Kikiki.
Lama juga sesi memasang kabinet nya.
Mula pukul 10pagi, sampai asar baru siap.
Tak sangka lama gitu.
so, cepat-cepat kemas barang, kami pun keluar rumah.
Singgah bazar, beli air dan kuih siap2, kot berbuka dalam kereta kan.
Sebab cadang nak balik kampung sg samak, dah gtaw mak pun.
Alhamdulillah, berkat highway WCE, sempat kami berbuka di rumah.
Till then, see ya.
Wahh menyerlah kabinet! Cantikkkk
ReplyDeleteJauh beza harga dulu dgn sekarang, sekarang mencekik darah hahaha.
Duit manyak penting sekarang ni
Itulah.. Jauh beza harganya...
DeleteMeriah warna oyen
ReplyDeleteLawa kan.. Hihihi
DeleteWow.. bestnyaaaa... semangat la masak di rumah baru nnt... kitchen cabinet ni antara impian setiap mak-mak... alhamdulillah impian sy dh tercapai di rumah pertama dlu... nk warna merah-hitam... hihiihi.. tahniah lindaaaa.... nnt raya kat rumah mana?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Ada rezeki, memang kena pasang kabinet dapur dulu.. Mudah nak simpan2 barang... Raya, masih di rumah mak..
DeleteAkak ingat, Linda dah pindah rumah Seri Iskandar. Cantik kabinet dapur dia, mesti semangat ni, nak menyusun barang dapur. :)
ReplyDeleteBelum lagi kak, tak dapat tukar lagi...
DeleteWah wah wah! Oyen tu! Warna berani... I like!
ReplyDeleteSuami lah pilih warna oren tu..
DeleteKabinet sekarang memang mahal2.. Takde yang murah dah.
ReplyDeleteKecuali kabinet beli kat shopee.. Kikiki.. Tapi, kena pasang sendiri lah
DeleteHarga kabinet memang keras. Cie pakai kabinet ikea je jimat sikit tahan lama dah 7-8 tahun. Aah la linda nampak merah. Tapi cantik je oren pun menyerlah sikit.
ReplyDeleteLinda pun mula2 nak beli kabinet kat shopee je.. Tapi, suami tak yakin nak gantungkan dekat dinding... So, order jelah..
Deletewaaa berseri2 kabinet baru! sure dtg mood rajin nak masak2 tu hehheheh
ReplyDelete