lovvu Dobbu

Showing posts with label Tronoh. Show all posts
Showing posts with label Tronoh. Show all posts

Tuesday, July 1, 2025

.: LONG WEEKEND :.

Assalamualaikum.

Kisah long weekend..Linda rangkum je,sebab gambarnya seciput seciput.

Sabtu, 28.06.2025

Pagi pagi kalut nak bergambar dulu.
Pergi mana?

Hantar adik bongsu pergi kerja.
Sebab nak bawa balik motor kak mas dekat ofis.
Naseb baik tempat kerja sebelah sebelah je,walaupun bos lain lain.

Balik rumah,siap siap, nak pergi kenduri dekat Setiawan.
Singgah dulu Teluk Intan, nak amik kunci rumah dekat pejabat pemaju.
Defect dah siap baiki.
Singgah tengok sat.

Siap buat lubang dekat porch nie.
Lupa nak masuk defect,naseb baik yang tukang nie pandai.
Baru lah air boleh keluar,kalau tak berlumut tang simen tu.

Ikot highway, 45min sampai.

Ada gambar kak mas je.
Kenduri dekat Bandar Baru Setiawan Perdana. Dua pupu buat kenduri kawen anaknya.
Adik Linda yang Izhar tu, beli rumah kat sini juga, tapi belum nak balik Perak lagi.

Ahad, 29.06.2025

Ada orang datang ukur ukur pula.
IncikSuami cakap nak buat loteng, tapi syiling tak tinggi sangat, so buat loftbed je.
Linda tak pernah survey2 harga, incikSuami cakap, full package dekat 7ribu juga. 🫥🫥
Kecik je pun ruangnya.

Setel itu ini, lepas asar juga lah kita gerak dari Tronoh nak balik Selayang.

Jem dekat susur keluar Gopeng. Orang nak lari dari jam highway, ikot jalan dalam.
Yang kita, sanggup nak harung jam.. 😅😅
Linda ingat incikSuami nak ikot jalan lama je,rupanya nak ikot highway.

Buah mula,smooth je..
Lepas tu jam kome.
Berenti rehat RnR ulu bernam dalam pukul 8malam, solat siap2..
Gerak dalam pukul 9malam.
Sampai Selayang almost 11pm.
Itu pun susur keluar Rawang.
Kalau Rawang S (dekat Gamuda tu), mau dekat pukul 1pagi baru sampai.

Alhamdulillah,selamat sampai rumah.
Penat hadap jam je.

Till then, see ya.

Tuesday, June 3, 2025

.: SESI MEMUNGGAH BARANG :.

Assalamualaikum. 

Sambung kisah perjalanan kita, dari Melaka ke Tronoh. 
Sabtu, 31.05.2025 - sempat lagi kemas2 rumah last minute orang kata. 
Ada jugak 3,4 plastik hitam yang dibuang. 

Sempat juga, jiran tangga atas, Thirah mai melawat linda last minit nie. 
Dok kenal dia masa dia warded anak sulung(dah 5tahun umur anak nya) kat hospital Melaka, sebab kerja sebelah Hospital je.. 
Selalunya, kalau ada wife2 yang berkampung kat spital, seboleh boleh nya linda p melawat. 
Bukan nak tunjuk baik, sekadar bersembang2, sedih ooo dok dalam wad. 

Rumah dah kosong. 
Dari 2015 duduk dekat rumah nie. 
Masa tu dok mengandung ke kak M. 

Kalau dari Melaka, dah sampai sini kira half way dah lah. 
Ingatkan dalam pukul  2 lebih gitu boleh sampai. 
Rupanya tidak, jalan jem gilak hala Utara, last last kuar exit Bidor, lalu jalan dalam je. 
Ngam ngam azan asar sampai rumah. 
Trak tak sampai lagi, sebab dia kena masuk Tapah dulu, isi minyak 3 tan. 
Naseb baik dapat perjalanan 2 hari, so takde lah deme rushing. 
Tapi ikot SOP memang trak 3tan tak boleh jalan malam. 

Alhamdulillah, dalam 5.30 petang macam tu, trak pun sampai rumah.
turunkan barang tak sampai 30min oun, dah siap semua turun.
masa nak naikkan barang hari tu, sejam juga baru siap.

selesai turunkan barang-barang, jamu lah goreng pisang, kuih-kuih buat minum petang.
tanda penghargaan tolong angkat barang semua. terima kasih banyak-banyak telah membantu.


last penghargaan, incikSuami bagi lah goodies sikit dekat geng-geng Fitik, pemandu, JLJ sekali.
semua sekali ada 7 anggota.
bila long distance, memang kena ada 2 orang pemandu, sorang JLJ(bahagian kenderaan), incas sorang (pengkat Sarjan lah selalunya), dan baki 3 orang budak-budak fitik.
owh JLJ tu singkatan untuk KJLJD = Kor Jurutera Letrik dan Jurutera Diraja

nie lah team yang membantu.

akhirnya, selamat sampai juga barang ke rumah Tronoh.

eh, ada Mukhlis Senior lah.
incikSuami cakap 5,6 tahun lepas masa Mukhlis nie lapor diri dekat 17 Melayu, suami dah tegur dia, yang nama sama dengan anak. hihihi.

mula lah pening nak kemas barang macam mana

dalam bilik pun ada

dekat area dining hall

dekat area hall

tapi, tak tau kenapa muka dia nie tak puas hati. 😂😂
barang dah siap angkut kot.
dah temamg je, tak payah pikir.
yang nak pikir sekarang, barang dekat Selayang nie yang dah penuh 1 rumah.
incikSuami lah, sikit-sikit dia penuh kan.
eh, stres kita.
memang kena order lalamove nanti bila nak pindah nie.

barang-barang tu, yang diwrap semua dah dibuka, susun sikit-sikit.
nanti len kali kena repeat lagi ke sini, untuk kemas betul-betul.

till then, see ya.
 

Tuesday, March 18, 2025

.: PLAYGROUND ISTERI DAH SIAP :.

Assalamualaikum.

Baru nak sambung kisah road trip hari tu
Dah seminggu terperam dekat draft.
Kami balik Tronoh hari tu, sebab PLAYGROUND dah siap. 
Alhamdulillah, patotnya slot untuk pasang memang lepas raya.
Tapi, tukang perabot cakap turn yang sepatutnya pasang hari tu, dia tak respon boleh ke tidak untuk pasang kabinet nya.
So, dia call incikSuami, tanya kalau nak pasang rumah kami boleh ke?

So, here we go.

Sesi memasang kabinet.
Pintu dapur belakang dah berjaya buka.
Tinggal pintu grill belakang tu je, tak berjaya lagi nak buka.

Sebelum pasang kabinet dapur.
Linda ada share yang sesi mengecat tu kat sini.

Selepas pasang kabinet.
Alhamdulillah,..terima kasih incikSuami.
Nampak macam warna merah kan?
Tapi beno nya warna oren
Nie memang dari pintu sliding dah nampak.. hahaha

Bahagian atas. Haa nie nampak sikit warna oren nya.
Ramai yang concern nanti belah atas tu susah nak amik barang.
Linda nak letak barang yang jarang guna.
Alang-alang nak buat kabinet, buat sampai atas.
Kalau ada ruang lagi, satu hal pula nak mengelap habuk.
Tp, dok atas tu, memang tak mengelap lah cerita dia.
Tu yang cakap dengan incikSuami, nak pasang kabinet full sampai atas.

Keseluruhan kabinet.
Besar tu pun dekat 5 ribu.
Pishang weyh. Hahha.
Kabinet dapur rumah MIL panjang sikit dari yang nie.
Dia kabo dia buat dulu 700 ratus je.

How time flies kan.
Semua harga dah naik.
Kedai eco pun nak naik harga jadi RM2.60 / item.

Memang duit tak boleh beli segala galanya, tapi segala galanya boleh dibeli dengan duit.
Eh, macam mana tu?? Kikiki.

Lama juga sesi memasang kabinet nya.
Mula pukul 10pagi, sampai asar baru siap.
Tak sangka lama gitu.
so, cepat-cepat kemas barang, kami pun keluar rumah.
Singgah bazar, beli air dan kuih siap2, kot berbuka dalam kereta kan.
Sebab cadang nak balik kampung sg samak, dah gtaw mak pun.
Alhamdulillah, berkat highway WCE, sempat kami berbuka di rumah.

Till then, see ya.

Saturday, February 22, 2025

.: TUKAR SENDIRI :.

Assalamualaikum.. 

Kesinambungan trak 3tan askar semalam tu.. 
Keputusan takde trak yang available.. 
Makanya, incikSuami decide lepas raya je lah.. 
Dah gtaw awal-awal nie, kalau takde trak juga tak tahu lah.. 
Biasa lah kan, kalau percuma, memang susah nak dapat.. 🤭🤭

Sebab kan tak dapat balik Tronoh. 
Kita cerita lah pasal rumah Tronoh. Kikiki. 
Sambil-sambil tunggu awning siap pasang. 
IncikSuami pun siap menukar item yang dah rosak dalam rumah. 

Paip bidet canggih.. 
Canggih lah sangat. 
IncikSuami beli kat tiktok je dia kabo.. 
Belas belas ringgit je, bukan yang mahal punya. 
Beza nya, yang nie ringan je lah.. 
Boleh je, janji air keluar laju. 

Nie paip bidet asal. 

Tukar tombol pintu pulak. 
3 pintu bilik memang tombol dah out. 
Ada tombol bulat yang tenant lama beli untuk gantikan tombol rosak. 
Jadi bilik ke 3, incikSuami guna tombol bulat yg tu. 

Bilik no 1 dan 2, incikSuami guna tombol jenis handle nie. 
Lepas tu, dia murung sendiri. 
Sebab anak 4 semua "sopan-sopan".. Hahaha. 
Risau bertahan seminggu je.. Kikiki.. 

Alhamdulillah, pandai jugak incikSuami tukar benda yang asas mcm nie. 
Takde lah semua benda nak upah orang kan. 
Mana yang boleh jimat, kita jimat. 

Till then, see ya. 

Thursday, February 20, 2025

.: KEMAS DEPAN RUMAH :.

Assalamualaikum.. 

Entry masih berkisarkan masa cuti Thaipusam hari tu. 
Lepas siap orang pasang awning tu. 
IncikSuami mulakan lah operasinya..

Potong ranting-ranting pokok depan rumah nie haaa. 
Pokok nie dari awal taman nie siap lagi, kira souvenir dari pemaju lah.. 😂😂

Lepas tu kerat-kerat tilam lama nie pula.
Lama dah tilam nie terbiar depan rumah, sampai nak mereput.
Tak tau lah majlis bandaran sini stail kutip sampah macam mana. 
Memang lah tak harap dia angkut semua sekali dengan sampah domestik. 
Sepatutnya dia ada lah team lain pula untuk angkat sampah yang bulky macam nie. 
Dah kerat-kerat, masuk plastik hitam, harapnya dia angkut lah buang. 
Lupa nak wasap jiran, orang sampah kutip ke tidak. 

Emm, dapat kat incikSuami, memang sampai tanah pun dia sapu bersih.. Hahaha. 

Tengok, siap penyapu keras tu dia bawak keluar. 
Pengganti pencakar. 

Haaa.. 
Puas hati linda, takde lah pemandangan tilam yang menyakitkan mata. 
Semua dah masuk dalam plastik hitam tu. 
Saja letak dekat luar, tak masukkan dalam tempat sampah tu.
Nampak lah bersih sikit. 

Bila buat kerja pembersihan dengan incikSuami, macam nie lah.. 
Memang bersih betul-betul. 
Sebab incikSuami nie, kalau nak buat kerja tu, dia buat teliti betul. 
Orang kata, jangan bagi mulakan je.. Hahaha. 
Nie dia bz amik anak, hanta anak p sekolah. 
Kalau tak, memang linda minta tolong dia yang bersihkan rumah. 
Jadi, kalau dia bersihkan rumah, memang dia akan kemas, mop lantai semua. 
Itu yang syok.. Hihihi.. 

Till then, see ya. 

Sunday, February 16, 2025

.: PASANG AWNING RUMAH :.

Assalamualaikum

Cerita masa cuti Thaipusam hari tu, 11.02.2025.
Balik kampung semalamnya lepas habis kerja, sebab hari cuti tu ada urusan sikit dekat rumah Tronoh.
Sekali dengan nak bawak balik abang Mu'az , abang Mueez lah.
Nak sekolah dah nie.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk beli kek birthday mak yang dah lepas tu.

Wefie dengan mana yang ada je lah.
Saja lah beli kek, buat makan-makan.
Tapi, linda tak dan makan, nak terus keluar.

Anak 4 bagi can ibu ayah detink sat.
Semua tak nak ikot katanya.
Nak stay rumah embah.

OTW tu, ada "kebakaran" berlaku.
Eh, bukan kebakaran betul pun, cuma pesawah membakar petak sawah yang dah dituai.
Area felcra Seberang Perak nie.

Ke mana linda?
Balik Tronoh sat.

Elok kami sampai.
Geng-geng nie pun sampai.
Panas berdenting weyh.

Nie lah urusan nya.
Pemasangan awning dekat depan rumah.

Sejam lebih jugak nak siap nie.
Dari pukul 3.15 petang hingga hampir 5 petang.
incikSuami beritahu, dia order jenis "Pergola Metal deck"
Linda bayangkan atap dia yang macam zaman sekarang nie la, yang macam jenis lutsinar tu.
Tapi, ehhh, kenapa macam zink biasa je?
Paneh lahh macam nie.

Tapi bila google.

Awning Metaldeck Tahan Lasak

Awning Metaldeck dan awning pergola metal deck adalah pilihan pelindung yang popular untuk ruang luar, memberikan perlindungan daripada cuaca dan menambah estetika kepada rumah atau bangunan komersial. Awning ini diperbuat daripada bahan metal yang kuat dan tahan lama, memastikan ia mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca. Awning Metaldeck memberikan perlindungan yang lebih kukuh berbanding awning tradisional, dan ia juga direka untuk memberikan sentuhan moden yang menarik pada rekaan luar.

Manfaat utama menggunakan awning metal deck adalah keupayaannya untuk mengurangkan suhu di bawahnya, menjadikannya lebih selesa untuk aktiviti luar. Dengan struktur yang tahan lasak, awning ini memerlukan penyelenggaraan yang minimum dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang. Awning pergola metal deck juga menawarkan ruang untuk tanaman merambat, menjadikan ruang luar lebih hijau dan menarik. Kedua-dua jenis awning ini memberikan penyelesaian yang praktikal dan estetik, meningkatkan nilai keseluruhan bangunan sambil memberikan perlindungan maksimum kepada penghuni dan pengunjung.

Alhamdulillah, hasilnya beginilah.
Setelah 10tahun, baru ada awning ye kamu..hihihi
Total awning RM2500.00

Lepas pasang awning, terasa gelap pulak dalam rumah.
Sebelum tu, cerah je rasenya. Hihihi
Lepas tu, ada kerjaan lagi dekat rumah tu.
Lepas isyak baru kitaorang gerak balik kampung.
Kerjaan tu, nanti next entry ya.

Till then, see ya.

Monday, February 3, 2025

.: AKTIVITI MENGECAT :.

Assalamualaikum. 

Setelah pening memilih warna cat di SINI
Maka, cuti CNY kita manfaatkan lah dengan mengecat rumah. 

Rabu, 28.01.2025 gerak dari Selayang dah lewat, so dalam pukul 2petang baru sampai Tronoh.
Turunkan segala macam barang, kemas rumah sikit sikit. 
Bermula lah aktiviti mengecat. 

Rupanya ada tetamu yang datang. 
Emak, kak mas, amar, abang Mu'az dengan abang Mueez mai melawat. 
Kebetulan mereka mandi manda di Teluk Batik, jadi lajak lah ke Tronoh. 

merasa lah abang Mu'az mengecat bilik dia sendiri. 
Orang kata, ada lah air tangan tu. 
Dapat lah semuka dinding abang Mu'az mengecat, lepas tu wak mas dah ajak balik. 
So, balik lah diorang. 

Banyak gambar, so linda gridkan aje, senang nak tengok. 

Nie incikSuami sedang meratakan cat nya. 
Kain uniform yang tak jadi baju lagi, buat lapik lah. 
Takde lah banyak sangat nak mengemas kesan cat menitik. 
Faham je lah buat kerja dengan anak anak kan. 

Nie memang orang kuat lah, sampai ke malam pun mengecat. 
Tangga tu pun bawak dari Melaka. 
Untung dah pasang roofbox tu, tangga pun boleh masuk dalam tu. 

3 hari 2 malam kami bertapa di rumah Tronoh. 
Misi terlaksana untuk mengecat bahagian-bahagian yang kitorang suami isteri dah target. 

Bahagian dapur nie bonus. 
Nak habiskan cat warna kelabu. 
Kita cat dekat atas table top tu je. 
Lagipun, nanti nak pasang kabinet atas tu. 
Tak nampak pun sebenarnya. 
Bahagian hadapan dining area tu, tak cat lagi, sebab memang takde dalam target untuk cat situ waktu cuti CNY nie. 

Bilik utama. 
Ada 2 muka yang warna nie. 
Ada lagi 2 muka dinding belum dicat. 
Jadi yang nie target tercapai separuh, tapi ok jugak lah kan. 

Bilik anak bujang 3 orang. 
Nak warna kelabu, so ini lah kelabunya. 
Dan linda macam tak puas hati kalau 1 bilik warna kelabu. 
Jadi 1 muka yang bahagian tingkap tu, linda buat bahagian sikit. 
Warna kelabu + hijau muda + purple

Nie bilik kak M, warna hijau muda. 
Anak dara sorang. 
Yang nie pun sama, macam tak best je 1 bilik warna sama. 
Jadi 1 muka tu, linda campurkan warna hijau muda + kelabu. 
Pencahayaan tak terang sangat, warna kelabu nampak macam warna hijau gelap je.

Nie area utama rumah.. 
Main hall, warna purple (tapi nampak macam warna pink). 
IncikSuami lah pilih masa tengok katalog tu, linda dah cakap, warna yang dia pilih nie nanti lebih kepada pink. 
Tapi, dia cakap "takde lah, ungu lah nie" 
So, biarkan je lah. Rumah dia kan. Hahaha. 
Sekali, here we go.. Purple yang more to pink. 
Ok lah tu, naik lah seri rumah. 
2 muka warna purple nie. 
2 muka lagi warna krim. 

Linda dengan incikSuami je mengecat. 
Memang pulun lah nak bagi siap jugak, sebab fikir kan kalau dah penuh barang nanti, memang malas lah nak mengecat dah.
Leceh nak alihkan barang barang. 
Dedek dengan kak M pun membantu juga, tapi anak anak mengecat, faham faham je lah macam mana. 
Banyak main dari mengecat. Hahaha. 

4 tong cat yang dibeli hari tu, 2 tong habis digunakan, warna hijau muda dan kelabu tu. 
Tinggal warna purple dan cream. 
Boleh lah buat cat di bahagian dining hall dan bilik utama yang belum dicat tu. 
Bila pulak nak sambung nya tu.?? 
Entahlah, lepas raya agaknya. Hahaha. 

Till then, see ya.