lovvu Dobbu

Showing posts with label armywives. Show all posts
Showing posts with label armywives. Show all posts

Tuesday, December 24, 2024

. : HIGH TEA BAKAT :.

Assalamualaikum 

IncikSuami dapat call 2,3 hari sebelum hari sabtu (21.12.2012), untuk sahkan kehadiran isteri ke majlis high tea BAKAT sebagai orang yang dirai.. 

Jadi, di sini lah linda petang sabtu tu. 
Kebetulan memang nak balik Melaka sebab nak kemas rumah. 
So, kita pergi je lah majlis high tea. 
Alhamdulillah, ada rezeki last join program BAKAT, di hari yang sama hari last servis incikSuami. 
Jadi, suami isteri ada kenangan pada tarikh 21.12.2024.

Bertempat di dewan 3 Div. 

Tema : Blue + White Denim (berkain) 
Tudung, beg, kasut je yang tak beli. 
Baju + skirt cari dekat JalanjalanJapan (Total RM 35)

Bergambar dulu dengan anggota BAKAT yang diraikan juga. 

Anggota BAKAT yang dirai (kecuali yang tudung bercorak+baju biru gelap) 

Selfie dengan pengerusi BAKAT baru (wife OC), kak Ratnah. Lembut je orang nya. 

Dengan adik-adik kompeni Bantuan. 
Nikmati lah zaman2 BAKAT anda... 
Semua pun dah naik Sarjan, lambat lagi nak habis servis nie.. 

Bersama anggota yang dirai. 
Rasenya mcm linda je pakai kaler cerah nie, orang lain semua kaler gelap2.. Hihihi

Nak berdua, mesti ada yang ketiga. 

Kak M pun nak juga.. 
Dengan gigi takde.. Hahaha

Ok, nie betul2 last. 
Berdua bersama. 
Selamat berpencen, dengar nya ada bunga2 dah masuk.
Jangan lupa kan khidmat isteri ya.. Hahaha... 
Semoga yang baik2 je untuk keluarga kami. Insya-Allah.. 

Till then, see ya

 

Thursday, November 14, 2024

. : CONVOCATION DAY @ PERHEBAT, SG BULOH :.

Assalamualaikum

semalam, bukan setakat linda je amik cuti...
anak 4 pun dicutikan dari sekolah juga.

buat apa kat sana??
menghadiri majlis Graduasi incikSuami yang dah tamat latihan sijil, selama 9 bulan di PERHEBAT.
Alhamdulillah
layanlah gambar ye

simpan sebagai kenangan

tak sangka pulak dapat pakai selempang Pelatih Terbaik untuk kursus yang incikSuami ambil
kursus Spa Kenderaan.

ambil gambar lagi buat kenangan

berdua pulak

nie gambar-gambar sebelum mula majlis.
linda tak ikot masuk dewan, sebab anak 4 tak boleh masuk kan.
jadi kita duduk lah dekat dewan sebelah.
ingatkan semata-mata ada buat live nanti.

rupanya team pentadbiran PERHEBAT dah sediakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak.
memang balik tak bawak tangan kosong lah.

linda compile je sini gambar aktiviti yang di jalankan.
ada chicken dance, mewarna, melakar, bina binaan.
cabutan bertuah pun ada.

nie antara hadiah yang anak-anak linda dapat.
abang Mu'az dapat 2 hadiah
abang Mueez dapat 5 hadiah
kak M dapat 2 hadiah
dedek tak bertuah, no cabutan tak disebut.
lepas tu aktiviti untuk umur dedek ada mewarna je, yang tu dedek tak nak masuk .
jadi tak dapat la hadiah.

yang bunga matahari kait tu, linda belikan untuk incikSuami.
nak beli bouquet , macam kedekut duit. hahaha
baik lah duit tu buat beli makanan.

pukul 10 pagi baru lah aktiviti penyampaian sijil berlansung.
terlepas nak tengok incikSuami ambil sijil dalam live, sebab tengah kalut anak-anak nak makan pulak.
dah la incikSuami orang pertama yang ambil sijil dalam semua pelatih yang terima sijil semalam tu.
memang terlepas bas lah.
nanti kita tengok lah rakaman dekat youtube.

keluar awal sikit dari dewan.
ambil gambar anak 4 nie.
buat kenangan.

bergambar dengan ayah pulak.

 
selfie-selfie dalam dewan.

bergambar satu family dalam dewan.
tak pakai baju proper sangat, jadi macam tak best je nak ambik gambar yang studio punya.
so, ambil gambar yang nie je lah, buat kenangan.

at least ada juga gambar family beserta incikSuami yang pakai jubah convo tu.

ada buat video jugak.
untuk kenangan kan.

Alhamdulillah, selesai dah tugasan terakhir sebagai anggota tentera.
tunggu 21hb nanti ke MINDEF pula untuk ambil IC awam.
21.12.2024 pula, tamatlah secara rasmi servis dalam perkhidmatan awam.

lepas nie , masuk VETERAN pulak lah.

till then, see ya

Thursday, September 26, 2024

. : BAJU BAKAT DARAT :.

Assalamualaikum 

Baju rasmi anggota BAKAT (Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera) 
Untuk dipakai oleh isteri setiap anggota tentera di Malaysia tak kira Darat, Udara mahupun Laut. 
Yang membezakan nya hanyalah warna tudung. 

Dah selamat Linda let go bajunya... 
Masa suami beli kain pasang dalam rm75..tak tau lah apesal mahey beno.. 
Tapi, linda minta mak je yang jahitkan.. 
Owhh.. Tak boleh buat patern lain SELAIN baju kurung ya.. 

Selalu baju BAKAT nie kita pakai untuk acara rasmi je... 
Macam AGM (Annual Grand Meeting) ataupun ada lawatan lawatan rasmi lah.. 
Jadi kalau nak ikot kan, mcm Linda nie.. Isteri anggota PTTK (Pegawai Tidak Tauliah Kanan), jarang lah nak pakai baju nie.. 
Sebab tak terlibat dengan acara acara rasmi sangat... 
Lepas tu, kita bekerja, kalau hari bekerja tu memang tak dapat join lah aktivitinya

Meh, linda up sikit kenangan berbaju BAKAT nie

Masa nie last hadiri AGM, tahun 2023 tak silap.. 
Linda nie memang lone ranger, duduk je sebelah siapa2 pun.. 
Ok je.. Hahaha.. 
Nampak sangat takde geng dalam BAKAT.. 
Sekali, ada orang snap gbar kita.. Hanta wasap... 

Nie lah orang yang snap gambar Linda kat atas tu tadi... 
Sekali jiran depan rumah dekat kuarters Melaka daa... Hihihi.. 
Yani nama dia... 
Ada lah kenangan bergambar dengan Yani dan berbaju BAKAT.. 

Yani lambat lagi nak pencen, suami dia baru masuk tahun ke 11 servis... Ada lagi 10tahun servis... 
Semoga terus maju jaya ya... 
Terima kasih jadi jiran akak yang baik... 

Till then, see ya


 

Friday, August 16, 2024

. : DARI GAMBAR :.

Assalamualaikum 

Kan semalam cerita pasal Jenayah Siber tu.. 

Nie lah gambar profil Linda yang scammer guna untuk jadikan profil dia.. 

Haruslah orang tertipu kan, askar kot.. Hahaha... 
Tak kan berani nak buat hal.. 
Gambar pun suci murni je muka 😂😂
Mestilah orang percaya... 

Masa nie baru dapat gambar dari photographer, sempena 10th anniversary... 
Jadi eksaited lah sikit kan.. 
Last last, jadi mangsa scammer pulak.. Sabar jelah.. 

Till then, see ya

 

Monday, August 5, 2024

. : NAK MAKAN, BAYARLAH :.

Assalamualaikum 

Semalam incikSuami beritahu, akan ada high tea untuk meraikan isteri anggota yang nak berpencen.. 
Nie semua memang acara tahunan.. 
Sebab di belakang suami tu, memang ahli BAKAT lah yang paling penting.. 

So, siang tadi incikSuami forward details majlis high tea... 

Sekali.... 
Yang di rai pun kena bayar daa... 😂😂

Ramai sangat kali nie yang pencen agaknya, sampai tak dapat nak support... 

Dah kena bayar, rasa malas pulak nak pegi... 🤣🤣
Boleh gitu?? 

Majlis kat Melaka kot, kalau masih stay Melaka mungkin boleh dipertimbangkan, walaupun bayar... 
Tapi nie dah dekat Selayang, banyak kos tersembunyi kalau nak g Melaka.. 
Nanti lah fikir dulu... 

Kalau tak pergi, macam sayang je, sebab last event kan... 
Tapi, kalau pergi pun, linda bukannya ada kawan sangat dalam BAKAT nie.. 
Sekadar kenal-kenal gitu je lah... 

Tengok lah dulu mcm mana.. 

Till then, see ya

 

Monday, April 22, 2024

. : RAYA 3 DI TAIPING :.

Assalamualaikum.. 

Raya ketiga hari tu, linda balik umah MIL pulak dekat Taiping.. 
Kan cerita pasal jajaran WCE Beruas - Changkat Jering dah siap.. 
So, kita tekan pedal teruss aje naik highway.. 

Alhamdulillah.. Sampai umah MIL sebelum pukul 1petang..
Kitorg gerak dari Sg Samak dalam kol 10.30pagi..
Kalau laluan biasa, pukul 3 baru sampai.. Lagi2 raya nie.. Hahaha

Lepas Jumaat, incikSuami terus ajak mak beraya... 
Serius, lupa nak snap gambar mak ngan adik bongsu time tu.. 

Dedek tengok tok ngah "ibu, sama macam atok lah" 

Yang nie abang arwah FIL linda.. 
Duduk Selama.. 
Kebetulan ad sorang anak dia baru nak gerak beraya belah suami dia pulak.. 
Yang lain dah selamat gerak.. 

Habis rumah pak ngah, terus gerak nak pergi umah pak long pulak.. 
Rumah pak long nie, area bagan serai lah.. Senang cerita.. Sebab Linda tak tau sangat exact nama tempat tu kat mana... 

Sekali sampai, pak long takde.. 
Kiranya kena scammed lah kan.. 🤣🤣

Jadi, teruskan lah perjalanan.. 
Awal lagi tadi, incikSuami dah terima jemputan ke rumah ex-encik(pencen 17RAMD) dia.. 
Area Changkat Ibol, Taiping.. 

Nama pun raya kan.. 
Jalan jammed merata2, yang siksa nya nak tunggu lepas dari traffic light jaaa.. 
Perjalanan yang selalunya amik masa tak sampai 45min..
Hari raya tu, jadi 2-3jam...
Sabar jelah

Ex-encik incikSuami.. 
CikKoi nie pencen dulu, baru je lah dalam hujung tahun lepas.. 
Dia orang Pahang, isteri dia orang Taiping, jadi diorang memilih untuk duduk Taiping.. 

Dulu, masa berkhidmat, ikot pangkat.. 
Isteri cikKoi, linda kena panggil kak Dila, sebagai tanda hormat.. 
Sekarang dah pencen, sebab dah biasa, panggil kak Dila jugak.. Kikiki
Padahal Linda lagi tua dari kak Dila.. 
Alhamdulillah, ada rezeki, sampai lagi kami nanti... 
Terima kasih jemput kami beraya... 

Sampai lah rumah pukul 10malam..
Kesah raya ke-3 kami. 

Till then, see ya

 

Monday, April 1, 2024

. : FINALLY 21 YEARS :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah.. Selesai final temuduga dengan CO.. 
Officially, Intake 153, 17 RAMD PARA melabuhkan tirainya.. 
Esok p lapor diri dekat PERHEBAT pulak..
 
Alhamdulillah..
Ikot sijil 20 tahun... 
Sebab stat esok sampai tahun depan dah jadi kekuatan PERHEBAT pulak.. 
Jadinya.. Genap lah 21 tahun perkhidmatan.. 
13 tahun perkhidmatan, Linda mengiringi incikSuami... 

Alhamdulillah, naik turun, gaduh manja... Semua ada lah... 
Bila time stress, jaga anak sengsorang, tetiba suami kena sembur sekali... Hahaha

Semoga yang baik2 je mengiringi kehidupan kita selepas ini... 
Bakal YB jangan macam2 ye.. 
Kang ku piat telinga.. 

Till then, see ya

Saturday, March 30, 2024

.: TEROWONG SMART PENYELAMAT :.

Assalamualaikum

cerita semalam, lepas ambik mu'az, mueez dan kak M balik sekolah
terus lajak p Selayang Mall, masuk Aeon jap dalam tu
saja lah nak membelek2 seluar jeans buat 2 hero tu

ayah dia bising dah ke mana mana asyik lah pakai seluar treksuit 
ayah dia kabo hat lu lah p sekolah, hat tulah p main, hat tulah p jalan.. hahaha
yang sulung tu, dah kena bawak p kedai, tunjuk dan test
tak nak dah yang ibu dia pilihkan..
kalau treksuit dia ok

jadi nie lah hasil nya
abangMu'az 2 helai
abangMueez sehelai
kakM sehelai skirt labuh

boleh lah pakai raya
kak M tu kalut je, padahal baju dia banyak dah beli
geram betul ibu

petang, habis kerja, plan nak zuppp terus balik Melaka
sebab incikSuami daripada isnin memang dah bertapa dekat Melaka
ada final temuduga dengan CO, patutnya semalam, Jumaat
tapi tangguh plak ke hari Isnin
so, incikSuami decide, dia malas nk balik Selayang, nanti Isnin nak kena gerak Melaka lagi
hari Selasa 2hb tu dia dah lapor kursus dekat PERHEBAT pulak

jadi, Linda pun decide untuk balik Melaka lah
boleh lah round2 cuci mata dekat Aeon Melaka pulak..hahha
berbuka kat luar sekali la

tapi nya, benda alah nie bikin geram pulak
menatang nie fungsi dia detect angin dalam tayar
so, kalau angin tak cukup, kita boleh tau lah
masa nie lah, dia nak berkelip-kelip angin tak ckup, yang number 1.6 Bar tu
Linda nie dah la trauma dengan pam tayar dekat stesen minyak
sebab pernah sekali tu, pam-pam angin, tak masuk-masuk pun
habis dia sedut keluar semua angin ada lah 
kelepet tayar, padahal sebelum-sebelum tu guna elok je

selesai pam tayar dan isi minyak
terus gerak
udah terlambat, jalan udah jammed
nie baru dekat Bulatan Batu caves, Selayang
dekat depan Sogo tu mesti lagi jammed sampai tol sg besi
so, on Waze, tgok mana jalan dia bawak

waze bawak ikot jalan tun Razak, lalu depan tasik titiwangsa, hkl, ijn
eh, tak jammed teruk macam depan SOGO lah pulak
padahal tu kan macam pusat bandar jugak
waze bawak masuk ikot terowong SMART
jujur cakap, pertama kali nie lalu terowong SMART tu
disebabkan Linda yang drive, memang xd lah gambar nya
lalu bawah terowong tu, terus berterima kasih dekat Tun M, walaupun nampak beliau macam kejam (sebab dia naik semula jadi PM lah kolej tempat Linda bekerja diintegrasikan, bahasa kasar ditutup)
tapi, banyak permodenan yang dia bawak ke Malaysia
yelah PM yang paling lama berkhidmat kan

keluar-keluar terowong SMART tu, terus sampai dekat depan bekas lapangan terbang TUDM Sg Besi.
fuhh, lega banyak..
tinggal nak hadap jammed sikit je nak sampaikan ke tol sg Besi.
tapi, bertabah lah pulak
lepas tol nak masuk highway tu...berkicap
hahaha
jadi kita berbuka dalam kereta je, dah spare air dan roti
Alhamdulillah sampai rumah Melaka pkul 9 malam, daripada 5.30 ptg tu

siap mandi, solat semua
Linda ajak inciksuami makan Kuewtiow celup
lama sangat tak makan

habis makan, ajak incikSuami meronda bandar Melaka
nanti rindu nak ronda malam-malam dekat bandarMelaka
nie je lah gambo yang amik
henset kak M dah jadikan hak milik sementara

meriah bazar Raya tahun nie
dekat bandar lama pun ada banyak khemah
dekat Klebang macam biasa lah banyak
nak berenti, jalan-jalan, malas pulak
sebab kekanak nie mesti malas nk berjalan
nak-nak abangMu'az ngan abangMueez dah tido
takpelah dapat tengok khemah dan lampu pun, puas hati dah...kikiki

till then, see ya


p/s - fuhh, pnjg pulak entri nya...kikiki


Wednesday, February 28, 2024

. : MEMORIES TO KEEP :.

Assalamualaikum 

Scroll2 FB td.. 
Tekan dekat memories.. 

Rupanya tarikh hari nie 5tahun lepas, incikSuami p Dubai.. 
Ad eksasis dengan askar sana.. 
Masa tu jugak, tengah pregnantkan Dedek



ada jugak lah gambar kenangan, walaupun gambar tak clear..hihihi
Gambar ibu je takde, waktu nie anak2 tak pandai lagi nak tolong snapkan..

Kalau tak silap, kena hanta masuk kem pkul 2-3 pagi gitulah.. 
Sebab nak naik bas, gerak p KLIA.. 
Tapi, Linda tak tgu lah sampai incikSuami naik bas.. 

Turun kan barang2 dia.. 
Salam2 sikit.. 
Peluk cium anak2.. 
Balik lah kita.. 
Tgh ngandung lagi, dengan anak2 kecik lagi.. 
Siang nak kerja lagi... 
Bye2 je lah... 

Hati kena kental jadi armywives nie.. 
Kadang macam tak percaya je boleh lalui semua nie... Hahaha... 
Alhamdulillah, ad jugak kenangan yg tercipta...

Till then, see ya

 

Tuesday, February 20, 2024

.: LUAHAN HATI ISTERI TENTERA :.

Assalamualaikum

emm...tarik nafas panjang2...
kalau boleh tak nak maki2 orang..
tak nak rasa macam kita lah orang terpaling kesian..
tapiiii...
bila nampak benda2 macam terus trigger..

eh eh
apahal Linda, sabar sabar

tengah scroll FB, nampak video nie..
sebenarnya dari semalam2 dah nampak, tapi malas nk tgok n dengar
hari nie tetiba berhenti dan tengok pulak

saja tak nak blur kan akaun nya
kot2 sesiapa nak cari and tengok sendiri
oklah..dia tak salah...
cuma tanya kenapa convoy ATM nie duduk line kanan sekali
buat jalan jadi panjang sikit
dia tanya je, tapi kan..
hati dan perasaan kita as a army wives nie sakit
macam mempertikaikan

semua benda ikot SOP
semua ad manual procedure
diorg ada sebab kenapa macam ini, kenapa macam itu
jangan pertikaikan
kami isteri2 askar nie tak boleh pertikaikan apa pun
kalau tiba2 tengah bercuti, kena panggil balik masuk kem..
kalau suami ko pergi operasi berbulan, anak sakit..
ko tengah tahan contraction, drive sendiri pergi hospital...
TAK BOLEH nak pertikaikan..
TAK BOLEH nak cakap itu suami saya...dia kena ada dengan saya
TAK BOLEH... selagi cop jari sepuluh dia masih valid
ko TAK BOLEH nak argue dengan kerja dia

ku tak faham bila orang kata
"eleh, askar nie buat kerja apa?? bukan negara kita tengah perang pun"

ehhh...
ko igt, bila dah perang tu, tiba2 ko jadi pandai nak bawak kereta tank tu
tiba2 ko dah pandai nak menembak
tiba2 ko pandai nak buat serangan
tiba2 ko dah pandai nak terjun daripada pesawat paling min ketinggian pun 3000 kaki
semua tu lah kerja diorang
latihan sana..latihan sini..
operasi sana..operasi sini
tinggal anak bini seminggu, dua minggu, berbulan bulan
baru balik 3, 4 hari, dah kena pergi lagi
eh..ko tak hadap semua tu, ko boleh kata je lah...
cuba mai sini hadap, ad lagi ke kata-kata yang boleh keluar???

tapi, baca komen, semua menyejukkan hati
semua faham dan hormat 

lagi-lagi komen yang nie
LAHAD DATU 2013 - unit incikSuami antara 1st batalion yang sampai sana
incikSuami masa tu dekat Lubnan, so dia tak pergi situ
tapi, Linda as a army wives, faham sangat situasi tu macam mana
husband ko pergi, yang tak tahu balik ke tak...
sama macam incikSuami pergi Lubnan..
tak tahu dia balik bernyawa ke tak..

tak payah jauh2..
bila diorang buat latihan penerjunan pun, selagi tak kirim berita
"alhamdulillah, abang dah selamat mendarat"
selagi tu hati ko tak aman..

tak lama dah, sikit je lagi kita nak habiskan fasa kehidupan tentera nie
tak lama dah, anak isteri akan jadi 1st priority
semoga yang masih berkhidmat, bertahan, sokong lah suami2 anda dari sudut mana pun
selagi mereka masih berkhidmat, anak dan isteri akan jatuh di tangga kedua
jadi, berbanggalah dengan pekerjaan TENTERA itu
jangan lah mencalitkan noda pada pekerjaan itu sendri

till then, see ya

p.s - panjang betul luahan hati kan, tapi orang tak kan faham kalau kita tak luahkan

 

Saturday, February 3, 2024

. : MALAM MENGENANG JASA :.

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. Selesai event malam tadi.. 
MAJLIS MENGENANG JASA
nie anjuran geng Wisma Bintara 
Untuk PTTK (Pegawai Tidak Tauliah Kanan) 

Kita layanz lah gambar je ye... 

Balai Pengawal Kem Terendak
Tak tahu bila lagi masuk sini kan.. 
Jadi snap gambar kenangan 

Sebelum mula majlis, bergambar dulu dengan kak Naz,geng Bakat
Maaf lah, kitonyo tak kenal orang sangat, maka tak banyak gambar dengan geng2 Bakat pun.. 

Backdrop majlis
Macam biasa, semua nie buat sendri.. Takde tempah2... 
Askar kan.. Semua buat sendri

Makanan yang disediakan + nasi goreng kampung

Dapat cabutan bertuah.. 
No 17.. Sempena unit 17RAMD PARA

Bakal YB 😁😁
Kemain dia buang janggut misai dia

Pemberian cenderahati berupa PLAKA

Nie lah PLAKA nya
IncikSuami punya kompeni yang warna purple tu.. Gmbar kelawar.. 
KOMPENI BANTUAN

Geng2 intake 153 yang nak pencen
PTTK je 20 orang
Yang LLP ad jugak dekat belas2 orang
17 RAMD PARA kehilangan orang sebanyak 30 lebih sekaligus.. 
Memang patah kaki lah... 
Intake yang baru habis kat PUSASDA ritu pun x taw dapat berapa orang. 

Selembar kertas yang kena diuruskan
Tak tahu lah nie panggil apa.. Hahaha
Kalau penjawat awam biasa ad BUKU REKOD PERKHIDMATAN yang tebal kemain lagi... Hahaha

Last sekali.. 
Dekat rumah baru teringat nak ambik gambar berdua... 
Boleh lah.. Sebagai kenangan

Till then, see ya