Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, October 31, 2026

.: TEMPAT DAN KAWAN BARU :.

Assalamualaikum.

sebelum bertukar tahun berkhidmat dekat tempat baru.
jom berkenalan dengan my team mate yang baru.

barisan belakang - Unit Pentadbiran
my team mate yang baru dan awesome.
dari kiri - afiq, sarah(freshie masuk sama dengan linda), kak Rina, eija, CC Yan, linda, jamal.
yang depan. bos la, dari kiri - datin, ira(PT yang transfer) dan EO

semua duduk dalam ruangan yang sama.
Pentadbiran, HR dan Kewangan.
cuma beza kubikel je.
bos ada bilik la.

dengan Ira.
linda ganti tempat dia la.

awal2 tu terkejut ye.
asyik balik lambat je.
kadang tu tinggal motor linda sorang je. hahhaha

kol  6.17 petang baru balik.. 
omo omo.

tapi sekarang dah pandai, jarang balik lewat.
dan kerja hari sabtu kalau terpaksa je.
uish, malas la nk komited sangat.
kerja sampai bila-bila pun tak habis. hahaha.

till then, see ya.

nota kaki : cc cakap "aku risau linda ni, kadang rasa macam dia ni takde".. hahaha..linda senyum je lah, sebab jarang merepek2 ni. 

Friday, October 30, 2026

.: TEA TIME :.

Assalamualaikum.

hari tu kan p mengopi dengan incikSuami dekat SR.
teringin nak dine in. hahaha.
nak dine in sorang2 tak best la pula.

total makan 2 orang.

air husband yang ada lemon tu.
linda pilih set minum petang, air teh tarik dia rasa nya pakai 3 in 1 je.
macam rasa teh tarik Boh tu.
tak berapa umphh lah.. hahaha

incikSuami order asam laksa.
ikan mackerel tu seketul.
ni kena makan betul2, sebab masih ada tulang lagi.
terus teringat kisah dedek tercekik tulang, risau ibu ayah nya pula yang tercekik. hahaha.

linda pilih set kek lobak merah.
sekarang dekat SR dah ada 2 jenis kek lobak merah.
yang ni kosong je, tak sedap. hahaha.
tapi kalau set dengan air, memang akan bagi kek lobak merah yang ni.
linda dah IV staff SR tu.

kalau nak beli asing, boleh la demand nak yang bulat atau yang petak.
tapi,linda memang prefer kek lobak merah yang lama lah.
sebab ada banyak aksesori dalam tu.
yang baru ni, plain je rasanya. cuma ada lobak je lah.
takde kekacang macam yang original tu.

haisyh, sekarang kerja nya asyik dating aje.
incikSuami pula dah salahkan linda, sebab perut dia dah makin membulat. kikiki
asyik masak je dia kabo. kah3x.

dah linda pun nak bawa bekal, jadi kena masak lah.
tapi ni, dah 2 hari tak bawa bekal.
malas nak masak, incikSuami beli lauk je dekat anak2.

esok plan nak goreng spiral je.
malas betul nak masak lauk.

till then, see ya.

Wednesday, October 28, 2026

.: SEEDS HOTEL PREMIER, KG BARU, KL :.

Assalamualaikum.

dari My Town, terus la set waze(masa ni waze boleh pakai lagi ye untuk penjawat awam, kikiki) ke Seeds Hotel Premier Kampung Baru.


linda tempah through Agoda je.
yang biasa2 je, setakat untuk tidur malam je.
tengok gambar dalam Agoda helok, harap nya betul helok la.
studio Apt katanya.

eh, lalu pula depan sebelah Rembayung.
jadi la, dapat juga tengok depan mata. hahaha.

2 kali pusing juga la nak dapat parking, rupanya susah ye nak dapat parking. hahaha
linda ambil kunci dan chek in.
ada deposit RM20 tak silap.
udah lupa. hahaha.

ok, lif agak menggerunkan.
dah rasa macam, "adohai, camne la rupa bilik nanti", debo kita.

sampai depan pintu, buka pintu.
alhamdulillah, not bad la.

buka je pintu masuk, terus nampak ruangan dapur comel ni.
ada peti sejuk kecik, kettle.

sebelah pintu masuk, terus ada pintu tandas.
rupa tandas nya.
ada water heater, so ok lah.

tutup pintu tandas, ada cermin panjang dekat pintu.
bertentangan dengan pintu tandas tu, ada tangga spiral. yang belakang linda tu.
ada ruangan atas, so sama la macam dalam Agoda.

ni ruang atas, macam loteng la kononya, tapi boleh berdiri.
ibarat tingkat atas.
ni linda ambil dari side tangga

yang ni dah naik terus.

seram juga tangga ni, memang kena hati2 sikit.

siap ada tempat santai2 macam ni.
ada aircond juga, so memang sejuk lah.

lagi gambar dari sudut yang lain.
dekat atas tu, siap ada kabinet lagi. untuk simpan barang2.

ni bahagian bawah.
setelah ruang dibahagi dua dengan dapur kecik tu.
memang ngam2 je dengan katil queen tu.

yang penting plug ada banyak.
kiri kanan katil ada.
belah atas pun ada kiri kanan tilam.
bawah pun ada aircond sendiri.
ada iron dengan iron board dalam bilik.

bilik kalis bunyi ke tak?
emm, kalau dari arah pintu masuk, boleh dengar bunyi.
tapi, dari dinding. takde pula dengar apa2 dari bilik sebelah.
cuma yang linda pilih ni, takde tingkap la.
mungkin unit di bahagian tengah.

kalau bajet tak besar, sesuai la untuk menginap di sini.
dah lupa berapa bayar hari tu, dalam RM150-RM160 semalam.
tapi, kekurangan, part parking lah,
malam, rupanya banyak gila kedai makan bawah tu.
jadi, kalau kita dah keluar.
nak cari parking, memang bercinta. hahaha.

lepas chek in, setel2 letak beg.
solat siap2.
terus ke asrama Hospital Selayang.
sebab nak ambil mesin basuh untuk hantar ke Shah Alam, rumah adik.
Alhamdulillah, dia pun dapat posting dekat Hospital Shah Alam je.
tak payah nak pindah rumah PJJ bagai.
Btw, adik linda freshie Pembantu Tadbir, sama tarikh lapor diri dengan tarikh linda transfer. 9 September 2026.

till then, see ya.

nota kaki - gambar diambil selepas kemas2 nak chek out, itu yang nampak tilam bersepah2 sikit blanketnya

.; WORDLESS WEDNESDAY 24/26 :.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dah jadi baju.
Dan dah rasmikan pun.
Terima kasih pada yang memberi kain.

Till then, see ya.

Monday, October 26, 2026

.: MESMERIZING SUNDAY :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, weekend semalam balik rumah MIL.
Dapat la bantu apa² yang patut. Keratkan ranting pokok yang menjalar² tu.
Balik Sabtu, Ahad esok nya dah balik rumah sendiri semula.

Ahad dari pagi dah hujan.
Balik lalu WCE, memang cuci mata la dengan pemandangan cantik.
Nah, Linda belanja sekali.

Dekat RnR..
IncikSuami p tandas.

Atas jalan. Subhanallah.
Maha suci Allah.

Lagi awan yang sama.
Rasa mcm ada kerajaan lain je atas awan tu.
Fluffy nya.

Ni dah sampai rumah pula.
Sarat nya awan tu.
Lawa nya awan tu.

Dah habis bercinta dengan awan.
Moh la kita masuk dapur jap.

Terung berlado, memang pedas .. baru la syiok makan.
Ikan tamban goreng.
Daging masak kicap MIL bekalkan.
Bising dia, balik tak cakap.
Tak sempat nak buat itu ini.
Eh, tak payah cakap pun, itu ini yang dibuatnya.
Linda balik rumah MIL, memang tak masak ye. 
Tukang makan je.. ampun ye mak. Hihi.

Till then, see ya.

Sunday, October 25, 2026

.: MY TOWN, WITH FAMILY :.

Assalamualaikum.

dah lebih sebulan cerita ni, tapi dah ada dalam draft, publish je lah.. hahaha
sabtu, 12.09.2026 - kami ke Kuala Lumpur.
tujuan utama, nak ambil motor dekat Selayang dan setelkan barang yang tak muat bawa pindah hari tu.

linda memang niat nak bawa anak-anak makan dekat Ikea.
so, ke MyTown la kita.
gerak dari Tronoh dalam pukul 9 juga, singgah kampung, ambil abang Mu'az.
nak follow katanya.
so, kita ikut Sekinchan je lah.

sebab kan takde gambar makanan yang proper.
tepek bil je lah. hahaha.
sebab dekat bil ada detail makanan.. hihihi

ada gambar anak-anak tengah makan je.

dedek dengan nasi lemak.

abang mueez semua pun dia rasa.

abang mu'az makan sorang2 je chicken chop.

beli juga kek coklat pistachio. betul la agaknya namanya.
sedap.
abang Mueez yang makan banyak.

alhamdulillah, dapat juga bawa anak-anak.
lepas ni, sesaje nak mai, memang tak tahu la bila. hahaha.

dedek je yang nak layan ibu ambil gambar.
yang lain semua dah besar. 
tak layan ibu nak amik gambar. hahaha

yang penting.
dengan incikSuami ada sekeping.
sebagai kenangan.
ini pun, paksa kak M ambilkan gambar.

lepas tu, kami terus ke tempat penginapan.
menginap semalam, sebab ada hal lain nak buat.
nanti linda review tempat penginapan.
ambil yang biasa2 je, tapi not bad la.

till then, see ya.

Saturday, October 24, 2026

.: KASUT BARU 🤭🤭 :.

Assalamualaikum.

Sambungan dari sarapan entry semalam.
Musing dalam kedai eco, lepas tu ambil dedek.
Balik rumah, dalam 12.45 tengah hari, hantar dedek sek kebangsaan sesi petang, ambil kak M dengan abang Mueez sekali.

Lepas tu, dalam 2.30 petang, hantar kak M ke sek KAFA pula.
Terus la Linda dengan incikSuami pergi Billion, beli barang² dapur.

Dekat sini, ada Billion, Econsave dengan Lotus.
Tapi, kitorang suka pergi Billion, Linda pun dari kecik dah terbiasa dengan Billion.
Yang seronoknya, Billion ni mcm AEON versi kecik.

Yang penting, selalu ada sale yang memang menarik perhatian.
Jenama jangan tanya la.
Jenama kampung je.

Macam ni, himpunan beg.
Style juga, paling murah RM29 pun ada.

Lepas tu, eh ada 50% pula dekat bahagian kasut.
Mula la rambang mata ni.

Tau tau, dah ada resit ni haaa.
Harga asal RM79, lepas diskaun jadi RM39.50.
Itulah yang jadi rambang mata.
Ok lah, rewards untuk diri sendiri lepas gaji. Hihi.

Ni lah kasut yang berkenan tu.
Hihi.
Lepas tu, kak M tengok.. dia pun nak juga.
Kena beli la satu lagi, untuk dia..
Tapi, kak M punya, Line biru.
Boleh la pakai dondon dondon dengan kak M nanti.. hihi.

Till then, see ya.

Thursday, October 22, 2026

.: SARAPAN BERDUA :.

Assalamualaikum.

Hari ni sempat BW blog Nieyl, ada satu entry tu up pasal cuti konon2 nak rehat.
Tapi, mana mau nya kalau cuti tu nak rehat.. hahaha
Ada je aktiviti nak buat.

Jom kita breakfast jauh sikit.
Setel hantar kids ke sekolah, mula la atur langkah. Hahaha.

Warung Jaslina,
4A, Persiaran Sengat Baru 1,
Taman Bersatu, 31300
Kampung Kepayang, Perak.

Nasib baik ingat nama kedai.
Pertama kali makan dekat sini, main terjah je.
Masa otw nak pegi mandi dekat Lubuk Timah.

Kopi ais dan nescafe ais.

Makan, kami sepakat order.

Mi Wantan kari.

Mi Wantan sup.

Sebabkan Mi Wantan ni lah,linda sibuk nak repeat.
Kena tekak lah. Hihihi.
Nak pergi sabtu, ahad. Cnfrm ramai orang plus anak-anak ada je aktiviti nya.
Ni ada kesempatan, ajak je terus incikSuami.
Total hangus RM23.50.

Dah kenyang, sebelum masuk kete.
Wefie dulu, sebagai kenangan. Hihihi.
Dekat tepi jalan pulak tu, jangan ada yang perasan sudah la.
Malu tittew nanti.. hahaha

Balik tu, musing dulu dekat ECO, sebab nak terus amik dedek balik KAFA.
Alang-alang satu jalan.
Dah balik rumha, kang kena keluar balik.
Dedek KAFA sesi pagi, jadi 10.45 pagi dah habis kelas.
Dari rumah linda nak ke Warung Jaslina tu pun ambil masa 35-40 min.
Gigih cari makan jauh2.. hahaha
Jalan clear, takde hal la.
Kalau jalan jem, yang 5 km pun tak sanggup keluar.. hahaha.

Till then, see ya.


.: KECEMASAN HRPB, IPOH :.

Assalamualaikum.

Petang semalam, 20.10.2026, incikSuami hantar gambar dedek dekat Klinik, dalam pukul 4 macam tu.
Ingatkan demam la.
Rupanya, tercekik tulang ikan.
Tukar lauk dengan kawan, dedek beli ayam bagi kat kawannya.
Amik ikan masak lemak, bekal kawannnya.

Guru besar bawa ke klinik.
Nak dijadikan cerita, doktor suruh ke kecemasan Hospital Ipoh, untuk buat pemeriksaan lanjut. Sebab dedek cakap masih sakit, tapi tak jumpa tulang nya.

Balik kerja, terus la ke Ipoh.
Bawa Xray sesiap.

Tak sampai 30min, dah siap saringan dan pendaftaran.
Terus la ke bilik rawatan.
Dekat bilik rawatan pun tak tunggu lama, ada MO, Dr Tan namanya terus assist dan tanya masalah.
Lepas tu beliau cakap kena tunggu pakar EnT sekejap.
Tunggu punya tunggu.. punya tunggu.

Sampai dedek dah berselubung selimut lah.
Sejuk.
Tu pun dah ajak balik, katanya dah tak sakit.
Emmm.. boleh pula eh nak balik gitu je.
Dah sampai spital, teruskan jelah.

Last2 dalam 9 lebih, Dr Tan info.
Boleh ke klinik EnT , pakar tunggu dekat situ.

Terasa special betul, pergi klinik pakar malam-malam dan takde orang.
Reason ke klinik pakar, doktor nak teropong dalam tekak tu.
So, kena la ke klinik pakar. Barang kelengkapan semua dekat situ.

Comel je doktor pakarnya, Dr Yvone(kalau tak silap linda)
So, doktor pun buat prosedur.
Prosedur apa??

Masukkan kamera melalui hidung terus ke tekak.
Bravo dekat dedek sebab boleh menahan, walaupun keluar air mata.
Belek punya belek, doktor tak jumpa pun tulang ke apa ke.

So, doktor bagi 2 choice.
1- warded untuk pantau (risau kalau tulang ikan tercucuk dekat tempat lain yang boleh akibatkan luka)
2- discaj dengan risiko ditanggung sendiri, tapi kalau ada sebarang emergency, boleh ke kecemasan semula. Dan doktor bagi seminggu untuk appointment semula.

Kita ni datang sehelai sepinggang, telefon pun udah mati.
Dedek pun dah ok, dia cakap takde rasa sakit bila telan tu.
So, kita tawakal je la, bawa balik rumah, dan doktor bekalkan antibiotik semua.

So, kembali lah ke kecemasan semula. Untuk doktor setelkan dokumentasi.
Nak masuk pintu kecemasan, terserempak dengan Dr Tan semula.
Betapa baiknya,beliau tanya doktor pakar cakap apa.
Padahal beliau nak balik dah tu.
So, linda pun wish la drive safely dan thank u untuk yang ke berapa kali ntah.
Ding dong ding dong.
11.15 malam juga keluar dari Hospital Ipoh.
Sampai rumah dah pukul 12 malam.

Macam tahu je linda ambil cuti hari ni, saja nak berehat kat rumah.
Sebab terasa macam penat sungguh kerja dekat tempat baru ni. Hahaha.
 
Pengalaman untuk ibu dan anak.
Semoga takde la perkara yang serius, aamin.

Till then, see  ya.

Nota kaki - baru je semalamnya kes budak tahun 1 mati tercekik dekat sekolah, tiba2 dedek pula tercekik. Memang kelam kabut la cikgu, malam2 dekat kecemasan tu pun, peg PPD call tanya keadaan dedek macam mana. Nak info pengarah katanya.

Wednesday, October 21, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 23/26 :.

Assalamualaikum.

Ada orang seru kita.
Rindu la tu nak gaduh. Hahaha.

Sekarang, dia plak main Ngan kunci.
Dulu, hakak conquer sorang² kunci tu. Hahaha

Till then, see ya.

Monday, October 19, 2026

.: HAPPY BIRTHDAY BAPAK :.

Assalamualaikum.

Isnin, 19.10.2026.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT BAPAK.

Gambar bapak dengan abang nya.
Santai² dekat rumah anak abang nya.
Dekat dalam kampung juga.
Rumah singgah, rezeki ada tanah, mohon rumah mesra rakyat, lulus.
Orang nya kerja dekat Putrajaya.

Eh, lari tajuk pula.

Hari ni, birthday bapak.
Terima kasih bapak dah besarkan, sekolah kan Linda.
Masih melawat Linda walaupun dah beranak pinak.
Semoga Allah balas semuanya dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Linda doakan bapak sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan sepanjang bapak masih hidup..aamin.
Linda doakan syurga buat bapak.

Till then, see ya.

Nota kaki - kongsi tarikh dengan Icha(anak buah Linda), moga jadi anak solehah, berjaya dunia akhirat..aamin.

 

Sunday, October 18, 2026

.: MASUK DAPUR HARI AHAD :.

Assalamualaikum.

Aktiviti hari Ahad penuh dengan memasak.

Sarapan pagi, lempeng dengan sambal sardin.
Terpengaruh blogger Ammi.

Lepas tu, ajak incikSuami p Lotus jap.
Nak cari sayur dan ayam sikit.
Ada tetamu nak datang.

Sebelum tu, singgah mamak dulu.

Order Maggi goreng.
Lempeng tadi, mcm sikit je.
Jadi, Linda makan sekeping je.
Sebelum nak kerja keras kat dapur nanti, kena pastikan perut kenyang dulu..😄

Tung tang tung tang.
Nasib baik la tak panas sangat, takde la berpeluh sangat kat dapur tu.

Daging masak kicap.
Tetamu mai bawak daging, terus la masak je.

Gado-gado sayur.
Guna pes sambal pecal yang Fanny bagi.
Beli kangkung, kacang panjang dengan tahu je.
Dah la terliur nak buat, tapi yang makan 2 orang je.. hold la dulu.

Ayam masak sambal.

Alhamdulillah, habis nasi seperiuk.
Lauk tinggal la sikit², buat lauk malam bawa ke esok.

Ni lah tetamu hari ni.
Mak dengan bapak.
Terima kasih datang melawat anak ni..🥰🥰
Sebenarnya dari minggu lepas mak cakap nak datang, tapi driver tak available (adik azam).. hihihi

Abang Mu'az pun ada juga.
Rindu nak kacau adik² la tu. Hahaha.
Dok jauh, rindu lah.
Bila dah serumah nanti, huru Hara lah. Hahaha.

Eh, petang Linda goreng keledek pula.
Buat minum petang.
Hari ni memang Linda function teruk lah. 😄😄
Ke dapur saja.
Nasib baik incikSuami rajin menolong.

Lepas asar, mak pun balik.
Sama kan muka kami?? Hihi

30min lepas mak balik, hujan lebat dekat rumah.
Wasap mak tanya hujan tak.
Mak kata tak pun.

Semoga mak dan bapak sihat² selalu, aamin.

InsyaAllah, kalau takde apa.
Minggu depan balik kampung.

Till then, see ya.