Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label kisahseram. Show all posts
Showing posts with label kisahseram. Show all posts

Monday, March 2, 2026

.: SISTEM BLACKOUT :.

Assalamualaikum.

nak dijadikan cerita.. telefon baru yang incikSuami hadiahkan tu.
tiba-tiba pagi nie blackout, nasib baik sempat scan keluar station ketapi.
kalau tak, camno nak scan tiket??

minggu lepas, memang ada hang dalam seminit dua macam tu.
lepas tu ok dah.

ni, terus seharian.
nasib baik PC dekat pejabat linda tak log out wassap.
kena hantar kedai repair lah.
tengok la macam mana.
susah bila takde telefon. sebab urusan seharian dalam tu.
nak transfer duit online pun, kena sahkan dengan telefon.

warranty ada lagi, tapi tula kad nya dekat rumah Tronoh, takkan nak biar je dulu sampai hujung minggu.
boleh ke gitu??
linda ingat nak beli bateri je lah, Honor 8X yang lekang dan ada tompok hitam sikit.
elok lagi telefonnya, tapi lepas je guna yang baru, terus bateri dia kong.
boleh guna bila cas je, bateri full, tapi tiba-tiba mati masa sendiri.
so, bateri kong la tu.

kena juga la p beli bateri ni.
harap-harap idak ler mahey sangat.
pishang matt.

till then, see ya.

Tuesday, February 10, 2026

.: SIHIR PELAKOR :.

Assalamualaikum. 

Hari tu kan, macam bosan sangat nak tengok cerita apa..dok godek² la. Last² terjumpa Sihir Pelakor. Pelakor ni singkatan bagi perebut laki orang (ikut Indonesia). Sinopsis Linda ambil dekat Google sahaja.


Kisah benar "Sihir Pelakor" diangkat daripada pengalaman ngeri Novita Indriani (Vita) yang viral melalui podcast RJL5. Ia mengisahkan kemusnahan rumah tangga akibat ilmu hitam "Sabdo Pandito" yang digunakan oleh orang ketiga. Sihir ini menyebabkan keluarga Vita mengalami teror mistik dan kehilangan ayah selama 1.5 tahun.


Berikut adalah butiran mengenai kisah benar tersebut:
  • Asal Usul: Kisah ini diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2002 dan tular di media sosial sebelum difilemkan.
  • Sabdo Pandito: Ilmu sihir kuno Jawa ini digunakan untuk mempengaruhi akal fikiran dan memecahbelahkan keharmonisan keluarga.
  • Kesan Sihir:
     Keluarga mangsa mengalami gangguan fizikal dan mental yang ekstrem akibat perbuatan pelakor (perampas laki orang) tersebut
    .
  • Adaptasi Filem: Kisah ini diangkat menjadi filem seram/drama yang menonjolkan realiti sosial, pengkhianatan, dan kesan mistik terhadap keluarga.

nie la yang orang kata kena berjaga jaga juga, bukannya kita nak sorok family. tapi tu la hakikat sekarang, nampak helok sikit.baik, sopan. tak kisah la siapa punya, dia nak juga, kikiki. minta dijauhkan la dari family kita dan keturunan kita, samada jadi mangsa ataupun pemangsa.

ending ceritanya, family Vita berjaya mematahkan dan membalikkan semula sihir tu kepada yang menghantar. tapi kan, macam tak sesiai untuk ditonton bersama anak-anak.

till then, see ya.

Monday, January 26, 2026

.: KISAH SERAM ASRAMA :.

Assalamualaikum.

sebelum up entry aktiviti weekend lepas.
moh ler kita up cerita yang terperam ni.

rasanya semua pun tahu, linda dah PJJ dan linda duduk dekat asrama je.
nak dijadikan cerita, bilik asrama tu memang la lama juga takde penghuni.
sejak linda masuk 2021, takde penghuni tetap pun.
cuma yang menumpang (staff yang baru masuk dan tiada tempat tinggal lagi), seminggu paling lama.

scary post

malam kedua linda tidur dekat bilik tu.
linda tertidur sambil tengok telefon.
terjaga dalam pukul 3.45 pagi.
dengan lampu terpasang nya.
dah terjaga, biasa la mesti rasa nak ke tandas.
jadi, bangun ke tandas, dan tutup lampu.
nak sambung tidur semula.

lepas tu, telinga ni tertangkap bunyi macam ada orang guna tandas
owh, asrama dekat hospital selayang ni dah maju sikit.
tandas semua dalam bilik, so tak perlu la nak share dan keluar bilik.
sambung balik cerita, linda ingat orang bilik atas guna toilet. so biar jelah.
sebab macam rumah flat kan, kalau memalam tu sunyi, dengar la air dari rumah atas yang rasa macam rumah sendiri.

lepas dengar bunyi air tu, ada juga la rasa macam tak sedap hati.
tiba-tiba terasa tilam dipijak, fuhh...
memang seram sejuk dah.
terus rasa kena tindih..perghhh..
selama duduk asrama dari form 1, tak pernah diselubungi misteri macam ni.
memang terkumat kamit la mulut ni, dok ulang ayat kursi banyak kali.
Allahuakbar.
perasaan tu, tak tau la nak perincikan macam mana.

lepas pada tu, memang tido buka lampu la linda.. 
seram juga kot kalau nak bergelap.. hahaha.

cerita dekat incikSuami, boleh dia gelakkan linda.
cerita dekat kakmas, dia kesian la dekat linda.
cerita dekat adik azam, dia cakap, kalau jadi banyak kali, maknanya tu tempat dia, linda kena beralih tempat..
tapi, sekali tu je lah kena.

dah selesai baca surah al-Baqarah, buat pagar.
harap2 takde lah mengusik lepas ni.
kita nak tido je.

till then, see ya.