Assalamualaikum.
1 Nov hari tu, finally sampai juga ke Pasar Awam.
Tapi, dekat Batu Gajah lerr..
Dekat area Tronoh dengan Seri Iskandar tak tau pula kat mana.
Gigih ambil gambar masuk bangunan.
Masuk pasar awam.
Of course la berpinar Pinar mata.
Semua nak pilih, nak beli. 🫣🫣
Tapi, nak angkat phone, nak ambil gambar.
Segan la. Hahaha.
Kang orang ingat penguatkuasa yang menyamar.. 🫢🫢
Menarik tempe ni.
Besar tapak tangan juga.
RM2.50 kalau tak silap.
Udah lupa pula.
Yang ni Linda saja nk ambil gambar.
Sebab tak tahu apa benda ni. Kikiki.
Boleh share², siapa yang tahu apakah gerangan buah ni.
Dah keluar dari bangunan pasar awam.
Eh, ada lagi yang menarik dekat luar ni.
Besar kerangnya.
Puas hati sangat ni. Besar dan fresh.
Linda beli la sekilo.
Lama tak makan kerang.
Haa.. Bukti eh.
Berderet-deret notification duit keluar ehh.. Hahaha..
Siap cakap dengan incikSuami, kena pegi lepas gaji, baru la boleh joli. 🫢🫢
Sebelum balik, berjuang dekat dapur.
Kena kenyang kan perut dulu.
Breakfast date lagi. Hihihi.
Order roti telur.
Sedap pula, macam kena pegi lagi je ni. Kikiki
Balik rumah, sort out hasil shopping.
Terus la mula memasak.
Hasil nya setelah ber tung tang dekat dapur.
Hari cuti, boleh la masak pelbagai.
Hari kerja, satu lauk je lah. Hahaha.
Yang kuning tu, masak lemak paku pakis+udang.
Kerang tu rebus kosong gitu je.
Goreng ikan, tumbuk sambal belacan.
Memang makan bertambah la.
Alhamdullah, dengan rezeki yang Allah berikan.
Till then, see ya.








Kalau lauknya macam gini, kena masak nasi lebih. Buah yang bulat² tu kita pun maaf cakap, tak kenal, hahaha.
ReplyDeleteMakan nasi panas baru sedap, kalau dah sejuk nasinya.. Kureng sikit
Deletebuah kulim kalau tak silap
ReplyDeleteKena gugel ni nanti, pernah dengar nama nya..
DeleteMcm2 masak bila masuk pasar kan
ReplyDeleteTgk tu nak tgk ni nakk he heee biasa le kita ni perempuan
Tp mkn puashati
Semua segar, tu yang geram..
Deletelauk macam ni yg buat makan nasi bertambah...hehehe..bestnya segar kerang tu...kalau akak x cukup 1 kilo..confirm 2kg..sebab Brown pun mintak sekali nanti..
ReplyDeleteHahaha.. Brown makan kerang ye.. Lain macam selera nya
DeleteBuah kulim tu Linda, buat ubat katanya. Kena pecahkan kulit luar yg keras tu, ambik isi & rebus kot. Lupa dah, hari tu ada jiran bagitau.
ReplyDeleteSedapnya kerang rebus!
Lama tak pegi pasar batu gajah. Dr rumah kak yong dlm 20-30 minit =)
ReplyDelete