Friday, June 26, 2026
.: SALAM 10 MUHARAM :.
Friday, May 29, 2026
.: PERJALANAN KITA :.
Perjalanan masih jauh.
Pernah tak terfikir, perjalanan kita ni sebenarnya sangat jauh? Apa yang kita lalui hari ini di dunia, hanyalah satu fasa singkat dari sebuah pengembaraan yang panjang.
Mari kita imbas kembali peta perjalanan kita:
1. Alam Roh (Permulaan Janji).
Di sini segalanya bermula. Roh kita bersaksi di hadapan Tuhan dan mengakui Allah sebagai Pencipta. Kita suci dan bersih.
2. Alam Rahim (Persiapan).
Kemudian, kita ditiupkan ke dalam jasad yang sedang terbentuk. 9 bulan kita 'bertapa' dalam kegelapan yang tenang, dijaga rapi tanpa perlu bekerja. Kita sedang dipersiapkan untuk ujian sebenar.
3. Alam Dunia (Dewan Ujian).
Inilah di mana kita berada sekarang. Tempat singgah sekejap untuk kumpul bekal. Ingat, dunia bukan tempat tinggal, tapi tempat meninggal. Kita di sini untuk diuji, bukan untuk bersenang-lenang semata.
4. Alam Barzah (Ruang Menunggu).
Bila nafas terhenti, pintu dunia tertutup rapat. Kita masuk ke alam transit. Di sini, tiada lagi FB, tiada lagi orang tersayang menemani. Yang menemani kita hanyalah amalan. Jika baik amalan, seperti taman syurga lubang kubur itu. Jika buruk, ia menjadi lubang yang menghimpit dan menyeksakan. Kita menunggu kiamat dengan penuh debaran.
5. Padang Mahsyar (Mahkamah Agung).
Matahari sejengkal di atas kepala. Kita berdiri tanpa seutas benang, hina, dan takut. Tiada peguam bela melainkan syafaat Nabi dan amal soleh. Surat amalan berterbangan. Mulut dikunci, tangan dan kaki menjadi saksi. Saat ini, penyesalan sudah tidak berguna.
6. Titian Sirat (Penentu Akhir).
Jambatan yang lebih halus dari rambut, lebih tajam dari pedang. Di bawahnya api yang menjulang. Ada yang melintas sepantas kilat, ada yang merangkak, dan ada yang... jatuh.
7. Destinasi Abadi: Syurga atau Neraka.
-Syurga (Rehat Abadi), Hadiah buat yang "penat" menahan nafsu di dunia. Di sini tiada sakit, tiada tua, tiada sedih. Segala lelah terbayar saat dapat menatap Wajah Allah. Nikmatnya kekal selamanya.
-Neraka (Tempat Penyesalan), Balasan buat yang sombong dan lalai. Di sini penghuninya tidak hidup dan tidak mati, sentiasa dalam kesakitan. Mereka merayu nak balik ke dunia untuk sujud walau sekali, tapi pintu taubat sudah terkunci rapat.
Sahabat, kita sekarang masih di Fasa 3. Perjalanan masih jauh. Jangan sampai kita tersesat di persinggahan ini sampai terlupa destinasi sebenar.
Jom kita istiqomah dalam berbuat kebaikan. Moga pengakhiran kita nanti indah di sana.
Wallahu A'lam
CnP from FB.
Till then, see ya.
-Firdaus
Friday, May 1, 2026
.: NASIHAT ULAMA :.
Friday, April 24, 2026
.: BAPAKU BUKAN BAPAKU :.
BAPAKU BUKAN BAPAKU
Pada suatu hari, seorang bapa membawa anak perempuannya datang ke pejabat saya untuk memohon wali hakim bagi pernikahan anaknya. Si bapa mengaku tidak boleh mewalikan anaknya kerana anak tersebut lahir sebelum dia bernikah.
Saya minta sijil nikah si bapa dan sijil lahir si anak. Betul apa yang didakwa, tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya.
"Kenapa anak ini berbintikan Ali (bukan nama sebenar)? Biasanya JPN akan cadangkan 99 nama Allah. Siapa Ali?" soal saya.
"Ali ni bekas suami kepada isteri saya. Masa anak ni lahir, isteri saya belum bercerai dengan Ali," jawabnya.
"Macam mana encik boleh yakin yang ini anak encik, bukan anak Ali?" soal saya lagi.
"Ali tu dah tinggalkan isteri hampir setahun, lepas tu baru saya kenal dengan isteri. Saya yakin cuma saya saja yang ada hubungan dengan isteri masa tu. Puan tengok anak ni pun muka sama dengan saya. Abang kakak dia semua kulit putih ikut Ali," jawabnya lagi.
"Ali ada lagi tak?" soal saya.
"Ali dah meninggal 2 tahun lepas," jawabnya.
Saya minta dia hubungi isterinya kerana saya mahu bertanya sendiri. Ini pengakuan zina, saya mahu dengar sendiri daripada mulut isterinya.
"Isteri saya dah terlalu uzur puan. Sakit kanser. Dia yang minta cepatkan urusan kahwin anak sebelum dia pergi," ujarnya.
"Oklah. Ali tahu ke tidak yang ini bukan anaknya?" tanya saya.
"Dia langsung tak tahu. Masa isteri saya failkan cerai taklik pun dia tak datang mahkamah," jawabnya.
Saya memberikan penerangan tentang status anak tersebut yang diiktiraf sebagai anak sah taraf kerana lahir dalam tempoh perkahwinan, sekalipun ia bukan daripada benih Ali. Rasulullah SAW bersabda:
الولد للفراش وللعاهر الحجر
"Anak itu milik pemilik hamparan dan bagi penzina itu batu."
Memandangkan Ali sudah meninggal dunia dan dia tidak pernah menafikan nasab anak ini semasa hayatnya, maka kekallah anak ini menjadi anak sah taraf Ali.
Tetapi lelaki ini tidak berpuashati dan tetap mahu memohon wali hakim untuk anaknya. Saya tahu dia menanggung rasa bersalah seumur hidup kerana menjadikan Ali pak sanggup tanpa pengetahuan Ali.
Permintaannya saya turutkan dan seperti yang dijangka permohonan wali hakim ditolak oleh mahkamah. Anak itu diperintahkan bernikah dengan berwalikan abangnya (anak Ali).
Selepas selesai kes, saya panggil anak itu bersendirian tanpa bapanya. "Sekarang kamu dah tahu kisah silam ibu bapa kamu kan. Kamu jadikan pengajaran. Jangan benci ibu bapa kamu, tapi benci perbuatan mereka. Kamu jangan ulangi dosa mereka. Jadi isteri yang solehah untuk suami kamu," nasihat saya.
Apa pengajaran daripada kes ini?
1) Sesepi dan seteruk mana pun hidup disebabkan perbuatan pasangan, jangan sesekali mencari kebahagiaan dengan berbuat maksiat. Saya tahu Ali bersalah kerana meninggalkan dan mengabaikan isterinya, tetapi itu bukan alasan untuk isterinya berzina dengan lelaki lain. Sama juga suami yang berzina dengan alasan isteri tidak dapat melayani batinnya dengan baik.
2) Perbuatan dosa akan menghambat pelakunya di dunia dan di akhirat. Dosa dengan Allah boleh bertaubat, tetapi dosa dengan manusia (dalam kes ini curang) tidak akan terlerai melainkan dengan kemaafan. Lebih teruk jika tidak selesai di dunia dan dibawa ke Hari Pengadilan hingga menyebabkan muflis akhirat.
3) Kifarah dosa itu nyata. Hukuman hudud bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sampai mati. Mungkin hudud boleh terlepas, tetapi kifarah dosa pasti ada untuk menebus dosa yang telah dilakukan. Mungkin saja penyakit kanser itu penghapus dosa silamnya. Wallahu a'alam.
CnP dari FB.
Semoga keluarga, anak², adik beradik serta keturunan kita terhindar daripada melakukan perkara² yang haram.aamin.
Till then, see ya.
Wednesday, April 22, 2026
.: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.
Friday, April 10, 2026
.: MIHNAH :.
Pernah tak kita pakai kain atau jubah… rasa dah cukup tutup aurat.
Tapi tanpa sedar, bentuk kaki masih jelas kelihatan?
Itulah yang dipanggil mihnah memakai seluar di dalam kain, untuk menjaga aurat daripada terlihat bentuknya.
Rasulullah ﷺ pernah mengingatkan supaya wanita memakai pakaian dalam di sebalik kain, kerana dikhuatiri pakaian itu masih menggambarkan bentuk badan. Ini menunjukkan betapa Islam sangat menjaga maruah wanita… bukan sekadar tutup, tapi menutup dengan sempurna.
Kadang-kadang… bukan sengaja kita nak terdedah.
Waktu naik tangga, naik motor atau kereta… kain boleh terselak tanpa kita sedar.
Di sinilah mihnah jadi penyelamat.
Ia bantu lindungi aurat kita saat kita tak mampu kawal keadaan.
Jangan tunggu nampak baru nak risau.
Lebih baik kita berjaga dari awal.
Bukan semua yang “tertutup” itu benar-benar menutup.
Kadang yang kita anggap kecil… itulah yang paling perlu kita perbaiki.
Ini bukan untuk menghukum sesiapa,
tapi sebagai peringatan untuk kita semua… termasuk diri sendiri.
Moga Allah jaga kita dan mudahkan kita istiqamah 🤍
⸻
#JagaAurat
#Mihnah
#Muslimah
#HijrahDiri
#PeringatanBersama
#Istiqamah
#AuratsWanita
#SurahAnNur31
#DakwahSantai
#MenujuSyurga
Friday, February 6, 2026
.: PERATURAN MAGHRIB :.
Assalamualaikum.
Dulu Ada Satu Peraturan Maghrib.
Tak ditulis di dinding. Tak dipamer dalam bingkai. Tapi ramai anak-anak zaman tu tahu...
Bila azan berkumandang, TV wajib tutup. Pintu dan tingkap ditutup satu-satu. Rumah jadi sunyi. Mulut kena jaga.
“Tutup TV. Dah Maghrib!!”
Ayat tu cukup buat perut kecut. Kartun kegemaran terhenti separuh jalan.
Doraemon tinggal tergantung.
Drama Cina terpaksa dilepaskan.
Kalau lambat balik rumah, bersedialah.
Ada yang kena panggil nama dari jauh.
Ada yang disambut muka serius.
Ada juga yang kenal rotan bukan sekadar hiasan.
Sebelum Maghrib wajib mandi,
Lepas Maghrib wajib mengaji.
Lepas solat, semua duduk berbaris. Ada yang mengaji depan ayah. Tergagap-gagap sebut huruf. Tahan air mata tapi tetap sambung baca.
“Ulang balik. Jangan cepat.”
Nada tegas, tapi penuh tanggungjawab.
Waktu itu nampak keras.
Terasa dikongkong.
Tapi bila sudah besar, baru sedar...
Waktu Maghrib itulah rumah paling tenang. Keluarga paling dekat. Jiwa perlahan-lahan dibentuk.
Didikan itu buat kita tahu adab.
Tahu hormat waktu.
Tahu beza hiburan dan tanggungjawab.
Tahu bila perlu berhenti, dan bila perlu tunduk.
Hari ini dunia sudah berubah. Skrin di tangan, bukan lagi di ruang tamu. Cabaran lebih besar, gangguan lebih senyap.
Semoga generasi sekarang masih lagi mengamalkan peraturan ini.
Walaupun tak sama caranya, biarlah sama nilainya.Supaya Maghrib kekal jadi waktu mendidik jiwa, bukan sekadar pertukaran siang ke malam. 🥹
Kredit to FB Nasihat Hari Ini.
Till then, see ya.
Friday, February 21, 2025
.: MEMBACA DAN MEMPERELOKKAN BACAAN MENDAPAT KEBAIKAN :.
Penerangan Hadis :-
1) Hadis ini menekankan kepentingan membaca Al-Quran dengan baik.
2) Membaca Al-Quran dengan teratur dan tertib, seperti kita memperelokkan urusan di dunia ini, menunjukkan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh dalam ibadah akan mendatangkan hasil yang baik di dunia dan akhirat.
3) Firman Allah S.W.T:
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا ﴾4﴿
Maksudnya: dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". - Surah al-Muzammil (4)
Imam al-Mawardi menafsirkan ayat ini bahawa yang dimaksudkan daripadanya adalah suruhan untuk membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya, jangan merubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal, ibarat aturan gigi yang kemas apabila asasnya sama dan tersusun rapi, ini adalah apa yang dikatakan oleh Ibn Bahr. [Lihat: Tafsir al-Mawardi; 6/126]
till then, see ya.
Tuesday, March 19, 2024
. : RAPATKAN SAF :.
Friday, March 15, 2024
. : 4JAM 10MIN JE :.
Saturday, January 27, 2024
. : PRELOVED TUDUNG :.
Friday, January 26, 2024
.: KENAPA SURAH AL-KAHFI :.
.jpeg)
.jpeg)
Wednesday, January 24, 2024
.: WORDLESS WEDNESDAY 4 :.
Monday, January 22, 2024
.: HUKUM MEMBASUH TUALA WANITA :.
Tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau :
سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيه
Maksudnya :” Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”
Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)
Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :
- Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
- Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
Wallahu’alam.
sekarang ini macam2 permodenan untuk sanitary pad nie
yang paling terbaru cikpuanLinda dengar Menstrual Cup, maybe orang lain lama dah dengar psal ini.
Menstrual cup nie macam cup lah, bila kita datang bulan, masukkan kedalam miss V kita, dan darah haid tu akan terkumpul lah dalam tu, jadi untuk selang masa beberapa jam, kita kena keluarkan dan buang darah haid tu, dan boleh basuh menstrual cup tu untuk diguna semula..
tapi, macam tak hygiene pulak kan?? ke kena bawak spare 2, 3 menstrual cup
eh, yang nie cikpuanLinda cannot brain lah, fungsi utama dia untuk mengelakkan pembuangan sanitary pad nie lah..kira nya Go Green lah nie
berbalik pada membasuh tuala wanita, disebabkan tiada dalil yang mengatakan perlu dibasuh tuala wanita tu, bagi cikpuanLinda kalau dekat tempat kita tu memang ada pengasingan macam tong kuning dekat hospital tu, ok lah..
tak pun, ada sanitary bin macam dekat tandas2 awam ke, yang famous Rentokil lah kan, takde masalah kot kalau tak basuh..
tapi , kalau kat rumah sendiri yang bercampur dengan sampah domestik biasa, better basuh dan balut tebal-tebal, kemas-kemas dengan surat khabar atau tisu..
kalau duduk dekat kampung, mungkin boleh korek tanah dan tanam..tapi kena korek dalam2 lah kan...isu nie, tetiba hot..sebab ada sesetengah yang hijab terbuka tu, katanya memang nampak lah makhluk alam ghaib nie memakan darah kotor tu..
yang nie pun, kita tak boleh nak nafikan, memang makhluk tu akan tertarik dengan benda-benda kotor gini.
maka, walau cara apa pun yang kita buat. pastikan tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri kita, tidak menyebabkan ada rasa tak senang hati pada orang lain
wallahu'alam
till then, see ya
Friday, January 12, 2024
.: FOKUS MERAIH SYURGA ALLAH :.
Thursday, December 21, 2023
.: SUNAT PUASA ISNIN DAN KHAMIS :.
Ibadah puasa bukan hanya puasa wajib sebulan di bukan Ramadan. Terdapat juga puasa-puasa sunat yang lain boleh diamalkan. Salah satu puasa sunat ialah puasa Isnin Khamis. Banyak fadilat dan kelebihan bagi mereka yang mengamalkan puasa sunat ini sebenarnya. Selain itu, ini juga merupakan sunnah Nabi S.A.W. yang sering kita diambil mudah amalannya.
Walaupun meninggalkan ibadah sunat itu tidak berdosa. Akan tetapi meninggalkannya adalah satu kerugian yang besar bagi kita dalam meraih ganjaran daripada Allah S.W.T. Ganjarannya bukan sahaja dijanjikan di akhirat kelak malah di dunia pun akan dikurniakan ganjarannya apabila dilakukan kerana Allah Taala.















.jpeg)
.jpeg)














