Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, October 14, 2026

.: NASIHAT SEORANG TEMAN :.

Assalamualaikum.


Isnin lepas, terjumpa dengan kawan satu sekolah men dulu, Kama namanya.
Memang tahu dia kerja bawah klinik PKD Perak Tengah juga.
Tapi, tak sangka jumpa kat pejabat hari Isnin tu.
Sampai lupa lah nak selfie.

Seronok dapat jumpa, tak ingat lepas SPM tu Aje jumpa ke tidak, sebab masing² dah dengan haluan sendiri.

Kama memang sopan santun, lembut je dia bercakap.
Yang buat Linda tersentuh, sebak sampai bergenang air mata bila dia pesan

 "Linda,elok² tau kat sini,jangan percaya orang sangat. Kadang² orang ni depan nampak lain, belakang kita lain.jangan cerita hal peribadi kita banyak sangat dekat orang, cukup sekadar yang perlu. Ada apa² nak luah, contact je Kama tau."

Bila dengar dia pesan macam tu.
Linda jadi tertanya², dia pernah mengalami sendiri, atau pun kawan² yang dia kenal.
Sebab, sepanjang yang Linda tahu, karier dia memang lama dekat daerah PKD ni, cuma tukar² klinik la.

Apa pun, Linda sebak sebab takde orang yang pernah pesan dekat Linda mcm tu.
InsyaAllah, Linda pun bukan jenis menyembang tak tentu hala dekat pejabat.
Memang buat hal sendiri je selalunya, orang bergosip, Linda dok ngadap PC je.. hahaha.

Semoga dijauhkan dari perkara2 yang tak baik.
Linda tak minta orang suka dekat Linda, cukup la sekadar senang untuk berurusan dan takde yang rasa terancam dengan kehadiran Linda.

Till then, see ya.

Nota kaki - penat nak layan drama pejabat ni, mana boleh layan, kita layan..rasa tak kena jiwa, jauhkan.


 

No comments:

Post a Comment