Assalamualaikum.
Kisah 26.09.2026 yang lepas.
Kan ada dalam entry yang ni, kata nak bawa kak M ke kedai cermin mata.
Makanya, hari Sabtu tu, linda bawa la ke kedai cermin mata.
Ni pun atas saranan kawan2 pejabat je.
Malas nak keluar masuk banyak kedai untuk riki harga.
Kita customer pertama ye. Hihihi
Cek mata dulu.
Kak M dekat belah dinding tu.
Sila la tekan gambar untuk nampak secara jelas. Hahaha.
Selesai la cek mata.
Owner kedai kata, ada la rabun sikit.
25, 50. Linda pun tak ingat dah mana satu untuk kiri dan kanan.
Sikit tu pun, kalau duduk row belakang dalam kelas, memang tak nampak la.
Jenuh kembang kuncup kan mata. Hahaha
Sambil sambil tunggu cermin mata siap.
Untuk lens biasa takde stok.
Ada lense yang blu ray punya.
Takpelah, proceed je lah.
Malas nak datang banyak kali.
Untuk kenangan dalam blog ibu. Hahaha
Lense + frame = RM188.
Ok lah, sama harga tiket ibu pergi balik selama sebulan, masa duduk Selayang ritu.
Pilihan kak M.
Untuk kids, tak banyak frame pilihan yang ada.
Kita bagi la kak M yang memilih.
Kalau ibu pilih, semua tak kena dengan hati.
Kak M pun tak pakai sepanjang masa.
Ke sekolah pun, pakai kalau tak nampak je.
Anak pertama yang ngikut jejak ibu bercermin mata.
Linda mula pakai cermin mata masa tingkatan 1.
Masa tu pun, harga cermin mata dalam 200 lebih tak silap.
Lepas tu, rasa macam tetiap tahun ganti cermin mata.
Terpatah la, apa la.
Kita kan duduk asrama.
Tapi, ganti pakai duit biasiswa.
Masa tu dapat biasiswa apa ntah.
Buku bank cikgu pegang, nak keluarkan duit, kena isi borang untuk tahu tujuan apa semua.
Bari cikgu luluskan, lepas tu. Jumpa warden, minta keluar outing pula waktu petang.
Pergi ke bank dengan cikgu biasiswa.
Kenangan betul semua tu.
Moga yang baik2 je untuk anak2 semua.
Till then, see ya.





Takde student price ye? Awalnya Linda pakai spec dulu. Cie sejak 2009 rasanya masa awal2 kerja gov.
ReplyDeleteEntah la.. takde pula orang kedai tu kabo gitu...hihi..
DeleteKita pun Idak Ler menanya..ðŸ¤ðŸ¤ haa, awal dah pakai.. alhamdulillah, power sampai sekarang ni, tak banyak pun..
150-300 je
Akk dulu dapat biasiswa gak time sekolah menengah, setiap hujung bulan keluarkan di BSN.
ReplyDeleteSemoga lebih selesa Kak M nak belajar nanti
Dulu duduk asrama, jadi, cikgu yang pegang buku.. memang cikgu pantau lah
Deleteowh, in the range. nak kena buat satu utk auni juga.
ReplyDeleteudah dia makai cermin mata emaknya.
Kalau nampak ok la.. kalau bertambah kabur, jenuh.. tapi better buat ikut power mata sendiri
DeleteSemoga spek ni brtahan lama dan rabun kak M tak naik. Kalau patah mmg kena cari yang fleksible la..Cuma kena kuar modai sikit. =)
ReplyDeleteSetakat ni, ok lagi cermin matanya.. tu pun tak pakai sangat pula, sebab dah duduk depan dalam kelas..
DeleteZaman akak namanya Biasiswa Persekutuan... rasa cam dapat 40-50 sebulan.
ReplyDeleteLama lah tu Linda pakai spec... akak dah kerja 10 tahun baru pakai rasanya.
Sama la kot tu agaknya kak.. tapi, tak ingat berapa nilainya..
DeleteHihi..lama dah pakai Spek, alhamdulillah, power tak tinggi sangat
Budak sekarang kecik lagi dah pakai speak.
ReplyDeleteItulah...banyak tengok gajet kot.. kita dulu, banyak tengok TV.. kikiki
DeleteKena pakai selalu agar tak naik powernya
ReplyDeleteOoo.. mcm tu eehh.. Linda pun kdg² tak pakai cermin mata.. hihihi
DeleteSekarang ni harga cermin mata pun boleh tahan mahal juga kan. 😂
ReplyDeleteTu yang kadang² beli pakej je.. tapi, ada had limit rabun dan silau nya
DeleteHarga kacamata apalagi kalau lensa chromatic, blueray, minus silindris dan plus, oke wassalam lah, jangan harap murah 😄😄. Ini anak saya dah ada tanda matanya start rabun. Siap2 nak bawa dia cek mata
ReplyDeleteMemang, kalau mcm² spec nya.. memang tak murah lah
DeleteSama tingkatan 1 baru pakai cermin mata.
ReplyDeleteSampai la umur 38 sekarang.. masih berkaca mata.. hihihi
Deletemy ariff pun awal jugak start pakai spec...tak ingat masa djh berapa...syukur zharfan dan ariff so far lom pakai spec, moga2 tak pyh pakai spec sampai bila2 la
ReplyDeletesemoga yang lain tak payah pakai spec la.. penat jadi rabun ni.. kikiki
Delete