Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, October 18, 2026

.: MASUK DAPUR HARI AHAD :.

Assalamualaikum.

Aktiviti hari Ahad penuh dengan memasak.

Sarapan pagi, lempeng dengan sambal sardin.
Terpengaruh blogger Ammi.

Lepas tu, ajak incikSuami p Lotus jap.
Nak cari sayur dan ayam sikit.
Ada tetamu nak datang.

Sebelum tu, singgah mamak dulu.

Order Maggi goreng.
Lempeng tadi, mcm sikit je.
Jadi, Linda makan sekeping je.
Sebelum nak kerja keras kat dapur nanti, kena pastikan perut kenyang dulu..😄

Tung tang tung tang.
Nasib baik la tak panas sangat, takde la berpeluh sangat kat dapur tu.

Daging masak kicap.
Tetamu mai bawak daging, terus la masak je.

Gado-gado sayur.
Guna pes sambal pecal yang Fanny bagi.
Beli kangkung, kacang panjang dengan tahu je.
Dah la terliur nak buat, tapi yang makan 2 orang je.. hold la dulu.

Ayam masak sambal.

Alhamdulillah, habis nasi seperiuk.
Lauk tinggal la sikit², buat lauk malam bawa ke esok.

Ni lah tetamu hari ni.
Mak dengan bapak.
Terima kasih datang melawat anak ni..🥰🥰
Sebenarnya dari minggu lepas mak cakap nak datang, tapi driver tak available (adik azam).. hihihi

Abang Mu'az pun ada juga.
Rindu nak kacau adik² la tu. Hahaha.
Dok jauh, rindu lah.
Bila dah serumah nanti, huru Hara lah. Hahaha.

Eh, petang Linda goreng keledek pula.
Buat minum petang.
Hari ni memang Linda function teruk lah. 😄😄
Ke dapur saja.
Nasib baik incikSuami rajin menolong.

Lepas asar, mak pun balik.
Sama kan muka kami?? Hihi

30min lepas mak balik, hujan lebat dekat rumah.
Wasap mak tanya hujan tak.
Mak kata tak pun.

Semoga mak dan bapak sihat² selalu, aamin.

InsyaAllah, kalau takde apa.
Minggu depan balik kampung.

Till then, see ya.

No comments:

Post a Comment