Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label jalanjalanKL. Show all posts
Showing posts with label jalanjalanKL. Show all posts

Monday, August 18, 2025

.: RONDA IKEA :.

Assalamualaikum..

Lamanya peram kisah nie dekat draf.
Kalau tanam pokok cili, dah ada hasil agaknya.

Ceritanya, lepas jual minyak terpakai kat sini.
Kami terus ke IKEA Damansara kot.
Yang dekat dengan Selayang, dalam 30-40min dah sampai.

Masalah sekarang nie,parking semua dekat basement.
Dapat incikSuami,dia yakin je..hahaha.

Oklah jauh lagi dari bumbung roofbox tu.
Setakat dah pasang roofbox nie, lepas je nak masuk basement parking mana².
Tapi, Selayang Mall tak berani, sebab memang nampak rendah sikit.

Pertama kali masuk IKEA, ok agak cewi lah kat situ. Hahaha.
Jom tengok gambar.

Yang nie dekat pintu masuk gedung dia.

Alahai, geram pula Linda dengan almari cermin nie.

Dalam dia, yang nie material dia plastik je.
So,harga below 100 lah.
Kalau yang stainless steel,memang 100 ke atas.

Sambil sambil tu, posing sikit.

Dek hari tu jadi ustaz, elok pula berkopiah dia.
Merayau dalam tu, hampir 3 jam.
Tu pun cepat² jalan, sebab anak-anak dah mengadu lapar dan penat. Hahaha.
Ibu tak sempat nak explore habis-habisan.
Sebab nya, ntah bila lagi nak masuk IKEA nie. 🤭🤭

Tapi, keluar bukan dengan tangan kosong ye. Hihi

Hasil menuai dalam IKEA.
Jerung tu dedek punya.
Panda kak M punya.
Jam dinding tu abang Mu'az kata nak letak dalam bilik.
Periuk tu 5in1, ibu punya. 
Yang saiz paling besar, dah rasmi.
Banyak kali guna dah.
Yang lain je belum. Hihihi

Till then, see ya.

Sunday, December 22, 2024

. : MUZIUM NEGARA PART 5 :.

Assalamualaikum 

Ok janji nie last.. 
Finally, last chapter kisah Muzium Negara. 

Last sekali, masuk muzium orang asli.. 
Tiket sekali dengan muzium Etnologi. 

Dalam muzium nie, memang cerita pasal etnik orang asli je.. 
Banyak patung2, orang asli kan kepercayaan diaorang lebih kepada spiritual.. 
Jadi, mcm2 jenis patung ada..
Ralit tengok sampai tak dan nak snap. 

Linda sharekan gambar2 yang linda ambil je lah ye. 

Nie gambar pakaian kalau nak berkahwen

Kak M dengan replika patung sedang menyumpit. 

Antara replika patung yang ada. 

Muzium orang asli

Tiru aksi gaya

Yang nie paling tak menahan. 
Patot kalut nak ajak p Muzium Negara, nak jumpa kawan rupanya... 
"kelompok orang asli" 😂😂

Mana satu kelompoknya.. 
Ada 3 kelompok nie. 

1-negrito (nie yang jenis kerinting lekat dekat rambut tu kot) kikiki

2-senai

3- melayu Proto
Mungkin yang nie kelompok incikSuami.. Hihihi

Kak M pun nak juga. 
Dah hujung2 baru dia nak layan ibu bergambar dengan gaya2 nya.. 
Awal2 masuk tak nak dia layan ibu bergambar. 

Alhamdulillah, selesai entry ke Muzium Negara nie. 
Kalau naik bas Hop off, Hop On pun ada stesen Muzium Negara nie. 
LRT pun ada jugak, tapi tak igt turun stesen mana... 

Next, Muzium mana kita nak terjah??? Hihihi.. 

Till then, see ya

 

Friday, December 20, 2024

. : MUZIUM NEGARA PART 4 :.

Assalamualaikum.. 

Sambung lagi cerita ke Muzium Negara hari tu.. 
Tak habis lagi ye.. Hihihi.. 

Habis round main building, ke pameran animasi pula.. Lepas tu terus ke pameran muzik.. 

Ingat nak balik, keluar ke tempat parkir kereta, ehh.. Ada lagi lah muzium kecik dekat luar nie. 

Jom lah masuk, alang-alang dah sampai. 
Nie tiket kena bayar lagi. 
Rate sama juga RM2 je. 

Muzium Etnologi Dunia Melayu


[ét.no.lo.gi] | Ø§ÙŠØªÙ†ÙˆÙ„وݢي

Definisi : (étnologi) cabang antropologi yg mengkaji rumpun (suku, kumpulan) bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dgn yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Owh baru faham dengan tepat maksud Etnologi, lepas masuk dalam muzium tu, dapat dah gambarannya. 
Tapi, tak tau nak perincikan macam mana. 
So, kita tanya pakcik google lah. 

Muzium nie tak besar pun. 
Tapi, penuh dengan ilmu. 
Yang penting, sejuk.. Hihihi. 

Interframe dulu 

Masuk je pintu, disambut dengan nenek yang tengah menganyam tikar nie. 
Terkejut weyh. 

Hasil wau, kebanggaan Malaysia

Anak dara tengah main congkak. 
Dasyat betul congkak dia, mcm bot dah bentuk nya. 

Antara tarian tradisional Melayu.



Linda perasan Barongan nie dekat salah satu blogger indonesia.. 
Tak ingat pulak nama empunya blog nya.. 
Kenapa masuk dalam muzium nie? 

Sebab maksud etnologi tadi tu sendiri, cabang rumpun sesuatu etnik.. 

Kita kan dikenali dengan rumpun Melayu. 
Jadi itu lah antara cabang yang ada dalam rumpun/etnik Melayu tu. 

Jenis wayang kulit pula. 

Wayang kulit kelantan

Wayang kulit Jawa. 

Eh, iklan ubat batuk tu pakai watak wayang kulit jawa rupanya. 

Sebenarnya, banyak ilmu baru yang diperolehi. 
Tapi, tula tak tahu nak bergambar sangat.. 
Ok lah yang ada nie. 
Sebagai kenangan. 

Till then, see yaa. 

Thursday, December 12, 2024

.: MUZIUM NEGARA PART 2 :.

Assalamualaikum

sambungan jalan-jalan ke Muzium Negara hari tu.
keluar dari main building, nampak poster nie pulak.

Pameran Animasi Malaysia.
jom lah kita masuk, mengimbau kenangan animasi dari dulu hingga kini.

Tempoh pameran sehingga 31.1.2025

PEDUKAR = Pertubuhan Dunia Karikatur Malaysia

IncikSuami nak bergambar juga. 
Koleksi kereta mainan Tamiya tak silap linda. 
Macam dalam cerita Dash! Yankuro tu. 
Zaman kecik2 abang linda memang ada lah kereta tu. 

Siri Animasi Robozeta (2020).

Yang nie tak pasti lah pulak. 
Tapi, saja lah nak tepek sini. 
Sebab jarang diorang nie nak bergambar elok mcm nie. 

Serius, linda tak igt ada siri animasi berkisahkan buah buahan nie.. 
IncikSuami kata ada. 
Siri Animasi Frootes (1998)

Yang nie tak payah perkenalkan semua orang dah tau. 
Keluang Man dan Tiung Man. 

Siri Animasi Keluang Man (1998)
Yang nie, lagu dia pun Linda hafal.. Hahaha

Kita tunggu filem dia yang bakal keluar tahun 2025 nanti. 
Tapi, tulah..
Watak Keluang Man tu sendiri pun macam tak kena.. Tak menepati piawaian fizikal Keluang Man animasi. 
Tapi, kita tunggu lah nanti macam mana perginya kang. 

Zaman dulu punya. 
Tv petak, pemain tape. 
Memang tak jumpa dah nie. 
Dulu linda ada juga dekat rumah, tapi dah buang agaknya. 

Siri Animasi Kacang (2004)
Yang nie pun popular jugak. 

Siri Animasi Yokies (1998).
Nie sampai sekarang, kalau linda tengok telur, mesti teringat Yokies.. Hihihi



Siri Animasi Usop Sontorian (1996).
Ini pun popular. 
Nampak lebih kurang upin ipin je, watak2 yang ada dalam cerita animasi nie. 
Tapi, tak silap, Usop Sontorian nie dari Majalah Ujang, dijadikan siri animasi. 

 Mengimbau kenangan ibu ayah sebenarnya. 
Banyak lagi yang tak diambil gambar. 
Anak-anak Sidek, siri Sang kancil dan macam2 lagi lah. 

Anak 4, membesar dengan Upin Ipin, Boboboi, Mechamato, Beyblade, Ultraman pun baru je nak belajar nengok. Hihihi

Till then, see ya. 

Tuesday, December 10, 2024

.: MUZIUM NEGARA PART 1 :.

Assalamualaikum

awas.. entry nie banyak gambar.
jadi mungkin kita akan kurangkan perkataan... hihihi

Ahad (8.12.2024), incikSuami ajak ke Muzium Negara.
dari minggu lepas sebenarnya dia dah ajak, tapi Linda malas nak keluar.
nie tiba-tiba, tengah lepak-lepak lepas sarapan dan sidai baju.
incikSuami ajak lagi.
haa..jom ler bersiap

incikSuami dan dedek

nie dah sampai dekat tempat parkir kereta.

bergambar dulu dengan bas mini

meriam dekat luar muzium

pintu gerbang muzium

linda tunjuk apa tu??
sebenarnya nak tunjuk pintu gerbang tu, minta kak M amikkan gambar.
tak tengok semula pun.
rupanya ada gambar linda je.. hahaha..
boleh lah

nie dah masuk dalam, tunggu incikSuami beli tiket masuk

sebelah je Q Sentral

harga tiket masuk

DEWASA (12TAHUN KE ATAS) RM2
BAWAH 12 TAHUN FREE
untuk warganegara

snap sikit gambar.
ada translator, ikot jadual nie.
so, kalau tourist datang dengan tour guide, mungkin tahu lah jadual nie.
so, boleh lah faham sikit apa yang ada dalam Muzium Negara nie

bawah nie, random pics je yang Linda amik dalam Muzium

kepala perahu

replika Candi Borobudur

yang nie Makara - diletakkan dekat sebagai hiasan dekat tiang candi, macam lampu bulat yang letak atas tiang lah..

kak M plak jadi replika

pokok bunga Mas - yang menjadi ufti suatu ketika dulu
tapi replika je rasenya

basikal zaman jepun pun ada

4 orang lelaki dalam rumah 

yang nie gambar sasterawan negara
yang ingat muka dan nama A.Samad Said je
yang lain kenal juga nama nya, tapi tak igt muka dan nama nya.

habis first tour dekat main building Muzium Negara.
nanti linda share ke bahagian yang lain pulak.

Muzium Negara ada 2 tingkat, dan ada 4 bahagian.
dalam Muzium Negara nie memang cerita sejarah Malaysia lah...
yang umum, dari zaman paleolitik bagai, sampai ke zaman kemerdekaan.
memang macam subjek Kenegaraan lah.

ada satu sudut tu pasal kekejaman komunis yang berlaku sampai diisytiharkan darurat ..
tak snap pulak yang tu.

till then, see ya