Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, August 5, 2026

.: PUSAT REAKREASI LUBUK TIMAH @ SIMPANG PULAI, PERAK :.

Assalamualaikum.

cerita cuti sekolah penggal 1 hari tu, lama sungguh nak keluar dari draf.
tak tahu nak menaip macam mana.
kan cuti 2 minggu, jadi linda dok google lah kawasan reakreasi sekitar Ipoh, Tronoh yang mesra poket.

Sabtu, 06.06.2026 - moh ler kta gerak.
dalam sejam macam tu lah dari rumah.

Mata Air Panas Lubuk Timah



dia ada kawasan air panas.
tapi tulah, linda pun tak perasan kolam air panas nya dekat mana..
terus la cari gazebo (rate mula rm20-40)
makanan boleh bawa, jadi syok la tengok orang berBBQ.
linda bawa sandwich dan air je masa tu.
sebelum sampai, dah singgah makan berat dulu.

kawasan yang viral, ada dalam tiktok.
up status hari tu, adik yang dekat Batu Pahat tu cakap "macam tiktokers" hahaha.

seronok la anak-anak semua..
sampai rentung

abang Mu'az mula-mula tak nak ikut.
tapi ikut juga.
kak mas datang rumah malam tu, tido semalam.

incikSuami pun nak juga.

amik gambar mak sekali.

dia macam ada 2 port.
yang ni dekat belah atas.
jalan sikit dari tempat parking kereta.
yang satu lagi, dekat je denan parking kereta.
macam anak sungai la.
tapi takde lah sejuk sangat.

yang macam air terjun tu pun, tembok buatan kalau tak silap.
nah linda share sejarah nya.
ambil dari laman web Majlis Daerah Batu Gajah

Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.

air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok (empangan). apabila tiba musim air yang banyak, air kolam akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.

Mengikut cerita, empangan ini dibina di Sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke-20. pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan timahpada waktu tersebut. Empangan dianggar setinggi 30 meter yang kini dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini menjadi lokasi tumpuan percutian penduduk tempatan dan pelancong pada waktu cuti. Terdapat kemudahan asas disediakan  seperti tandas, surau, gazebo dan pondok rehat.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8KM dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Untuk pergi kesana, dari tol Simpang Pulai belok ke kanan di lampu isyarat pertama dan 500 meter di lampu isyarat berikutnya. Menuju ke Cameron Highland 5KM dari simpang jalan utama tersebut akan terjumpa papan tanda kecil tunjuk arah simpang masuk ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1Km sebelum sampai ke lokasi air panas.




till then, see ya.

33 comments:

  1. wah bestnya...tiket pun berpatutan.

    blog akak kena removed. huhu. tak tau nak buat camne dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Appeal cepat kat link tu. Atau check kat email dari blogger ni.

      Delete
    2. semoga dapat semula blog LM dengan kak ezna...

      Delete
  2. Best betul berendam. Air terjun sejuk ni....doakan blog akak berjaya appeal. Blogger remove secara tiba2 pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog akak pun sama ke?? semoga dapat balik blog nya.. sedihnya...
      a ah, sejuk juga kak air nya

      Delete
  3. kolam air panas best jugak if dpt berendam...kalau waterfall area gombak/ulu yam/janda baik etc lately byk kes kencing tikus etc so kena avoid tempat2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau nak pegi, avoid berendam dekat air yang berlopak.. kalau air mengalir ok sikit...
      tapi, memang risau pun selalunya.. bab2 kencing tikus tu, sebab kebersihan tak terjaga...

      Delete
  4. eh murah tiketnya.. Air Panas Gadek kat Melaka tu pun dah belas2 harga tiket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air panas Gadek meriahhh..mcm² ada..
      Masa kat Melaka selalu p air panas Jasin je, murah sikit..hihi.. sampai malam buka dan boleh bawa makan.

      Delete
  5. Cantiknya tempat ni. Bolehlah plan ke sini nanti. Fee pun murah tu. Nice juga dia buat empangan air terjun buatan tu. Jadi cantik permandangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa Linda sampai, awal lagi..takde orang .kita ni dah risau, betul ke boleh mandi manda..makin tengah hari, makin ramai..hihihi

      Delete
  6. Lawanya.. air terjun tu, cantik, macam dekat empangan. Seronoklah anak-anak, dapat mandi-manda. Akak belum sampai lagi sini. Entah bila nak pergi, ni.

    ReplyDelete
  7. Budak2 tu selagi tak kecut jari memang tak nak naik la.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu uncle . Kita ni cemuih dah..hahaha

      Delete
  8. Eh nak tanya kak. Kalau tak salah, katanya Malaysia tak ada gunung api kan. Sumber air panasnya berasal dari mana yaa?

    Kalau di sini sumber mata air panas banyak sangat, sebab memang Indonesia di kelilingi gunung api aktif. JD ada kolam2 yg memang berair panas.

    Makanya saya agak bingung di sana kolam air panasnya disebabkan apa? Kemarin itu kak Ezna yg bilang kalau Malaysia tak ada gunung berapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, takde gunung berapi.. tapi, tetap lapisan bumi tu ada sumber panas nya, nasib baik.. ada air mata air yang keluar tu berhaba panas . Di situ la jadi nya kolam air panas..

      Delete
  9. Syok mandi manda musim panas ni. Murah je bayaran masuk.

    ReplyDelete
  10. Wah macam Niagara Falls katanya tu, mesti best la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. itulah..dahsyat betul perumpamaannya...

      Delete
  11. Budak2 part mandi manda ni mmg suka.. rajin linda peram draf ye.. kalau sy ceta lama dh xde mood dh nk update.. hehehe

    Er, blog sy dh dpt semula setelah dikunci dan dihilangkan semalam.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak cerita, nak kenang balik susah.. menjak² ada blog ni, Linda suka juga korek cerita dalam blog sendiri.. hihi

      Alhamdulillah, dah berkunjung ke blog kak Mimi juga tadi.

      Delete
  12. jap masuk dlm list. bila hendak pergi? entah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah jalan²...
      Kalau nak healing² naik keretapi pun boleh.. kita jemput dekat steseng KTM

      Delete
  13. 3 minggu lagi nak masuk cuti penggal 2 dah 😁
    Cantik tempat nya tu.. nampak orang pun tak ramai sangat.

    ReplyDelete
  14. X pernah tau pun pasal pusat reakreasi lubuk timah ni....menarik...tapi jauh kot dari akak..kalau nak pi kena amik cuti lama dan explore kan...

    ReplyDelete
  15. Cantik view air terjun tu walaupun buatan. Ada toilet proper semua, seronok la ke sini senang nak mandi dan salin pakaian bersih lepas tu.

    ReplyDelete