Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label naiktenggiling. Show all posts
Showing posts with label naiktenggiling. Show all posts

Saturday, October 31, 2026

.: TEMPAT DAN KAWAN BARU :.

Assalamualaikum.

sebelum bertukar tahun berkhidmat dekat tempat baru.
jom berkenalan dengan my team mate yang baru.

barisan belakang - Unit Pentadbiran
my team mate yang baru dan awesome.
dari kiri - afiq, sarah(freshie masuk sama dengan linda), kak Rina, eija, CC Yan, linda, jamal.
yang depan. bos la, dari kiri - datin, ira(PT yang transfer) dan EO

semua duduk dalam ruangan yang sama.
Pentadbiran, HR dan Kewangan.
cuma beza kubikel je.
bos ada bilik la.

dengan Ira.
linda ganti tempat dia la.

awal2 tu terkejut ye.
asyik balik lambat je.
kadang tu tinggal motor linda sorang je. hahhaha

kol  6.17 petang baru balik.. 
omo omo.

tapi sekarang dah pandai, jarang balik lewat.
dan kerja hari sabtu kalau terpaksa je.
uish, malas la nk komited sangat.
kerja sampai bila-bila pun tak habis. hahaha.

till then, see ya.

nota kaki : cc cakap "aku risau linda ni, kadang rasa macam dia ni takde".. hahaha..linda senyum je lah, sebab jarang merepek2 ni. 

Friday, October 16, 2026

.: AWAN GELAP :.

Assalamualaikum.

Konon nak stay back dekat pejabat.
Nak siapkan kerja sikit, jadi yang lain boleh sambung hari Isnin.
Malas nak datang hari Sabtu.
Padahal, kerja tu memang dah hadap dari pagi, tapi tak siap².
Kerja yang tak putus².

Tapi, udah gelap kome.
Moh Ler kita balik je, malas nak terperangkap dalam hujan nanti.
Nampak nya Sabtu memang kena masuk pejabat lah.

Air kopi beli lepas rehat tak habis.
Bawa balik Ler Kome.
Gantung kat situ. Hahaha.

Tapi memang iye pun, tak lama pun budak ofis msg, kabo suruh balik.
Sebelum hujan lebat.
Hahaha.. kita nya, dah selamat sampai rumah.
Deme semua tahu dah, Linda p kerja naik motor je.. 🤭🤭

Till then, see ya.