Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Thursday, April 30, 2026

.: BODY SERUM LOTION BODIBREZE :.

Assalamualaikum.

Minggu lepas, beli satu lotion ni.
Ala, brand yang tengah viral dekat medsos ni.

Linda ada nampak juga dekat Watson dengan Guardian, minyak wangi nya.

Tapi tak terjebak beli minyak wangi.

Bodibreze lotion
Terjebak beli lotion body serum. Leona 

Wangi, bau laici.
Tak melekit, terus meresap.
Kalau dok cium² tangan tu, bau melekat dalam 2, 3 jam juga.

Linda beli kat sini
Pertama kali beli lotion, yang memang kerap pakai.
Selalunya, pakai sekali.
Tau² expired.. hahaha..

Ada banyak bau tau.
Setiap bau, ada lotion, perfume dan body wash.
Boleh la try yang lain pula nanti.

Bodibreze Perfume Mist/Parfum Variants (170ml/30ml)
  • LEONA: A "steel rose" scent blending fresh Lychee, Rhubarb, and Lemon with Rose, Peony, and Vanilla, finished with Musk and Cashmeran.
  • PHOEBE: A "Vanilla Rose Delight" featuring Lemon and Bergamot with a heart of Rose, Praline, and Vanilla, creating a sweet, cheerful scent.
  • EMMA: A soft, woody scent inspired by antique libraries, featuring Cardamom, Incense, and Violet Leaf.
  • EDITH: A "quiet luxury" scent with Bergamot, Saffron Rose, Sandalwood, Amber, and Honey.
  • ALICE: A green, fresh scent reminiscent of forest fairies, with Tomato Leaf, Lychee, Geranium, and Woody notes.
  • SOLEIL: A tropical, sun-kissed scent featuring Coconut Milk, Blood Orange, Pumpkin, and Ginger

Till then, see ya.

Tuesday, February 24, 2026

.: BEG SANDANG BARU :.

Assalamualaikum.

sebenarnya kan, dah lama teringin nak beli beg sandang yang comel2 dekat shopee tu.
tapi takde keperluan.

memandangkan sekarang nie PJJ.
meh la kita tunaikan keinginan tu. hihihi.
konon nak beli beg CCS, tapi rasa kedekut nak keluarkan duit lebih sikit. hahaha

jadi, kita pilih la yang murah sikit.
biasa-biasa jelah jadinya.

comelnya.
bahagian depannya.
poket depan tu, linda letak telekung travel dengan tali beg yang extra.

nie zip untuk main compartment.

macam ni dalam dia.
muat letak sweater dengan tab serta kelengkapan lain.

nie la ali extra dia yang linda simpan dekat poket depan tu.

tak beli yang besar-besar pun.
sebab nanti bawa handbag juga.
baju-baju takde bawa pun.
dekat Tronoh kan dah ada baju.
cuma buat letak sweater, kalau sejuk dalam perjalanan naik bas ataupun keretapi.

tada, tempat gantung handbag linda.
nie memang bawa dari kuarters.. hihihi
senang nak gantung beg-beg yang beranak pinak ni.

linda beli beg dekat shopee
mur mur je beli, masa linda beli ngan RM20.
bawa balik Tronoh, kak M dok kenen la beg ibu.
ibu buat tak tau je, kikiki.

till then, see ya

Wednesday, January 21, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 2/26 :.

Assalamualaikum

glad2glow series
hari tu nampak dekat live shoppe.
official kedai ya.
total tak sampai RM20 untuk 2 ketul ni. terus sambar lah.

baru pakai seminggu.
nanti kita tengok glow ke tak.. hahaha

till then, see ya.

 

Sunday, January 4, 2026

.: HADIAH CUTTING BOARD :.

Assalamualaikum.

Sementara rajin ni, Linda nak schedule post siap².. hihi.

Hari tu pergi kenduri kak Na, kena lah bawak hadiah.
Tak bawa hadiah, macam tak lengkap pula.

Linda pergi cari dekat Parkson dalam Selayang Mall tu je.
Mula² tu, Linda ingat nak beli towel.
Dok pilih², ambil juga towel.
Ingat nak terus bayar, eh boleh pula melencong dekat tempat lain.
Sekali nampak ada lagi benda yang menarik.
Terus letak towel tu.

Linda jumpa cutting board ni.
Comel sangat.
Sebab ada 3 pcs, lepas tu ada stand dia.
Senang sikit nak letak. Kalau stand tu nak buat letak tudung periuk pun boleh.🤭🤭

Macam ni ha cutting board nya.
Eh, macam tersuka pula.
Bila² boleh beli untuk diri sendiri kot.
Tunggu la nanti bila dah settle semuanya.

Harap² kak Na terima la hadiah yang tak seberapa ni.
Semoga bermanfaat. 

Till then, see ya.

Tuesday, December 30, 2025

.: SEHARIAN - MARAN - KL :.

Assalamualaikum.

Sabtu. 27.12.2025 - memenuhi jemputan kenduri kak Na.
seawal 8 pagi dah keluar rumah.
isi perut dulu dekat kedai mamak.

kalau dah jumpa terowong nie, rasa dah dekat la perjalanan nya. hihihi

lepas exit Maran, Subhanallah. 
lawa sungguh pemandangan nya.

sampai lah kita ke Maran, Bandar Sejahtera.
tak jauh dari sini.
kak Na buat majlis dekat Pejabat Agama je.
majlis pun sekadar meraikan mempelai.

one with kak Na.
linda doakan yang terbaik untuk akak.
semoga bahagia milik akak.
dah macam cerita Bahagia Yang Tertangguh pula.

acara makan-makan tak ambil gambar.
tapi kan, yang specialnya ada ikan patin masak tempoyak.
linda tak makan, jadi tak ambil lah.
suami pun rugi lah, sebab dah terlajak ambil lauk lain.
takde rezeki lah nak merasa ikan patin masak tempoyak.

one with little family.
abang Mueez takde, sebab dia tinggal dekat kampung.

lepas makan kenduri, terus balik KL semula.
jalan ada juga lah jem sikit-sikit, tapi ok je.
sebabkan awal lagi, teruskan lah plan yang patutnya nak buat hari Ahad.
ke mana kita??? ke Jalan TAR.
parking dekat tempat parkir awam depan IPD Dang Wangi. RM6 per entry.
murah situ, tak jauh pun nak jalan ke depan tu.

masuk SOGO, wahh banyak nya sale.
tapi untuk members je, kalau takde members macam mana?? hahaha
tapi tak beli apa2 pun, sebab malas nak beratur dan bersesak.
tujuan utama nak cari baju melayu. weyh..awal fikir pasal raya.. hahaha

last-last kita jumpa bajunya di Muaz Tesktil.

Dah penat berjalan.
Harus lah isi perut dulu, jadi sampai rumah kang, takde lah ibu nak fikir anak² nak makan apa..
Sekarang ni, tak beli stok barang basah pun, sebab nak clear rumah kan.

Kak M, dia yang rela hati nak pakai tudung bawal tu, lepas tu. Dia stress masa sendiri.
Tudung tak betul lah, apa lah.
Sabar je Linda.

Mission completed.
Baju Melayu abang Mu'az dan dedek.
Abang Mueez punya tak beli, sebab orang nya takde.
Takut salah saiz bila beli nanti.

Ibu ayah?
dah ada warna yang di pilih tu.
walaupun baju tu dah beli2,3 tahun lepas..
muat lagi, pakai je lah.
malas nak fikir nak beli baju baru.

till then, see ya.

Saturday, December 27, 2025

.: 17.12.2025 - PART 5 :.

Assalamualaikum.

Aktiviti terakhir pada hari ulangtahun perkahwinan ke 14.
Takde acara makan².
Tapi ada acara shopping kasut. 
 
Selesai menonton Papa Zola..
Buat urusan kendiri sekejap.
Tiba² incikSuami ajak pergi Puncak Alam.
Follow jelah.

Nish bundle
Ke Nish Bundle.
Anak² tau lah. Diorang tengok TikTok.

Banyak kasut.
Atas pun ada. Bawah pun banyak.
Anak² pun dah rambang mata. Hahaha.

Nish bundle
Onitsuka kuning tu cantik, tapi takde saiz dah.

Nish bundle
Adidas samba hitam.
Tapi, bosan la hitam je.

Nish bundle
Jom jalan² lagi..
Tengok mana yang berkenan.

Maya Syafiqah di Nish Bundle
Kak M dah dapat yang berkenan di hati.

Nish Bundle
Eh, awak pun lawa juga.
Sweet je. Memang nampak gegirl betul.

Naik turun, ke depan ke belakang.
Try yang ni, try yang tu.
Sejam juga dekat dalam ni.
Masing² pun dah tetap dengan pilihan hati.
Jom bayar.

Nish Bundle
6 pasang semuanya.
Harga jangan tanya, walaupun bundle.
Anak² siap cakap mahal harga nya..hahaha.
Nampak sangat ibu selalu belikan kasut dekat Shopee je, itu pun yang bawah RM70 je.
Tak baloi kadang tu, pakai sat ja, lepas tu tak muat dah..
Haaa, mcm sneakers yang selalu linda pakai tu, beli untuk abang Mu'az..baru pakai sat, dah kena tukar saiz.
Nasib sneakers tu saiz Linda, Linda lah yang sambung kontrak pakai.
Kasut yang lain², memang tak sambung kontrak lah.. dah beso.
Kaki ayah pun kalah dengan kaki abang Mu'az..

Eh, nak tahu ke Linda pilih kasut yang mana?

Nish Bundle
Finally, Adidas Samba hitam putih ni.
Sebab sedondon dengan incikSuami.
Saja lah nak matchy².. 🤭🤭

Tapi, tulah.. tak rasmikan pun lagi.

Alhamdulillah, terima kasih incikSuami belanja kami anak beranak kasut baru.
Moga murah rezeki selalu, diberikan kesihatan berpanjangan. Aamin.

Habis sudah cerita 17 Disember kami.🥰🥰

Till then, see ya.

Thursday, December 11, 2025

.: HOW MUCH U SPEND :. :.

Assalamualaikum.

Dah hujung² tahun ni, paltform² shopping ni, keluarkan lah link.
Untuk cek tahap kita selalu shopping Ngan deme macam mana.
Dalam apps zus pun ada.

Ni dekat Shopee.

Shopee lah
Over 1 years. Linda order 19x je kat Shopee.

Shopee lah 1
Banyak beli art supplies je.

Shopee lah 2
Eh, ada nengok Livestream juga.
Kalau dulu, masa abang Mueez takde telefon sendiri.
Memang dia suka tengok live dalam telefon Linda ni.
Apa yang syok nengok pun tak tau lah.

Shopee lah 3
Serius lah, banyak ni je shopping dekat Shopee?? Hahaha.
Tapi, Linda akui, tahun ni kurang membeli dekat Shopee ni, tapi tetap lah duit habis juga.. 😂😂

Nak cek juga..

https://shp.ee/qj7yr33ldn3

Tekan link atas tu.

Till then, see ya.

Wednesday, November 12, 2025

.: ELEVEN ELEVEN :.

Assalamualaikum.

11.11 semalam shopping apa je?
linda takde beli apa pun. sebab takde pula target nak beli apa-apa.
tapi kan, Zus kan selalu bagi notification.
jadi nya, dari siang bawa ke malam, tak keruan je.. hahaha.
Malam lepas maghrib, terus la kita godek godek sebab nak order juga.
Okei, memang bahaya ya app Zus ni.

11.11
Kalau baca info,katanya 1 cup dapat harga RM6.60. tapi ada list untuk air jenis apa je.


11.11 a
Tapi, takkan lah nak order 1 je.
Order lah 3 item.
Linda punya iced buttercreme tu.
IncikSuami Linda pilih kan double espresso tu. Nasib baik dia kata boleh tido malam.hahaha
Lepas tu, pilih juga sandwich tu.
Memang ada promo sampai 30Nov.

11.11 b
Kalau ikut, amaun sebenar RM31.02.
Tolak diskaun RM6.60.
Linda bayar RM24.40.

11.11 c
Yeay, dah pickup.
Tapi, kenapa meja Mixue?
Sebab habuan anak 4 tu pun ada juga.

11.11 d
Suka matcha atau suka kopi?

11.11 e
Sedap.
Boleh repeat.

11.11 f
Tinggal perisa Boba dengan coklat Oreo je.
Strawberi dengan mangga habis.

Janji Mixue.
Anak 4 on je.

Semalam merempit je dengan abang Mueez, senang sikit cari parking.
Kalau yang tahu, area Selayang Mall tu, memang berchenta cari parking.
Kalau naik kereta, better ada orang lain drive. Jadi boleh drop off je.

Dah, tutup mata je lah dengan Zus ni.
Lepas gaji pulak. Hahaha.

Till then, see ya.

Tuesday, November 11, 2025

.: HADIAH PENGANTIN :.

Assalamualaikum.

saja nak share sini, buat kenangan.
hadiah yang linda beli untuk sepupu yang kahwin sabtu lepas.

dah siap balut.

linda beli bekas letak beras.
geram pula tengok, macam nak beli untuk diri sendiri.
tapi, dah ada dekat rumah sendiri, tunggu la rosak ke.. baru beli.

geram sebab nampak mahal.
eksklusif gitu.

beli dekat shopee je.

nie gambar ambil dekat shopee.
linda beli yang besar tu.
saiz 10kg beras.

link shopee kat SINI ya.
harap bermanfaat la pada pengantin baru.

till then, see ya.
 

Sunday, November 2, 2025

.: TEBUS SARA :.

Assalamualaikum.

Maka ini, selesai lah pemberian SARA kami suami isteri.
Linda dah selesai beli masa balik Tronoh cuti sekolah bulan 9 hari tu.

Jumaat lepas, baru beli barang² dapur.
Jadi incikSuami decide lah untuk habiskan SARA.. berbaki RM84.40.

Cashier tu yang tolong pilihkan barang² untuk cukupkan nilai tu.

Jadi, dalam gambar nie lah barang² nya.
Kena tambah lagi 80sen.

Tapi, bukan nie je yang kami shopping.
Ada lagi yang lain, yang dibayar lain.
Yang bayar lain tu pun RM200 lebih gitu.
Memang perbelanjaan bulanan kami dalam RM400 lebih juga lah.
Untuk yang kering² dan tahan lama.
Untuk bahan basah, memang peruntukan RM100 seminggu.
Gitu.

Alhamdulillah, atas nikmat yang diberikan.

Till then, see ya.

Monday, October 20, 2025

.: BELI APA TU? :.

Assalamualaikum.

Ahad, 19.10.2025 - selesai tinted sliding door tu, meh la siap² cari makan pula.
Linda ajak incikSuami ke Billion, nak try makan dekat foodcourt situ pula.

Sebab nanti pun, nak beli barang² sikit.
Senang lah 1 tempat je.

Seronok Billion nie, memang banyak barang² sale yang murah.
Macam semalam, ada bakul besar buat isi baju tu, RM8.90 je, terkejut betul.
Tapi, tak beli la.
Nampak jugak, kasut² clearance..yang tinggal saiz 1, 2 je.

Dok cakap Ngan incikSuami, macam nak beli je kasut tu.
Dia pun kabo, beli je lah. Dan terus bagi kad bank dia.. laju lah kita..hihihi

Adik beradik Polo agaknya.

RM25 je.
Saiz pun ada lagi, memang sambar lah.

Warna almond.
Kadang² teringin nak pakai yang macam nie.
Asyik keluar pakai kasut je.

Tara, cantik pula.
Simpan dulu la, buat pakai raya. 😂😂
Eh, hari nie lah raya 🤭🤭, tapi test je tadi.
Buat pakai raya Aidilfitri jelah nanti.

Kemain lagi, siap ada kasut raya.
Eh, baju raya pun kita dah add to cart dekat Shopee tu, sebab dia jenama kedai biasa je..takde lah set ibu anak.
Jadi, nak beli 2 pasang corak sama.
Sepasang lagi, modified jadi saiz kak M.

Till then, see ya.

Friday, October 17, 2025

.: LAIN PULA YANG DAPAT :.

Assalamualaikum.

Hari nie kan Jumaat, rehat panjang.
Lepas hantar abang Mu'az ke surau diri jumaat dalam IPD Gombak tu, terus pulas minyak motor. 
Menuju ke Selayang Mall.
Sebab minggu lepas, masuk juga Selayang Mall, lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan KAFA.

Nampak beg nie dekat Parkson.
Dekat tagging tulis RM38, tapi Linda tak belek. Serius rasa nak beli.
Tapi, tak beli.

Hari nie p, takde dah beg nya, dah gantung beg lain pula.
Aaahhh, terus rasa menyesal tak belek² minggu lepas tu. 😔😔

Alang-alang dah sampai, round juga la.
Sampai dekat kids corner, eh..murah² pula baju..sebab Deepavali ke?
Geram tengok baju gegirl, tapi kak M nie, macam² peel.

Last² pegang juga yang nie.

Dengan yang nie.

Seluar nie lawa, stripes macam zebra.
Tapi, boleh pening kepala kalau fokus je kat seluar tu.

Tapi, ambik sepasang je lah dulu, boleh simpan buat baju raya next year.
Hahaha, mak anak ramai. Gini lah, memang beli awal².
Kalau nak keluar sedebuk tu, memang takde lah duit nya. Hahaha.

Linda ambil pilihan yang nie.

Baju RM19.
Seluar RM25.
beli juga seluar kecik abang Mueez, asyik la takde je. konpius ibu

Seluar tu ada poket kat tepi. macam seluar cargo tu.
tapi warna jeans gitu.
boleh la mix n match dengan baju2 lain nanti.

till then, see ya.