lovvu Dobbu

Friday, February 28, 2025

.: AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN :.



Penerangan Hadis :-

 

  1. Alhamdulillah, Ramadan al-Mubarak tiba lagi, yang merupakan bulan keampunan, bulan yang dijanjikan ganjaran pahala berganda dengan amal ibadah.
  2. Menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, maksud keimanan adalah beri’tiqad akan hak kefardhuan puasa. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah SWT. Selain itu, Imam al-Khattabi berkata, yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya. [Lihat: Fath al-Bari, 4/115]
  3. Marilah sama-sama kita berazam menjadikan bulan Ramadan al-Mubarak pada tahun ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Semoga kedatangan Ramadan kali ini kita sambut dengan penuh penghayatan dan semoga kita mendapat berkat serta hikmah bulan Ramadan, Aamin.

selamat berpuasa semua !!!

till then, see ya.

Eh, tahun lepas punya Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan pun hari jumaat juga lah.


 

.: BAJU BARU DAN AUDIT :.

Assalamualaikum

Dah 4 hari kontraktor mengecat nie buat kerja-kerja mengecat dekat asrama.
Hospital Selayang dapat peruntukan kerja-kerja mengecat dan juga penukaran lif.
Alhamdulillah.
Lif tu yang daif sangat.
Kalau nak transfer patient, yang mana on oksigen tu, kena bawak spare tong oksigen.
Memang ada kes, tiba-tiba lif tak berfungsi.
Kalau sekejap takpe, nie hampir sejam juga.
Seram betul rasenya.

Baru satu bangunan asrama yang dicat.
Bahagian belakang.

Bahagian depan.
Sebelah tu bangunan asrama juga.
Ada beza lah, lama dengan baru.
Nampak lah berseri sikit bangunan nya.

Sebagai AJK JKKP (kesihatan dan keselamatan pekerja), semalam linda dah menjalan kan tugas untuk buat audit dalaman dekat Makmal Patologi hospital.

Ini je gambar yang linda snap.
Bersama AJK juga, doktor Izzati dan PIC makmal.
Jujurnya, baru pertama kali linda ikot audit nie.
Sebab AJK semua level-level doktor, sister, jururawat, senior MA.
Linda sorang je level kerani..
Sebab apa terpilih, sebab linda incharge kawasan asrama.

Pertama kali masuk meeting JKKP terasa kerdil betul.
Jadi nya memang pertama dan terakhir lah linda masuk meeting tu.
Cuma terlibat dengan meeting kecil je lah, sub Vektor dan pest control.

Alhamdulillah, doktor Izzati ajak linda pergi audit.
Dapat lah pengalaman baru.
Dapat melawat makmal patologi.
Hazard paling utama, storage lah.
Mana-mana pun tetap lah storage tu jadi masalah.
Dokumen-dokumen pesakit nie, paling pendek jangka masa untuk disimpan adalah 20tahun.
Itu pun ikot kategori-kategori.
Patient makin ramai, dokumen pun bertambah, dokumen lama tak boleh lupus.
Memang storage jadi masalah besar.
Dekat asrama tu je, satu level bawah dah jadi tempat penyimpanan dokumen pesakit.
Itu pun, nak minta lagi bilik-bilik kosong yang ada dekat asrama.
Memang takde dah la.
Harap-harap bangunan dapat bertahan lah.

Till then, see ya.

Thursday, February 27, 2025

.: PENGHILANG DAHAGA :.

Assalamualaikum.

Semalam minta tolong cleaner-cleaner dekat asrama
Alih perabot dekat asrama.
Tapi, bukan setakat semalam je lah.
Hari-hari lain pun selalu je minta tolong cleaner.

Alhamdulillah, dapat cleaner yang rajin-rajin semuanya.

Dah penat mengalih barang-barang.
Selalu kalau linda sempat, takde bertembung kerja lain, memang tolong je cleaner tu buat kerja yang Linda minta tolong.
Kira macam gotong royong lah.hiihiihi
Nak buat sendiri tak mampu.
Kita buat lah bersama-sama.

Tekak nak minum manis-manis.
Lalu terorder lah cool blog.

-Hazelnut milky-
Linda punya
Terasa macam makan biskut chipsmore hazelnut pulak.
Tapi, kena minum cepat.
Bila dah kembang tak sedap pula.

-Harimau brown sugar-
Nie memang signature lah.
Untuk cleaner-cleaner asrama

-Chocholate kaw-kaw-
Untuk mak labu sorang nie.
Minggu depan dah la nak cek gula.kikiki

Alhamdulillah, niat nak belanja insan-insan yang banyak membantu dekat asrama sebelum Ramadan nie.
Kalau rajen, jumaat kita buat makan-makan.

Till then, see ya.

Wednesday, February 26, 2025

.: HOTWHEELS :.

Assalamualaikum 

Anak 4 dengan mesin hotwheels nie tak boleh dipisahkan. 
Kadang-kadang tu, diorang req nak ke tempat yang ada mesin nie. 

Sesi memilih. 
Guna duit masing-masing ye nie. 
Linda tak bagi duit pun. 

Hasilnya. 
Eh, anak 4 je.. Kenapa ada 6 buah kereta nie? 
Ada yang beli 2 buah. 
Abang Mu'az punya tu yang mini GT.. 
RM50 seketui tu.. Hurmm... 
Memang dia aim nak beli tu.. 
Ikot suka lah. 

Lepas tu, Kadang-kadang kalau dah jemu, diorang jual lah sesama diorang. 
Item preloved katanya.. Hihihi. 

Till then, see ya. 

Tuesday, February 25, 2025

.: TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 1446H :.

Assalamualaikum 

Jangan lupa malam duduk depan TV atau media sosial mana-mana untuk dengar pemberitahuan puasa. 

Lagi berapa hari je nak puasa dah. 
Sekejap je masa berlalu. 
Persediaan puasa macam mana? 

Insya-Allah.. Semoga Allah memberi kesempatan kepada kita semua untuk menyambut dan beramal ibadat di bulan Ramadan. 

Bulan Ramadan nie keistimewaan untuk umat Nabi Muhammad SAW je. 
Umat-umat terdahulu takde bulan Ramadan nie..
Sebab tu semua amal ibadat kita akan dilipat kali gandakan pahala pada bulan Ramadan. 
Kita beruntung sebagai umat Nabi Muhammad SAW, ada bulan Ramadan, ada malam Lailatul Qadar. 
Semoga kita semua diberi peluang dan kesempatan bertemu malam Lailatur Qadar.. Aamin. 

Till then, see ya. 

Monday, February 24, 2025

.: DAY TRIP TRONOH :.

Assalamualaikum

selamat pagi, happy monday semua
okei, hari nie linda Monday Blues.. hahaha
mata tak boleh nak buka nie.

semalam buat apa je??
linda buat day trip Selayang- Tronoh, ikot jalan lama
Selayang - LATAR - Kuala Selangor -Kg Gajah - Bota Kanan - Seri Iskandar - Tronoh
keluar rumah dalam 9 pagi gitu, sampai rumah balik dalam pukul 10.30 malam

konvoi dengan silverCar depan nie
Subhanallah, lawa sungguh awan gemawan nie.

incikSuami cakap Linda bawak kete laju..
mana ada laju, simbol Eco pun tak hilang (maknanya bawah 120km/j lagi lah) hahaha
sambil bawak kete dengar lagu Linkin Park, lagi syiokk lah memandu.. hahah

dapat merasa laksa sarang
not bad lah, tapi tak repeat kot..
sebab sarang nya bila kena kuah laksa, melembek, rase kembang plak tekak nak habiskan.
laksa anak-anak boleh makan , sebab tak pedas.
dekat area Seri Iskandar nie.
bawah bumbung medan penjaja, sebelah petronas

paneh weyh.
beli kopi gantung perlis..
tapi, tak cukup pekat kopinya.
tak rase sangat kopi.

dinner singgah area Tanjung Karang.
Grand Seafood, main singgah je benonya, sebab area sana tak biasa sangat kedai-kedai nya
biasa lalu je...hihihi
beso betul cawan air buah tu.
makanan dia biasa je, boleh ditelan.

tak singgah balik kampung pun, tak sempat.
tu pun plan last minit incikSuami nak ke Tronoh.
kisah nya dia bawak silverCar tu dari Melaka.
hosp Selayang kan dah parkir berbayar, untuk yang dok kuarters, dapat 1 je lah kad akses.
jadi macam kena menipu sikit lah kalau nak guna 1 kad akses untuk 2 buah kereta.
jenis suami isteri pun ikot rules, bila buat salah tu, risau je ketahuan.
jadi, incikSuami cadang tinggal je lah silverCar dia dekat Tronoh.
awning pun dah pasang, so tak risau berhujan panas lah.
jadi sambil-sambil tu, kitorang pun bawak jugak lah barang-barang sikit ke sana.

nie kalau kena transfer, memang kena sewa lori juga.
kalau tak pun, hilux sesiapa ke.
memang tak boleh naik kereta je.

haa, nie saje lah nak share..
kan linda ada share sini yang kemas rak buku anak-anak
kejapan je atas tu kosong.

dah anak-anak ganti dengan benda lain pulak.
tu abang Muáz punya parkir kereta untuk hotwheels dia.
sebelum nie dia letak dekat bilik je
eh, nampak kosong atas rak, dia letak pula.
naseb dedek pun dah darjah 1, dah faham barang abang tak boleh usik.
boleh lah terletak elok.

kalau sepupu kecik dia datang.
jenuh linda pulak nak mengepung, risau diusik barnag menan abang Muáz tu.

till then, see ya.

Sunday, February 23, 2025

.: KELOPAK BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum. 

Semalam, lepas masak dan makan. 
Meh lah kita buat kelopak bunga stokin nie, sambil nonton drama korean. 

Sebab ramai jugak yang mungkin penasaran macam mana kejadian asal nya. 

Jadi, nie bingkai kelopak bunga stokin tu. 
Ikot kita lah nak bentuk dan saiz macam mana. 
Bergantung pada bunga apa kita nak buat lah. 

Nie dawai yang belum jadi lagi. 
Yang bingkai linda tunjuk gambar lagi 1 tu, ada ombak ombak. 
Jadi, sebelum nak jadikan bingkai tu, linda gulung gulung dawai yang lurus nie dekat batang bunga telur tu. 
Lepas tu, tarik bagi tegang sikit, baru acukan dekat bekas untuk jadikan bingkai tu. 

Tara. 
Yang nie dah siap, linda balut dengan kain stokin tu. 
Ikat guna benang, kain stokin yang lebih lebih tu, kita kemaskan lah. 

Yang penat nya, nak buat bingkai dan balut nya dengan kain stokin je. 
Selain dari tu, Insya-Allah, mudah je. 
Cantum cantum jadi bunga telur. 

Till then, see ya. 

Saturday, February 22, 2025

.: KEMAS DAN MASAK :.

Assalamualaikum.. 

Disebabkan tak jadi kita berpindah hari ini. 
Jom lah kita mengemas rumah ya.. 
Takde rumah sangat pun. 
Rak buku anak-anak nie je. 
Bila suruh buat sendiri, memang macam gitu je lah... 

(gambar diambil dalam posisi duduk) 
Bahagian atas rak nie je. 
Rimas pula mata nie nengok. 

(gambar diambil dalam posisi berdiri) 
Lepas kemas, elok lah sikit. 
Nie nak abang Mu'az, abang Mueez. 
Kak M dengan dedek hujung kiri kanan. 
Takde dalam gambar. 

Dah penat kemas kemas. 
Kita tengok korea sat. 
Ehh, kita masak lah.. 
Untuk lunch.. Hihihi.. 

Apa yang ada dalam peti sejuk jelah, sebab tak beli barang basah lagi. 
Maka terhasil lah. 

Sambal udang petai. 

Udang celup tepung. 

Alhamdulillah.. 
Rezeki hari nie. 

Selamat berhujung minggu semua. 

Till then, see ya. 

.: TUKAR SENDIRI :.

Assalamualaikum.. 

Kesinambungan trak 3tan askar semalam tu.. 
Keputusan takde trak yang available.. 
Makanya, incikSuami decide lepas raya je lah.. 
Dah gtaw awal-awal nie, kalau takde trak juga tak tahu lah.. 
Biasa lah kan, kalau percuma, memang susah nak dapat.. 🤭🤭

Sebab kan tak dapat balik Tronoh. 
Kita cerita lah pasal rumah Tronoh. Kikiki. 
Sambil-sambil tunggu awning siap pasang. 
IncikSuami pun siap menukar item yang dah rosak dalam rumah. 

Paip bidet canggih.. 
Canggih lah sangat. 
IncikSuami beli kat tiktok je dia kabo.. 
Belas belas ringgit je, bukan yang mahal punya. 
Beza nya, yang nie ringan je lah.. 
Boleh je, janji air keluar laju. 

Nie paip bidet asal. 

Tukar tombol pintu pulak. 
3 pintu bilik memang tombol dah out. 
Ada tombol bulat yang tenant lama beli untuk gantikan tombol rosak. 
Jadi bilik ke 3, incikSuami guna tombol bulat yg tu. 

Bilik no 1 dan 2, incikSuami guna tombol jenis handle nie. 
Lepas tu, dia murung sendiri. 
Sebab anak 4 semua "sopan-sopan".. Hahaha. 
Risau bertahan seminggu je.. Kikiki.. 

Alhamdulillah, pandai jugak incikSuami tukar benda yang asas mcm nie. 
Takde lah semua benda nak upah orang kan. 
Mana yang boleh jimat, kita jimat. 

Till then, see ya. 

Friday, February 21, 2025

.: INCIKSUAMI NAIK TRAIN :.

Assalamualaikum. 

Kisah di sebalik menjadi buk supir. 

Balik kerja melencong ke Intan Baiduri, lalu MRR2 terus, takde lah tersangkut dekat Bulatan Batu Caves nanti tu. 

Nak ke KTM Batu Caves. 
IncikSuami nak balik Melaka sat. 
Perancangan nak loading barang dalam 3tan askar, lepas tu bawak ke Tronoh. 

Kena folo naik sekali, dah kawan tu teragak-agak nak membeli tiket macam mana..
eh, baru kita nak tunjuk ekk, sekali mesin reject pembelian kita.
3 kali repeat baru jadi.. hahaha

bye chenta hati.
linda dah pesan, jangan turun dekat stesen selain stesen Pulau Sebang aka Tampin. 😂😂

Alhamdulillah, malam tadi dalam 10 lebih incikSuami sampai dekat rumah.
dia minta tolong kawan 1 kem tolong ambilkan.
anak buah dia juga dulu.

tapi kan, pagi nie linda baru baca mesej dari IncikSuami.
tiba-tiba incharge yang uruskan 3tan tu, kabo 3tan tak dapat.
eh, hangin incikSuami, semalam 2, 3 kali mesej tanya, tapi tak berbalas. 
jadi kita beranggapan ada lah 3tan nya.
nak datang tiba-tiba bukannya dekat Selayang-Melaka tu.

Linda apa lagi, cakap lah ngan incikSuami, guna kuasa veto lah.
sebab CO(commanding officer) sekarang nie, pernah kerja dengan incikSuami.
CO sendiri pernah personally tanya urusan 3tan macam mana, nak pindah barang.
kalau perlukan bantuan CO, beritahu je.
kita tak nak lah jadi orang yang gunakan kabel.
ikot flow lah.
tapi, kalau dah macam nie. 
memang kena guna kabel lah.
bukan sekali kena, 2,3 kali dah kena dengan incharge 3tan nie.
kabo ada trak, ada trak.. tapi tak dapat pun.

semoga dipermudahkan segala urusan kami untuk memindahkan barang ..Aamin

till then, see ya.

.: MEMBACA DAN MEMPERELOKKAN BACAAN MENDAPAT KEBAIKAN :.

 Assalamualaikum


Penerangan Hadis :-

1)    Hadis ini menekankan kepentingan membaca Al-Quran dengan baik.

2)    Membaca Al-Quran dengan teratur dan tertib, seperti kita memperelokkan urusan di dunia ini, menunjukkan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh dalam ibadah akan mendatangkan hasil yang baik di dunia dan akhirat.

3)    Firman Allah S.W.T:

 وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا 4﴿

Maksudnyadan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". - Surah al-Muzammil (4)

Imam al-Mawardi menafsirkan ayat ini bahawa yang dimaksudkan daripadanya adalah suruhan untuk membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya, jangan merubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal, ibarat aturan gigi yang kemas apabila asasnya sama dan tersusun rapi, ini adalah apa yang dikatakan oleh Ibn Bahr. [Lihat: Tafsir al-Mawardi; 6/126]


till then, see ya.

Thursday, February 20, 2025

.: DAY 50/365 :.

Assalamualaikum.. 

D-4 of school. 
Baru ibu merasa amik anak-anak balik sekolah. 

Dedek nampak ibu, nampak acik jual aiskrim. 
Terus p beli aiskrim sambil senyum-senyum tengok ibu. 
Sebab dia dah cakap dari semalam, "dah 2 hari acik jual aiskrim tak datang" 

Esok job ibu jugak kena hanta dan amik anak-anak. 

Next entry lah share kenapa ibu kena jadi supir.. Kikiki.. 

Till then, see ya. 

.: WORK ON BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum 

Sesi mengemas rumah melaka, linda kutip-kutip semua bahan nak buat bunga telur nie. 
Niat nak bagi member yang nak kawen bulan 5 nie.. Insya-Allah.. 

Kalau ikot ada 2 kotak. 
Nie salah satu kotak nya. 

Putik bunga pink nie pun banyak lagi. 
Net untuk telur pun ada lagi 3 warna. 
Tapi, tak cukup 100 lah untuk tiap satu. 

After kemas-kemas, letgo mana yang balance-balance. 
Eh, banyak juga lagi reben.

Haaa,stoking nie pun banyak lagi. 
Kemain dulu memborong. 
Stoking nie linda guna untuk balut bunga tu. 
Linda try lah buat satu, menggunankan baki-baki bahan yang ada. 
Nak tengok jadi macam mana. 

Tara. 
Macam tak menarik je sebab takde riben berjuntaian. 
Tapi, takde warna riben yang sesuai, takkan lah nak pink lagi... 
Kalau letak warna cream ke, helokk lah sikit. 

Nanti lah fikir lain.
Janji dah nampak bentuknya macam mana. 

Till then, see ya. 

.: KEMAS DEPAN RUMAH :.

Assalamualaikum.. 

Entry masih berkisarkan masa cuti Thaipusam hari tu. 
Lepas siap orang pasang awning tu. 
IncikSuami mulakan lah operasinya..

Potong ranting-ranting pokok depan rumah nie haaa. 
Pokok nie dari awal taman nie siap lagi, kira souvenir dari pemaju lah.. 😂😂

Lepas tu kerat-kerat tilam lama nie pula.
Lama dah tilam nie terbiar depan rumah, sampai nak mereput.
Tak tau lah majlis bandaran sini stail kutip sampah macam mana. 
Memang lah tak harap dia angkut semua sekali dengan sampah domestik. 
Sepatutnya dia ada lah team lain pula untuk angkat sampah yang bulky macam nie. 
Dah kerat-kerat, masuk plastik hitam, harapnya dia angkut lah buang. 
Lupa nak wasap jiran, orang sampah kutip ke tidak. 

Emm, dapat kat incikSuami, memang sampai tanah pun dia sapu bersih.. Hahaha. 

Tengok, siap penyapu keras tu dia bawak keluar. 
Pengganti pencakar. 

Haaa.. 
Puas hati linda, takde lah pemandangan tilam yang menyakitkan mata. 
Semua dah masuk dalam plastik hitam tu. 
Saja letak dekat luar, tak masukkan dalam tempat sampah tu.
Nampak lah bersih sikit. 

Bila buat kerja pembersihan dengan incikSuami, macam nie lah.. 
Memang bersih betul-betul. 
Sebab incikSuami nie, kalau nak buat kerja tu, dia buat teliti betul. 
Orang kata, jangan bagi mulakan je.. Hahaha. 
Nie dia bz amik anak, hanta anak p sekolah. 
Kalau tak, memang linda minta tolong dia yang bersihkan rumah. 
Jadi, kalau dia bersihkan rumah, memang dia akan kemas, mop lantai semua. 
Itu yang syok.. Hihihi.. 

Till then, see ya. 

Wednesday, February 19, 2025

.: KURSUS ONLINE :.

Assalamualaikum.. 

Hari nie dan esok Linda menghadiri kursus secara online.. Anjuran INTAN, KL. 

Kursus mengenai format surat rasmi, emel dan memo. 
Dah tukar jawatan Pembantu Tadbir nie kan, kita belajar lah secara formal sikit. 
Sebelum nie buat juga surat, memo nie.. Tapi, folo je dari contoh yang ada. 
Tak tau apa apa. 

Kursus dekat INTAN sekarang dah ada yuran RM30. 
Boleh je nak claim balik dekat jabatan, tapi macam biasalah.. Malas... Hahaha. 

Syarat untuk layak dapat sijil. 
Strict betul dah sekarang. 
Memang INTAN buat "facecount".. Sesi pengecaman muka.. Hahaha. 
Memang tak boleh lari-lari lah.

Tapi, tau jelah bila kursus online nie, ada je kena ganggu.. Kikiki. 
Naseb baik ada patner sorang dekat pejabat, takdelah linda kalut sangat. 

Outfit berkursus hari nie. 
Nametag baru tu, boss kita lanja semua anak buah dia. 
Semoga murah rezeki bos, Aamin. 

Memang bawak tab siap siap dah. 
Sebab dah dinyatakan dalam surat untuk on kamera dan mic selalu. 
So, memang kena bawak sendiri punya lah, PC dekat pejabat takde kamera.

Nanti sesi petang pulak sambung. 
Moga moga tak mengantuk lah.. 
Tapi, tak kot. Sebab ada LDK(latihan dalam kumpulan) sekali. 

Till then, see ya. 

.: WORDLESS WEDNESDAY 5/25 :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, lega..
selesai satu part.

semoga dipermudahkan segala urusan sehingga selesai segalanya..Aamin

till then, see ya.


Tuesday, February 18, 2025

.: STRAWBERRY QUEEN :.

 Assalamualaikum..

gara-gara beg yang beli nie tak muat untuk tab.
linda masih hunting lah tote bag @ bag yang muat untuk letak tab.
pagi tadi scroll-scroll FB, nampak pulak promosi buy 2 RM79.90 @ StrawberryQueen.



dia dah acukan pun.
nampak macam muat je

nie compartment bahagian dalam

eh, cantik-cantik pulak beg nya.
tapi, kena cek dulu kedai beg nie wujud ke tak..
sebab pernah kena  tipu, konon-konon beli vincci online, tapi sampai ke sudah tak sampai.
uwaaa...

nanti bloggers boleh cek kan sekali, StrawberryQueen nie reliable ke tak.. hahaha
tapi nak share jugak lah beg-beg yang macam berkenan dekat mata dah nie

corak seashell
cantik yang nie, tapi tak berapa rajen nak mengelap

corak yang sama, tapi warna gelap sikit.
macam tak menyerlah pula

yang nie corak batik katanya
pun lawa jugak

banyak lagi pilihannya...


kedai fizikal 
12-1, Jalan Perdana 4, Taman Segar Perdana, 43200 Cheras, Selangor

tengok macam reliable...
boleh dah kot nak proceed order.

till then, see ya.