Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label kursusonline. Show all posts
Showing posts with label kursusonline. Show all posts

Wednesday, February 19, 2025

.: KURSUS ONLINE :.

Assalamualaikum.. 

Hari nie dan esok Linda menghadiri kursus secara online.. Anjuran INTAN, KL. 

Kursus mengenai format surat rasmi, emel dan memo. 
Dah tukar jawatan Pembantu Tadbir nie kan, kita belajar lah secara formal sikit. 
Sebelum nie buat juga surat, memo nie.. Tapi, folo je dari contoh yang ada. 
Tak tau apa apa. 

Kursus dekat INTAN sekarang dah ada yuran RM30. 
Boleh je nak claim balik dekat jabatan, tapi macam biasalah.. Malas... Hahaha. 

Syarat untuk layak dapat sijil. 
Strict betul dah sekarang. 
Memang INTAN buat "facecount".. Sesi pengecaman muka.. Hahaha. 
Memang tak boleh lari-lari lah.

Tapi, tau jelah bila kursus online nie, ada je kena ganggu.. Kikiki. 
Naseb baik ada patner sorang dekat pejabat, takdelah linda kalut sangat. 

Outfit berkursus hari nie. 
Nametag baru tu, boss kita lanja semua anak buah dia. 
Semoga murah rezeki bos, Aamin. 

Memang bawak tab siap siap dah. 
Sebab dah dinyatakan dalam surat untuk on kamera dan mic selalu. 
So, memang kena bawak sendiri punya lah, PC dekat pejabat takde kamera.

Nanti sesi petang pulak sambung. 
Moga moga tak mengantuk lah.. 
Tapi, tak kot. Sebab ada LDK(latihan dalam kumpulan) sekali. 

Till then, see ya. 

Thursday, August 15, 2024

. : JENAYAH SIBER :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, siang tadi linda berpeluang untuk mengikuti webinar tentang Jenayah Siber.. 
kalau ikot dah cukup latihan @ kursus 7 hari, tapi tajuk nie best.. 
Tu yang join jugak. 


Maksud jenayah siber

Yang nie betul.. Kakak linda kena jugak macam nie, kata nya polis(scammer) telefon, ada kesalahan sekian sekian.. 
Ayat dia nak pusing pusing, then macam nak suruh bayar lah untuk clearkan kesalahan tu, kalau tak bayar nanti polis datang rumah dan tangkap.. 
Tapi, Alhamdulillah kakak tak termakan.. 
Terus letak dan terus tanya adik yang keja polis jugak.. 
Adik pun selamba cakap "kalau ad buat salah, polis terus datang rumah, tangkap.. Takde nak telefon dulu, nak bagitahu nak tangkap". 😂😂

Terms nie kita selalu dengar kan.. 

Nie lah maksud nya

Ada pelbagai jenis keadaan yang menyebabkan terjadinya kepada keldai akaun.. 
Kadang-kadang secara tak sengaja juga terjadi nya keldai akaun nie.. 
Kiranya, macam tipu muslihat jugak lah.. 

Yang nie mesti ramai dah tau.. 
Kalau nak cek akaun tu scammer ke tak.. 
Boleh guna laman web nie

https://semakmule.rmp.gov.my

Walaupun webinar nie masa dia singkat je.. 
9 pagi - 12 tengah hari, banyak juga input yang diperolehi.. 
Memang elok buat webinar macam nie.. 
Untuk tingkatkan kesedaran. 

Macam Linda sendiri pun, pernah jadi mangsa scammers... 
Tapi, scammers tu guna gambar profil linda di FB.. 
Mula-mula, ingat macam biasa je.. Tapi, bila ada mangsa dan dah viral orang kata linda yang jahat..
Memang buat report polis jugak lah.. 
Rupanya bila kita stalk2 dalam FB tu, scammer tu memang akan amik je gambar sesiapa yang macam ok, then dia akan mulakan MO dia... 
Tak lama pun dia pakai gambar yang sama.. 
Alhamdulillah lah, takde mendatangkan kesan yang teruk dan berpanjangan pada linda.. 

Till then, see ya

Tuesday, March 19, 2024

.: SAHUR 8 RAMADHAN :.

Assalamualaikum

sekejap je rasenya
dah seminggu kita menjalani ibadah puasa
tambah tolak lagi 3 minggu je

Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan untuk berpuasa dan menjalani ibadah terawih
seronok Linda tahun nie, dapat terawih berjemaah dekat surau hospital
selalu buat dekat rumah je
snak-anak masih kecik kan, memang tak mampu la nak bawak ke suaru @ masjid

anak jenis behave sekejap je
lepas tu huru hara.. hahaha

simple Linda punya sahur
nasi putih + sambal pecal kering + ikan bilis goreng
asyikkk

padahal ada je lauk lain
tapi, Linda time sahur nie, memang susah nak telan nasi..
kalau mcm nie, laju makan..
rasa nak menambah, tapi ikan bilis goreng dah habis..
dedek bangun sahur pulak, meratah ikan bilis...kikiki

--------------

hari nie
tak menyempat nak BW sangat


Linda ada kursus online 
hari ini dan esok (2 hari)
nie tengah break jap 1/2 jam

petang nak masak apa ye lauk berbuka..kikiki

till then, see ya