Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label urusanpindah. Show all posts
Showing posts with label urusanpindah. Show all posts

Saturday, January 10, 2026

.: MINI MOVERS - RAKAN LOGISTIK ANDA :.

Assalamualaikum.

sebabkan memang dah plan nak pindah ke Perak.
dan barang dalam rumah kalau dikumpulkan, memang kena sewa lori juga.
jadi, dari hujung bulan 12 tu, memang linda dah mula cari-cari dan survey sana sini.
standard harga lori, macam sis Nieza cakap RM800 paling murah, lagi2 bila nak merentas negeri ni.

survey punya survey, nampak MINI MOVER
bila tanya details semua.
rupanya diorang ada buat Pooling trip ke Utara.
tarikh yang lebih kurang dengan yang linda nak.
so, bila pooling (ada barang orang lain yang sehala jalan), harga murah la sikit.
dan diorang memang akan kira ikut barang kita je.
macam linda, mula2 buat list barang, dapat harga RM540.
sekali bila dah kemas2 tu, dah terlebih anggaran kotak.
jadi linda pun hantar gambar lain dekat admin, dan dapat harga baru RM670.
still, masih murah bagi linda.

barang kita kemas sendiri, hari yang dijanjikan.
team Mini Mover akan datang untuk pick up barang, jangan risau.. harga sekali dengan labour dah
so tak perlu nak risau, ada charge untuk tenaga buruh pula.

Rabu, 07.01.2026 - sampai la lori untuk pick up barang.

haa.. bila dah loading dalam lori. 
separuh lori juga ni.
gambar barang2 ada share dekat SINI

Sebabkan hari Rabu tu collect barang pun dah petang.
So, lori gerak ke Utara hari Khamis.
Tunggu punya tunggu.

Khamis, 08.01.2026 - lori pun sampai di Tronoh pukul 9 malam macam tu. Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik.

Penuh rumah kecik Linda ni.

Dalam bilik kak M

Dekat dapur.

Dalam bilik belakang.

Ya Allah, barang² dari Melaka hari tu pun tak habis bongkar lagi..tambah lagi barang yang ni.
Udah udah la membeli, rumah dah makin comel ni. Hihi.

Tapi, Alhamdulillah, Linda sampai rumah Jumaat tengah malam tu, yang dekat dapur tu dah clear.
Tinggal dekat bilik belakang, yang tu lambat lagi agaknya.

Overall, puas hati dengan servis Mini Mover ni.. kalau ada yang nak try ke..boleh la.

Till then, see ya.

Thursday, January 8, 2026

.: NEW JOURNEY BEGIN :.

Assalamualaikum.

rasanya semua sedia maklum, setelah bermacam perhitungan, perkiraan.
kami suami isteri sepakat membawa berkat, insyaAllah.

incikSuami akan menetap di Tronoh bersama anak-anak.
dan linda stay di Selayang sehingga pertukaran ke tempat yang dimohon di luluskan..

hari nie, 08.01.2026 - bermula la kehidupan baru kami.
semoga anak-anak baik2 saja. aamin.

penuh kereta.
3x dah kereta nie penuh angkut barang.
roofbox pun penuh, bahagian belakang pun penuh.
lori pun sewa juga. hahaha..
yang tu nanti linda share bila barang dah selamat sampai rumah Tronoh.

bye dedek.
elok-elok jadi orang Tronoh... hihihi

kak M tak nak bagi ibu nangis ke?
jual mahal pula.

abang Mueez pun ada, tak dan snap gambarnya.

hari nie mereka semua dah bergerak ke Tronoh, alhamdulillah.. 
dalam pukul 2pm tadi dah sampai.
hari kerja kan, jln clear lah.

nah tepek video sikit.
takmo lah linda nanges sorang2.. hahaha..

mohon kalian semua doakn buat Maslinda binti Miswan, supaya permohonan pertukaran ke tempat yang dimohon lulus pada tahun 2026 ni.. aamin.

till then, see ya.

Tuesday, January 6, 2026

.: PINDAH LAGI :.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selesai mengemas.
Mana yang tertinggal tu, buang je lah.. hahaha.

Kata Ngan mover sikit je.
Sekali, kotak tu yang melebihi lebih.
Ni pun jenuh tahan incikSuami dok beli² barang.
Geram betul Linda dengan dia.

Gambar ni malam semalam.
Siap kemas peti ais semua, pukul 11.30 malam baru siap.
Mandi², lepas tu siap..
Pergi mana??

Yeah.. Slurpee..
Brain freezee.

Tengah² malam Kome.. hahaha.

Rasa kering tekak mengemas, Slurpee lah.
Naik motor je, lajus sikit.

Till then, see ya.

Friday, January 2, 2026

.: RISE@KL - RECYCLE CENTER :.

Assalamualaikum.

sebenarnya semalam dah mengangkut barang2 nak recycle ni ke Rise@KL tu.
pengaruh blogger PH la. 😊😊
lepas tu, tak jauh pun dari rumah dan kebanyakan item di terima di Rise@KL tu.
so, tak perlu la nak asing2 kan tempat.

recycle @ rise KL
nie la yang kitaorang dah kumpul-kumpul sepanjang dok mengemas ni.
itu pun tak siap kemas lagi.

recycle @ rise KL
lipat seat belakang, muat la letak barang-barang ni.
sebenanrnya nak buang TV gemok dengan printer.
letak dekat tempat sampah bawah pun, bertahun kang nak kutip.
jadi, baik la jual je sekali dengan barang-barang lain.
at least, sedap la juga hati ni, sebab memang kita tahu dah buang ke tempat yang betul.

tapi, semalam, saja jalan nak tengok tempat.
sebab Public Holiday, urusniaga pun cuti.
ada pekerja yang buat-buat kerja je.

jadi, siang tadi.
incikSuami pergi la repeat semula.

recycle @ rise KL
nie la hasilnya.
57.5 kg barang buangan.
RM22.80 hasil duitnya.
Alhamdulillah, terus masuk TnG. takde cash dekat sini.
lepas tu, kena download app juga.
senang macam ni, boleh track berapa banyak kali kita recycle.

recycle @ rise KL
nie details harga yang diambil.
paling mahal minyak terpakai lah sekilo RM3.
printer dia amik 50sen.. hihihi
TV tu dia kira RM4, ok lah tu.

recycle @ rise KL
haa, ni linda share antara item yang boleh dihantar ke Rise@KL tu.
 rupanya Rise KL nie bawah Malakoff juga..
macam Alam Flora tu.
patut lah PH tahu, kan suami dia kerja sana.

kena konsisten kumpul2 barang recycle ni.
baru la tak semak rumah.

till then, see ya.

p/s - TV gemok tu dah tamat riwayat nya, gambar dah berbelang2..tu yang letgo.. kalau tak, mau simpan lagi.. hihihi.. ada cerita pasal TV gemok dekat SINI

Wednesday, December 31, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 29/25 :.

Assalamualaikum.

wordless wednesday terakhir untuk tahun 2025.
ada 29 je entry.
kita tengok tahun depan pula.

wordless wednesday
menung tengok kotak.

kalau ada magik kan best..
semua barang susun diri sendiri dalam kotak.

till then, see ya.

 

Tuesday, June 3, 2025

.: SESI MEMUNGGAH BARANG :.

Assalamualaikum. 

Sambung kisah perjalanan kita, dari Melaka ke Tronoh. 
Sabtu, 31.05.2025 - sempat lagi kemas2 rumah last minute orang kata. 
Ada jugak 3,4 plastik hitam yang dibuang. 

Sempat juga, jiran tangga atas, Thirah mai melawat linda last minit nie. 
Dok kenal dia masa dia warded anak sulung(dah 5tahun umur anak nya) kat hospital Melaka, sebab kerja sebelah Hospital je.. 
Selalunya, kalau ada wife2 yang berkampung kat spital, seboleh boleh nya linda p melawat. 
Bukan nak tunjuk baik, sekadar bersembang2, sedih ooo dok dalam wad. 

Rumah dah kosong. 
Dari 2015 duduk dekat rumah nie. 
Masa tu dok mengandung ke kak M. 

Kalau dari Melaka, dah sampai sini kira half way dah lah. 
Ingatkan dalam pukul  2 lebih gitu boleh sampai. 
Rupanya tidak, jalan jem gilak hala Utara, last last kuar exit Bidor, lalu jalan dalam je. 
Ngam ngam azan asar sampai rumah. 
Trak tak sampai lagi, sebab dia kena masuk Tapah dulu, isi minyak 3 tan. 
Naseb baik dapat perjalanan 2 hari, so takde lah deme rushing. 
Tapi ikot SOP memang trak 3tan tak boleh jalan malam. 

Alhamdulillah, dalam 5.30 petang macam tu, trak pun sampai rumah.
turunkan barang tak sampai 30min oun, dah siap semua turun.
masa nak naikkan barang hari tu, sejam juga baru siap.

selesai turunkan barang-barang, jamu lah goreng pisang, kuih-kuih buat minum petang.
tanda penghargaan tolong angkat barang semua. terima kasih banyak-banyak telah membantu.


last penghargaan, incikSuami bagi lah goodies sikit dekat geng-geng Fitik, pemandu, JLJ sekali.
semua sekali ada 7 anggota.
bila long distance, memang kena ada 2 orang pemandu, sorang JLJ(bahagian kenderaan), incas sorang (pengkat Sarjan lah selalunya), dan baki 3 orang budak-budak fitik.
owh JLJ tu singkatan untuk KJLJD = Kor Jurutera Letrik dan Jurutera Diraja

nie lah team yang membantu.

akhirnya, selamat sampai juga barang ke rumah Tronoh.

eh, ada Mukhlis Senior lah.
incikSuami cakap 5,6 tahun lepas masa Mukhlis nie lapor diri dekat 17 Melayu, suami dah tegur dia, yang nama sama dengan anak. hihihi.

mula lah pening nak kemas barang macam mana

dalam bilik pun ada

dekat area dining hall

dekat area hall

tapi, tak tau kenapa muka dia nie tak puas hati. 😂😂
barang dah siap angkut kot.
dah temamg je, tak payah pikir.
yang nak pikir sekarang, barang dekat Selayang nie yang dah penuh 1 rumah.
incikSuami lah, sikit-sikit dia penuh kan.
eh, stres kita.
memang kena order lalamove nanti bila nak pindah nie.

barang-barang tu, yang diwrap semua dah dibuka, susun sikit-sikit.
nanti len kali kena repeat lagi ke sini, untuk kemas betul-betul.

till then, see ya.
 

Saturday, May 31, 2025

.: SESI MENGANGKAT BARANG :.

Assalamualaikum. 

Awas, entry mungkin panjang sikit. 

Untuk jawapan entry Jumaat lepas, sis Aini sorang je betul betul confirm linda pergi Melaka. 
So, here we go. 

Pengkalan Balak, Melaka. 

Tapi, bukan p bercuti ya.. 
Alhamdulillah, dah dapat trak 3 tan untuk kita angkat barang pindah.
Antara gambar yang sempat di ambil. 

Sebahagian barang di bahagian dapur.   

Kotak-kotak yang ada.

Dalam 3.30 petang macam tu, 3 tan pun sampai.

Akhirnya, dapat juga slot untuk angkut barang.
Selesai 1 part nie, lega dah.

Bermula proses memenuhkan 3 tan.

Hampir penuh dah.
Risau lah tak muat.

Alhamdulillah, selesai semua barang masuk dalam 3 tan.
Muat juga, siap ada ruang lagi untuk budak-budak fitik (yang tolong angkat barang)
Hari nie, baru 3 tan golek tayar ke Tronoh.

Sempat lah anak-anak p merayap rumah cikAmi dia (pengasuh anak-anak nie bila lepas covid sampai lah linda pindha ke Selayang)

One with cikAmi.
Terima kasih banyak-banyak jaga anak-anak akak dulu.
Semoga sihat-sihat selalu, dikurniakan zuriat secepat nya..insya-Allah.

Semoga perjalanan kami ke Tronoh hari nie dipermudah, 3 tan selamat pergi dan balik. Aamin.

Nanti kisah nak mengemas rumah dekat Tronoh pula.
Adoi, penatnya.

Till then, see ya.

Friday, February 21, 2025

.: INCIKSUAMI NAIK TRAIN :.

Assalamualaikum. 

Kisah di sebalik menjadi buk supir. 

Balik kerja melencong ke Intan Baiduri, lalu MRR2 terus, takde lah tersangkut dekat Bulatan Batu Caves nanti tu. 

Nak ke KTM Batu Caves. 
IncikSuami nak balik Melaka sat. 
Perancangan nak loading barang dalam 3tan askar, lepas tu bawak ke Tronoh. 

Kena folo naik sekali, dah kawan tu teragak-agak nak membeli tiket macam mana..
eh, baru kita nak tunjuk ekk, sekali mesin reject pembelian kita.
3 kali repeat baru jadi.. hahaha

bye chenta hati.
linda dah pesan, jangan turun dekat stesen selain stesen Pulau Sebang aka Tampin. 😂😂

Alhamdulillah, malam tadi dalam 10 lebih incikSuami sampai dekat rumah.
dia minta tolong kawan 1 kem tolong ambilkan.
anak buah dia juga dulu.

tapi kan, pagi nie linda baru baca mesej dari IncikSuami.
tiba-tiba incharge yang uruskan 3tan tu, kabo 3tan tak dapat.
eh, hangin incikSuami, semalam 2, 3 kali mesej tanya, tapi tak berbalas. 
jadi kita beranggapan ada lah 3tan nya.
nak datang tiba-tiba bukannya dekat Selayang-Melaka tu.

Linda apa lagi, cakap lah ngan incikSuami, guna kuasa veto lah.
sebab CO(commanding officer) sekarang nie, pernah kerja dengan incikSuami.
CO sendiri pernah personally tanya urusan 3tan macam mana, nak pindah barang.
kalau perlukan bantuan CO, beritahu je.
kita tak nak lah jadi orang yang gunakan kabel.
ikot flow lah.
tapi, kalau dah macam nie. 
memang kena guna kabel lah.
bukan sekali kena, 2,3 kali dah kena dengan incharge 3tan nie.
kabo ada trak, ada trak.. tapi tak dapat pun.

semoga dipermudahkan segala urusan kami untuk memindahkan barang ..Aamin

till then, see ya.