lovvu Dobbu

Thursday, February 13, 2025

.: HARTA QORUN :.

Assalamualaikum 

Bila sesi kemas mengemas nie. 
Mesti akan terjumpa harta karun. 
Takde pulak jumpa duit ke.. Emas ke.. Hahaha. 
Udah takde, mana nak jumpa. 

Nak cerita jugak lah harta karun yang jumpa time mengemas rumah Melaka tu. 

Zaman Abang Mueez darjah 1, tahun 2021 (zaman covid, banyak PDPR). 
Ada buku PSV nie, so banyak aktiviti buat dalam nie je. 
Senang nak pantau hasil PSV,dalam satu drawing block nie je. 
Jadi, linda decide nak simpan untuk kenangan hari tua. Hihihi. 
Sebab masa kak M dan abang Mu'az tahun 1, takde pulak buku gini. 

Camera instax. 
Hadiah birthday dari incikSuami tahun pertama kahwin tak silap, tahun 2012.
IncikSuami nak belikan telefon, tapi linda tak nak, minta camera instax dan heels sepasang. 
Malangnya dah rosak, bila kita snap gambar,gambar nya tak jadi. 
Nak kata filem nya dah expired, belum lagi. 
Bertahan sampai lepas kak M lahir (tahun 2016), so ada jugak lah gambar kak M masa kecik guna camera instax nie. 
Sampai sekarang nak ganti, tak ganti ganti. Kikiki. 

Tudung fareha. 
Dulu dulu masa zaman kegemilangan, terjebak jugak lah. 
Tapi, ada 2 helai nie jelah. 
Buat ghaso ghaso orang kata. 
Macam tak berbaloi nak beli tudung mahal2 nie, linda lagi suka habiskan duit dekat makanan.. Hahaha

Perhiasan kristal. 
Ini lagi lah, linda tak tahu kewujudan benda nie. Hahaha. 
IncikSuami beli masa dekat lubnan dulu, dia pergi dari 2012-2013.
Udah 10tahun, linda baru tahu dia wujud masa kemas kemas barang. Hahaha. 

Handbag carlorina. 
Ini antara handbag yang mahal pernah linda ada. 
Hadiah dari colleagues masa dekat Lumut, sempena linda nak bertukar ke Melaka. 
Almost 10tahun dah. 
Beg masih elok, zip je dah rosak. 
Nanti nak ganti zip lah. 

Tupperware. 
Linda beli masa clearance stok, so murah lah. 
Beli, bawak balik rumah, letak dalam stor, tak sempat pakai, sebab dah tak nampak bekas nie dekat mana. 
Puas linda fikir dekat mana misplaced nya. 
Dah kemas kemas nie, tiba tiba incikSuami hulur. 
Rupanya, dok dalam almari barang kereta dia, jadi memang dia lah yang masukkan dalam almari masa awal awal dulu 
Linda memang tak buka almari barang kereta dia.. 

Keronsang Sabah. 
Last incikSuami p operasi dekat Sabah, tahun 2019.
Waktu kemas rumah minggu lepas baru Linda jumpa kerongsang nie. 
Lama betul postage dia, 6 tahun baru sampai dekat rumah. Hahaha. 

Time time mengemas nie lah macam macam kita jumpa. 
Tu pun salah satu sebab lambat siap mengemas dan barang tetap banyak lepas kemas. 
Sebab sayang barang-barang yang baru jumpa tu.. 😂😂

Kalau mcm nie, sampai sudah tak habis mengemas. 

Till then, see ya. 

16 comments:

  1. Cantik perhiasan kristal tu.
    Lepas 10 tahun baru tau kewujudannya ya 😂

    Betul, time mengemas gini jadi lambat sebab dok membelek barang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. Yang kristal tu kena sorok ngan suami agaknya.. Sampai dia pun tak igt dia beli. M

      Delete
  2. Wow..Byk jmp harta Qarun ni..Same la kita...Proses jadi lambat sbb jumpa brng2 mcm ni la...Semua nk simpan semula...=D

    ReplyDelete
  3. tu diaaa harta pusaka hehehe...
    itu la dia kan bila cari tak jumpa, bila kemas2 mcnie segala mak nenek keluar hehehe...nieyl belum ada mood lagi nak mengemas lagi ni hahaha...klu x, nieyl pun sama juga ni agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus jadi harta pusaka... Kalau nieyl lagi mcm2 ada nie

      Delete
  4. Uishhh banyaknya jumpa barang2 ya....camera instax besar tu Dania ada. Kali ni nampaknya Instax tu makin mengecil bentuknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nie saiz gambar nya kecik sikit kak ezna, kalau yg besar tu.. Mungkin saiz gambar besar sikit

      Delete
  5. Dah boleh bawak masuk muzium, berharga harta karun tu.. Hehe

    ReplyDelete
  6. Dah boleh terus pakai tu Linda. Karang simpan balik betul-betul jadi harta karun.

    ReplyDelete
  7. banyak juga harta karun tu, simpan bagi anak2 nanti buat pusaka.. kih kih kih.. :D (maaf tergurau mcm tu, ampunnnnn)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Kalau yang nie tak payaj pusakakan.. Takde yang nak pun..

      Delete